Showing posts with label e-day. Show all posts
Showing posts with label e-day. Show all posts

12 March 2015

2015 - 6 Review photo props bertunang

Assalamualaikum,

Hari ni nak review pasal photo props tunang pulak. Photo props aku buat sendiri. Aku design guna microsoft excel je. Takde la cantik sangat pun just basic2 and biasa je. Aku curi2 buat masa waktu kerja. Hahahaha sila jangan tiru aksi ku. And then masa nak print pun aku print curi2 kat office ni. Lagi sekali jangan tiru aksi ku. Hehe

Aku print atas kertas recycle kat office ni. So takde la membazir kertas company pun kan. :p
Lepas dah print tu aku gunting and tampal atas kertas keras macam kat bawah ni. Kertas ni aku beli kat Mydin jugak. RM6.90 tak silap harga dia. Dalam dia ada 10 helai campur2 warna.



Lepas dah tampal macam kat gambar bawah ni. Aku potong la ikut corak dia. Amalan berjimat-cermat kena ada ye. Tampal tu biar kalau boleh tu ruang kosong dia biar sedikit so tak membazir.



Lepas dah potong tampal la lidi belakang dia. Ala guna je lidi sate yang ada. Aku guna lidi sate recycle sebab kitorang kat rumah kalau beli sate mesti akan basuh lidi tu bersih2 and simpan. So kat situ dah lagi jimat. Hehe



Dan hias ikut sesuka hati korang. :D


*Kalau ada sesiapa nak template photo props ni bolehlah tinggalkan emel kat bawah atau emel je aku dulu kat cornhelius123@gmail.com
**warghh aku baru perasan yg emel address aku slh rupanya sebelum ni. Ok takpe aku dah betulkan balik so jangan segan silu emel je k.


10 March 2015

2015 - 5 Review Baju Bertunang

Assalamualaikum,

Amboi siap ada review2 lagi. Kerlass kau jah! Hahaha. Saje je nak membanyakkan post dalam blog ni. Al maklum la 2014 sikit je entry aku kan. So kalau boleh 2015 ni nak post banyak2 sikit. (Cita-cita nak kena tinggi. HAHAHA)

Ok so mari review baju bertunang aku hari tu. Lepas ni banyak la entry mengenai persiapan perkahwinan atau pun review2 majlis bertunang aku ye. Tujuan review untuk bagi guideline kat kawan-kawan yang bakal jadi B2B nanti. Aku akan review berserta cost nya sekali kalau aku masih ingat la cost yang terlibat. Al maklum la aku kan QS, memang bab costing ni dalam bidang aku. Hehe Dan costing aku memang kaw-kaw punya bajet. Semua aku bantai dalam bajet yang murah je. So mana-mana B2B yang nak jadi pengantin bajet macam aku meh follow aku. (Bajet ada org nak follow ke? Haha)

Baju tunang seperti aku mention dalam post sebelum ni aku recycle je baju raya tahun 2014 hari tu. Kebetulan beli dress masa raya tu and pakai pun sekali je masa raya pertama so aku decide untuk recycle je balik tapi buat penambahbaikan sikit. So kat sini cost untuk baju tu dah kurang sikit. Kalau beli baju siap kat luar pun mau makan RM100 - RM400 kan. Baju aku ni aku cuma beli lace sikit, batu-batu and manik-manik sikit untuk jahit.

TOTAL LOST UNTUK BAJU BERTUNANG + SHAWL + VEIL :
1. LACE : RM43.50 untuk 1.5meter (RM29/semeter) - beli kat kedai PCB ayer keroh melaka
2. MANIK-MANIK & BATU-BATU : RM2.90 + RM3.90 = RM6.80 - beli kat Mydin
3. SHAWL HIJAU : RM21.00 include postage
4. HALFMOON UNTUK JADI VEIL : RM24.00 include postage
TOTAL = RM95.30

So murah ke tak ye? Lace tu je yang mahal sikit dan aku tak gunakan pun semua. Ada baki lagi dalam setengah meter kawan-kawan aku jadikan hiasan kat sampin atas dulang hantaran. So semuanya digunakan sebaik mungkin.

