Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

07 August 2014

2014 - 17 Biskut Kacang (Biskut Mazola)

Hai,

Tajuk kuih raya. Hihi ye aku tahu raya dah berlalu. Tapi raya ada kan sebulan. So mana-mana yang kuih raya dah nak habis tu boleh lah buat biskut kacang ni. Semudah abc jek. Serius weh. Aku ni tiap-tiap tahun memang akan buat biskut kacang ni sebab faveret Mr. Bobot. Dia mesti request tiap-tiap tahun. Alhamdulilah raya tahun ni dapat bagi sebotol pada mama dia. And family dia puji sedap.Dia apatah lagi. Sebelum raya dah habis dia makan. Sabar jela. Lepas tu dok request nak lagi buat ngunyah2 depan tv. Nasib badan la dapat boyfriend kuat makan. Hahaha. Ok jom tengok resepi.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tapung jagung
Secubit garam
2 cawan kacang kisar (kacang tanah lagi sedap berbanding peanut butter)
1 cawan gula castor 
1 cawan minyak jagung mazola (kalau rasa adunan masih berterabur tak melekat boleh tambah minyak lagi sampailah adunan tu boleh dikepal2 dan dibentuk)
Kuning telur untuk hiasan
Badam keping untuk hiasan (optional)

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan garam.
2. Masukkan tepung, lepas tu campurkan gula castor dan kacang kisar.
3. Masukkan sikit demi sikit minyak jagung dan gaul dengan menggunakan tangan. Sila basuh tangan dulu ye kalau tak nanti keracunan makanan. Hehe
4. Gaul adunan sampai dia boleh dibentuk, tak berderai. Maksudnya bila kita bentukkan nantik dia tak pecah. Kalau rasa berderai tambah sikit2 minyak jagung sampai korang puas hati dengan texture adunan dia.
5. Buat bulat kecil dan letak atas dulang pembakar. Sapu mentega sikit dulu atas dulang pembakar supaya dia tak melekat. 
6. Sapu kuning telur atas adunan. Letak badam kalau suka. Aku jarang letak sebab malas. Haha.
7. Bakar dalam oven selama 15 ke 20 minit pada 180 darjah celcius. (Atau sampai telur kuning masak)


Lepas tu makan la apa lagi. Hihi. Selamat mencuba.
*Gambar aku akan update kemudian. Sekarang ni agak malas nak transfer file dari hp ke komputer. :)

27 May 2014

2014-11 Badak Berendam

Hai, 

Dah lama aku tak kongsi resepi kan? Sejak2 dah duduk dengan mak ni memang dah jarang main masak2 sangat. Kalau duk rumah sewa time study dulu bolehlah rajin main masak2 ni. Hehe alasan je semua ni. 

Ok tadi belek2 blog sendiri lepas tu tengok tab masak2 aku tu ada resepi yg aku berhutang rupanya. Resepi badak berendam. Tak ber update dari dulu lagi. Maaflah kadang2 aku busy dan terus lupa. Sila tinggalkan komen kalau nak tanya pape ye.Nah resepi untuk pembaca sekalian. tak kisah lah silent reader ke public ke kan. Silalah cuba nanti ye.

Bahan-bahan 1 (Si badak berendam) :
a) 2 cawan tepung pulut (Dapat dalam 20 - 30 biji jugak)
b) Daun pandan (optional - boleh jugak guna 1 sudu kecil perasa pandan)
c) 1/2 sudu kecil garam
d) 1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
e) 1 cawan air
f) Gula Melaka secukupnya (Dipotong dadu2 kecil)

