Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

27 July 2016

2016 - 01 New Chapter

Assalamualaikum,

Weeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Seriuosly last update aku is around October 2015???? Seriouslyyyyyyyyy?? Hahahaha Gila lama aku tak update weh. sorry ler makin busy hidupku sekarang ni. Tak sempat nak tengok blog and menaip. Sungguh aku rindu sebenarnya dengan blog aku ni. Sinilah tempat aku luahkan perasaan aku mana boleh aku lupakan blog ni. Seronok tengok kekawan rajin update blog diorang. aku je yang malas. Huhu.

Dunia kerjaya aku sekarang teramat la busy. Nak update kat ofis memang dah tak sempat. Ni pun curi2 kejap. Sebab tetiba teringat blog ni. Huhu.

Apa yang berlaku sepanjang lebih 9 bulan aku tak menaip blog ni? Banyak sangaaaaatttttttt!!! Spin 360 darjah dah hidup aku sekarang ni. Rutin harian aku lepas kahwin hari tu dah berubah. nak kena masak, kemas rumah, dengan kerja opis lagi. Dah la sekarang kerja balik pukul 6 petang. Tapi bukannya dapat balik on time pun. Memang maghrib la selalu baru sampai rumah.

Bila dah sampai rumah memang takde masa nak bukak laptop dah. Broadband pun dah slow. Nak on hotspot pun malas sebab laptop aku pun dah slow. Lama dah tak guna laptop untuk online sejak2 dah ada smartphone ni kan. Hehe

Lepas kahwin hiduo berubah 360 darjah. Then sekarang ni pun hidup aku berubah 360 darjah lagi sekali. Sebab now dah ada orang baru dalam hidup kami. Alhamdulilah rezeki dari Allah swt untuk kami. Orang baru yang telah menceriakan hidup aku. Tapi tapi aku masih belum percaya yang aku sebenarnya dah jadi seorang ibu. *emoticon terkejut*

Hihi serius la weh macam tak percaya dah jadi mak. Macam tak percaya fasa mengandung dah habis. Macam tak percaya aku yang beranakkan dia. Ahaks! Pengalaman? banyak sangat!!! Macam2 rasa pulak tu. Dari mengandung risau macam mana la masa bersalin nanti. Lastly berjaya hadapinya jugak. Alhamdulilah. Cerita bersalin tu nanti2 la aku cerita kalau aku ada masa ye. Hehe

Ok la Gotta go. Banyak kerja menanti. Bye for now. Till then enjoy la gambar picisan dari ku. Hiks~

NUR AUNI BINTI MOHAMMAD NOR HANAFFI PERMATA HATI KAMI.

Budak comel yang suka senyum. Mestilah comel. Kenalah puji anak sendiri kalau tak sape lagi nak puji ye dak? :D

22 January 2015

2015 - 2 I am Bride To Be 2015

Assalamualaikum,

Hai, Titew dah jadi B2B uols. Titew tak sangkew sangat tawww. Euuuwww apa guna titew titew ni. Dah macam budak tak habis sekolah. Hahaha. ok mahapkan hamba ye.

Huargh tak percaya aku dah jadi bride to be. 2015 bakal menjadi tahun bermakna aku. Aku bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun 2015 gitu. Tak percaya sangat. Heee. Alhamdulilah dah sampai jodoh. Ok so sempena aku menjadi B2B ni aku ada buat badge sendiri. Hiks! Aku guna monogram maker and photgrid apps dalam handphone android aku je. Tak la cantik mana pun but aku puas hati je. Hehe nah aku tempek sini je ea. Tak nak tengok  takpe pangkah je browser korang tu. Mihmihmih

Badge ni jugak aku gunakan untuk muka depan buku wedding planner aku. Sekarang ni kalau boleh semua benda nak DIY walaupun tak berapa kreatif janji aku puas hati sebab tak keluar duit banyak. Hahaha ye sy kedekut orangnya. Ok la tu je. Bye! :D


19 May 2014

2014-09 My Superman

Assalammualaikum

Hai. Nak cerita perihal minggu lepas punya kejadian. Hari Isnin 12/5/2014 hari tu kan hujan lebat gila dari pukul 5 pagi tak silap sampailah pukul 7 pagi tak berhenti. So terpaksalah aku ni pergi kerja naik kereta. Aku ni selalu rempit jek naek tenggiling aku tu pergi kerja. Forever rempit. Haha. So kalau hujan jela baru naik kereta. Al maklum kereta tu walaupun aku bayar tapi lebih kepada kegunaan family. Takpelah bagi je bapak aku guna kan. Ok back to story. Nak dijadikan cerita la kan, pagi tu dengan hujan lebat aku pun redah lah untuk ke pejabat yang selalu makan masa 18 minit saja dari rumah aku. Tapi malangnya isnin itu betul2 dugaan untuk aku. Masa on the way tu aku lalu jalan Bukit Beruang. (Aku tinggal kat Padang Jambu, kerja kat Taman Tasik Utama Ayer Keroh - sila google kalau tak tahu. Haha) Jalan tu memang aku selalu jalan lah. Entah salah kat mana tayar aku macam ada buat bunyi pelik. Aku mulalah bawak slow and perlahankan volume radio aku. Then aku tak sedap hati terus cari tempat yang selamat untuk berhenti. 

