Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

16 October 2015

2015 - 8 Borang nikah

Assalamualaikum.

Actually ni post yg aku draft before aku nikah. Bulan June tak silap aku draft tapi tak sempat nak publish. Hahaha gila lama aku simpan draft ni woi. Sebab office aku dah block semua website blogspot. Sedih kan? Nak suruh aku update guna laptop memang malas la. Internet broadband aku dah aku tinggalkan pada abah aku. Ni aku update guna hp je. Guna browser. Rindu sgt nak taip kat sini. Huhu. Untuk makluman auk dah selamat nikah dengan encik suami pada 7/8/2015 jam 4.00 petang gitu. And majlis sanding kitorang pada hari berikutnya iaitu 8/8/2015. So nanti kalau aku ada masa aku buat review mana yang sempat yek (kalau sempat dan rajin la. :p) So ni baca la post aku ni. Ampunkan lah kalau masa baca tu rasa macam "eh ni post backdated ke apa ni?" ye memang sebab aku malas nak edit. Hahaha. Baca jela yek. :p


Untuk persiapan raya hari tu tak banyak sangat aku buat sebab aku lebihkan pada persiapan perkahwinan aku. Makanya raya tahun ni tak beli baju raya, kasut raya semualah. Guna je ala yg ada. Lagi pun hari tu ada je aku beli baju2 baru and kasut baru so guna jela tu. Bajet memang terhad gegile. Al maklum la aku kahwin ni semua guna duit sendiri, semua buat sendiri. Berkongsi dengan Mr bobot.

Cakap pasal persiapan kahwin, alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Borang semua dah setel. Tinggal nak packing doorgift, final fitting baju and bayar balance payment bridal.

Pasal borang kebenaran nikah kitorang alhamdulilah ada jalan senang. Kan hari tu aku kata Mr. Bobot kena interview kat Johor patutnya sebab rumah di Johor. Tapi tak jadi. Masa abah ambik borang aku kat JAIM, abah tanyakan la hal kitorang ni dan luckily boleh ambil borang di Melaka rupanya sebab Mr. Bobot dah lama kerja kat Melaka. So dia dah dikira pemastautin di Melaka sebab dah tinggal lebih 6 bulan di Melaka. Alhamdulilah senang lah proses kitorang ni.

So abah pun ambik la borang untuk kami berdua. Proses dia sepatutnya kan lelaki kena isi dulu untuk dapatkan kebenaran nikah, tapi bagi proses kitorang ni Mr. Bobot boleh hantar sekaligus dengan borang aku. Kiranya jabatan agama islam akan sahkan borang Mr. Bobot dan kemudian proses sekali borang aku. Faham tak? Huhu harapnya korang faham la ye. So lepas je isi borang semua, kami pergi buat ujian HIV di Klinik Komuniti Ayer Keroh. Result dia boleh dapat dalam masa sehari je. Cepat sangat eventhough masa tu ramai jugak pasangan yang buat ujian ni. Alhamdulilah kami berdua bebas HIV. Yeayy kami dah boleh kahwin. Ahaks!

Lepas je dapat result, aku jadi tukang compile dokumen2 berkaitan untuk aku dan Mr. Bobot. Biasalah tu memang semua aku yang buatkan sebab nak harapkan dia memang lambat. Hahaha lelaki kan. Kalau dah ada orang yang tolong buat memang dia tengokkan je. Tapi takpe aku tak kisah pun. Demi cinta kan. Hahaha geli je. :p

So bila dah siap dokumen semua, abah kena bawak jumpa tok sidang kariah untuk pengesahan pemastautin. Time ni Mr. Bobot ikut abah. First time ni dorang keluar berdua. Haha lantak apa jadi. Nasib senang je sebab dia duduk dalam kariah yang sama dengan aku so jumpe pun satu tok sidang je la. Setel pengesahan tu, barulah abah bawak borang kitorang pergi jumpa imam kariah tempat tinggal aku. dah dapat pengesahan semua, abah pun hantar lah ke JAIM dan tunggu pengesahan dari diorang. Dah dapat je pengesahan, JAIM akan cop sijil kursus kahwin kitorang tu dan pulang balik, lepas tu dia bagitahu bayaran apa yang kena sediakan masa akad nikah nanti. Proses seterusnya, tunggu je hari pernikahan. Masa hari pernikahan tu la baru bayar segala bayaran tok imam, tok sidang tu semua. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. aku bersyukur sangat. Dah selamat pun jadi pengantin basi. Hihi. 

