16 December 2014

2014 - 26 Dugaan Nak Bertunang

Assalamualaikum,

Selalunya orang kata time dah tunang nanti macam-macam dugaan akan datang. Darah manis la katakan. Tapi aku sebelum tunang lagi dah dapat macam-macam dugaan. Gaduh dengan Mr. Bobot tu tak payah cakap. Every week mesti gaduh. Tapi tu aku tak heran sangat sebab tahu kitorang tetap akan baik walau gaduh teruk macam mana sekali pun. Huhu.

Yang aku risau dugaan yang terjadi pada mak aku. Mak aku dah dekat 3 minggu termengah-mengah bila jalan, buat kerja. Sesak nafas. Rupanya pergi check tyroid dia tinggi. Sebab tu degupan jantung dia laju and dia sentiasa rasa penat. Ya Allah betapa susahnya hati aku tengok keadaan dia macam tu. Rasa nak menangis tengok keadaan mak lemah sepanjang masa.Baru-baru ni kaki dia pulak bengkak. Hmm luluh hati tengok keadaan mak. Tak terkata macam mana sayunya hati aku tengok mak hari2 macam tu. Aku pulak dah 2 minggu kena balik lambat siapkan kerja yang berlambak. Dengan bos yang push nak kena setel before end of this month. Memang tekanan sangat. Mana nak siapkan hantaran, prepare untuk majlis, kerja opis, bisnes online lagi lepas tu nak tolong mak kat rumah lagi. Haishh memang banyak kerja aku. Dah macam tangan sotong aku rasa tangan aku ni.

Dekat seminggu aku lemah semangat. Serius moral aku down giler-giler. Mr. Bobot terpaksa hadap perangai aku time tu. Sorry sangat awak. Last-last pergi jumpa dia luahkan semua yang terbuku di hati siap pakej menangis tahap tak ingat dunia. Haha. Yes aku memang cembeng, kuat menangis. Huhu. Habis lepas menangis baru rasa lega sangat. Rupanya terlalu berat dah aku tanggung perasaan tu semua. Makan minum aku sendiri pun dah berterabur. Perut berkeroncong tapi aku tak isi pun sebab otak dah melayang macam takde dalam jasad.

Sekarang ni keadaan mak masih sama. Muntah-muntah lagi tapi kaki bengkak dah surut sikit. Kitorang adik beradik kongsi belikan mak supplemen Shaklee dari sepupu kitorang. Kurang-kurang usaha tu kenalah ada. Sembuh atau tidak itu kuasa Allah. Yang penting kami adik beradik ada usahakan sesuatu. Tapi memang aku tak sanggup tengok keadaan mak. Sampai satu tahap rasa nak cancel je majlis tunang aku 27/12 ni. Apakan daya bila difikirkan balik baik teruskan je. Sebab sedara-mara semua dah tahu. Mujur ramai kawan-kawan sudi hulurkan tangan untuk membantu nanti. Kawan-kawan sekolah and uitm ada yang dah sukarela nak membantu. Sekurangnya hari Jumaat nanti masa nak rewang memasak tu adalah tangan yang membantu dan kurang sikit bebanan aku.

Mesti korang yang baca akan suggest kan aku untuk tempah dengan katering je untuk makan-makan kan? Tapi family aku memang jenis suka masak sendiri untuk majlis kecik-kecik gini. Tapi entahlah kesian pulak tengok mak aku nanti. Aku still survey katering mana yg kosong sebagai backup plan.

Doakan untuk mak aku ye. Semoga mak aku cepat sihat dan semoga majlis pertunangan aku berjalan lancar nanti. Really need a shoulder. Luckily i have Mr. Bobot. Kalau takde dia aku rasa aku boleh jadi gila. Thanks awak tahan dengan perangai saya ni. Sorry sangat dah banyak lukakan hati awak.Semoga hubungan kita diberkati dan majlis kita berjalan lancar. Amin~

26 November 2014

2014 - 25 Nuffnang Blogbuster Campaign - Maybank Transact & Win

Assalammualaikum,

Wahhh!! semalam kan aku bukak emel terkejut tengok dapat emel dari Nuffnang pasal Blogbuster Campaign ni. Al maklum la sebelum ni aku tak pernah ditawarkan mana-mana Blogbuster campaign. Blog i ni blog picisan je uols. Tak ramai pun yang baca apatah lagi nak follow. (tolonglah follow cepat  :p) hihihi. ok back to topic kita.