Masa berhenti tu aku cek la tayar belakang kiri tapi tak nampak apa-apa pelik. Mungkin mata aku ni telah dirabuni kan yela time tu hujan so aku pun macam cek gitu2 je. Then teruskan je perjalanan balik. Lagi 5 minit je nak sampai opis dah tiba2 ada sorang hamba Allah ni mungkin student UTEM naik motor bagitahu aku punya tayar dah bocor. Ya ampun!! Aku memang dah cuak time tu. Aku pun cakaplah terima kasih then terus pusingkan kereta untuk parking kat Petronas situ. Nasib baiklah area opis tu ada Petronas. Orang memang ramai time tu. Semua nak isi minyak la pam tayar la. Nak masuk kerja kan. Agak busy la jalan tu. Lepasje parking aku terus call Mr. Bobot aku. Huhu patutnya call bapak aku tapi aku fikir hujan lebaat lagi kat area rumah aku kang bapak aku kena naik motor kena hujan kesian pulak lagipun orang dah tua lagi aku kesian so aku call je Mr. Bobot. Dia terus datang secepat mungkin. Wah time tu memang terasa dia macam Superman la. Hikhik. 

Dialah penyelamat aku. Tolong tukarkan tayar aku yang bocor tu guna tayar spare dulu. Rupanya jack tayar, spanar semua ada kat bonet aku je yang tak tahu. Hahaha time tu terasa alahai patut aku boleh je tukar sendiri. Tapi nak bukak tayar tu macam tak reti je. Haha takpelah lepas ni memang panggil Superman aku tu je kalau ada pape hal. Dia boleh buatkan semua. iols kan perempuan yg lemah giteww...Hahaha 

Yang tak bestnya dah la masuk opis lambat lepas tu sampai je opis pc aku buat hal. Hang sekejap. Rasa macam "eh pehal semua nak rosak hari Isnin ni? Tahulah esok (Selasa) cuti Hari Wesak.Grrrr" Aku restart balik barulah ok. Then lagi 1 bala dtg. Claim untuk sub-con yg aku buat boleh pulak kena reject dengan COO. Dia tak sign claim aku siap komen berjela. Eh sabar jela. Hari Isnin yang sangat mencabar untuk diriku. Haishhh...Balik kerja tu terus ajak Mr. Bobot cari kedai tayar tukar tayar. Beli 2nd hand punya tayar je. Al maklum la dah tengah bulan duit memang dah kering. Sobs! 

Ok tu jela ceritanya. Haha hakikatnya aku dah ada Mr. Clark Kent atau Mr. Superman aku sendiri. Dah la dia pakai spek sama macam Clark Kent. Memang lepas ni nak panggil dia Superman jela. Hikhik. *Gedik*  Terima kasih kamu! Muahh! love you! Hahaha


Nampak tak besi panjang tu? besi tu la yang buat onar kat tayar aku. Cess!

Close up sikit.


12 May 2014

2014-08 Thanks

Hai,

Lepas je aku post gambar cincin kat blog and IG aku, bertalu-talu pertanyaan diajukan pada aku. Tak kurang jugak yang ucapkan tahniah. Thanks pada kawan2 yang caring and concern pasal aku. Actually takde pape pun yang terjadi. Tiada risik, tiada jugak tunang. Semua masih normal. Aku cuma pergi tengok and survey harga sahaja. Gambar2 yang aku masukkan tu hanyalah gambar yang tidak memberi pape maksud. Semuanya ihsan Google. Hihihi. Jadi janganlah salah anggap ye kawan2 ku. Tiada pape yang terjadi. Kalau aku dah nak tunang ke apa ke aku akan beritahu nanti. Aku pasti akan buat entry dalam blog ni ok? ;)

Terima kasih doakan hubungan kitorang. I is terharu.

Tu jela. Bye.

*coklat crispybar masih lagi dijual ye. Nak tempah boleh visit ig @eybiezafirah_crazychochauz atau whatsapp me at 013-4756651

03 May 2014

2014-07


hanya gambar. =)) 

30 April 2014

2014-06 Cincin emas


Hai,
Lama gila tak hupdate blog. Nak kata busy sgt tu tak la. Tapi lebih kepada malas. Haha. Tapi start bulan Mei ni aku rasa hidup bersenang lenang aku akan berakhir. Huargh!! Eleh tapi dalam sibuk2 tu aku sempat je promote2 bisnes online aku. Hihi. Ok back to topic seperti tajuk yang tertera.

