Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

24 July 2014

2014 - 16 Raya is around the corner

Hai,

Hari ni last aku bekerja. Yihaaa!!! Esok dah mula cuti raya. Hahaha saja amek cuti awal sebab nak siapkan kuih2 raya yang masih tak banyak tu. Tahun ni raya aku happy. In shaa Allah segalanya akan berjalan dengan lancar. In shaa Allah raya tahun ni tiada lagi cerita sedih. Tak sabar nak sambut raya tahun ni. Hehe.

Tapi persiapan tahun ni ala kadar je. Sebab tak dapat bonus dan duit raya pun dari company! huarghh!! Stress ahkak! Tapi takpe la. Terima jela. Beraya jela dengan apa yang ada. Ok la nak balik dah.Bye

Selamat Hari Raya Aidilfitri! 
Maaf zahir dan batin 
andai ada 
tersalah kata 
tersilap taip. 
Kosong-kosong ok? :)

01 January 2013

2013-1 New Year

oh dah 1/1/2013 ke? macam tak percaya. ya ya aku takkan membebel wish happy new year macam orang lain cerita pasal azam la kenangan 2012 la whatever.

aku cuma nak post sebagai entry no 1 untuk tahun 2013 ni. apa2 pun akhir tahun 2012 memang mencabar. dan aku memang berharap 2013 akan menjadi lebih baik dan dapat mencapai target. mudah-mudahan.

selamat tahun baru masihi 2013! jangan lupakan tahun baru hijrah untuk yang beragama islam. happy holidays walaupun dah habis holiday tu. haha. just wish me luck for my exam. :)

10 November 2012

musim mengawan

sekarang musim hujan musim sejuk.

musim sejuk ni musim mengawan.

sebab apa musim mengawan sebab ramai orang kahwin la tunang la merisik la dan sewaktu dengannya.

musim sejuk jugak menyebabkan mengantuk dan lapar.

conclusion dia, kena pergi jemputan orang kahwin supaya dapat hilangkan lapar tu nanti dan dapat tengok orang mengawan (posing dalam gambar) atas pelamin. bila dah setel semua barulah senang dan selesa untuk tidur. cewah! ayat dah macam buat tesis pulak. huh! tesis tak siap lagi!

*rasa nak mengawan jugak boleh tak? ok fine aku gatal!

22 July 2012

puasa

perbezaan 2 Ramadhan tahun ni dan tahun lepas.

tahun lepas berbuka kat R&R Ayer Keroh sebab temankan bestfriend pergi interview kerja dia. kalau nak tahu apa jadi tahun lepas tu boleh baca sini >>> long journey
itu antara kenangan terbaik bagi aku.

tapi tahun ini puasa macam biasa berbuka di rumah bersama mak dan abah je. 
kakak2 dan abang aku semua dah kahwin jadinya tinggal la si maksu sorang ni berbuka dengan mak abah di rumah.

*tiba2 rindu kenangan tu. 

04 June 2012

my hobby

korang ada hobi tak? mestilah ada kan? kalau masa sekolah dulu mesti ada tanya pasal hobi kan? kalau dulu aku selalu jawab hobi aku berbasikal walaupun la aku takde basikal masa tu. tapi bila dah besar2 ni hobi aku dah bertukar. aku suka mengumpul tiket2 sekarang ni. tak kira lah tiket bas ke tiket wayang ke tiket masuk ke tempat2 menarik ke semua aku simpan. tapi tiket2 yang aku simpan hanyalah tiket2 yang aku pernah pergi dan tiket bas yang aku pernah naik jela. kalau pergi ramai2 selalu diorang taknak simpan kan makanya aku lah yang amik simpan. tiket wayang aku mula simpan dari pertama kali aku pergi tengok wayang. masa tu aku sekolah lagi. aku pergi tengok dengan kawan aku. walaupun sebelum2 tu ada pernah masuk wayang tapi masa tu aku kecik lagi and aku pergi dengan adik beradik aku je so yang itu tak kira la. aku kira yang pertama masa aku pergi sendiri dengan kawan aku. masa tu aku tengok cerita salon. ala yang raja farah mula2 berlakon tu. dan sampai sekarang kalau pergi tengok wayang aku akan simpan. 