Bawah ni gambar baju bertunang aku tu. :D









*Rasa best bila banyak buat DIY sekurangnya kalau tak cantik kita marah diri sendiri jela dan tak libatkan orang lain. Hehe

23 January 2015

2015 - 3 Hari Pertunangan ku Part 2

Assalamualaikum,

Entry hari tu cerita pasal pre e-day kan. Ni nak cerita masa majlis and post e-day. hahaha e-day pun siap ada pre and post. Poyo sangat kan? :D

Majlis dirancang start lepas Zohor dalam pukul 2 petang macam tu. Alhamdulilah. Walaupun pihak lelaki datang lambat sikit tapi semuanya ok lagi. Pihak lelaki dari Batu Pahat separuh and dari KL separuh. KL tu sedara sebelah ayah MR. Bobot. So diorang rancang jumpa kat tol Ayer Keroh katanya. Dalam pukul 1 lebih yang dari Batu Pahat dah sampai kat homestay yang aku sewakan untuk diorang. (Sebab pihak lelaki cadang nak jenjalan Melaka hari Ahad keesokan hari tu). Lepas tu diorang tunggu yang dari KL sampai. Tunggu2 semua dah ada. Dalam pukul 2.30 diorang sampai rumah. Nasib baik lah homestay belakang rumah aku je. Hehe dekat sangat kan. Masa pukul 2 tu pun sedara mara aku dah duk tanya mana diorang tak sampai lagi ke. Abah pun dah duk tanya. Haishh masa tu aku hanya mampu bersabar jela. Mr. Bobot pun stress aku duk push je. Hee sorry awak! 

Ok pukul 2.30 camtu diorang sampai kat rumah aku abah terus suruh diorang makan dulu sebab takut diorang lapar. Nanti time bincang2 kang ada lak yang bunyi perut masing2. Hehe. Then masa perbincangan berjalan aku duk la dalam bilik je dengan kawan2 aku. MAsa ni abah tanya gak mana Mr. Bobot. Tak datang ke? Abah suruh dia datang je. Asalnya aku suruh dia datang lepas habis majlis tapi dah abah suruh dia datang aku pun mesej la suruh dia datang. Perbincangan tu sekejap je aku rasa. Tiba-tiba je kena panggil pergi depan dah. Time tu baru lah rasa berdebar semacam. Masa dalam bilik dah macam2 gaya aku buat. Melunjur, bersila, mencangkung, macam2 la. Haha kawan2 aku semua tegur kata aku ni gaya macam bukan orang nak bertunang. Hahaha mahapla! saya jenis tak reti duk diam and rock kapak. :D

Ok lepas je habis perbincangan aku pun dipanggil ke depan. Duduk kejap dengar diorang bincang sikit lagi lepas tu mama dia pun sarungkan cincin. Dan termeterai lah sudah ikatan antara kami. Alhamdulilah. 

mama :D
Lepas tu sesi bergambar je bersama keluarga masing-masing. Lepas hantar family dia balik aku pergi mencekik dengan kawan2 aku. Kawan2 aku tu semua mencekik untuk kali kedua jugak. hahaha macam ikan pirana betul memasing. Lepas habis makan pun sambung bergambar lagi. Semua buat selamba je depan family aku. Nasib baik la memang dah kenal family aku. Hihi and the rest was history. Bermulalah fasa hidup sebagai tunangan orang yang berdarah manis. hehe. Nah gambar lagi. Enjoy la ye.

antara family and sedara mara belah lelaki

family and sedara mara sebelah aku

kawan-kawan yg datang


dulang hantaran dari pihak dia

dulang hantaran dari pihak aku


Doorgift aku buat sendiri. Yang ni nanti aku review dalam entry lain.
Ok la tu je. Nanti aku review semuanya secara lebih details dengaan cost damage sekali ye. :)

21 January 2015

2015 - 1 Hari Pertunangan ku Part 1

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2015 pun kan. Tak sempat nak buat entry mengenang memori 2014. Hihi takpelah nanti aku ada mood nak recap aku buat ok. Entry kali ni nak cerita pasal hari pertunangan aku. Alhamdulilah 27 Disember 2014 tercatat lagi satu sejarah dalam hidup aku. I am officially engaged bak kata omputih kan. Hihi Alhamdulilah majlis sederhana je seperti yang aku rancang.Tapi nampak havoc dalam gambar sebab geng gila-gila aku datang ditambah pulak sepupu-sepupu yang havoc. Alhamdulilah.

