12 March 2014
2014-05 Tempat Kerja Baru
Alhamdulillah things are getting better now. Dah pindah tempat kerja yang boleh dikatakan mampu menjamin masa depan yang lebih baik. Mudah mudahan lepas ni semuanya baik-baik saja. Mudah mudahan satu persatu impian aku akan tercapai dengan penghijrahan aku ni. Doakan saja yang terbaik. Itu saja aku mintak. Dapat update ni sikit je. Sebab curi2 masa time nak balik ni. K bye!
22 February 2014
2014-04 Pengalaman pertama
Assalammualaikum.
Lama gilos tak menaip kat blog ni weh. dah sebulan menyepi. Banyak benda nak cerita tapi nak menaip tu yang malas. Bulan 1 dan awal bulan 2 ni memang sibuk sikit. Baru2 ni nenek sebelah abah aku meninggal. Cukup 40hari dia sakit lepas tu dia pergi menghadap Ilahi. Sedih sangat. Dan masa arwah meninggal ni la kali pertama aku terlibat dalam sesi pengurusan jenazah dari awal sampai akhir. Alhamdulillah sempat lihat dia buat kali terakhir. Sebelum ni kebanyakan saudara terdekat yang meninggal aku tak dapat tengok. Sampai2 kampung mesti diorang dah tanam. Tapi kali ni aku bertuah sebab dapat lihat. Sungguh aku insaf masa menolong uruskan jenazah.
Ceritanya mula hari Isnin (10/2/2014) tengahari sepupu2 aku dah inform kat group whatsapp kitorang yang atok mak (arwah nenek belah johor aku memang panggil atok mak) masuk hospital. Aku terus sms abah aku bagitahu. Balik kerja petang tu pukul 5 aku terus tanya abah macam mana atok? Nak balik kampung ke tak? Makteh aku dah telefon suruh semua balik rupanya sebab doktor dah cakap harapan memang dah takde. So petang tu pukul 6 lebih kitorang bertolak dari Melaka. Aku terus telefon senior QS aku bagitahu keesokannya aku terpaksa ambil EL. Then maghrib tu berhenti kat R&R Pagoh untuk sembahyang kejap. Masa nak bertolak balik tu mak aku bagitahu yang atok mak dah takde. Ya Allah aku memang tak sangka masa tu. Masa berhenti tu pun aku pergi beli nasi kejap dengan kakak aku sebab dari pagi 1 butir nasi pun tak masuk dalam perut aku. Laparnya jangan cakaplah. Lepas je dapat berita tu aku terus mati selera. Tak jadi nak makan. Jamah pun sikit je buat isi perut takut nanti perut berombak rindu pulak. Abah memang bawak kereta laju gila masa tu. Aku perhatikan je meter kereta. Huhu kecut perut pun ada jugak tapi alhamdulillah semua selamat.
Sampai2 je rumah makteh (atok duduk dengan makteh aku iaitu adik kepada abah) ada la sepupu2 yang dah sampai. Kakak2 aku kebanyakannya dah bertolak jugak dari tempat masing2. Nasib baik jugak sedara mara kitorang semua takdela duduk jauh2 sangat. Semuanya area2 selatan je so semua boleh sampai cepat. Masa tu jenazah belum sampai lagi. Nak dekat pukul 11 malam baru jenazah sampai tak silap. Jenazah sampai je aku tengok muka arwah, masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku seakan kata dalam diri sendiri yang atok mak tengah tidur, jangan kacau dia. Tapi bila tersedar rupanya rohnya dah berpisah dari jasadnya. Sungguh aku tak percaya. Aku tengok je muka dia. Malam tu abah mak temankan jenazah dengan bacaan Al-Quran. Aku tidur kat rumah kakak aku berdekatan area situ jugak la sebab rumah makteh dah penuh dengan sedara mara. Esok pagi tu lepas Subuh aku datang balik rumah makteh. Bacakan yasin untuk arwah. Pukul 10 pagi barulah dapat uruskan jenazah. Orang surau datang tolong mandikan siapkan semua. Tapi masa mandikan tu cucu2 dia ni semua tolong mandikan, pegangkan apa2 yang patut. Semua membantu. Yang tukang uruskan jenazah tu ialah mak mertua Ajak Shiro, hehe sempat jugak sepupu aku duk perkenalkan dia kat kitorang. Masa uruskan jenazah tu memang senang sangat. Dalam masa setengah jam je dah siap.