tiket bas pulak aku start kumpul sebab aku masuk uitm. masuk uitm aku mula belajar naik bas dari perak ke melaka. tiket bas ni aku kumpul hanya tiket yang merentas negeri ye. kalau macam tiket bas yang antara bandar tu setakat 50 sen ke rm1 tu aku tak simpan. aku jarang naik bas antara bandar tu. aku kumpul tiket tu mula2 saja nak tengok 1 sem berapa ringgit aku habis kat tiket bas je. dah lama2 rasa seronok pulak kumpul. sampai sekarang aku masih simpan tiket2 tu. dan tiket2 untuk entrance ke tempat2 menarik2 tu pun aku kumpul jugak tapi tak banyak sangat la. aku kumpul sebab aku rasa ia ada nilai memori sendiri. bila aku selak balik tiket2 tu aku teringat memori2 dulu and boleh buat gelak la. yang penting tu semua kenangan. dan hobi ni aku tak tahu la sampai bila akan aku teruskan. nah ni gambar2 untuk korang yang tak percaya. hehe.

antara tiket2 yang dikumpul

masih tak banyak lagi. 

antara tiket2 wayang yang dikumpul. nampak tak banyak sebab aku tak larat nak bukak semua susun cantik2.

tiket wayang

*ini hobi aku. korang macam mana pulak?

01 March 2012

renungan #3

semakin hari umur semakin meningkat dan bukan semakin berkurangan. bila umur makin meningkat, tahap kematangan dalam diri juga perlu sama meningkat. bila semakin matang, sikap bertanggungjawab, berfikiran ke hadapan dan segala sikap positif akan turut datang bersama. dan segala sikap kebudak-budakan perlu dibuang. kemahiran berfikir perlu diasah lebih lagi. kemahiran berfikir diperlukan untuk masa depan. ya!! untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih menguntungkan. bukan saja menguntungkan di dunia tetapi juga di akhirat kelak. berfikir berfikir berfikir dan berfikir. 

ramai orang suruh dengar kata hati jika ingin mencapai sesuatu keputusan. tetapi tidak sebenarnya. hati itu membicarakan mengikut peredaran semasa dan sering mengatakan ya kepada semua perkara. hati mengikut emosi dan keputusan tidak boleh dibuat mengikut emosi. tidak semua kata hati patut didengari. dari hati sepatutnya menghantar isyarat ke otak dan otak akan mencerna maklumat sebaik mungkin. di sinilah berlakunya proses berfikir. bilamana otak sudah dapat keputusan yang bijak ia pula akan menghantar isyarat ke mulut atau tangan atau ke anggota badan lain untuk melaksanakannya. otak untuk berfikir. manusia perlu gunakan otak untuk pilih yang mana baik dan yang mana buruk dan bukannya hati. jika sudah terang lagi bersuluh sesuatu perkara itu salah dan buruk maka apa lagi yang perlu ditunggu? jangan buat perkara yang akan disesali juga perkara yang salah dan buruk itu. sebaliknya perbaiki perkara itu supaya ia mampu menjadi baik dan beri manfaat kepada diri kita. ye kita boleh mengubah perkara2 buruk itu supaya menjadi yang baik. sebagai contoh ambil perkara buruk sebagai pengajaran dan yakin dengan hikmah yang ada di sebaliknya. dan bukan sesalinya dengan mengenangkannya.

sentiasa berfikiran positif dengan apa saja berlaku. itu juga menunjukkan tahap kematangan kita. beri aura positif kepada sekeliling biar mereka tahu yang anda seorang yang positif. tapi jangan terlalu positif kerana takut over confident. ini tidak elok untuk kesihatan tubuh badan dan juga kepada sekeliling. apa-apa pun, kita perlu berfikir sedalam-dalamnya, analisa setiap perkara, cari baik buruk setiap perkara dan percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi. yakinlah pada kuasa Allah. Dia maha mengetahui. 
berusaha ke arah kebaikan. Allah tidak lihat kepada hasilnya tetapi kepada usahanya. :)

*tak tahu kenapa aku taip gaya skema semacam. renungkanlah. selamat mematangkan diri. umur makin meningkat takkan nak sensitif memanjang jaja cerita ke sana sini lagi kan? :)
*bukan untuk sesiapa hanya untuk renungan. imissmypapabobot!