Masa dapat emel tu aku macam blur apakah ini. Apa yang aku perlu buat? Sebab aku agak slow dengan Nuffnang punya aktiviti. Baru tahun ni nak start aktif balik dengan Nuffnang. So baca punya baca buat kaji selidik sikit pergi blogwalking blog-blog yang gah dan tengok apa yang perlu dibuat. Baru lah aku tahu rupanya kena submit video selama 15 saat maksimum panjang video tu untuk join dalam kempen ni. Then bila orang klik play video kita akan dapat earnings dari klik tersebut. Ada blog aku jumpa dia kata pernah dapat earning sampai RM 4k .. Oh my gucci!! Gila best! Aku ni sekarang kalau bab duit memang laju je nak buat semua. Hahaha. Al maklum nak kahwin ni kena cari duit lebih sikit. :p

Tapi aku ni tak kreatif la nak buat video-video ni. Tak pandai. Dah la 15 saat je nak kena explain pasal Maybank2u tu macam pendek sangat. Hurm dah lah tarikh tutup untuk upload video tu 2/12/2014 ni. Ok la tengoklah kalau ada aku buat aku akan bagitahu. Kot la sempat ke kan. I is busy sangat sekarang ni taw. Huhu. Blogger-blogger otai sekalian tolong bagi tunjuk ajar macam mana nak buat video kreatif boleh tak? Nak jugak merasa join contest nuffnang ni. Nak dapat offer ni bukan senang kan. Huhu kalau ada nak tolong tu tinggalkan lah komen ye. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua nanti.

Ok nah tengok details kempen ni kat bawah. Details ni aku copy dari emel. hurmm sedang berfikir nak buat video yang macam mana.


The details of this campaign are as follows:

Campaign Name:
Maybank Transact & Win (Blogbuster)

Video Submission Deadline:
02 December 2014

Campaign Period:
08 December 2014 to 09 January 2015

You Will earn:
RM0.50 for each complete play of the video that is shown on your ad unit (this rate applies to Glitterati members only).

As this is a first of its kind Campaign, we understand that many of our Nuffnangers have questions about this campaign. Here is a summary of what to do:

1. Record a short video (approx. 10 seconds) based on the brief given in your Blogbuster tab.
2. Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos.
3. If your video(s) is chosen for the campaign, it will be shown on the ad displayed on your blog. Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.
4. Please note that approved videos will be compressed and branding may be added to the end depending on the requirements of the campaign.

Campaign background:
Maybank2u as a platform that allows customers to get rewarded for doing what they already are doing – transactions and many more. Now you can stand a chance to win great prizes simply by doing Maybank2u transaction.

Maybank2u products and services:
Cardless Withdrawal – Withdraw money without an ATM Card
IBG Fund transfers – Interbank transfers
Prepaid Top-up – Upload phone credit anytime, anywhere
Bill payments – Pay multiple bills online

Brief:
Record yourself/ your friends mentioning or demonstrating one of the four main services that entitle customer’s entries in Transact and Win:

a. Cardless Withdrawal
b. IBG Fund Transfers
c. Multiple Bill Payments
d. Prepaid Top-up

With these entries, there are prizes to be won!
a. Daily – 56x Daily prizes (2 movie tickets a month for a year)
b. Weekly – 24x weekly prizes (RM500 Cash)
c. Grand Prize – 10x Samsung Galaxy Note 4 or iPhone 6

IMPORTANT: MUST include Voiceover or Text:
Maybank2u, Suuuper great, Suuuper convenient, gives me all kinds of awesome, just by making transactions with Maybank2u! Find out more at www.maybank.com.my today!
Make your demonstration as creative as possible! (for approx 10 seconds)

Please find attached image for your reference:
https://www.sendspace.com/file/n3rg3h


Sample idea:
Video showing you/your friends demonstrating the Maybank2u Transact and Win.

Sample Idea 1
1) A few friends competing to win the prizes – daily and weekly, cumulating to the grand prizes. Here we see all these friends, competing with one another, going around to all their friends, family, neighbours, colleagues, random strangers on the streets voluntarily wanting to pay bills, top up phones OR do interbank transfers just so they can accumulate entries to win prizes.

V/O or Text: Maybank2u, Suuuper great, Suuuper convenient, gives me all kinds of awesome, just by making transactions with Maybank2u! Find out more at www.maybank.com.my today!

Sample Idea 2
2) A café or some other outdoor area. A young lady uses the Maybank2u app on her smartphone. Suddenly, someone hands her a bunch of cinema tickets. Startled, she accepts them and goes back to her phone. Suddenly, someone hands her a wad of cash. She takes the cash and puts it away carefully, then goes back to her phone. Suddenly, someone hands her an iPhone 6 or a Samsung Note 4.

V/O or Text: Maybank2u, Suuuper great, Suuuper convenient, gives me all kinds of awesome, just by making transactions with Maybank2u! Find out more at www.maybank.com.my today!

IMPORTANT:
DO’s:
- Language: English/Bahasa Malaysia/Chinese
- Bright lighting or natural sunlight
- Clear sound quality
- It should be reflective of a Day in a life of any Malaysian, preferably younger group below 35
- Dresscode: Fashionable, trendy and reflects the Malaysian culture.

