25 July 2012

Kepada Kamu


Kepada Kamu…

Aku ingin Kamu Menjadi Imam Di Setiap Solatku..
Agar Solatku Lebih Bermakna Dan Terjaga Hendaknya…

Aku ingin Kamu Menjadi Penjaga Diri Dan Maruahku Agar Hidupku Lebih Tenang Dan Bahagia…

Aku ingin Kamu Menjadi Pendidik Hati Dan Jiwaku Agar Rohaniku Terisi Hikmahnya…Dan Akhlakku Terjaga Hendaknya…

Aku ingin Kamu Menjadi Pemerhati Setiap Gerak Dan Langkahku Agar Aku Tahu Mana Salah Dan Buruk Laku Ku…

Aku ingin Kamu Menjadi Peneman Dikala Suka Dan Duka Ku, Agar Satu Hari Jika Ujian Itu Datang Air Mataku Ada Yang Menghapuskan…

Aku ingin Kamu Menjadi Pembela Diriku Dan Agamaku Agar Aku Terus Berada Diatas Jalan Yang Benar…

Aku ingin Kamu Menjadi Penggerak Semangatku..Agar Bila Aku Kelesuan Kau Mampu Memberi Bantuan Walau Hanya Sekadar Senyuman

Aku ingin Kamu Menjadi Sahabat Buat Diriku..Mendengar Luahan Hatiku Agar Aku Boleh Berbicara Apa Saje Denganmu Tanpa Rasa Ragu…

Aku ingin Kamu menjadi Penghibur Tika Ku Kesunyian Agar Aku Boleh Ketawa Riang…

Dan Sudikah Kamu Menemani Hidupku Sepanjang Hayatku Didunia Ini Dan Menghargai Kehadiranku Disisimu…

*hee~ ayat ni macam kenal je kan. aku copy dari blog ini dan kemudian aku edit sikit. ^_^

23 July 2012

tak terluah


benda yang sama berlaku lagi. salah faham. salah faham. salah faham.
susah sangat ke nak faham apa yang aku nak ea? kenapa tak boleh nak menerima aku seadanya? aku ni terlalu buruk dan jahat sangat ke di mata orang? apa aku buat semuanya dirasakan macam salah. apa aku ni tak layak digelar perempuan ke hanya sebab perilaku aku agak kasar? perempuan semua mesti bersopan santun, lemah lembut, gelak tutup mulut je ke? ye aku tahu itu memang sepatutnya keadaan untuk seorang perempuan. tapi kalau dah aku ni memang dilahirkan macam ni, dah dilatih macam ni, dah dibesarkan dalam keadaan begini dan jadi macam ni salah ke?
kalau dilihat dari segi kelebihan, aku rasa perempuan yang lemah lembut ni semua senang dibuli senang dibelasah. tak ke patut bersyukur ada perempuan macam aku ni yang serba boleh buat macam2 benda2, yang mampu berdikari, yang kalau orang nak dajalkan aku pun orang tu akan fikir 5 6 kali.... tak ke?

teruk ke perempuan kasar macam aku? walaupun aku ni kasar tapi itu semua luaran je. dalaman aku ni masih seorang perempuan yang memerlukan perhatian dari seorang lelaki yang aku sayang. aku masih bersifat ladies cumanya bukan ladies yang tipikal, yang biasa lemah lembut. sebab inilah aku tak suka perempuan yang lemah lembut sebab di mata orang, perempuan jenis ni baik, suci, tak buat jahat, bersih. tapi kebanyakan (BUKAN SEMUA) perempuan lembut yang aku kenal semuanya talam dua muka atau akan tikam kawan dari belakang hanya kerana lelaki. ini pengalaman yang aku dapat dari kawan2 dan juga pemerhatian yang aku buat la. sorry if i am wrong. ahhh apa la aku merepek dah ni...

kesimpulannya, salah ke sifat aku kasar sedikit? ye aku tahu boleh berubah dan kena berubah tapi aku rasa sifat aku tu tak memberi kesan negatif pada orang lain la KOT...kotttt la......tapi aku masih tahu jaga batas2 aku. aku terlebih kasar pun dengan perkataan mulut la selalunya. dah orang melaka nak buat macam mana kan. tapi batas aku berkawan masih ada. mungkin dulu ye aku tak fikir panjang suka2 hati bertepuk tampar sana sini tapi ITU DULU...itu semua dah menjadi SEJARAH. ITU SEMUA DULU...D.U.L.U..... dan aku cuba menjadi lebih baik. bukan aku tak berubah langsung. aku cuba berubah dan sikit2 aku berubah. macam orang selalu cakap la, nak berubah tak boleh secara drastik kena berubah sikit2, dan nak berubah tu pun banyak cabaran, kadang2 kena ada bimbingan dari orang tertentu juga. aku akan berubah sebab aku nak berubah. aku taknak berubah sebab orang nak ubah aku. kalau aku boleh terima kelemahannya kenapa dia tak boleh terima kelemahan aku. aku ni manusia biasa. manusia biasa memang ada kelemahan. dan kelemahan tu kadang2 susah nak dibuang. hmmm...