Cincin emas? Wahhh kalau cakap je pasal emas mata perempuan memang akan bling-bling. Perempuan dan barang kemas tak dapat dipisahkan. Sejak kebelakangan ni aku suka tengok barang kemas. Nak-nak bila dapat tahu harga emas tengah turun sekarang. Diorang cakap harga emas 916 sekarang RM125/gram. Dalam lingkungan RM120-RM130 per gram la dalam minggu ni. Memang murah. Tu yang masa sengkang aku isi dengan cuci mata tengok design-design cincin yang cantik-cantik. Hehe tengok je dulu. Saja survey2. Kalau murah rasanya nak rembat 1 kot buat simpanan dulu kot2 nanti dah nak merisik ke bertunang ke dah tak payah risau pasal cincin. Hiks! Emas ni kan berbaloi kalau dibuat pelaburan. Mr. Bobot pun kata boleh je nak survey2 supaya senang untuk buat rujukan di masa hadapan. Dia pun setuju je kalau murah nak beli and simpan dulu. Yelah sementara tengah murah ni baiklah beli ye dak? Tak rugi pun.

So semalam pergilah survey kat kedai emas Tomei dalam Aeon Bandaraya Melaka. Baik je budak perempuan tu layan kitorang. Kitorang 1st time pergi tengok emas2 ni. Sebelum pergi survey tu aku ada lah menuntut ilmu dengan yg lebih senior. Duk tanya-tanya la kawan2 rapat aku yg dah kahwin. Mintak pendapat and ilmu. Lepas tu duk tengok kat forum2 and blog2 orang pasal tips nak beli emas ni. Fuhh dapat lah kutip sikit. So semalam masa survey tu ada lah ilmu jugak. Takdelah tercengang ke apa time org tu explain. Cantik2 design. Harga pun takdelah mahal mana pun. Memang dalam lingkungan bajet la. Baru tengok 1 tempat je. Nanti cuti 1 Mei ni nak pergi kedai kat Padang Jawa and sekitar Bandar Melaka. Diorang kata kalau beli kat kedai2 gitu boleh dapat lagi murah. So setakat ni tempat yg aku nak survey yg ada dlm list aku ialah kedai2 di Padang Jawa, Bandar Melaka dan Kedai Emas GCP kat depan Aeon Bandar Melaka tu. Nak banding2 harga and design.

Aku tak nak pergi tempat branded sebab nya mahal sangat takut tak cukup bajet je kang. Hihi. tapi aku memang dah berkenan 1 design cincin belah rotan. Design dia simple je tapi cantik bagi aku. Aku suka yang simple2 je.


Design ni yang aku paling berkenan kat Tomei. Mr. Bobot pun suka yg ni. Simple je. Harga pun berpatutan,

Yg ni second aku suka. Tapi kosong sgt cepat calar nanti. and sgt padu so harga dia pun mahal sikit.


3rd design yg aku suka. Macam cincin mak aku yg aku tgh pakai sekarang.

Gambar semua ihsan google. Ok takat tu je la. Kang kalau citer panjang lebar pun tak guna. Esok nak pergi survey lagi. Yeayy!! Haha. Psssttt!! Masa pergi tengok semalam hati dia berdebar-debar. Hati aku pun berdebar-debar jugak sebenarnya. Macam tak percaya dah dewasa dah nak masuk fasa seterusnya. Doakan kami.

*Silalah follow instagram @eybiezafirah_crazychochauz untuk pelbagai coklat yg dibuat sendiri. Jangan segan klik je follow. Guna je hashtag #crazychochauz korang akan jumpa my ig. Tq! Hiks!

18 October 2013

2013-14 Cream caramel

Assalammualaikum.

Hari tu teringin sangat nak makan cream caramel. Ada sorang abang ni dia pandai buat. Gula dia tak rasa hangus, puding dia pun sedap tak keras sangat tak lembut sangat. Abang Hadi ni aku kenal masa aku kerja kat Restoran Dima MITC Melaka (Restoran Nasi Arab). So hari tu adalah pergi sana mintak makan puding dia. Lepas tu balik mintak resepi kat abang Hadi tapi abang Hadi taknak bagi. Dia suruh aku kerja sana balik baru dia bagi resepi tu kat aku. Ceh! kedekut sangat. Haha. Tapi takpe tak kisah pun. Last2 aku Google je resepi yang ada campur tengok2 buku resepi yang aku beli dulu. Then try la buat puding tu kat rumah. Nasib baik bahan dia tak banyak sangat. 1st try bagi aku kira menjadi jugaklah walaupun lembik sikit tapi yang penting mak aku makan sampai habis 1 loyang ok! Ko hado? Haha Mr. Bobot pun kata ok je sedap. (Padahal bagi dia memang semua dia kata sedap. Hehe ampun awak!) Tapi kan aku konfius sebab banyak versi cara buat dia. So ini cara aku buat masa 1st try.