DON’Ts
- Do not show any competitor brands in the video.

For more information about the campaign, just login to your Nuffnang Dashboard and click on the additional tab titled "Blogbuster" under "Services".

20 November 2014

2014 - 24 Persiapan Pertunangan

Assalamualaikum.

Huish sebulan blog ni terbiar. Sorry dah lama tak update. Busy dengan kerja di opis. Barang2 tunang pun tak pergi survey lagi. Haish.. Padahal dah bulan 11 ni nak masuk bulan 12 jugak dah pun. Nasib baik lah majlis nak buat sederhana je. Kalau tak mau pening nak pikir macam2.

Ok hari tu aku ada pergi survey2 kain ela untuk buat baju nikah sekaligus untuk diletak atas dulang masa tunang nanti. Pergi Nagoya dah jumpa dah yang berkenan tapi tak beli lagi sebab fikir nak survey je. Then minggu lepas aku pergi Gulati's Euro Moda dekat Dataran Pahlawan pulak. Mood time tu sebenarnya nak pergi jalan2 je tapi dah alang-alang jalan ke sana and nampak ada kedai kain Mr. Bobot pun tarik je aku masuk untuk survey. Dan kebetulan time tu diorang tengah buat sale. So harga yg aku tengok affordable la kalau nak dibandingkan dengan Jakel. Jakel mahal sangat untuk orang2 yang sederhana macam aku ni. Dia punya pakej memang telan air liur. Masa pergi survey tu memang tak bawak cash banyak makanya tak beli lah. Yela dah kata survey je pun kan. Huhu lagipun aku cadang nak bawak mak pergi beli. Orang tua kan lebih arif lebih tahu pasal kain ni. Aku ni memang tak reti. Aku tahu beli baju siap je. hahaha. tengok la mungkin minggu ni atau minggu depan nak pergi beli kot.

Emm apa lagi ye. Oh ye cupcake aku dah tempah jugak.Aku tempah kat junior sekolah aku. Dia ada buat kek. Kek dia memang sedap and gebu lepas tu murah2 je pulak tu. Sebab tu aku beli dengan dia. Kalau siapa2 nak tempah boleh cari FB dan IG nama Ernies kitchen bakery. Highly recommended.

Kek pulak aku tempah dengan akak opis aku je. Aku saja tempah kat orang lain2 sebab nak bagi rezeki pada semua orang yg aku kenal. Emm apa lagi ek? Rasa ni jela kot. Preparation dulang semua awal bulan 12 ni nanti baru buat. Mintak semua dipermudahkan. Amin.

31 October 2014

2014 - 23 Car Boot Sale di Melaka

Assalamualaikum,

Lama tak menaip hah. Tiup sawang sikit, Hihi. Sorry agak sibuk dengan kerja di opis dan bisnes sampingan serta persiapan pertunangan aku. Haaa tengok betapa banyaknya kerja aku. terasa macam superwoman dah. Hehe

Ok tengok tajuk pun dah tahu apa aku nak cerita kan? Kat Melaka ni sebenarnya dah lama ada Car Boot Sale ni cuma atas sebab2 tertentu ia terpaksa dihentikan sementara. Sebelum ni yg aku pernah tahu ia diadakan di depan UTC di bandar Melaka berdepan Stadium Kubu tu. Tapi atas sebab2 tertentu penganjur terpaksa hentikan. Ni semua penganjur yg cerita lah.

Baru-baru ni penganjur dah dapat tempat baru untuk diadakan car boot sale ni atau bahasa melayu dia Jualan Bonet la kan. Penganjur berusaha untuk merealisasikan impian sesetengah peniaga yg berminat untuk join car boot sale ni. Dan akhirnya berita gembira dari penganjur car boot sale ni akan diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 5.00 petang hingga 12.00 malam sahaja bertempat di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Car boot sale akan bermula pada 31/10/2014 ni dan akan diteruskan setiap minggu jika tiada aral. Pendaftaran untuk peniaga2 yg nak join telah pun diadakan pada awal bulan Oktober hari tu dan aku salah sorang peniaga yg join. Hehe.

Bagi aku tempat yg dipilih ni memang strategik dan best sebab hujung minggu memang ramai org datang ke dataran ni untuk rehatkan minda. Yelah boleh parking kereta tepi2 jalan tu lepas tu boleh pergi main2 air kat gigi air pantai tu. Ada banyak kedai makan jugak and ada macam2 aktiviti boleh dibuat kat sana macam main layang-layang, menunggang kuda, menunggang KTV and macam2. Best lah senang cerita.