Ok so nak cerita sikit lah masa majlis tu. Alhamdulilah majlis aku berjalan lancar walaupun la masa tu ada la jugak gaduh sikit, marah sikit, salah paham sikit dengan semua orang tapi biasa la tu kan dah tertekan semua keluar. Huhu 

So meh aku review sikit..

So pasal meja and kerusi itu semua abah aku setelkan. Mulanya aku ingat nak pasang khemah sekali abah kata tak payah la sebab sedara belah mak aku semua tak datang. So dia sewa meja dan kerusi saja. Luckily tak sewa khemah sebab petang lepas majlis habis tiba-tiba hujan lebat turun. Kalau sewa khemah confirm kena tempias yg bawah khemah tu. Meja and kerusi abah just susun kat porch kereta je. Untunglah porch kereta kat rumah ruang mencukupi cuma agak sempit sikit jela but aku rasa it's ok sebab tetamu tak delah ramai mana pun.

Baju tunang pulak aku recycle je dari baju raya aku. Kebetulan baju raya aku dress kosong so aku just tambah lace sikit and manik je sikit. Ok baju ni pun ada kerja last minute buat. Hahaha aku semua benda nak buat last minute. Asalnya baju tu aku tak cadang nak jahit lace kat tengah bahagian pinggang pun. Aku just jahit kat hujung tangan and tambah manik je tapi bila kawan2 aku datang semua complain cakap baju nampak kosong sangat. Lepas tu salah seorang offer untuk jahitkan lace tu. Barang semua memang aku ada je cuma nak jahit tu aku tak berapa reti takut tak cantik. So bila dia dah offer aku pun terima jela. Hahaha memang kelakar masa tu. Macam-macam kejadian berlaku. Hihi Thank you to my friends geng fir. Geng fir geng kelas aku dari zaman sekolah menengah dulu. Memang havoc diorang ni. 

Nampak lace kat tangan and kat pinggang aku tu.
Shawl pulak aku beli shawl kosong dari ig shop. Veil pulak aku guna halfmoon kosong warna cream pun beli online. Asalnya nak buat veil ada manik2 and lace tapi disebabkan tangan aku yang tak kreatif dan keras ni niat tu tergendala. Aku tunggu akak aku balik bawak set manik dia and suruh dia jahitkan. Tapi tapi akak aku sampai je kat rumah terus sibuk memasak. Dia ambil alih jadi chef sekejap gantikan mak aku yang masih kurang sihat masa tu. So dia dah takde masa nak tolong aku jahit manik tu. Sedih taw! Nasib baik kawan2 aku tu ada. So dia just bawakkan aksesori kepala je untuk lekatkan kat veil aku tu. Aku tak tahu apa nama aksesori tu. Tapi memang ngam and cantik kena pulak dengan pakaian aku masa tu.

Ni lah aksesori tu.

Mekap aku pulak disponsor oleh sepupu ku. Sponsor la sangat. Barang mekap pakai main cekup je sepupu2 and kakak2 aku punya then sepupu aku tolong mekapkan. Btw, sepupu aku tu lelaki so jangan tanya dia memang keje pak andam ke tak sebab jawapannya tidak. Dia hanya mekapkan sepupu2 perempuan dia sahaja. Kalau orang luar dia tak berani sebab bukan muhrim katanya, Hihi

Dulang hantaran pulak semua aku buat sendiri. Gigihlah google sana sini and mintak pendapat kawan2 semua. Haha tapi last2 kawan2 aku jugak yang tolong modified sikit mana yang tak cantik tu. Terharu dapat kawan2 camni. Haha