Bahan-bahan 2 (Kolam air untuk si badak tadi) :
a) 1 kotak kecik santan
b) 2 sudu tepung beras
c) 1/2 sudu kecil garam
d) 2 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara-cara :
1. Mula-mula uli tepung pulut tadi dengan air, perasa pandan, garam, pewarna. Uli sampai jadi doh yang lembut and senang dibulat2 kan. 
2. Ambil doh lepas tu bulat2 kan dia. Lepas tu tekan tengah2 and letak gula melaka yang dah dipotong kecik2.  Jangan letak banyak sangat nanti si badak pecah and gula tu akan cair dan bocor.
3. Bulatkan sampai habis adunan and ketepikan dia.
4. Masukkan santan dan air dan biar sampai didih. Masukkan garam, daun pandan, tepung beras sikit dan biar dia memekat dan kacau selalu. Bila dah pekat masukkan si badak-badak tadi.
5. Bila si badak-badak tadi dah terapung semuanya tunggu seminit dua dulu, lepas tu bolehlah ditutup api dan dihidang. Siaplah badak yang berendam dalam kuah santan kita. Silalah makan.

Ini cara aku. Ada orang inti dia letak kelapa tapi aku lagi suka gula melaka sebab senang dan tak leceh. Ada orang suka simpan dalam peti sejuk dulu baru makan sebab dia suka kuah tu sejuk2 tapi aku lagi suka makan panas2. Nikmatnya bila gula tu pecah dalam mulut kita. Yummy! Sluurpp!! Meleleh air liur aku! Hahaha selamat mencuba. 

13 January 2014

2014-03 Caramel sauce

Assalammualaikum.
Korang pernah try buat caramel sauce sendiri tak? Ala yg macam pretzel auntie's anne punya caramel tu. Hehe hari tu aku try buat dan nasib baik menjadi. Serius sedap weh. Sangat senang buat dia. Resepi dia aku amek kat blog skybluekitchen tapi macam biasa la aku akan olah sikit. Ni cara aku buat lak ok.

Bahan-bahan:
1 cawan brown sugar
1 kotak kecil (200ml) whipping cream
1/2 Ketul butter.

Cara-cara:
1. Guna periuk yg tinggi sikit, masukkan gula perang. Aku suka guna brown sugar sebab lebih cepat cair. Cairkan dia sampai warna keperangan. Jangan masukkan air langsung.
2. Masukkan butter dan kacau guna whisk tangan. Adunan akan berketul. Time ni kecikkan api sikit.
3. Masukkan whipping krim yg dah dibiarkan pada suhu bilik. Teruskan kacau sampai hilang ketulan2 gula and sampai capai kepekatan.
4. Simpan dalam peti ais. Caramel ni boleh disimpan lama kalau betul cara buatnya. Bila simpan dalam peti ais kepekatan dia akan bertambah and kalau nak guna aku nasihatkan keluarkan dari peti ais awal dan dibiarkan pada suhu bilik dalam 1/2 jam.

1 adunan ni boleh dapat 1botol jem kecik macam dalam gambar aku bawah ni.
b







Selamat mencuba!
posted from Bloggeroid

22 December 2013

2013-17 Cream Caramel Versi 2

Assalammualaikum.

Hai lama sungguh tak menaip di blog ni. Agak busy sikit kebelakangan ni. Nak handle bisnes dan juga kerjaan di siang hari. Penat jugak rupanya buat dua kerja ni. Tapi aku seronok. dalam sibuk2 ni jugak aku sempat main masak-masak. Kali ni aku main masak-masak puding caramel. Hari tu tak puas hati sebab tak berapa menjadi sangat. So kali ni aku try buat ikut resepi yang tak menggunakan telur seperti di blog Fatin Liyana. Alhamdulillah menjadi jugak la tapi terlebih keras sikit sebab mungkin terkurang air. Rasa pun sedap. Yang penting takde rasa telur. Aku ni tak berapa gemar rasa telur sangat kalau dalam kek. Boleh rasa muak. So bawah ni hasil yang aku dapat dan juga resepi yang aku copy paste.


Bahan-bahan :

For Caramel Sauce
2 senduk gula (aku guna gula perang lebih cepat cair)
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air

Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula perang dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!