10 February 2012

la la la la kerja!

penat teramat. bila bekerja di tempat yang tak cukup pekerja budak part time macam aku ni memang dipergunakan sehabisnya. tapi takpe. dapat duit banyak. berbaloi2 beb. dapat shopping barang2 keperluan yang dah habis. biasalah perempuan macam2 kena ada. apa2 pun aku bangga sebab aku beli segala yang aku nak guna duit hasil titik peluh sendiri. siap boleh belanja makan mak dengan abah sekali (KFC je pun). 


keluar rumah pukul 6.30 pagi balik rumah pukul 10.30 malam. nak dekat 15 jam aku habiskan masa kat kitchen hotel tu. naik lenguh pinggang and sendi2 aku. tapi entah aku rasa best. sebab every minute ada kerja and surrounding tempat kerja pun ok. cuma ada a few la yang bajet2 bagus tu. but overall aku happy. yang penting dapat duit tu. masyukkkkk!!!! hahaha

ok la. dah penat and mengantuk. esok perlu kerja lagi. nitezzz!

*bila la nak dapat pergi dating ni. dua2 busy kerja je.

20 January 2012

sem 4 dah berakhir!

semalam 19hb Januari final paper yang last untuk sem 4 ni. maka dengan itu saya  mengumumkan bahawa sem 4 saya sudah berakhir semalam. :D

hanya mampu berdoa moga2 semua subjek aku lulus. dah tak dapat fikir apa dah. ada paper yg tak cukup masa nak jawab. tu tak tambah lagi dengan yg memang tak boleh jawab. huu~ dah lah enough with this exam talk. dah berlalu dah tak boleh ubah apa2.

esok sabtu pagi aku akan bertolak ke melaka naik bas. kali ni terpaksa naik bas S.E. Super yg tak berapa best tu. Sri Maju tiketnya dah habis. haish bersedia la bontot ni untuk kebas sebab duduk dalam bas lama2. esok pagi nak balik tapi barang tak kemas lagi. rasa malas pulak. takpe2 aku kemas kejap je pun. hehe.

mari kita mengemas la ohoii!!

*pelangi dah muncul balik lepas hujan lebat turun. hee~ ;D

14 January 2012

7hari

lagi 7 hari nak balik.

baru habis paper building services petang tadi. so far ok la. cuma berharap lulus saja.

teruskan perjuangan untuk paper seterusnya!

28 November 2011

mudah-mudahan

hope that everything would be fine for them.
ya Allah please save him.
may Allah will always with them.
it's for his own good.
i'm praying from here for their safety and all of the suffer will be ended soon.
soon, hope to hear the good news and all things will be back to its place as before.
soon, sooner or later the situations would be as before. i'm hoping.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

insyaallah, semuanya akan kembali normal selepas ini. 
bezanya ia tak senormal dahulu lagi mungkin.
persetan itu semua, sebelum ini pernah terjadi dan segalanya seperti biasa kembali.
kita mampu tempuh ini sekali lagi. 
anggap ini dugaan dari Allah.
jangan pernah merungut atau mencaci.
kita insan terpilih kerana sering diduga-Nya. 
10 tahun dahulu begini dan 10 tahun selepas itu juga terjadi lagi begini. 
ye perkara ini terjadi lagi bezanya bukan pada orang yang sama.
ada sesuatu yang ingin ditunjukkan mungkin. hanya Dia yang maha mengetahui.
kita mampu laluinya bersama lagi. 
kita takkan runtuh.
ye kita takkan berpecah belah.
kita harus terus bersama sehingga terpisah roh dari jasad.
sehingga bertemu semula di akhirat.
seburuk buruk kita, kita perlu menerima kerana hanya kita yang tahu apa yang kita lalui.
kita takkan tunduk pada mainan iblis dan syaitan.
jahanamlah kau wahai pengikut iblis dan syaitan.
jahanamlah kau kerana telah menduakan Allah.
semoga Allah membalas perbuatan kamu itu.

