21 April 2013

2013-4 Dugaan

fuhhhh!!! fuhhh!!! tiup sawang2 yang ada dalam blog ni dulu. lama betul aku tak menaip. sebulan sekali jela aku menaip. betul2 busy dah. bukan busy apa pun cuma penat bekerja. isnin ke jumaat 8pagi sampai 5petang kerja lepas tu balik kerja jumpa Mr. Bobot kejap teman dia makan. sampai rumah dah pukul 7malam macam tu. mandi2 lepas tu kemas dapur tengok tv ke buat kerja sikit then 11malam mata dah ajak naik katil. sabtu pun aku kerja tapi half day sampai pukul 1petang jela. balik rumah online2 golek2 tidur sementara tunggu si dia balik kerja. lepas tu tolong2 mak basuh baju ke kemas2 rumah ke. then hari ahad mesti la nak dating. hihi dating mesti lama. balik rumah mesti dah malam. (ok aku anak dara teruk!) hahaha. dah balik dating mesti dah mengantuk, bila ngantuk terus masuk bilik tidur la. so takde masa nak hupdate blog ni. (ok nampak tiou ke'busy'an aku kat situ. busy dengan si dia jela memanjang. hehe dah dekat kan.) 

tapi sekarang ni aku punya masalah besar. aku tak sangka aku akan hadapi perkara ini. aku mungkin masih boleh bergelak ketawa seperti biasa depan orang ramai tapi dalam hati aku hanya Allah yang tahu. jujur aku masih trauma dengan kejadian itu. aku masih teringat akan peristiwa itu. setiap masa aku terbayang. tapi aku kuatkan diri aku hadapi dugaan ini. mungkin ini balasan atas segala dosa2 aku buat sebelum ni. aku terima dengan redha. dan aku yakin jika aku sabar pasti akan ada ganjarannya. hanya bersabar saje yang aku mampu buat sekarang ni.semoga permasalahan ini akan aku lupakan juga suatu hari nanti. 

10 March 2013

2013-3 Random

assalamualaikum..ini baru entry aku yang ketiga untuk tahun 2013 ini. aku dapat rasakan yang blog aku pada tahun ini tidak akan jadi semeriah dulu masa zaman belajar. dah bekerja ni jadi extra malas untuk bukak laptop online update blog semata. yang aku rajin ialah bukak laptop online tengok fb sana sini sikit kemudian tutup. dah takde masa nak stalker2 orang lagi dah (ok kantoi selalu stalker orang.. :p)

syukur kepada Allah perjalanan hidup aku boleh dikatakan mengikut jalannya. dan aku memang jenis yang mengikut saja bak kata orang putih just go with the flow.

tapi macam biasa langit tak selalu cerah, tiba2 je boleh hujan. macam tu lah kehidupan seharian kita. dan aku tak lari dari lalui itu. sekarang ni boleh dikatakan fasa hidup berada di kemuncaknya. nak tak nak aku perlu bertahan dengan masalah yang ada. kalau aku tersalah langkah aku mungkin boleh tersungkur jadi macam orang yang tiada tuhan tiada agama. nauzubillah! mintak dijauhkan. tidak2! aku takkan jadi sampai begitu sekali. moga2 aku akan menjadi seorang insan yang lebih tabah selepas ini. yup. moga2. sabar itu indah. sabar itu ada hadiah yang manis pada masa akan datang. jadi aku perlu bersabar banyak2. Allah itu maha kaya. walau banyak mana pun masalah yang datang aku akan terus senyum di hadapan semua. :)


15 February 2013

Bersyukur

alhamdulilah. i am so grateful and thankful.
perjalanan aku sebagai seorang pelajar degree betul2 dah tamat secara rasminya dengan ketibaan result yang boleh dikatakan agak membanggakan untuk semester akhir aku.
alhamdulilah semua lulus. perkara yang paling takut dah lepas akhirnya. nasib baik tak ada gagal.
lepas ni dah boleh apply kerja tanpa rasa ragu2 lagi.
tinggal tunggu nak konvo je. tak sabar nak sarung jubah konvo buat kali kedua.
alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.
terima kasih tak terhingga kepada semua yang menolong aku. aku betul-betul bersyukur.

dalam suka ada duka,
dalam manis ada pahit getirnya,
langit tak selalu gelap,
namun langit jugak tak selalu cerah,
tapi yang pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya.
mungkin sekarang yang buruk saja berlaku,
tapi kemudian hari mungkin yang buruk itu adalah yang terbaik.
sabar itu perlu ada.
tak perlu terburu-buru.
segalanya pasti baik.