Bahan-bahan :
Caramel
6 sudu besar gula halus
1 sudu air

Puding
3 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula halus

Cara-cara:
1. Mula-mula aku buat caramel dia. Aku buat caramel ni 3kali baru jadi. 1st try gula aku tak hancur sebab aku masuk gula terus masuk air. 2nd try cair sangat sebab aku masuk banyak sangat air. 3rd try barulah jadi. Korang kena letak gula tu semata-mata dalam non-stick fry pan dengan api sederhana. Jangan besarkan api sebab nanti gula tu cepat hangus.bila nampak gula tu dah start cair gaulkan dengan yang tak cair lagi. Kacau-kacau sebati. Bila dah agak-agak semua dah cair baru masukkan air 1 sudu. Kacau-kacau sampai dia tak berbiji. Nak buat caramel ni memang kena makan masa lama sikit. Lepas tu masa panas-panas terus tuang dalam bekas loyang. 


2. Lepas dah siap caramel dia, ambik periuk kukus, kukuskan air dulu biar periuk tu dah siap-siap panas la.
3. Pecahkan telur dan campur gula 1 sudu (kalau taknak capur gula pun takpe sebab nanti caramel dia dah cukup manis). Pukul telur dengan whisk tangan sampai hancur tapi jangan kuat-kuat sangat cukup sampai dia dah sebati gitu. (Macam nak buat telur goreng tu.
4. Masukkan susu dan air dan pukul sebati lagi.


5. Tapis dan masukkan dalam loyang yang ada caramel tadi. Tutup dengan aluminium foil supaya wap air tak masuk dalam loyang tu. Kukus selama 30-40 minit.


6. Dah siap tu sejukkan lepas tu masuk dalam peti ais. Kena tunggu sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang. 

Yang ni aku tak masuk peti ais dulu lepas je suam-suam kuku terus makan. Agak pecah-pecah
*Ini cara aku buat la. Agak menjadi jugak tapi still tak tahu cara yang sebenarnya sebab yang aku buat ni agak lembik dan berair. Aku nak yang keras sikit bila diterbalikkan dalam pinggan. Ada sape-sape tahu bolehlah kongsi-kongsi ea.






02 September 2013

2013-10 Jalan-jalan Melaka

Memang terbaik update blog sebulan sekali je. kesian kau ye blog tuan kau dah jarang nak muntahkan cerita gempak lagi sensasi kat kau. takpe2 yang penting blog masih di hati. Ada masa nanti kan ku update dikau selalu. aku dah cantikkan kau pun dah kira ok kan? Tu kira macam pembalasan la sebab dah lama tak update. Ok aku dah start mengarut.

Cuti MerdekaRaya dah habis dah. Bila dah puas bercuti rasa malas je nak naik kerja. pergi kerja mata kuyu je. Tu memang penyakit aku dari zaman sekolah lagi. Haha. Cuti 31 Ogos hari tu kawan aku dari JB ada datang Melaka katanya nak jalan2 kat sini. tapi dia bukan orang JB taw. Dia orang Kelate tapi bekerja di JB. Dia tak pernah berjalan kat Melaka katanya dan dia sangat terbakar hati bila aku duk api-apikan dia kata Melaka ni best Melaka tu best (padahal biasa2 je. haha). So akhirnya datang la jugak dia ke negeri Hang Tuah ni. Banyak tempat kitorang pergi. Semuanya atas jasa Mr. Bobot tersayang yang sudi jadi driver kami. Thanks sayang! Loveyoumuahmuah! *ok sila muntah sekarang* 

Yang penting hajat si mek kelate tu dah tercapai la. trip 2 hari 2 malam berbaloi. malas la nak taip banyak2. nah tengok la gambar tak seberapa ni. Gambar2 ni semua pun ihsan dari galaxy note 2 membe aku tu. Nak harapkan aku memang takde gambar la jawabnya.


Ni masa 1st night lepas membe aku tu sampai dia pakai maen snap je gambar.

Ni gambar dalam Masjid Selat

Wildlife Theatre Melaka tapi kitorang tak masuk pun

Coconut Shake Klebang. Terbaikkk wookk!!

Sila terliur!

Muzium kapal selam kat Klebang. Dulu tak boleh masuk dalam tapi sekarang ni dia dah open untuk orang tengok dalam kapal tu.

Tiket yang dah takde sebab orang jaga pintu kapal tu dah ambil.

Tu jela setakat ni. Nak masuk banyak2 tak larat nak tunggu. Broadband semakin lembab. Nanti2 aku rajin aku cerita lagi aku up gambar cantik2 sikit. Ni malas nak pilih and edit so main klik2 and letak je. 

*Thank you Mek dan "Abe" beliau sebab sudi datang lawat and dating kat Melaka ni. Nanti kite jalan2 lagi ok. Teha, takpe lain kali boleh join ok. Mr. Bobot you're the best! walaupun suke menyakat tapi awak tetap saya sayang. Terima kasih sudi jadi driver kami. Loveyouwithallmyheart!