Jangan lupa like page Crazy Choc Hauz (dulu guna nama Afani Shoppe) untuk order Crispy bar yang sedap. Crispy bar ni boleh dipos taw. Jangan risau sebab semua customer berjaya dapatkan nya dalam masa 1 hari je dan keadaan coklat tu jugak dalam keadaan yang elok. 

Untuk pos, Crispy bar akan dibalut cantik-cantik dan elok supaya tiada apa yang buruk akan terjadi. :)

Kek batik berkeju juga ada dijual. :)

Produk akan datang yang akan dikeluarkan ialah kek batik berkeju. Kalau like page Crazy Choc Hauz tu anda akan dapat tahu semua update tentang produk ni. Thanks again pada semua yang order dan menyokong bisnes baru aku ni. :) (ter'promote' lebih pulak. Hiks!)

18 October 2013

2013-14 Cream caramel

Assalammualaikum.

Hari tu teringin sangat nak makan cream caramel. Ada sorang abang ni dia pandai buat. Gula dia tak rasa hangus, puding dia pun sedap tak keras sangat tak lembut sangat. Abang Hadi ni aku kenal masa aku kerja kat Restoran Dima MITC Melaka (Restoran Nasi Arab). So hari tu adalah pergi sana mintak makan puding dia. Lepas tu balik mintak resepi kat abang Hadi tapi abang Hadi taknak bagi. Dia suruh aku kerja sana balik baru dia bagi resepi tu kat aku. Ceh! kedekut sangat. Haha. Tapi takpe tak kisah pun. Last2 aku Google je resepi yang ada campur tengok2 buku resepi yang aku beli dulu. Then try la buat puding tu kat rumah. Nasib baik bahan dia tak banyak sangat. 1st try bagi aku kira menjadi jugaklah walaupun lembik sikit tapi yang penting mak aku makan sampai habis 1 loyang ok! Ko hado? Haha Mr. Bobot pun kata ok je sedap. (Padahal bagi dia memang semua dia kata sedap. Hehe ampun awak!) Tapi kan aku konfius sebab banyak versi cara buat dia. So ini cara aku buat masa 1st try.

Bahan-bahan :
Caramel
6 sudu besar gula halus
1 sudu air

Puding
3 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula halus

Cara-cara:
1. Mula-mula aku buat caramel dia. Aku buat caramel ni 3kali baru jadi. 1st try gula aku tak hancur sebab aku masuk gula terus masuk air. 2nd try cair sangat sebab aku masuk banyak sangat air. 3rd try barulah jadi. Korang kena letak gula tu semata-mata dalam non-stick fry pan dengan api sederhana. Jangan besarkan api sebab nanti gula tu cepat hangus.bila nampak gula tu dah start cair gaulkan dengan yang tak cair lagi. Kacau-kacau sebati. Bila dah agak-agak semua dah cair baru masukkan air 1 sudu. Kacau-kacau sampai dia tak berbiji. Nak buat caramel ni memang kena makan masa lama sikit. Lepas tu masa panas-panas terus tuang dalam bekas loyang. 


2. Lepas dah siap caramel dia, ambik periuk kukus, kukuskan air dulu biar periuk tu dah siap-siap panas la.
3. Pecahkan telur dan campur gula 1 sudu (kalau taknak capur gula pun takpe sebab nanti caramel dia dah cukup manis). Pukul telur dengan whisk tangan sampai hancur tapi jangan kuat-kuat sangat cukup sampai dia dah sebati gitu. (Macam nak buat telur goreng tu.
4. Masukkan susu dan air dan pukul sebati lagi.


5. Tapis dan masukkan dalam loyang yang ada caramel tadi. Tutup dengan aluminium foil supaya wap air tak masuk dalam loyang tu. Kukus selama 30-40 minit.


6. Dah siap tu sejukkan lepas tu masuk dalam peti ais. Kena tunggu sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang. 