01 January 2013

2013-1 New Year

oh dah 1/1/2013 ke? macam tak percaya. ya ya aku takkan membebel wish happy new year macam orang lain cerita pasal azam la kenangan 2012 la whatever.

aku cuma nak post sebagai entry no 1 untuk tahun 2013 ni. apa2 pun akhir tahun 2012 memang mencabar. dan aku memang berharap 2013 akan menjadi lebih baik dan dapat mencapai target. mudah-mudahan.

selamat tahun baru masihi 2013! jangan lupakan tahun baru hijrah untuk yang beragama islam. happy holidays walaupun dah habis holiday tu. haha. just wish me luck for my exam. :)

27 December 2012

aku ke?

am i a strong girl?
____________________________________________________________________________

kuat ke aku ni? kawan2 aku selalu definisikan aku ni kuat, macho, macam lelaki etc. etc. sifat yang macam lelaki la. mungkin aku nampak kuat di luar sebab aku lebih suka buat sesuatu tu sendiri and berdikari. berdikari tu dah macam dididik dari kecik. semuanya dilatih oleh parents aku untuk sentiasa tidak mengharapkan bantuan orang. maka mungkin sebab itu aku nampak agak ego kadang-kadang la. and nampak sikap maskulin aku tu sikit. (maskulin ker?) hehe.

tapi yang sebenarnya aku ni sangat la cengeng (kuat menangis). kadang-kadang tu baru kena terjah sikit aku dah menangis dah. baru kena marah sikit mula berair mata dah. baru kena kutuk sikit sensitif semacam dah. tapi semua tu aku tak kasi orang nampak. aku menangis sorang-sorang. aku tak suka bila orang nampak aku menangis. aku rasa kalau orang nampak aku menangis, aku ni macam loser sebab dah besar2 pun nak menangis. itu yang aku rasa lah. and sebab tu lah tak semua orang boleh nampak aku menangis. kalau aku sebak rasa nak menangis depan orang pun aku akan cuba tahan sedaya upaya supaya air mata tu tak gugur jatuh ke bumi. aku akan menangis bila aku dah sure yang takde orang sekeliling aku. tapi bila dah sampai tahap kepala aku tak tahan dengan segala beban, air mata tu boleh je tumpah depan orang. kalau itu jadi itu maknanya aku dah terlalu tak tahan dengan masalah yang ada. dan bila itu jadi jangan tegur aku. aku akan ok dengan sendirinya.

terasa diri macam loser gilalah bila jadi macam tu. aku terasa macam aku bina wonderwall yang tersangat lah besar dan tinggi dan tebal supaya orang tak boleh nak predict hati aku rasa apa. bukan aku sengaja tapi benda tu dah auto dalam diri aku. aku susah nak bagi orang masuk dalam dunia aku sepenuhnya. hanya orang tertentu je yang boleh pecahkan dinding aku tu. itu pun kalau orang tu betul2 bersabar and kenal aku serta faham perangai aku yang sebenarnya. susah nak kenal diri aku yang sebenarnya. sebab tu ada orang yang kata aku ni sebelum kenal nampak sombong gila dan berlagak tapi bila dah kenal terlebih gila la pulak. tapi yang terlebih gila tu bukan diri sebenar aku jugak. itu hanya cover segala rasa yang down ada dalam diri ni. terasa macam ada banyak topeng pulak aku ni kan?haha. but that is me. suka sangat sorok semua benda konon nak tunjuk hebat yang aku ok sentiasa yang konon aku ni happy semedang macam tak pernah ada rasa marah. tapi bila aku dah rasa marah sangat ia akan meletup macam gunung berapi. dan masa tu janganlah duk gatai nak cakap pape dengan aku.

but then nobody knows who you are. sometimes you even don't know who you are too. susah nak kenal diri sendiri jugak. dan aku mengaku aku masih mencari siapa aku. aku masih mencari macam mana perangai aku yang sebenar. tapi orang kata kalau nak tahu diri kita ni macam mana kita kena tanya kawan2 rapat sebab mereka lebih mengenali kita. tapi betul ke? hmm depends la kot.

dan mengapa entry ini dibuat aku pun tak tahu. mungkin sebab tak tahu nak post apa sebenarnya. hmm....

*bukan semua benda boleh dijadikan gurauan. mungkin bagi 'mereka' aku ni seorang anak kecil yang boleh dijadikan bahan gurauan tanpa memikirkan perasaan aku. aku juga manusia punya perasaan punya rasa segalanya. jangan sampai aku jadi keras hati tak peduli perasaan semua orang. tolong jangan paksa diri aku untuk menjadi seperti tu. kalau aku dah keras hati, family aku pun aku takkan ambik peduli dah. aku sangat sakit waktu ini. aku perlukan tempat untuk berehat dari segalanya. tolonglah hambamu ini Ya Allah.

22 December 2012

teaser yg x berapa nak teaser

dah lama tak menjenguk ke blog kesayangan ni. line broadband dah kena barred tu yang jarang update dah. lagi pun otak tengah beku memikirkan masalah2 sendiri dan juga orang lain. tapi dalam masa sebulan ni macam2 perkara terjadi. ada niat nak update bersama gambar apa yang dah jadi sebulan ni tapi jari dah beku nak taip cerita panjang2.

nanti lah aku update perjalanan hidup aku ni. yang penting aku bakal menghabiskan sisa-sisa hidup di Perak ni tinggal lagi sebulan je. then i am freedom and will get my degree scroll. tu yang aku dah tak sabar sebenarnya.

dalam kegembiraan nak habis belajar ni ada kesedihan yang aku sorokkan. semoga aku tabah hadapi segala ujian. semoga aku dan dia bersama tempuh segalanya. dah alang-alang aku update ni aku nak ucap selamat hari jadi pada diri sendiri. tinggal lagi 3 hari untuk umur aku bertukar menjadi 23 tahun. semoga tahun hadapan akan lebih baik. amin...