Ok la malas nak taip panjang2 lagi. Tunggu ada mood lagi nanti aku update lain pulak. :)

*Bersyukur segalanya dipermudahkan. :)

13 April 2015

2015 - 7 Preparation

Assalamualaikum semua.

Huwaaa hampir sebulan tak update blog. Sibuk sangat dengan kerja opis. Ok alasan cliche sangat. Huu~ Tapi memang betul pun. Lagi pun kat opis ni tak boleh nak update sangat sebab sentiasa ada yang memerhati. Hahaha bunyi macam menakutkan. Tapi itulah hakikatnya.

Ok tak nak cerita pasal opis. Aku nak cerita pasal preparation B2B aku. Sekejap je dah bulan April weh!!! Serius masa kenapa cepat sangat berlalu. Banyak lagi yang aku tak prepare actually. Tapi yang mana major items tu dah siap booking la. Tinggal nak finalise je balik design, baju, colour etc tu semua la. So tinggal yang minor items yang sebenarnya lagi leceh dan memerlukan masa. Dulang hantaran 1 apa pun tak cari barang lagi. Doorgift pun aku takde idea lagi nak buat apa. Serius banyak benda sebenarnya aku tak setel lagi. Nampak je aku ni duk counting days, tapi dalam menghitung hari tu punyalah cuak tahu tak? Cuak sebab takut semua tak sempat nak siap on time. Takut semua tak jadi seperti yang aku harapkan. Huarghh!! aku paling tak suka macam tu.

Tapi dalam cuak and nervous ni sempat lagi berjimba dengan encik tunang. Bukan la berjimba apa pun cuma berdating je. Tiap hari ahad je mesti dating. Aku kena dating jugak tiap minggu. Hahaha kalau tak jumpa dia nanti aku rasa stress. Hahahaha macam orang tak betul je aku ek? Hihihi tapi itulah hakikatnya. Lagipun aku kesiankan dia. Kalau dia duduk rumah pun bukan apa boleh buat. Nanti tidur je tak produktif. So lebih baik dia dating dengan aku. Kuikuikui. Dating pun bukan lama dating kejap je. Buat lepas rindu sebab memasing sibuk kerja seminggu tu kan. Kira spend quality time together la. Sesambil tu bincang la pasal majlis, itu ini semua.

Ni tarikh nak dekat lagi la cuak. Dah start nak kena setelkan borang mak nenek and test HIV tu semua. Bulan depan memang start pening la aku gamaknya. Mr. Bobot punya pun aku kena setelkan aku punya pun aku kena setelkan mana tak pening. Dah lah Johor punya prosedur macam leceh je. Adeh bertabahlah. Takpe2 nak kahwin punya pasal lautan luas mampu ku redah. Cewahhh! Haa cakap pasal borang2 ni semua aku pun tanya la kawan aku macam mana proses and prosedur sebab dia kan sama situasi dengan aku which is lelaki orang Johor and perempuan orang Melaka. Lepas tu google2 sikit baca blog sana sini dah faham lah sikit2. Tinggal nak laksanakan je. Fuhhh berdebar2 pulak rasa.

Ok la tu je la nak cerita. Nanti2 aku update lagi.

Thanks for reading this entry! :)

15 September 2014

2014 - 22 Selamat Pengantin Baru Mira!

Assalamualaikum.
Aiyooo. Lagi 3 bulan je nak bertunang tapi macam tak ada apa pun yang berlaku. tak de persiapan pape pun. Nak cari barang pun rasa malas je. Mungkin sebab lama lagi kot. Lagi pun baru nak bertunang belum kahwin so wat lek wat peace lu! Hahaha tunggu la bulan November nanti pasti aku terhedek hedek baru nak buat semua. Aku kan suka buat last minute. Plan je nak gah tapi kang last minute jugak yang aku buat. Hihi.

Sebenarnya nak ucap selamat pengantin baru kat kawan praktikal masa diploma dulu, Mira. Dah kahwin dah dia. Cantik sangat baju and mekap dia. Memang akan aku mintak no telepon mak andam tersebut pada dia. Muahahaha. :D

Majlis dia simple dan sederhana sangat which is I really adore her. Serius, majlis macam tu lah yang aku nak. Tak berlebihan, serba sederhana, tak membazir, yang wajib2 je yang diutamakan. Wahh!! Tetibe rasa tak sabarrrr nak kahwin. Ahaks! Gatal sangat bunyinya weh! :D

Ni je gambar yang mampu aku letak. Yang lain2 buat pekasam. I is malu nak tayang gambar sendiri. :p

Mira & Paan

QS Mates Uitm Perak

Me with pengantin and di photo bomb oleh si penyebok Aina! :D