Yang ni aku tak masuk peti ais dulu lepas je suam-suam kuku terus makan. Agak pecah-pecah
*Ini cara aku buat la. Agak menjadi jugak tapi still tak tahu cara yang sebenarnya sebab yang aku buat ni agak lembik dan berair. Aku nak yang keras sikit bila diterbalikkan dalam pinggan. Ada sape-sape tahu bolehlah kongsi-kongsi ea.






24 September 2013

2013-11 Bubur nasi kasih sayang

Assalammualaikum,
Hari ni aku terasa macam nak kongsi 1 resepi yang sangat mudah. Sangat senang sampaikan aku rasa anak buah aku yang darjah 3 tu pun boleh masak la. Terasa diri ini sangat malu sebab tak expert lagi bab masak2 ni. Takpe slow-slow yang penting ada usaha. 

Ok ni aku nak kongsi cara buat bubur nasi. Resepi ni khas untuk perempuan-perempuan yang takut minyak terpercik kat tangan ke muka ke atau takut masak tak sedap ke sebab resepi aku ni gerenti sedap. *aku gerenti mesti jadi punya. Kalau tak jadi maknanya korang punya tangan kena ketuk tukar jadi sudip. Hihi* 

Actually bubur nasi ni Mr. Bobot ngidam masa dia demam hari tu. Nak update dari dulu lagi tapi malas nak transfer-transfer gambar dari hp. Yela kalau nak kongsi resepi takde gambar tak syoookkk r weh. Hehe. So ini hasil dia dari aku punya tangan khas untuk Mr. Bobot. Dia siap puji lagi "Sedap sayang masak. Nanti masak lagi ea" Hahahahaha terus hidung aku kembang kuncup kembang kuncup. Ok dah melalut lagi. Nah la tengok resepi ni and try ok. Nama bubur nasi aku "Bubur Nasi Kasih Sayang".

Bahan-bahan:
1 pot nasi (Ni pun banyak untuk sorang makan. Tapi disebabkan perut Mr. Bobot saya besar jadi saya bagi je 1 pot untuk dia sorang. Haha.)
3 cawan air (Boleh ditambah dari semasa ke semasa sebab nasi akan serap banyak air)
1 sudu kecil bawang putih dan bawang besar untuk tumis saja.
1 sudu kecil minyak (just untuk menumis bawang sikit untuk naik bau dan rasa)
Lobak merah (ikut korang nak banyak ke sikit and ikut nak potong bulat atau dadu. Aku suka potong bulat nipis2 sebab cepat empuk)
Kentang (ikut suka jugak nak banyak ke tak sama macam lobak)
Ayam (aku hiris 1 ketul bahagian dada. Cukuplah untuk sorang makan je)
1 sudu kecil Serbuk ayam Knorr 
Sikit ikan bilis untuk hiasan
Sayur-sayuran lain yang korang suka pun boleh letak

Cara-cara:
1. Mula-mula aku rebus kentang dulu sampai empuk supaya nanti bila dimasak dalam bubur tu cepat sikit dia empuk. Lepas kentang dah siap direbus ketepikan. Air rebusan kentang tu jangan buang sebab nanti boleh digunakan juga untuk tambah-tambah air dalam bubur nasi tu.
2. Tumis bawang putih dan merah dalam periuk. Bila dah naik bau, masukkan ayam. Kacau-kacau biar ayam masak sikit. 
3. Masukkan air rebusan kentang tadi (kentang jangan masuk dulu). Lepas tu masukkan beras. Kacau selalu supaya beras tu tak melekat bawah periuk.
3. Bila dah mula mendidih, ada buih-buih bolehlah masukkan sayur-sayuran tadi termasuk kentang sekali dan juga serbuk ayam Knorr.
4. Sekali sekala kena kacau supaya bubur tu masak sekata. Biar beras tu tak ada yang mentah. Perhatikan air. Kalau rasa macam bubur korang pekat sangat tambah air sikit-sikit sambil rasa-rasa masin ke tak. Oh lupa, aku dah tak masukkan garam sebab serbuk ayam Knorr tu dah cukup masin bagi aku. Kalau tambah garam nanti masin sangat pulak. Tunggu sampai kentang dan lobak betul-betul empuk (Kalau tak tahu kentang dah empuk macam mana meh aku hempuk kepala korang. Haha). 
5. Lepas tu tutup api dan hidang la. (Ni pun nak kena ajar ke? Grrr!! Haha. :p)
6. Goreng ikan bilis sikit kalau nak la then tabur je atas bubur tu. Dah siap!!

