Showing posts with label bestfren forever. Show all posts
Showing posts with label bestfren forever. Show all posts

02 September 2013

2013-10 Jalan-jalan Melaka

Memang terbaik update blog sebulan sekali je. kesian kau ye blog tuan kau dah jarang nak muntahkan cerita gempak lagi sensasi kat kau. takpe2 yang penting blog masih di hati. Ada masa nanti kan ku update dikau selalu. aku dah cantikkan kau pun dah kira ok kan? Tu kira macam pembalasan la sebab dah lama tak update. Ok aku dah start mengarut.

Cuti MerdekaRaya dah habis dah. Bila dah puas bercuti rasa malas je nak naik kerja. pergi kerja mata kuyu je. Tu memang penyakit aku dari zaman sekolah lagi. Haha. Cuti 31 Ogos hari tu kawan aku dari JB ada datang Melaka katanya nak jalan2 kat sini. tapi dia bukan orang JB taw. Dia orang Kelate tapi bekerja di JB. Dia tak pernah berjalan kat Melaka katanya dan dia sangat terbakar hati bila aku duk api-apikan dia kata Melaka ni best Melaka tu best (padahal biasa2 je. haha). So akhirnya datang la jugak dia ke negeri Hang Tuah ni. Banyak tempat kitorang pergi. Semuanya atas jasa Mr. Bobot tersayang yang sudi jadi driver kami. Thanks sayang! Loveyoumuahmuah! *ok sila muntah sekarang* 

Yang penting hajat si mek kelate tu dah tercapai la. trip 2 hari 2 malam berbaloi. malas la nak taip banyak2. nah tengok la gambar tak seberapa ni. Gambar2 ni semua pun ihsan dari galaxy note 2 membe aku tu. Nak harapkan aku memang takde gambar la jawabnya.


Ni masa 1st night lepas membe aku tu sampai dia pakai maen snap je gambar.

Ni gambar dalam Masjid Selat

Wildlife Theatre Melaka tapi kitorang tak masuk pun

Coconut Shake Klebang. Terbaikkk wookk!!

Sila terliur!

Muzium kapal selam kat Klebang. Dulu tak boleh masuk dalam tapi sekarang ni dia dah open untuk orang tengok dalam kapal tu.

Tiket yang dah takde sebab orang jaga pintu kapal tu dah ambil.

Tu jela setakat ni. Nak masuk banyak2 tak larat nak tunggu. Broadband semakin lembab. Nanti2 aku rajin aku cerita lagi aku up gambar cantik2 sikit. Ni malas nak pilih and edit so main klik2 and letak je. 

*Thank you Mek dan "Abe" beliau sebab sudi datang lawat and dating kat Melaka ni. Nanti kite jalan2 lagi ok. Teha, takpe lain kali boleh join ok. Mr. Bobot you're the best! walaupun suke menyakat tapi awak tetap saya sayang. Terima kasih sudi jadi driver kami. Loveyouwithallmyheart!

28 August 2012

raya 2012

alhamdulilah raya yang boleh dikatakan disambut dengan sederhana. nak cerita pasal raya tahun ni.nasib baik 4 5 hari sebelum raya abah dapat keluar hospital kalau tak memang mak tak masak pape la jawabnya. so disebabkan abah dapat keluar hospital, aku dan mak pun menjalankan operasi mencari bahan mentah untuk dimasak di pagi raya. aku lah yang tolong membawa mak ke pasar di subuh hari. perghh! jadi anak yang solehah kejap. hihi. 

tiap2 tahun kitorang akan anyam ketupat sendiri taw. tapi ketupat biasa jela. ketupat palas tak reti lagipun orang selatan lebih suka makan ketupat biasa je. lepas dah beli daun ketupat kat pasar, acara menganyam pun bermula. buat la dalam 50 biji jek. then tahun ni dapat buat kuih 4 jenis je. yang lain2 ada la orang bagi. mak macam biasa akan masak rendang lodeh dan juga ayam goreng berempah. pagi2 raya itulah menu kami.  raya tahun ni kebetulan adik beradik aku semua ada kat rumah di pagi raya kecuali abang sulung aku jela sampai lambat sikit. 



