Showing posts with label kanak-kanak riang. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak riang. Show all posts

25 January 2012

anak2 buah yang comel

sepetang bersama budak kecik bernama Mohammad Abbasy. budak kecik ni umur dia baru je 11 bulan tapi otak dia punya ligat macam dah umur 2 tahun je. yang best nye dia ni happy je. always sengih2 macam kerang busuk. haha. ni gambar comel dia. masa main webcam dengan dia, dia gelak bukan main lagi. hee~ 

bulu mata gajah

abbasy dgn maksu transformer. :p
tembam kan si abbasy ni?kitorang panggil dia si tembikai sebab muka dia bulat macam tembikai. hahaha :D

then ada lagi satu perihal anak buah yg comel. ni pasal si kakak @ ecah. anak buah yang paling tua sekali. umur sekarang dah 8 tahun = darjah 2. dia ni memang sangat minat pada benda2 yang ada kaitan dengan seni lebih2 lagi kalau bab2 melukis and mewarna. nak dijadikan cerita, hari tu masa baru dapat baucer buku 1Malaysia tu (ala yg student IPTA/IPTS dapat baucer rm200 untuk beli buku tu) aku ada pergi beli stationeries. then aku belilah pen kaler2 jenama Faber Castell yg ada dua hujung tu. masa tu aku tersalah beli. aku beli yang 6 batang je (colour dia sikit and tak lawa) padahal aku nak yang 12 batang sebab banyak sikit dapat colour dia. kalau 12 batang, setiap batang ada 2 warna maka aku akan dapat la 24 batang kan. so disebabkan aku taknak aku decide nak bagi kat ecah. 
inilah kakak @ ecah

aku bagi dia masa aku balik hari tu la. dia bukan main suka. sehari lepas aku bagi hari tu akak aku datang bawak si adik @ amira (adik ecah) je datang rumah. yg lain tinggal kat rumah je dgn laki dia. datang2 si adik bagi aku satu kad and cakap macam ni "maksu, ni kakak suruh kita bagi maksu". then aku tengok ada kertas balut2. kertas kecik biasa2 je. haha. rupa2 nya si kakak buatkan aku kad kecik. aku fikir2 apasal la budak ni baik sangat nak bagi aku kad kan rupa2 nya sebab aku bagi dia pen kaler2 tu. haha. comel sungguh anak buah aku ni. walaupun tak secantik mana kad dia tapi terharu kot dapat kad dari budak kecik tu. comel je diorang ni taw. 

ni la kad yang aku cerita tu. 

*nasib ada anak2 buah yang tolong meng'happy'kan diri aku ni. serius happy bila dapat tengok muka budak2 ni. =)
*yeayy!! esok dah mula kerja. nervous la plak. hmm tapi baguslah at least boleh aku sibukkan diri dari pikir benda2 yang tak patut dipikir. =)

25 November 2011

teka teki


comel ke tak budak ni? bagi aku dia sangat comel dan tembam. baru umur dua tahun dah pandai pakai jam tapi tak tahu la dia pandai tengok jam ke tak masa tu. tapi ini gambar lama. sila lihat tarikh pada gambar ye. siapa ni? ok tu tak boleh dijawab. biarlah rahsia. yang penting budak ni bukanlah gambar tuan punya blog ni. hahaha :D

*this is my future son. boleh tak nak cakap gitu? hehe. (mood tengah ok) =D

23 November 2010

i wish i could turn back time~

aku nak buang otak aku ni then gantikan dengan otak baru leh tak?
sebab aku dah tak nak ingat segala benda lama yang pernah aku buat dulu.
aku nak lupakan kenangan silam.
aku nak start hidup baru.
aku dah tak nak ingat langsung apa yang terjadi masa aku masih budak2 hingusan.
tapi nak start new life pun tak boleh sebab kenangan silam aku asyik datang menghantui aku.
aku dah tak tahu nak buat apa.
kadang2 tu aku rasa nak kembali masa zaman aku naif tak tahu apa-apa.
then aku nak jadi budak yang baik je.
supaya no regrets at all bila aku dah besar.
tapi tu semua hanya angan2 je.
benda tu takkan boleh berlaku.
so apa yang boleh aku buat supaya aku tak ingat lagi pasal benda2 silam aku ni?
hmmm.......aku cuma nak buang kenangan pahit aku je.

16 March 2010

kanak-kanak riang...

ZAMAN KANAK2 MEMANG ZAMAN YG PALING SERONOK...
TIME TU KITA HANYA TAHU UNTUK BERMAIN, BERSUKA RIA, MAKAN DAN TIDO...
KITA TAK PERNAH PIKIR TENTANG PERKARA LAEN...
TIADA MASALAH YG PERLU DIFIKIRKAN...
TAPI KITE TAHU YG ZAMAN KANAK2 TU TAK PERNAH KEKAL LAME...
IANYA HANYA SEKEJAP UNTUK KITE NIKMATI SEBELUM KE DUNIA YG PENUH CABARAN...
SEMAKIN KITE MEMBESAR, SEMAKIN KITE PAHAM AKAN DUNIA INI, SEMAKIN BANYAK MASALAH YG KITE HADAPI...
MENJADI ORG DEWASA AMATLAH PAYAH...
SEMUA BENDA YG KITE LIHAT DAN BUAT ADALAH 1 TANGGUNGJAWAB BESAR....
KPD KANAK2, NIKMATI LAH HIDUP SBG KANAK2 SEMENTARA KAMU MASIH KANAK2....
ZAMAN KANAK2 AKAN MENJADI KENANGAN SAJA APABILA KAMU DEWASA KELAK JADI CIPTALAH KENANGAN YG PALING MANIS DAN INDAH UTK DIKENANG.....
^_^