Inilah dulang hantaran aku kepada dia. 7 berbalas 9 dulang

Mini pelamin. Haa kan asalnya dalam checklist aku tu aku tulis tak nak ada pelamin kan sebab membazir tapi akhirnya aku buat jugak mini pelamin tu. Sebab sepupu aku yg mekapkan tula yang suruh buat. Dia kata nanti dia buatkan just prepare kain je. Hahaha aku pun ok asal tak keluarkan duit ok lah on je. Hehe. Ada 1 kain ela tu kak lang aku belikan siap hantar p jahit tepi. Baik sungguh. :p   

Hihi mini pelamin DIY oleh sepupu dan makcik ku

Then kakteh aku pulak ada lebihan kain langsir kat rumah. Dia pun bawak untuk dijadikan backdrop pelamin nanti. Take note, kain langsir tersebut juga digunakan oleh kakteh aku untuk jahit sarung bantal untuk aku duduk masa sarung cincin nanti. Haha So dalam gambar bantal dengan kain pelamin sama jangan ditanya. :p  Ok alas bawah tempat duduk tu aku tinggikan sikit dengan letak kayu katil yang berpalang tu then aku alas dengan kain langsir mak aku. Kain langsir ni aku jumpa pukul 9 pagi lebih kurang sebelum majlis. hahaha so korang boleh bayangkan tak betapa kelam kabutnya aku. Tolong jangan tiru aksi ini. Hihi. Lepas tu hias2 bunga tu semua makcik and sepupu aku buat. Sorry la gambar kayu bawah alas tu aku tak ambik masa tu sebab dah kelam kabut semua lupa.

Ok apa lagi? Oh photo props aku buat sendiri semua. Just guna microsoft excel. Gigih buat time opismate kuar lunch aku sanggup duk kat opis buat benda alah tu. Lepas tu print curi2. Ok sila jangan tiru aksi ni lagi. Muahahaha. Oh kalau ada yang berkenan tengok photo props aku ni bolehlah tinggalkan emel korang kat ruang komen ok. Cuma jangan expect too much la. Aku buat yang biasa2 je. 


Makanan pulak family aku yang masak. Just masak lauk kampung je. Buat nasi serai, sup ayam, ayam goreng berempah, kuah lemak ayam, ulam-ulaman dan sambal belacan sikit. And then air koktel buah-buahan campuran. Sedap kot. Aku makan dua kali. Buruk perangai kan? Hihihi. 

Eh terpanjang pulak entry. Rasa macam dah review details pulak. Hahaha maapkan saya. Saya terlalu eksaited! :D Ok la ok la nanti aku sambung next entry sekitar apa yang berlaku pada majlis pulak. Ni entry cerita pasal pre majlis ni. Hihi Nanti aku cerita post majlis pulak. :p

Mihmihmih :p

 

Me and my fiancee
Ok la ni je dulu gambar. Nanti gambar lain kat next entry.

20 November 2014

2014 - 24 Persiapan Pertunangan

Assalamualaikum.

Huish sebulan blog ni terbiar. Sorry dah lama tak update. Busy dengan kerja di opis. Barang2 tunang pun tak pergi survey lagi. Haish.. Padahal dah bulan 11 ni nak masuk bulan 12 jugak dah pun. Nasib baik lah majlis nak buat sederhana je. Kalau tak mau pening nak pikir macam2.

Ok hari tu aku ada pergi survey2 kain ela untuk buat baju nikah sekaligus untuk diletak atas dulang masa tunang nanti. Pergi Nagoya dah jumpa dah yang berkenan tapi tak beli lagi sebab fikir nak survey je. Then minggu lepas aku pergi Gulati's Euro Moda dekat Dataran Pahlawan pulak. Mood time tu sebenarnya nak pergi jalan2 je tapi dah alang-alang jalan ke sana and nampak ada kedai kain Mr. Bobot pun tarik je aku masuk untuk survey. Dan kebetulan time tu diorang tengah buat sale. So harga yg aku tengok affordable la kalau nak dibandingkan dengan Jakel. Jakel mahal sangat untuk orang2 yang sederhana macam aku ni. Dia punya pakej memang telan air liur. Masa pergi survey tu memang tak bawak cash banyak makanya tak beli lah. Yela dah kata survey je pun kan. Huhu lagipun aku cadang nak bawak mak pergi beli. Orang tua kan lebih arif lebih tahu pasal kain ni. Aku ni memang tak reti. Aku tahu beli baju siap je. hahaha. tengok la mungkin minggu ni atau minggu depan nak pergi beli kot.