Then sampai la saat terakhir untuk tengok dan cium arwah. Aku masa tu memang dah mule menangis. Sebelum2 tu aku tak menangis sangat, menangis sekejap je. Tapi masa nak cium arwah tu aku menangis teruk sangat. Semua menangis. Cicit2 dia pun menangis. Yelah lepas ni arwah dah takde. Semua macam tak percaya arwah dah pergi. Sebelum cium arwah, aku kesat air mata kering2 sebab ustaz2 kata tak elok kenakan air mata pada jenazah. Sebab apa aku lupa. Sorang2 cium arwah. Masa cium tu aku ada rasa macam kena panah petir sebab muka arwah sejuk sangat. Aku tak pernah cium jenazah sebelum ni. Ni pengalaman pertama bagi aku sebab tu aku macam tak percaya dengan semua yang berlaku. Lepas tu jenazah disembahyangkan dan dibawak ke tanah perkuburan dan ditanam. Sedih sangat masa tu tak dapat digambarkan. Sungguh tak percaya atok mak dah takde lagi. Lepas ni balik kampung dah sunyi, dah takde orang nak membebel, nak suruh ambik buah la makanan la untuk bawak balik. Dah takde dengar loghat nogori sombilan pekat.
Atok, semoga atok tenang di sana. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

13 January 2014
2014-03 Caramel sauce
Assalammualaikum.
Korang pernah try buat caramel sauce sendiri tak? Ala yg macam pretzel auntie's anne punya caramel tu. Hehe hari tu aku try buat dan nasib baik menjadi. Serius sedap weh. Sangat senang buat dia. Resepi dia aku amek kat blog skybluekitchen tapi macam biasa la aku akan olah sikit. Ni cara aku buat lak ok.
Bahan-bahan:
1 cawan brown sugar
1 kotak kecil (200ml) whipping cream
1/2 Ketul butter.
Cara-cara:
1. Guna periuk yg tinggi sikit, masukkan gula perang. Aku suka guna brown sugar sebab lebih cepat cair. Cairkan dia sampai warna keperangan. Jangan masukkan air langsung.
2. Masukkan butter dan kacau guna whisk tangan. Adunan akan berketul. Time ni kecikkan api sikit.
3. Masukkan whipping krim yg dah dibiarkan pada suhu bilik. Teruskan kacau sampai hilang ketulan2 gula and sampai capai kepekatan.
4. Simpan dalam peti ais. Caramel ni boleh disimpan lama kalau betul cara buatnya. Bila simpan dalam peti ais kepekatan dia akan bertambah and kalau nak guna aku nasihatkan keluarkan dari peti ais awal dan dibiarkan pada suhu bilik dalam 1/2 jam.
1 adunan ni boleh dapat 1botol jem kecik macam dalam gambar aku bawah ni.
b

Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid
06 January 2014
2014-02 CrazyChocHauz
Fuhhh!! Buzy yg amat minggu ni. Terima kasih pada yang order crispy bar aku tu. Hari2 ada je org order. Alhamdulillah ada rezeki. So pada yg x cuba lagi jom cuba. Boleh komen atau like page crazy choc hauz kat sblh kanan blog ni.