lepas makan2 semua lepas zohor kitorang semua bertolak ke Klang kampung mak aku sebab adik beradik mak aku semua ada kat kampung. ramai tu kat sana. kitorang konvoi 5 kereta ke sana. dan aku membawa salah satu kereta disebabkan kaki abah bersimen kan. aku lah yang menjadi driver untuk 2 hari berjalan raya tu. sampai klang tu dalam pukul 6 petang. alhamdulilah jalan tak berapa nak jem sangat. nasib baik bawak kereta auto kalau manual mau kejang kaki aku. lepas ngok ngek ngok ngek borak2 kat rumah nenek, then kitorang gerak pergi rumah abang sulung aku kat Nilai. tidur sana sebab kat klang tu dah penuh takde tempat tidur. memang penat lah aku jadi driver hari tu. keesokan paginya gerak ramai2 (kecuali abang sulung aku tak ikut la) ke simpang pelangai. simpang pelangai ni kat sempadan negeri sembilan dan pahang. nak pergi sana dengan masa yang pendek dan cepat kena lalu jalan dalam yang berliku liku macam ular. mencabar jugak la bawak kereta kat jalan macam tu nak2 ada abah kat sebelah dah macam orang JPJ. huhu. nasib baik kereta auto bukan manual kalau tak lagi letih kaki aku. kat simpang pelangai tu kitorang pergi rumah mentua kakak aku yang no 3. saja berjalan beraya ramai2. seronok sebab konvoi. petang dalam pukul 6 lebih tu kitorang gerak balik ke Melaka balik untuk menamatkan konvoi berjalan beraya. balik melaka pun kena ikut jalan yang sama. lagi mencabar sebab dah malam tambahan pulak hujan lebat. banyak eksiden berlaku masa tu. bila eksiden makanya jalan jem la. sampai agak lambat jugak la. aku ni dah la rabun silau bila kena cahaya lampu kereta tu, perghhh!!! berpinar mata. aku pakai spec dan tahan jela yang mampu. last2 sampai rumah dalam pukul 11 malam. lambat pun sebab singgah masjid, singgah KFC untuk makan malam.

stokin menanti kepulangan kami. hihi

dan pada 5 syawal seorang lagi sahabat baik aku telah melangkah ke alam baru. dengan mengejut dia bagitahu aku dia nak bertunang. memang nak kena sekeh kepala budak lin ni taw. hmm.....lin dah bertunang, maya pulak dah kahwin dan tengah tunggu nak bersalin je ni. yg tinggal single aku sorang jela. eh2 single maksud aku masih belum ada ikatan yang sah. aku ada Mr. Bobot aku yang setia di sisi. cumanya nak melangkah satu tapak lagi ke depan tu lambat lagi. anyway, aku sangat happy untuk bff aku ni. semoga korang sentiasa bahagia di sisi orang tersayang dan doakan aku cepat2 kahwin ye. 

my bff sudah sah jadi tunangan orang.

*Mr. Bobot cepat2 kumpul duit taw. jangan nak gigil2 lutut je tapi tak kumpul duit. kalau tak saya ketuk lutut tu kang. hihihi. love youuuuu!! (dengan muncung) :p



12 November 2011

11/11/2011

11/11/2011

tarikh memang cantik. ramai orang pilih tarikh ni untuk bernikah. termasuk sepupu aku and bestfriend aku dari sekolah. tapi sayang aku tak boleh hadirkan diri di 2 tempat pada masa yang sama. dan seperti biasa keluarga harus diutamakan. pape pun FAMILY FIRST. terpaksa la melepaskan sahabat baik aku tu. hanya sempat singgah rumah dia tengah hari tu sampai kan kata2 and sedikit hadiah je. tu je yang termampu. kenduri sepupu tu pada 12/11/2011 so memang join la kan. habis semua makanan aku tibai la. manakala majlis sahabat aku tu pada 20/11/2011. lagi satu tarikh cantik. tapi lagi sekali majlis dia tu aku tak dapat nak pergi sebab 19/11 tu aku ade test MUET kat Perak. memang tak sempat la kot nak balik Melaka terchenta ni.

apa-apa pun selamat pengantin baru kepada sepupuku dan sahabatku. semoga bahagia hingga ke anak cucu korang. tunggu giliran aku pulak nanti. hehe :p

*dah nak balik perak balik dah. cuti dah habis!!! setereesss!!! taknak balik sambung study lagi boleh tak?hmmm..... :(

09 November 2011

untuk kau~

"Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!"

pernah terbaca tak ayat di atas? yup dari novel karya Syud - Untuk Awak Teja Aulia.
ni bukan nak review novel tu yep. just a piece of a story from my experience.
tapi apa2 pun novel ni memang best la. masa baca tu aku rasa sedih sebab teringat wonder times with my BFF. hampir kesemua (hampir ye bukan semua - take note plz!) adegan dalam novel ini pernah aku rasakan dulu.