"if sekali itu kita dah decide untuk menyayangi seseorang itu, itu bermakna kita dah membuat keputusan untuk menerima baik dan buruknya dia. jika kita menyayangi seseorang itu, kita tak akan mempersoalkan kisah silam dia tapi menerimanya kerana kisah silam dan sekarang berbeza dan kisah silam itu tidak akan dapat dibetulkan lagi."

segala yang berlaku dulu memang salah aku sebab berfikiran mentah, buat semua benda tak fikir panjang yela jiwa remaja. tapi jangan cakap kau punya zaman remaja semuanya warna warni penuh ceria tak pernah buat salah atau buat jahat. aku mengaku kesilapan aku dan aku memang tak nak ulang zaman jahiliah aku tu lagi. sekian terima kasih.

*bukan senang aku nak sayang seseorang tu SEPENUH HATI aku dan menjadi setia. tapi bila aku dah sayang, aku sayang dengan serius. tapi bila hati aku dah jadi keras ia akan jadi sekeras batu dan aku mungkin boleh berubah menjadi diri aku yang lama yang mana aku elakkan sangat2.

entah apa aku merepek la ni. T__T

22 July 2012

puasa

perbezaan 2 Ramadhan tahun ni dan tahun lepas.

tahun lepas berbuka kat R&R Ayer Keroh sebab temankan bestfriend pergi interview kerja dia. kalau nak tahu apa jadi tahun lepas tu boleh baca sini >>> long journey
itu antara kenangan terbaik bagi aku.

tapi tahun ini puasa macam biasa berbuka di rumah bersama mak dan abah je. 
kakak2 dan abang aku semua dah kahwin jadinya tinggal la si maksu sorang ni berbuka dengan mak abah di rumah.

*tiba2 rindu kenangan tu. 

20 July 2012

my puding triffle

selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna...
untuk 1st day puasa ni aku ada buat special food untuk family aku. puding triffle. nyum3 sedap!!! 1st time buat sendiri taw. kalau nak resipi triffle ni boleh tengok kat blog ini >> puding triffle
sangat senang...esok berbuka nak makan triffle ni...sayangnya mr. bobot tak dapat nak rasa. takpe2 nanti i buat yang baru... :D



1st layer-cak swiss roll, 2nd layer-kastard, then susun buah peach, 3rd layer-crystal jelly

*nanti nak buat lagi untuk hantar ke rumah mr. bobot. :D

16 July 2012

cokelat~

satu benda yang boleh buat aku gembira ialah coklat. kadang2 aiskrim. tapi coklat lagi best kot. dan sangat best bila dapat si dia yang memahami kehendak ini. tiap kali jumpa mesti dapat 1 bar coklat tak kira la besar atau kecil. (walaupun la kadang2 tu dia lupa) tapi kadang2 aku tuntut jugak. hahahaha. aku memang gf yang kejam. :D

dan setiap kali dia bagi aku mesti simpan pembalut coklat tu. dan hasilnya seperti di gambar bawah. nampak sikit sebab tak selalu jumpa disebabkan jarak yang jauh dan susah nak jumpa. yang penting setiap kali dapat coklat ni mesti aku simpan dulu and makan sikit2. sayang nak habiskan semua sekaligus. :D


*terima kasih ye awak! teruskan tradisi bagi coklat ni ea.. hee~ :D

15 July 2012

cuti sem

14/7/2012

AWESOME DAY!!!
sangat2 awesome n best.
dapat balik rumah untuk cuti 2 bulan.
puasa dan raya di rumah lagi tahun ni.
sangat best bila ada kat rumah sendiri.

dan paling penting memori perjalana dari ipoh sangat best.
memori semalam takkan dilupakan.
thanks a lot!

dan sekarang bermulalah permainan bersama kanak2 kecil di rumah.
keseronokan di rumah bermula sekarang.
tapi tak boleh seronok sangat sebab fyp menanti untuk dibuat.

*rindu terubat. =)