posted from Bloggeroid
01 January 2014
2014-01 My Birthday Celebration
Hari ni 1 Januari 2014. This is the first entry for year 2014. Agak lama tak update blog. Cerita pasal Hari jadi sendiri pun tak berupdate. Selalunya besday diri sendiri aku akan update punya tapi tahun ni eh salah tahun lepas macam malas nak update on the time. So aku wrapkan sekali la update2 yang aku malas nak update tu. (jahanam tatabahasa). Sedih tahu tak bila mana umur baru nak cecah 24 tahun tiba2 kena tukar jadi 25 tahun sebab dah masuk tahun baru. Besday aku 25/12 hari tu. Baru je genap seminggu aku masuk 24 tiba2 hari ni kena tukar status 25 tahun pulak dah. Hoooo Emmmm Jiiiiiii!!!! Hahahaha terover pulak ahkak! Dah termerepek lagi haaa...
Terus ke cerita besday aku. Pada 24hb Disember 2013 hari tu ada kejutan untuk aku. First, opismate buat pre-besday celebration untuk aku. Serius aku terharu. Tak pernah sambut besday kat tempat keje tahu tak? Inilah tahun pertama aku bekerja dan kali pertama jugak besday aku disambut di opis. Opismate belikan kek kecik tapi walaupun kecik aku bersyukur sangat. Dah la semua opismate aku tu cina, aku sorang je melayu ok dan sebab tu aku tak sangka diorang nak celebrate besday aku. Balik2 dari lunch tengok ada kek atas meja. Rupa-rupanya tu kek besday aku. Hehe tak sangka dorang ingat. Serius terharu.
![]() |
| First time letak gambar sendiri kat blog ni. I is malu! |
![]() |
| Lagi sekali termsukkan gambar sendiri. =_=! |
![]() |
| Tapi overall aku puas hati sebab sekurangnya aku dah mencuba. |
22 December 2013
2013-17 Cream Caramel Versi 2
Assalammualaikum.
Hai lama sungguh tak menaip di blog ni. Agak busy sikit kebelakangan ni. Nak handle bisnes dan juga kerjaan di siang hari. Penat jugak rupanya buat dua kerja ni. Tapi aku seronok. dalam sibuk2 ni jugak aku sempat main masak-masak. Kali ni aku main masak-masak puding caramel. Hari tu tak puas hati sebab tak berapa menjadi sangat. So kali ni aku try buat ikut resepi yang tak menggunakan telur seperti di blog Fatin Liyana. Alhamdulillah menjadi jugak la tapi terlebih keras sikit sebab mungkin terkurang air. Rasa pun sedap. Yang penting takde rasa telur. Aku ni tak berapa gemar rasa telur sangat kalau dalam kek. Boleh rasa muak. So bawah ni hasil yang aku dapat dan juga resepi yang aku copy paste.
Produk akan datang yang akan dikeluarkan ialah kek batik berkeju. Kalau like page Crazy Choc Hauz tu anda akan dapat tahu semua update tentang produk ni. Thanks again pada semua yang order dan menyokong bisnes baru aku ni. :) (ter'promote' lebih pulak. Hiks!)

Bahan-bahan :
For Caramel Sauce
2 senduk gula (aku guna gula perang lebih cepat cair)
1/4 cawan air
For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air
Cara-cara :
For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula perang dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda
For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!
Jangan lupa like page Crazy Choc Hauz (dulu guna nama Afani Shoppe) untuk order Crispy bar yang sedap. Crispy bar ni boleh dipos taw. Jangan risau sebab semua customer berjaya dapatkan nya dalam masa 1 hari je dan keadaan coklat tu jugak dalam keadaan yang elok.
![]() |
| Untuk pos, Crispy bar akan dibalut cantik-cantik dan elok supaya tiada apa yang buruk akan terjadi. :) |
![]() |
| Kek batik berkeju juga ada dijual. :) |
Produk akan datang yang akan dikeluarkan ialah kek batik berkeju. Kalau like page Crazy Choc Hauz tu anda akan dapat tahu semua update tentang produk ni. Thanks again pada semua yang order dan menyokong bisnes baru aku ni. :) (ter'promote' lebih pulak. Hiks!)
Subscribe to:
Posts (Atom)