terasa nak balik ke zaman kegemilangan bersama bestfriend bila baca novel ni. masa baca novel ni dalam kepala hotak aku Adil tu macam bestfriend aku J. Aulia tu of course la aku anggap macam aku kan. but still ada differences antara mereka and kami la. tapi serius baca novel tu betul2 buat aku menghayati watak diorang. we tell each other. we share anything each other. and that time it was a wonderful time for me. dia dan aku akrab bagai adik beradik lagaknya. tapi satu perbezaan besar antara watak itu dan kami ialah kami tak pernah 'tergelincir'. the feeling inside us was just like a brother and a sister. itu aku boleh jamin.

entry ni bukan lah sebab aku dah tergelincir or whatsoever tapi just nak remebering the good old days masa kami rapat dulu and i am missing him. bunyi macam aku dah tergelincir?no! no! no! ia cuma rindu untuk berbual bercerita seperti dulu kala. 

ye aku tahu kita masing2 dah ada hidup masing2 and aku tak menyesal dengan apa yang dah jadi semua ni malahan aku bangga sebab kita pernah bersahabat dulu and aku bangga sebab kita dah jadi manusia yang betul2 manusia dan manusia yang boleh digunapakai untuk negara ni. :)

*aku rindu kau, kita dan aku yang dulu. jangan risau ia hanya perasaan rindu terhadap sahabat sahaja.
**apa yang dikatakan dalam novel Syud ni bagi aku tak betul untuk kes aku yang ni la. bagi kes lain mungkin ada yang betul.

19 September 2011

nak kahwin jugak boleh?

wee~ sorang lagi kawan aku dah selamat menjadi Puan. dia dah kahwin tu weh. umur 22 tahun dah kahwin. best giler kahwin awal ni kan. (ok mood gatal dah sampai).
yang lagi best nya aku dapat pergi kedah sebab rumah membe aku ni kat kedah. ok masa sampai rumah dia malam dah tak nampak pape. tapi esok paginye tu teman dia pergi mekap kat butik kat Kangar terasa jakun pulak sebab nampak sawah padi banyak sangat. sayangnya bukan masa padi menguning la masa tu. so padi tu nampak tak lawa and sawah tu macam dah dibajak (betul ke dibajak?aku tak tahu specific word untuk dia)

tapi teruja la jugak tengok padi2 tu semua. dan bila kita sebut je kerja kahwin mestilah sangat2 penat dik oii. memang penat weh. 2 malam turut2 tidoq pukul 3 4 pagi. (tiba2 nak ada loghat kedah naa) tapi seronok. nak2 rumah dia kat kampung. masih ada semangat and kerjasama antara penduduk kampung taw. siap ada orang pakatan duk tolong memasak. kalau kat bandar dah tak jumpa aku rasa. mana tak nya semua pakai catering je. takde dah penanggah2 ni semua. serius aku rindu hidup kat kampung macam tu. nanti aku kahwin nak suruh orang2 taman aku buat gitu boleh tak?memang booo je la aku akan dapat.

3hari 2malam kat alor setar kedah memang pengalaman yang best. tak terkata. and actually ke kedah tu pun aku anggap sebagai satu vacation untuk aku tenangkan jiwa hati dan raga ni sebelum kelas bermula. tapi silap sikit je sebab ke Kedah membuatkan aku teringat Mr. A. Kedah tu hometown dia. haishh memang silap la kot. (sori Mr. Bobot) nasib baik la memang busy tolong kenduri kat sana so takdela teringat sangat. hati ni masih kuat. hati ni dah takde nama dia dah. so Mr. Bobot don't worry ok. anda masih di hati. cewahhhh!!! gedik semacam je entry aku. nak letak gambar pengantin tapi gambar takde kat aku. nanti la aku letak kalau ada masa.

*susah jugak kalau ada orang yang tak tahu malu masih menagih kasih sayang keluarga orang yang dah tiada kena mengena dengan dia. rasa macam nak bagi penampar je pun ada.
**air mata senang mengalir untuk dia. tak tahu kenapa. pantang dapat berita sedih dari dia je mesti nak meleleh. gua ni rock dari luar tapi dalam macam tisu der. huhu

02 May 2011

STRESS!!!