22 December 2012

teaser yg x berapa nak teaser

dah lama tak menjenguk ke blog kesayangan ni. line broadband dah kena barred tu yang jarang update dah. lagi pun otak tengah beku memikirkan masalah2 sendiri dan juga orang lain. tapi dalam masa sebulan ni macam2 perkara terjadi. ada niat nak update bersama gambar apa yang dah jadi sebulan ni tapi jari dah beku nak taip cerita panjang2.

nanti lah aku update perjalanan hidup aku ni. yang penting aku bakal menghabiskan sisa-sisa hidup di Perak ni tinggal lagi sebulan je. then i am freedom and will get my degree scroll. tu yang aku dah tak sabar sebenarnya.

dalam kegembiraan nak habis belajar ni ada kesedihan yang aku sorokkan. semoga aku tabah hadapi segala ujian. semoga aku dan dia bersama tempuh segalanya. dah alang-alang aku update ni aku nak ucap selamat hari jadi pada diri sendiri. tinggal lagi 3 hari untuk umur aku bertukar menjadi 23 tahun. semoga tahun hadapan akan lebih baik. amin...

30 October 2012

al-fatihah

selamat hari raya haji untuk semua. aku tahu aku dah terlambat. takde mood dan takde cerita nak update blog ni. busy dengan final year project sebab dah final sem. raya haji tahun ni hambar sebab kat taman aku takde buat korban. makanya duduk rumah je. tapi petang tu pergi melawat bestfriend aku yang baru lepas melahirkan anak. dapatlah lepas rindu jumpa bff dan anak dia. comel sangat anak dia. tak sangka kawan yang dulu nakal sama2, ponteng kelas sama2, ponteng sekolah sama2, bergaduh sama2 akhirnya dah jadi seorang ibu. sangat tak percaya yang dia dah jauh meninggalkan aku. aku ni je masih tak berubah. masih dengan perangai nakal yang entah bila nak hilangnya.

dan cerita pasal kawan sekolah, ada satu berita buruk untuk geng sekolah kami. salah seorang rakan kami telah meninggal dunia pada hari ahad, 28/10/2012. aku sungguh tak percaya dia dah meninggalkan kami. tapi yang menanggung pedih dan sakit ialah kembar arwah. diorang sangat rapat. segalanya berkongsi. aku rapat dengan kembar arwah tapi aku kenal jugak si arwah walaupun tidak serapat mana. aku sedih bila mengenangkan si kembar. macam mana akan dia harung semua ni. tapi aku respect dengan mak dan ayah dia sebab masih tenang walaupun dalam hati aku tak tahu macam mana perasaan diorang.

berita pasal arwah ada keluar dalam suratkhabar utusan hari ni 30/10/2012. arwah terlibat dalam kemalangan di highway. masa tu arwah naik motosikal lasak kawasaki yang dia baru beli masa bulan puasa hari tu. tak sampai setahun lagi motor tu dia guna. kembarnya cerita dia nak ke JB untuk jumpa mak angkat dia tapi malangnya dia terlanggar bontot kereta dan motor dia berpusing. arwah tercampak ke tengah jalan dan bas ekspres yang tengah laju gilis kaki arwah. arwah meninggal masa dalam perjalanan ke hospital batu pahat. dalam pukul 3.30 petang si kembar telefon aku dan beritahu yang arwah dah tak ada. aku jadi blur dan blank sekejap sebab tak percaya dengan berita yang aku dengar kat telinga aku sendiri. aku tak mampu nak menangis masa tu sebab aku memang blur dan blank. otak aku tak dapat nak berfungsi. dah la masa tu aku baru bangun tidur. memang otak tengah mamai2 lepas tu dapat pulak berita sedih macam tu.

aku tak dapat nak ikut kebumi arwah sebab arwah dikebumikan kat kampung beliau di sebatu merlimau. arwah selamat dikebumikan dalam lebih kurang jam 11 malam. aku dapat update pasal arwah pun sebab Mr. Bobot yang pergi tengok jenazah, tolong hantarkan jenazah. Mr. Bobot kenal sebab raya hari tu aku bawak dia pergi beraya ke rumah diorang. dan tunang si kembar arwah juga adalah kawan baik Mr. Bobot jadi dia rasa dia patut teman kawan dia. aku bersyukur sebab Mr. Bobot tahu apa yang perlu dilakukan saat2 kawan dia dalam kesusahan. aku betul2 bersyukur dengan kehadiran Mr. Bobot dalam hidup aku.

dan hakikatnya sekarang ni aku masih tak percaya yang arwah dah tak ada di dunia ni lagi. sedih aku dengar kembarnya cerita tentang keadaan jenazah. malam ni ada kenduri tahlil lagi untuk arwah. insyaallah aku akan ke sana untuk teman kawan aku. dia perlukan sokongan dari kawan2.