Yg penting yuran utk join car boot sale melaka ni cuma RM30 sehari saja. Murah sangat. Sebab tu aku join. Dan syarat-syarat dia pun tak lah ketat mana. Aku join pun sebab nak jual produk coklat and baju-baju mana yg dah tak nak pakai or tak muat tu je. Nak cari duit tepi. Hehe. So kalau korang2 datang Melaka hujung minggu ni jangan lupa singgah car boot sale Melaka ni kat Dataran 1 Malaysia Klebang ni ok? Nak tahu apa aku jual boleh cari booth Crazychochauz. Hehe tak sabar nak meniaga kat sana. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn.



15 September 2014

2014 - 22 Selamat Pengantin Baru Mira!

Assalamualaikum.
Aiyooo. Lagi 3 bulan je nak bertunang tapi macam tak ada apa pun yang berlaku. tak de persiapan pape pun. Nak cari barang pun rasa malas je. Mungkin sebab lama lagi kot. Lagi pun baru nak bertunang belum kahwin so wat lek wat peace lu! Hahaha tunggu la bulan November nanti pasti aku terhedek hedek baru nak buat semua. Aku kan suka buat last minute. Plan je nak gah tapi kang last minute jugak yang aku buat. Hihi.

Sebenarnya nak ucap selamat pengantin baru kat kawan praktikal masa diploma dulu, Mira. Dah kahwin dah dia. Cantik sangat baju and mekap dia. Memang akan aku mintak no telepon mak andam tersebut pada dia. Muahahaha. :D

Majlis dia simple dan sederhana sangat which is I really adore her. Serius, majlis macam tu lah yang aku nak. Tak berlebihan, serba sederhana, tak membazir, yang wajib2 je yang diutamakan. Wahh!! Tetibe rasa tak sabarrrr nak kahwin. Ahaks! Gatal sangat bunyinya weh! :D

Ni je gambar yang mampu aku letak. Yang lain2 buat pekasam. I is malu nak tayang gambar sendiri. :p

Mira & Paan

QS Mates Uitm Perak

Me with pengantin and di photo bomb oleh si penyebok Aina! :D

28 August 2014

2014 - 21 E-day checklist

::E-DAY CHECKLIST::

Ok pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan September. Sekejap je rasa. Kitorang rancang nak tunang hujung tahun 2014 ni. Tapi tarikh masih tak confirm lagi. Dan aku merancang majlis pertunangan yang serba sederhana saja. Aku tak nak majlis yang terlalu gah. Cukup sekadar yang penting saja. So ini aku buat checklist untuk majlis pertunangan aku. Disebabkan majlis yang aku nak simple and modest, so checklist aku jugak haruslah sederhana saja. Dan aku akan pastikan everything yang boleh aku buat sendiri aku akan DIY. Yup cita-cita kena tinggi. Hahaha nanti kita tengoklah macam mana cita-cita aku ni berjaya ke tidak. 

*Updated 22/01/2015

EVENT DETAILS
1. Date : 27/12/2014
2. Venue : My house, Melaka
3. Time : 2.00 p.m
4. Guest Count :50-70 guests
5. Guest List : Family members, saudara mara, rakan rapat
6. Color Theme : Green

1 - 2 BULAN SEBELUM
1. Cincin Tunang - Done.
2. Barang Hantaran - Done
From me to him
    - Sirih junjung
    - Kain baju melayu untuk Nikah
    - Cupcake - Dah booking dekat junior sekolah dulu
    - Coklat and gula-gula
    - Buah-buahan
    - Kek buat sendiri
    - Samping
    - Jeli kakteh buah
    - Tuala bersulam akak sponsor

From him to me
    - Sireh junjung and bekas cincin
    - Kain baju kurung nikah
    - Tuala bersulam sponsor by my sister
    - Kek
    - Coklat
    - Telekung
    - Buah-buahan

3. Mini Pelamin - DIY
4. Make Up Artist - My cousin.
5. Invitation Cards - DIY (send by whatsapp only)
6. Baju Tunang - Recycle dress baju raya hari tu. Just add some lace and beads.
7. Shawl dan Veil - Shawl dah ada. Veil guna halfmoon
8. Tema Hantaran
    - Pihak perempuan (Green and cream)
    - Pihak lelaki (Green)
9. Tempah Katering - Masak sendiri
10. Tempah Khemah + kerusi + meja - Sewa kerusi and meja only
11. Book Photographer - My sister and cousin

2 MINGGU SEBELUM
1. Facial - Tak buat. Tunggu nak kahwin nanti.
2. Beli Barang-barang Goodies -Buat 60 bags only.
3. Cari Wakil sebelah pihak perempuan / pembaca doa - Paklong sebelah abah.
4. Buat full payment untuk cupcake hantaran - Done

1 MINGGU SEBELUM
1. Beli Contact Lens - Done
2. Siapkan hantaran mana yang tak siap - Done

2 - 3 HARI SEBELUM
1. Kemas / Hias rumah - Done
2. Make sure everything is ticked done.


credit to sikucenghitam untuk checklist ini.