*pesanan untuk "KITA"

19 November 2011

emosi tak stabil

assignment yang berlambak minta disiapkan dihiraukan begitu saja.
terlalu banyak hingga tak tahu mana nak buat dulu.
terlalu banyak hingga sakit2 aku dibuatnya.
kepala asyik berfikir tentang assignment.
makan fikir assignment.
minum fikir assignment.
tidur fikir assignment.
tengok tv pun fikir assignment.
keluar berjalan pun lagi la fikir assignment.
mana tak penat otak aku ni?
penat berfikir tu yang last2 jatuh sakit tak menentu.
badan kejap panas kejap sejuk. kejap ok kejap tak ok.
macam magic pun ada aku rasa badan aku ni.
serius tak tahu apa dah jadi dengan badan sendiri.
dengan emosi sekarang yang mudah sensitif atas perkara2 kecil.
serius tak tahu apa dah jadi pada diri sendiri.
yang aku tahu aku cuma mahukan semua ini berakhir.
terlalu penat. i am so damn tired.
tinggal lagi 5 minggu je lagi untuk kuliah and then cuti and then final exam. kena berfikir untuk final exam pulak nanti. dan itu sebenarnya lebih menakutkan dari assignment kena reject.

*bilakah semua masalah akan selesai?rasa nak lari balik rumah knci diri dalam bilik duk sorang2. :(

18 October 2011

hibernate~

unexpected things happen.
it is not a happy day.
seriously dia sendiri yang rosakkan segalanya.
mood spoil habis.
rasa nak hibernate diri.
rasa tak nak contact dengan sape2.
nak hadap semua dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
diri ni dah cukup susahkan orang lain.

*apa lagi yang perlu dilakukan untuk gembirakan orang?

11 October 2011

mimpi sekadar mimpi~

11/10/2011 - tengah hari

lepas aku dah penat bangun pagi2 sebab nak kena pergi ambil speaking test utk MUET kat Parit Perak ni aku pun balik and terus tidur dengan senang sekali. nak2 masa tu perut dah kenyang. memang perfect la untuk tidur.
sedap2 tidur tu sekali aku mimpi. mimpi yang suspense ok. nak tahu apa? aku mimpi aku ditembak oleh pembunuh. masa tu aku ada la jugak berbalas tembakan tapi langsung tak kena kat dia. last2 aku yang kena tembak kat badan. tapi masa tu aku gagah lagi ni. aku teruskan tembak orang tu walaupun orang tu dah betul2 ada depan aku and halakan pistol yang ada laser2 tu (tak tahu apa nama) kat kepala aku. tiba2 BANGG!!! kena tepat kat kepala aku and mata aku terus tertutup. tapi masa tu aku cuba sedaya upaya nak buka mata sebab nak bunuh jugak orang tu.

aku bukak2 je mata aku kat tempat lain pulak tapi masih dalam situasi sama. ade adegan tembak menembak. tapi kali ni kakteh aku pulak yang kena kat dada dia. aku lari bawak dia masuk dalam satu bilik dan lagi pelik tu tiba2 ada kanak2 pulak ramai. aku tak ingat sape kanak2 tu. nak kata anak2 buah aku tak kot sebab kanak2 tu dah besar manakala anak2 buah aku semua kecik2 je lagi.

then kitorang duk la berlawan dengan pembunuh tu tak nak kasi masuk bilik. tiba2 terdengar pembunuh tu tengah bercakap dalam telefon. masa ni kakteh aku and pembunuh tu berdarah2 ni. tapi macam tak sakit pape je. pembunuh tu tengah bercakap dengan girlfriend dia rupanya. bukan main lembut and sopan santun lagi. HAHAHAHA memang kelakar.

lepas habis cakap telefon tu pembunuh masuk bilik cari kakteh. nak berdamai. pastu siap suruh basuh baju putih dia yang terkena darah. dia siap cakap baju tu awek dia punya sebenarnya. dia rembat pakai. (muat pulak mamat tu pakai baju girlfriend dia kan??pelik!) duk borak2 gitu gini and kakteh aku pun dilepaskan siap kowtim sama itu pembunuh suruh bagitahu bos dia yang kitorang ni dah dibunuh. then tiba2 aku dah terjaga. jaga2 je terus rasa pelik and pergi bilik air basuh muka amek wuduk semua solat zohor sebab masa aku terjaga tu dah pukul 3petang.