Dan hasil bubur aku seperti di bawah. Bubur nasi aku pekat sikit sebab aku nak Mr. Bobot rasa kenyang dan sihat. Sweet tak titew?? Auww!! Hahaha.


Bubur Nasi Kasih Sayang

Aku letak dalam bekas sebab buat delivery untuk Mr. Bobot. Sian dia masa tu demam. 

*Korang boleh ubah-ubah resepi ikut keselesaan dan kesesuaian. Bubur nasi nampak mudah tapi sebenarnya susah untuk maintain dia punya pekat atau cair. Selamat mencuba!

16 September 2012

cara aku

finally i did it! akhirnya aku berjaya buat daging salai masak lemak cili api. hehe. first time buat and tak sangka boleh jadi. well even tak berapa sedap sangat pun but still ia menjadi dan ada rasa masak lemak tu. resepi aku tengok kat google dan jugak tanya pada mak aku. last2 dengan keberanian yang aku ada aku cuba bereksperimen di dapur rumah sewa. dan taraa!! dah jadi... :D

gambar gua tak menggiurkan sangat pun kan sebab diambil terus dari periuk. haha

aku punya bahan2 tak ikut sukatan pun. aku main campak2 sana sikit sini sikit. masuk ikut sedap hati last2 menjadi lah jugak. lepas ni boleh la buat lagi. hehe. masak lemak cili api ni aku takut nak buat sebab menggunalan santan. mana2 masakan guna santan aku takut nak cuba sebab santan ni dia macam leceh sikit. api nak kena jaga la, tak boleh kasi pecah minyak la, air tak boleh lebih la tak boleh kurang dan macam2 la. tapi akhirnya aku berjaya jugak. alhamdulilah kenyang perut hari ni.aku cuma guna bahan2 di bawah ni saja.

cili api
serai
serbuk kunyit
asam keping
ubi kentang
daging yang dah disalai
garam
santan
air

firstly aku mesin cili api tu dengan air sikit la. lepas tu aku campak je dalam periuk dengan serbuk kunyit dan juga serai yang dah dititik. gaul2 sikit kasi naik bau lepas tu tambah air sikit. then masukkan daging biar daging tu resap air tu dulu. agak2 air dah berkurang, aku masukkan santan pekat dan letak air lagi sekali. lepas tu aku terus masukkan kentang dan garam. biar mendidih tapi api biar sederhana. bila kentang dah empuk aku pun tutup api. dah siap! senang je kan? aku rasa kalau orang negeri sembilan masak mesti lagi sedap kan? ni cara aku masak dengan menggabungkan cara2 aku jumpa kat google dengan cara mak aku. cara korang macam mana pulak? hehe :p

*kalau dapat bagi Mr. Bobot makan ni mesti lagi best. huhu

06 August 2012

kuih putu ayu @ puteri ayu

hari tu aku ada try buat kuih putu ayu atau puteri ayu ni. nasib baik menjadi. atas permintaan seorang kawan, ni aku bagi resepi mak aku. kalau rajin cuba lah. 

adunan ni aku buat dapat la dalam 30 ketul gitu. kalau nak lebih just gandakan je semua bahan tu.

bahan-bahan :

2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (kalau tak suka manis boleh letak 3/4 cawan je)
1 camca ovelette
1 cawan santan 
1 cawan air (bagi yg suka rasa pandan boleh guna air pandan tapi aku malas hari tu :p)
sedikit pewarna hijau
kelapa parut putih untuk topping dia
garam
2 sudu tepung ubi

cara-cara :