*al-fatihah untuk arwah Siti Zsareny Ab Halim. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. dan untuk Siti Zsarena, aku akan ada dengan kau. aku akan sokong kau. kau perlu kuatkan semangat. jangan risau aku tahu Topek mampu jaga kau dan keluarga kau. kuatkan semangat kau Nina demi keluarga kau.
*untuk awak Mr. Bobot, saya berterima kasih pada awak sebab jadi kawan yang baik untuk Topek dan jadi bakal suami yang baik untuk saya. terima kasih sebab teman diorang hingga ke kubur dan tolong apa yang patut walaupun awak baru je kenal family diorang. saya bersyukur dapat kenal awak. kalau orang lain mungkin diorang tak endahkan apa yang saya dan kawan2 rasa. terima kasih sangat2. :')

11 September 2012

from batu pahat with love~

8/9/2012 hingga 10/9/2012

sangat berterima kasih dan bersyukur atas nikmat yang sementara itu. 
sangat suka dan gembira dengan kenangan yang dicipta.
akhirnya tercapai jugak hasrat yang satu itu. 
terima kasih sebab merealisasikan impian saya satu persatu.

thanks kepada Mr. Bobot. saya hargai kesusahan anda. love you! =)

20 July 2012

my puding triffle

selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna...
untuk 1st day puasa ni aku ada buat special food untuk family aku. puding triffle. nyum3 sedap!!! 1st time buat sendiri taw. kalau nak resipi triffle ni boleh tengok kat blog ini >> puding triffle
sangat senang...esok berbuka nak makan triffle ni...sayangnya mr. bobot tak dapat nak rasa. takpe2 nanti i buat yang baru... :D



1st layer-cak swiss roll, 2nd layer-kastard, then susun buah peach, 3rd layer-crystal jelly

*nanti nak buat lagi untuk hantar ke rumah mr. bobot. :D

15 July 2012

cuti sem

14/7/2012

AWESOME DAY!!!
sangat2 awesome n best.
dapat balik rumah untuk cuti 2 bulan.
puasa dan raya di rumah lagi tahun ni.
sangat best bila ada kat rumah sendiri.

dan paling penting memori perjalana dari ipoh sangat best.
memori semalam takkan dilupakan.
thanks a lot!

dan sekarang bermulalah permainan bersama kanak2 kecil di rumah.
keseronokan di rumah bermula sekarang.
tapi tak boleh seronok sangat sebab fyp menanti untuk dibuat.

*rindu terubat. =)

27 June 2012

exam menjelma

28/6/2012
first paper examination for semester 5 in bachelor degree of quantity surveying (hon.). 
subject : building services
belajar tentang lift, escalator, air-conditioning, gas supply.
doakan aku berjaya menjawab esok dan juga paper2 yang mendatang.
selepas esok 5 paper lagi bakal diduduki. pray for me people! =)



*tak sabar nak balik dah sebenarnya. rindu sangat. :(

26 April 2012

renungan #4

maaf aku ucap dulu kalau entry aku ni akan menyebabkan orang sakit hati atau fikir aku ni bagus. kalau rasa menyampah jangan baca terus je klik close ok? no heart feelings! :)

first of all, aku nak cerita sikit la. manusia ni kadang2 eh bukan kadang2 tapi selalunya la kan salah orang  memang nampak tapi salah sendiri jarang nampak. cakap itu ini pung pang pung pang tapi tak sedar diri sendiri yang buat benda tu. ape? kata2 aku kasar ke? eh tengok dulu kata2 siapa yang kasar. aku ni kalau orang tak mulakan aku pun takkan mulakan. kalau sekali orang dah buat taik dengan aku selamanya aku akan ingat dan aku akan balas balik apa yang dibuat. aku akan balas tak kira la buat baik atau  jahat tapi aku akan membalas. maaflah aku ni memang jenis suka membalas. kalau nak aku balas baik buatlah baik dengan aku. kalau nak tengok aku balas jahat buatlah jahat dengan aku.

eh aku cakap orang tapi aku pun sama? hmm ye aku tahu kadang2 aku ni pun ada menyakitkan hati orang sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. tapi sekurangnya aku minta maaf dengan orang tu. dan aku tidaklah setebal muka orang2 yang dah buat salah tapi pretend macam tak buat salah. jangan fikirkan diri sendiri sangat. kita hidup dalam dunia dengan orang ramai. kadang2 kita kena jugak ambil berat tentang apa yang orang sekeliling kata. jangan ambil yang negatif tu tapi jadikan ia positif. sekurangnya fikir dulu sebelum menghembus segala benda kat orang. jaga hati orang lain kalau nak hati kita dijaga. fikir positif je. fikir apa pahala yang kita akan dapat kalau kita buat sesuatu. dengan tu kita akan jadi lebih rela untuk berbuat sesuatu. aku bukan nak kata aku ni baik. tak sama sekali. aku cuma nak ingatkan je. ni untuk aku sendiri jugak. just think before you speak.

*pentingkan diri itu perlu tapi jika terlalu pentingkan diri itu sangat tidak bagus. tengok situasi kalau nak pentingkan diri pun.
*dah lama tak berblog. tiba2 je keluar entry marah gini kan. apa nak buat. dunia.