hahahaha tapi aku rasa mimpi ni paling lawak la kot aku pernah dapat. mengarut gila. aku try2 la google tafsiran mimpi aku ni. aku jumpa ada kata mimpi kena tembak ni maksudnya nanti aku akan dapat kesakitan. tak tahu la sejauh mana kesahihannya. wallahu allam. aku tak nak percaya sangat la sebab takut boleh terpesong akidah. aku search pun sekadar suka2. search2 sekali terbaca mimpi2 orang lain. lagi la macam2. kelakar2 pun ada. hahaha memang terbaik!

so itu jela cerita untuk hari ni. aku terus taip hari ni sebab takut butiran2 mimpi tu hilang. pape pun mimpi ni jangan diingat selalu or percaya sangat. mimpi tu kan mainan tidur je. :)

*Mr. Bobot gelakkan aku ok bila aku cerita ni kat dia. hahaha tapi aku pun gelak sama jugak! :D
**birthday dia dah nak dekat. kad dah buat tapi bayang hadiah yang aku tempah tu macam tak nampak je. hmm..... :(

25 September 2011

journey to the Ipoh. :D

weehoo~
nak cerita pasal semalam sikit iaitu 24 september 2011.
aku tinggal dengan housemate aku 2 orang je semalam sebab yang lain2 ada hal masing2 and tiada di rumah.
so kami pun rancang la nak keluar pergi ipoh. pagi2 dah bangun ni bersemangat nak pergi ipoh naik bas sebab sangat bosan duduk di rumah. tiba2 semangat tu rasa nak hilang sebab kunci pagar depan tak ada kat aku. aku dah terpikir nak panjat je pagar. nasib baik la ada kunci untuk pintu belakang. kitorang pun ikut la pintu belakang.macam ada gaya pencuri pun ye jugak. dah setel tu jalan la pergi bustop untuk tunggu bas. kitorang terpaksa la naik bas sebab kitorang berdua tak bawak kenderaan. nak pinjam kereta housemate lain tu macam tak sedap pulak. takpela sesekali bersusah and rasa naik bas pulak kan. dah lama ni kitorang tak naik bas sebab sebelum2 ni asyik naik kereta je. huhu

dan akhirnya kitorang pun sampai la ke destinasi iaitu Jusco Ipoh. tujuan utama nak tengok movie secara maraton. tapi last2 dapat tengok 1 movie je sebab yang lain banyak dah sold out. kitorang tengok fright night. best jugak la cerita tu. nak tengok johny english reborn tapi dah sold out. next time la kot pergi tengok.

sementara nak tunggu masuk panggung kitorang pergi la jalan2 cari barang2 sikit. dah habis tengok wayang pun kitorang pergi jalan2 lagi keliling jusco tu. ingat nak pergi karok tapi masa tak mengizinkan. yela kitorang naik bas kalau naik kereta boleh je sebab ikut time sendiri. ni naik bas kena ikut time bas sebab tak tahu bas ada pukul berapa kan. keluar dari jusco pukul 5 tapi sampai rumah pukul 8. padahal jarak ipoh ke rumah sewa aku tu sejam je pun. naik bas punya pasal jadi berjam jam. sebab bas nak ke rumah sewa kitorang tu ada pukul 7 je.

dah sampai area rumah sewa kitorang terus pergi kedai makan sebab dah lapar sangat. nasib baik kedai makan depan rumah sewa ada. nak masuk rumah kena la lagi sekali kitorang ikut pintu belakang. dah la gelap memang kali ni macam pencuri la kitorang. huhu masuk je rumah memang lepak habis la.

masa naik bas tu macam2 benda pelik la kitorang jumpa. macam2 gaya orang kitorang jumpa jugak. rupanya masih ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ni. kalau tak ada bas mungkin diorang tak ada kenderaan untuk bergerak. aku bersyukur sebab kehidupan aku sederhana dan selesa. hmm sampai sini jela kot. tak tahu nak tulis ape lagi.