1) mula2 sekali basuh la acuan dia bersih2 dan lap kering2. then ambik kelapa parut putih tadi gaulkan dengan sedikit garam dan tepung ubi. tepung ubi tu untuk pastikan kelapa tu tak berderai la.
2) lepas tu sapukan minyak sikit pada acuan untuk pastikan bila dia dah masak nanti senang nak keluar.
3) tekan sikit kelapa ke dalam acuan ikut citarasa sendiri. tekan biar padat.

ihsan google

4) ambik mangkuk kosong untuk buat adunan hijau tu. masukkan gula, telur, ovelette dan pukul sampai kembang dan naik. biar dia sampai ringan la. pakai pemukul mesin lebih cepat taw.
5) lepas tu masukkan santan dan air. masukkan pewarna hijau sikit ikut citarasa nak pekat ke cair warna tu. kalau nak try warna lain pun apa salahnya.
6) kemudian masukkan tepung gandum. pukul sampai dia sebati. dah siap bolehlah masukkan ke dalam acuan yang ada kelapa tadi.

ihsan google

7) panaskan kukusan dan kukus selama 7-8 minit. jangan biar lama2 kalau tak nanti dia kecut dan tak gebu. kalau nak lagi gebu boleh tambah ovelette tu lebih sikit pun takpe.


dah jadi dah kuih kitew. lagi gebu lagi sedap taw.

hari tu ada try buat badak berendam dengan mak jugak tapi resepi dia tak sempat tanya mak lagi. nanti2 kalau dah ada aku update pasal badak berendam lak. 

kuih badak berendam
*semoga abah cepat sihat dan sembuh. rabu ni mungkin abah ada operation untuk masukkan besi. abah, cepat2 la keluar hospital ye. =)

20 July 2012

my puding triffle

selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna...
untuk 1st day puasa ni aku ada buat special food untuk family aku. puding triffle. nyum3 sedap!!! 1st time buat sendiri taw. kalau nak resipi triffle ni boleh tengok kat blog ini >> puding triffle
sangat senang...esok berbuka nak makan triffle ni...sayangnya mr. bobot tak dapat nak rasa. takpe2 nanti i buat yang baru... :D



1st layer-cak swiss roll, 2nd layer-kastard, then susun buah peach, 3rd layer-crystal jelly

*nanti nak buat lagi untuk hantar ke rumah mr. bobot. :D

09 July 2012

roti bakar atas kuali

pernah try tak buat roti bakar tapi bukan bakar pakai toaster? bakar guna apa? hehe ni yang nak bagitahu ni. bakar guna kuali yang dipanaskan atas dapur. tak pernah try? kena try sebab dia sedap rangup2 gitu. tapi kena makan time dia panas2 baru sedap.

aku dapat idea ni sebab duk rumah sewa yang takde toaster. almaklum la student kan. nak bawak dari rumah toaster tu malas jadinya kuali la jadi toaster aku. disebabkan tengah exam week perut asyik meragam minta diisi aku pun beli roti. mulanya nak makan bodoh2 macam biasa sapu marjerin and tabur gula. instead buat macam biasa tu aku dapat idea why not aku try bakar guna kuali. budak2 rumah pun bagi suggestion jugak. so aku try la. memang sedap la.

cara dia senang je. ambil roti kosong tak kisah la jenama high 5 ke gardenia ke tapi aku lebih suka gardenia. then korang sapu marjerin atas roti tu. lepas tu baru layurkan dia atas kuali yang dah panas. dalam kuali tu jangan letak minyak atau apa2 pun. biar je kosong. layurkan bahagian yang korang sapu marjerin tu dalam kuali and tekan2 sikit nak kasi garing. biar ada hitam2 sikit baru sedap and rangup. then kalau nak lagi sedap tabur gula atas roti yang dah dibakar tu and siaplah roti bakar atas kuali. hehe.