14 March 2012

weekend

it's a hectic week but worth it!
dah start sesi pembelajaran balik. new semester with new hopes and old bag. haha
harap2 semester ini akan lebih cemerlang.
ok2 taknak cerita pasal kelas, assignment, lecturer, bla bla bla.....nak cerita perihal hujung minggu yang seronok.

Sabtu & Ahad - 10/3/2012 & 11/3/2012

dari jam 8 pagi - 5.00 petang ada bengkel untuk research methodology. bengkel ni tolong brainstorm la untuk dapatkan lagi idea touch up mana yang tak cukup untuk proposal final year project. siap ada presentation lagi. dan ehem ehem! aku present untuk group aku. and and!!! aku dapat tempat ketiga. hahaha rasa sangat kelakar sebab aku ni kalau bab present memang nervous mengalahkan nak akad nikah. (macam mana aku tahu nervous nak nikah?padahal tak pernah nikah lagi. abaikan please! hehe)

then habis je bengkel tu terus cabut balik rumah bersiap. bersiap ke mana? bersiap untuk pergi backpack bersama housemate terchenta. pergi berdua je dengan housemate tu. naik kereta kancil dia. pergi mana? pergi ke Shah Alam je. hajat hati nak jenguk kawan2 kat UiTM kat sana tapi sebenarnya ada hajat yang lebih besar. jeng jeng jeng! hajat nak berjumpa Mr. Bobot la. kebetulan housemate tu pun nak berdating dengan boyfriend dia kat sana. so kami pakat2 pergi sana untuk dating. jauh giler dak? 

Mr. Bobot ku ada kerja kat shah alam tu disebabkan assignment aku tak berapa nak ada lagi makanya aku decide untuk pergi jumpa dia di sana. saja nak gedik2 manja2. haha sangat gedik aku ni. sampai sana pukul 9 lebih la. terasa trip ni paling hardcore pernah dibuat. dah la pergi berdua je naik kereta pulak tu dengan otak yang tak berapa nak tahu jalan ni kitorang redah jela. ikutkan plan asal nak pergi jumaat tapi disebabkan ada bengkel tu hari sabtu maka kami tukar ke hari sabtu jugak. 

then tempat dating aku dan Mr. Bobot hanyalah sekitar shah alam dan the curve damansara. 1st time masuk IKEA tu. aku jadi jakun kot. haha. try segala benda dalam tu. konon2 macam dah ada rumah sendiri je kitorang masa tu. tapi nak tawaf 1 IKEA tu gila la punya lama dan penat. sakit kaki oi. macam biasa la bila dah berjalan tu mestilah buat window shopping kan. tengah survey2 baju tiba2 ternampak PDI ada buat sale. sempat la rembat sepasang couple t-shirt and kemeja untuk dia. 

walaupun penat dan sakit kaki tapi tetap best sebab dapat jalan2. dating yang ter'best'. :D




*ikea & tutti frutti. masih rindu walau dah berjumpa. musim mengawan memang camni kot. hahaha :D

03 March 2012

semalam,hari ni dan esok

semalam yang gembira :
2/3/2012 - dating. tengok adnan sempit 2. jalan2 shopping. sempat la rembat 1 heels. hehe. tapi ni dating last sebelum berangkat ke perak. cuti nak habis dah. :(
paling tak suka perasaan nak pulang ke tempat belajar. rasa malas je nak balik. adeh!

hari ini yang biasa :
3/3/2012 - duduk rumah je. packing2 barang mana nak dibawa balik ke perak. gila malas weh nak packing! takpe la rilek sudah. ada cuti balik la rumah kan. huuu~

esok yang berduka :
4/3/2012 - pagi2 akan bertolak ke perak naik bas. mak abah tak hantar kali ni. lagi pun aku yang nak naik bas. malas nak suruh diorang hantar2. aku dah besar dah tahu jaga diri. tapi sob sob sob............ tak nak tinggalkan rumah la......hmmmmm..... :(

*people can change but the history cannot be changed or erased. it remain as history.

22 February 2012

kegembiraan berganda~

21/2/2012
buat kerja gila alam. pergi batu pahat untuk jumpa Mr. Bobot. pergi pun lepas dah bergaduh macam apa. yela sape tak hangin. kejap suruh datang kejap kata tak payah. last2 aku redah jugak naik bas pergi sana. dah gerak separuh jalan baru aku cakap aku dah on the way. hahaha padan muka. dan2 terus baik je dengan aku. dah tak marah2 lagi. masa aku nak balik pun lagi satu hal. elok2 aku dah beli terus tiket nak balik melaka pukul 6.15 p.m. lepas tu tengah jalan2 ni dia usulkan untuk hantar aku balik. haila! memang rasa nak sepuk pun ada jugak. aku dah beli tiket baru nak cakap. nasib baik la tiket murah je. aku malas nak suruh dia hantar sebab tak nak nyusahkan dia. but dia insist jugak nak hantar balik melaka so aku ikutkan jela. dan tiket tu aku rasa macam nak frame sebab 1st time beli tiket bas tapi tak jadi naik bas.then the rest is history.