*jika tulang 4 kerat masih mampu digerakkan rasanya tak munasabah untuk menjadi peminta sedekah dengan menggunakan alasan hidup miskin.
**bersyukur hidup aku tak terlalu susah dan tak terlalu senang. lebih selesa hidup serba sederhana. :)

12 September 2011

apa dia?

tajuk tu xde kena mengena dengan entry ok.
cuba teka aku kat mana sekarang? cubalah teka.....haishhh!!!! malas la nak cakap tulis aku kat mana. kat akhir entry ni nanti aku tulis aku kat mana.

yg penting sekarang ni aku nak bagitahu yang aku teramat la takde mood. mood melayang entah ke mana. macam2 ada dalam otak ni. macam2 yang nak difikirkan. dan aku sangat la malas untuk study. serius malas. dengan ada subjek kena repeat tu lagi la pening kepala otak weh.

but apa2 pun aku akan berusaha keras untuk sem ni. aku nak cover balik sem lepas punya yang aku main2 tu. start sem ni dah tak boleh main2 dah. kesian kat abah dengan mak nanti kalau aku kecewakan diorang. dah banyak yang diorang korbankan untuk aku. dan jugak aku tak nak hampakan juga harapan si dia.

hee~ alhamdulilah aku ada laptop dah. itu pun belas ehsan dari kakak aku. dia jual kat aku rm400 je laptop dia dah la aku cilok sekali mp3 player dia. huhu jahat betol aku ni.tq ye kakak ku. haishhh tak tahu nak update apa sebenarnya ni. ok la saya melaporkan dari Seri Iskandar Perak. <----- aku dah kat Perak ok. dah masuk sekolah balik dah. serius malas nak ke kelas beb. ~~

03 September 2011

kemaafan

manusia tak pernah sempurna. setiap manusia sentiasa buat kesilapan. tiada seorang pun yang sempurna. hanya Allah sahaja yang sempurna.

ye aku juga manusia.
mereka juga manusia.
kau juga manusia.
manusia yang sering buat kesilapan.
kesilapan yang kadang kala boleh buat manusia lain sakit hati dengan kita.
aku tak sempurna begitu juga manusia lain.
dan mereka juga manusia. punya hati dan perasaan.
mereka juga buat salah.
maafkan mereka.
maafkan aku.

*mengapakah manusia itu tidak mahu memaafkan sedangkan memberi kemaafaan itu kan suatu perkara yang dituntut?
**semoga mereka saling memaafi dan ingat akan keluarga yang akan dibentuk dan anak2 yang bakal membesar.
***Facebook memberi kesan buruk pada aku. asal aku gatal sangat jadi stalker terhebat ni. dah sakit hati susah hati sendiri lak dah. haishh!! nak pasang niat lepas kahwin nak delete FB boleh tak agak2 ea?? huhu

28 June 2011

mimpi lagi?

malam tadi dapat mimpi lagi. mimpi yg sama macam hari tu dalam mimpi sang pelangi lama 
aku tak tahu kenapa mesti dia yg muncul dalam mimpi aku lagi sekali.
ye lagi sekali. lain orang yg aku nak mimpi lain orang pulak yg masuk mimpi aku.
serius aku tak tahu kenapa aku senang sangat nak mimpi dia ni.
haish..tengah hari pagi tadi bangun je dah serabut kepala aku dok ingat mimpi tu.
adehh harap2 jangan la mimpi dia lagi. dah cukup sakit dah dulu2.
kepala and hati ni perlu dikunci la rasanya dari perasaan2 entah apa2 tu.
dream is just a dream. hurmmm....