I AM VERY STRESS!
MUNGKIN TAK NAMPAK DI LUARAN TAPI DALAMAN NI AKU JE YANG TAHU BETAPA STRESS NYE AKU!
AKU NAK BALIK RUMAH CEPAT2!
RASA SENAK KEPALA DENGAN EXAM NI SEMUA...

SI COMOT! AKU RINDU NAK PELUK KAU!

STOKIN AKU RINDU NAK BELAI KAU!

THREE STOOGES! SI GEMOK 3 ORG! MAKSU RINDU KAMU JUGA!

SI ADAM HENSEM GEMOK! BILA NAK DATANG MELAKA LAGI?

AND ABOVE ALL I MISS THIS TWO CHICKS A LOT! I NEED THEM NOW! =(

26 April 2011

i am happy for u bro! :)

Joey =)

if you are happy i am also happy for you bro.
you deserve to live happily selepas apa yang kau lalui selama ni.
i pray for your happiness.

and please pray for my happiness too will ya? =)
we are bestfriend until we die. 
hope to hear good news from you soon. =)


08 December 2010

outing time~

7th December 2010
new friends
movie~
sunset~
chat, chill and have fun~
another best moment~
I LOVE IT!! :D

17 September 2010

ANOTHER BEST MOMENT EVA!!

selamat hari raya aidilfitri....
maaf zahir batin....
minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua yang membaca....

konvoi raya tahun ni memang terbaik dari ladang!!
kawan2 yg join memang sporting habis....
aku takkan lupa kenangan ini...
thanks kawan2.....

and i love my family and my friends so much....
without them i could't live and survive....
thank you ALLAH for giving such a wonderful people surround me....
happy eid mubarak day to all!!!!

konvoi terbaek dari ladang!

18 April 2010

::hari hari yang bahagia dan happy::

pada 14hb april 2010 adalah hari paling gembira bagi aku....first time aku makan aiskrim dalam hujan..bukan tu yg buat aku gembira tapi aku tempuh pengalaman best tu bersama dua orang sahabat baik aku....malam tu melaka ada buat sambutan sempena hari melaka bandaraya bersejarah...so aku pun keluar la dengan member2 aku ni semata mata nak tengok bunga api je....tapi kitorang pergi jalan2 beli aiskrim then duduk kat dataran MBMB makan aiskrim...tgh2 duduk tu tiba2 hujan pulak tapi kitorang x berganjak langsung sebab dah lama tak main hujan....kitorang ni memang suka buat kerja gila....lepas tu masing2 dah tak tahan sejuk terus blah pergi kat kereta...kereta dah la park jauh...kena la jalan meredah hujan yang lebat...tapi time kitorang dalam kereta dah nak balik ni tiba2 pihak MBMB lepaskan bunga api...kitorang terus stop kereta tepi jalan and tengok bunga api tu...padahal baru pukul 11 lebih je masa tu...selalu bunga api mesti diorang lepaskan pukul 12 kan....maybe sebab ramai orang dah berangkat balik sebab hujan so pihak MBMB pun lepaskan la awal....

tapi pengalaman tu memang best...tak boleh nak gambarkan dengan kata2 ke'best'an dia....HAHAHA....ye aku dah happy tapi dalam hati masih lagi rasa sedih....dan tadi aku keluar lagi bersama mereka....ke Pantai Puteri pulak....jalan2 tenangkan jiwa kacau.....kitorang sekarang ni dah macam ada satu habit...suka pergi pantai!!! yeahhh!!! budak berdua tu terpengaruh dengan aku sebenarnya...aku ni kalau nak tenangkan jiwa je mesti pergi pantai....bagi aku pemandangan laut tu sangat damai....boleh buat aku leka...dan sekarang budak berdua tu dah terkena badi pantai aku....asyik nak pergi mandi pantai je....HAHAHA...biarkan mereka....

dan juga aku mahu buat pengumuman bahawa laptop ku sudah kembali elok!!! yess!! abah aku dah tukarkan skrin baru ok...jadi aku boleh la kembali ber blog dengan kerap...dan aku sangat gembira....terima kasih abah sebab belikan skrin baru utk orang....i luv u so much la abah!!! hehe....ok hati aku memang sangat gembira tapi takut ni nak kena interview dengan lecturer untuk praktikal aku....wish me good luck ye....ok2 dah pergi sambung buat report praktikal kamu tu....huhu

*jai and nyna..both of u are my bestfren forever.....tq sebab dah tunaikan impian aku...
bunga api cantik....aku suke tengok bunga api..hehe

kami BFF!!!