22//2/2012
dada dup dap dup dap. result sudah keluar. and the result for me was okey la. suam2 kuku. nak gembira sangat pun tak boleh. what can i say is that i am grateful. thank you Allah. yang penting aku lulus semua subjek. dah tak payah pening2 kepala fikir nak repeat. dan result aku tu aku hadiahkan pada mak aku. kebetulan hari ni birthday mak aku. so here the speech for her :

"mak, orang tahu orang jarang buat mak bangga. orang tahu orang tak sepandai abang atau sepupu2 yang lain. orang tahu orang ni nakal. orang tahu orang banyak kali lawan cakap mak tak dengar cakap mak. tapi apa yang orang boleh janji orang akan belajar lagi kuat next semester. hajat mak untuk tengok orang dapat first class degree tu agak susah nak dicapai tapi insyaallah tiada yang mustahil. i'll try my best mak. you are the wonderful woman and mom to me. i love you more than everything. please do forgive me for all the sins i've done to you before. i'll be always be your youngest daughter. sorry tak dapat nak bagi hadiah. ingatkan nak beli purse untuk mak tapi bajet tak cukup. dapat belikan mak kek je.hehe. i love you mak! :-*"

*i only have one mom in this world and i love her even i didn't show it in front of everyone but believe me i love her so much. 
p/s : i love Mr. Bobot too! hee~ ;p

*terima kasih ya allah. semoga kegembiraan ini berkekalan. amin~ 

18 February 2012

currently~

terasa nak maki orang pulak dalam entry ni tapi tak baik. ish! positif! positif!

dari cuti 2hari aku terus dicutikan. chef tu macam apa jek. tak patut sungguh buat pekerja part time macam aku ni lagu ni. (sejak bila jadi orang utara?)
supposedly he called me on thursday to tell me what o'clock should i clocked in. but then aku tunggu punya tunggu takdak pun. akak aku kata chef tu yg cakap akan call. last2 sampai ke sudah takde pun. sampaikan abang faiz yg jaga aku tu mesej tanya aku merajuk ke tak masuk part time lagi. huh! inilah yang terjadi bila orang dah gila kuasa. chef tu baru dapat kuasa sementara sebab executive chef baru je berhenti. so dia dapat kuasa sementara menjadi pemangku executive chef. dan habis semua dia nak rombak. rasa nak fire atau starlight je dahi chef tu! duh!!

elok2 aku nak habiskan part time sampai 24th Feb ni dah terberhenti awal plak. kesian abg faiz takdak pembantu dah. hari ni dia mesej aku lagi tanya tak masuk part time lagi ke. haishh rasa bersalah pulak sebab dah janji dengan budak2 tu semua nak habis minggu depan. but then bila difikir balik ok jugak la habis awal. dapat rileks kat rumah. and takde kena prank dengan diorang. sebab aku dengar diorang dah plan nak prank aku masa last day aku kerja. hahaha aku memang bernasib baik la gamaknya. tapi rasanya before balik perak nak lepak dengan diorang kot. seriously kerja situ seronok bangat! the best work place kalau nak dibandingkan dengan tempat2 kerja aku sebelum2 ni. walaupun 3 minggu je kenal diorang but rasa macam dah 3 bulan je kerja situ. ada rasa rindu kat diorang especially abg faiz yang dah banyak sangat tunjuk ajar and tolong aku macam2. kalau ada rezeki aku akan kerja situ lagi kot next semester break. 


and now kat rumah tengah sibuk packing sumi utk doorgift wedding my beloved sister, Kakteh. dapatlah tolong sikit2 sebab takut tak dapat balik masa majlis dia nanti. hopefully dapatlah balik nanti. amin! 

*fyp tak berjalan2 langsung. mana entah semangat tu pergi. susah sebab kat rumah tengah sibuk duk bincang pasal wedding je. haish! terasa susah pulak nak kahwin ni. banyak duit nak guna. macam mana la turn aku nanti. hmmm.......

15 February 2012

kerja lagi

15 jam di kitchen hotel.
7 jam atas katil.
2 jam lagi untuk bersiap etc.
keluar rumah nampak bulan.
balik rumah pun nampak bulan.
aku dah tak nampak matahari.
kerja dah macam orang nepal.

badan sakit buat kerja berat. 
nasib la aku jenis perempuan yang memang dah biasa buat kerja berat ni. 
tapi risau jugak ni sebab perempuan mana boleh buat kerja kuat sangat. 
tapi takpe insyaallah tiada apa yang buruk akan berlaku.
semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik pada aku.

hasilnya berbaloi baloi. alhamdulilah cukup untuk menampung diri sendiri.
dan disebabkan diorang tengok aku kerja kuat sangat, chef tu bagi aku cuti 2hari.
2hari habis kat rumah dengan tidur. 

*susah nak melawan diri sendiri. insyaallah akan berjaya. dalam proses.