*masih terasa dengan penangan result yg teruk yg siap ade kena repeat 1 paper. ok fine aku rileks je sebab sendiri punya salah. so just go on je la kan. macam motto hidup aku "berani terima kenyataan dan hidup mesti diteruskan" :D

01 June 2011

ceritera

wooohoo blog dah berhabuk beb.
ok2 lama x update sbb busy + laptop rosak + broadband yg sgt lembab.

first of all, aku sudah lepas berkonvo. yeehaa! aku dah bergelar graduan diploma.
masa konvo tu mak abah n kakteh je yg datang.
sedih jgk sebab ramai family aku tak datang tapi nak buat macam mana kan.
nanti degree la baru angkut 1 lori. haha.
emm rasa hepi tapi still rasa biasa2. mungkin aku ni memang hati kering kot. haha. :p
mak buatkan bunga untuk aku. tak payah nak beli2. jimat kan? cantik je taw bunga mak buat tu. time kasih mak!
dah habis konvo tu aku terpaksa balik malam tu jugak. rancang nak balik sok pagi nye tapi disebabkan anak buah aku demam panas sampai kejang kami semua terpaksa la balik malam tu jugak.
bayangkan pukul 12 mlm tu kitorang bertolak. sampai seremban pukul 4 pagi. balik seremban singgah rumah akak aku tu untuk tukar balik kereta. sangat panjang cerita ni. aku malas nak cerita panjang2.

and now aku bekerja sementara kat parkson sementara tengah sale ni kan. diorang nak pakai banyak pekerja. so aku amek la peluang ni. pasni tak tahu la nak keje apa. kita tengok jela pasni aku keje apa ea.

so long sampai sini je la ea.. :p

23 April 2011

whatever!

hopeless.

nothing.

hypocrite?me?hell!

concrete wall. u. me. oh?

what?understand?not?

whatever. don't care.

emo. not good.

happy2 sudah.

boleh blah kalau tak suka. :)

*tak paham?tak payah paham pun takpe kot. saja duk merepek sat sebab bosan nak study. :)

20 April 2011

pengajaran~

pengajaran :

1. jangan bercinta dengan kawan2 yang dalam kelompok kenalan kamu. kelak kamu juga yang akan susah dan sakit hati. sebab? sebab bila putus then kalau lepak keluar kekadang kamu mungkin akan terjumpa dengan dia dan ini mungkin akan menggamit kembali memori lama kamu itu. nak2 kalau ada memori buruk. rasa nak tampor2 je muka dia kan? kalau putus then cakap kita still kawan pastu lepak rileks2 leh gelak2 tu laen cerita la kan.

2. jangan bercinta dengan kawan kepada kawan kamu. kira macam kawan kamu kenal2 kan kawan mereka kat kamu la. sebab? sebab bila kamu putus nanti kamu juga akan sakit hati kalau ternampak si dia berinteraksi dengan kawan kamu tu. then kamu akan rasa macam nak menangis je bila tengok si dia gembira atau mungkin akan ada api dendam yang membara untuk membalas dendam ke kan.

3. jangan bercinta dengan orang yang kamu tak kenal. contohnya orang tu kamu kenal di laman sosial la. sebab? sebab kamu tak kenal siapa dia. kamu tak tahu dia baik atau tak. kebanyakan orang akan menyamar di laman sosial. dan kebanyakannya juga terbalik dengan sifat sebenar mereka di luar. jadi kamu mungkin akan ditipu.

4. jangan bercinta dengan jiran atau ang duduk setaman atau sekampung dengan kamu. sebab? ni kes sama dengan yang no. 1 and 2 tu la. pusing2 nanti jumpa jugak kat situ. yela dah kata setaman sekampung bagai kan. melainkan kalau kamu atau si dia yang berpindah. kalau kes pindah ni x payah cerita la kan.

hmm apa lagi ye? aku tak ada idea lagi. setakat ni tu jela kot yang aku rasa orang yang tak patut kita bercinta. tapi jangan la take it serious ea. ni semua dari pengalaman aku sendiri. kalau rasa diri sendiri boleh manage perasaan tu makanya dengan siapa kita bercinta takkan menjadi masalah. kalau tak dapat lupakan makhluk2 yang berlawanan jenis tu pun apa kata kita anggap ia sebagai satu pengalaman yang berharga ye tak?mungkin dengan cara itu kita tak la sakit sangat kalau teringat. think positive je people. jika positive maka semua benda akan menjadi senang. macam yang aku selalu buat. fikir positif sebelum fikir negatif.

*dapat ilham tulis ini entry sebab TERnampak FB orang yg dulu2 yg pernah bikin hati aku panas. :)