Emm apa lagi ye. Oh ye cupcake aku dah tempah jugak.Aku tempah kat junior sekolah aku. Dia ada buat kek. Kek dia memang sedap and gebu lepas tu murah2 je pulak tu. Sebab tu aku beli dengan dia. Kalau siapa2 nak tempah boleh cari FB dan IG nama Ernies kitchen bakery. Highly recommended.

Kek pulak aku tempah dengan akak opis aku je. Aku saja tempah kat orang lain2 sebab nak bagi rezeki pada semua orang yg aku kenal. Emm apa lagi ek? Rasa ni jela kot. Preparation dulang semua awal bulan 12 ni nanti baru buat. Mintak semua dipermudahkan. Amin.

28 August 2014

2014 - 21 E-day checklist

::E-DAY CHECKLIST::

Ok pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan September. Sekejap je rasa. Kitorang rancang nak tunang hujung tahun 2014 ni. Tapi tarikh masih tak confirm lagi. Dan aku merancang majlis pertunangan yang serba sederhana saja. Aku tak nak majlis yang terlalu gah. Cukup sekadar yang penting saja. So ini aku buat checklist untuk majlis pertunangan aku. Disebabkan majlis yang aku nak simple and modest, so checklist aku jugak haruslah sederhana saja. Dan aku akan pastikan everything yang boleh aku buat sendiri aku akan DIY. Yup cita-cita kena tinggi. Hahaha nanti kita tengoklah macam mana cita-cita aku ni berjaya ke tidak. 

*Updated 22/01/2015

EVENT DETAILS
1. Date : 27/12/2014
2. Venue : My house, Melaka
3. Time : 2.00 p.m
4. Guest Count :50-70 guests
5. Guest List : Family members, saudara mara, rakan rapat
6. Color Theme : Green

1 - 2 BULAN SEBELUM
1. Cincin Tunang - Done.
2. Barang Hantaran - Done
From me to him
    - Sirih junjung
    - Kain baju melayu untuk Nikah
    - Cupcake - Dah booking dekat junior sekolah dulu
    - Coklat and gula-gula
    - Buah-buahan
    - Kek buat sendiri
    - Samping
    - Jeli kakteh buah
    - Tuala bersulam akak sponsor

From him to me
    - Sireh junjung and bekas cincin
    - Kain baju kurung nikah
    - Tuala bersulam sponsor by my sister
    - Kek
    - Coklat
    - Telekung
    - Buah-buahan

3. Mini Pelamin - DIY
4. Make Up Artist - My cousin.
5. Invitation Cards - DIY (send by whatsapp only)
6. Baju Tunang - Recycle dress baju raya hari tu. Just add some lace and beads.
7. Shawl dan Veil - Shawl dah ada. Veil guna halfmoon
8. Tema Hantaran
    - Pihak perempuan (Green and cream)
    - Pihak lelaki (Green)
9. Tempah Katering - Masak sendiri
10. Tempah Khemah + kerusi + meja - Sewa kerusi and meja only
11. Book Photographer - My sister and cousin

2 MINGGU SEBELUM
1. Facial - Tak buat. Tunggu nak kahwin nanti.
2. Beli Barang-barang Goodies -Buat 60 bags only.
3. Cari Wakil sebelah pihak perempuan / pembaca doa - Paklong sebelah abah.
4. Buat full payment untuk cupcake hantaran - Done

1 MINGGU SEBELUM
1. Beli Contact Lens - Done
2. Siapkan hantaran mana yang tak siap - Done

2 - 3 HARI SEBELUM
1. Kemas / Hias rumah - Done
2. Make sure everything is ticked done.


credit to sikucenghitam untuk checklist ini.