Hai,
Lama
gila tak hupdate blog. Nak kata busy sgt tu tak la. Tapi lebih kepada malas. Haha. Tapi start bulan
Mei ni aku rasa hidup bersenang lenang aku akan berakhir. Huargh!! Eleh tapi
dalam sibuk2 tu aku sempat je promote2 bisnes online aku. Hihi. Ok back
to topic seperti tajuk yang tertera.
Cincin emas? Wahhh kalau cakap je pasal emas mata
perempuan memang akan bling-bling. Perempuan dan barang kemas tak dapat
dipisahkan. Sejak kebelakangan ni aku suka tengok barang kemas. Nak-nak bila
dapat tahu harga emas tengah turun sekarang. Diorang cakap harga emas 916
sekarang RM125/gram. Dalam lingkungan RM120-RM130 per gram la dalam minggu ni.
Memang murah. Tu yang masa sengkang aku isi dengan cuci mata tengok design-design
cincin yang cantik-cantik. Hehe tengok je dulu. Saja survey2. Kalau murah
rasanya nak rembat 1 kot buat simpanan dulu kot2 nanti dah nak merisik ke
bertunang ke dah tak payah risau pasal cincin. Hiks! Emas ni kan berbaloi kalau dibuat pelaburan. Mr. Bobot
pun kata boleh je nak survey2 supaya senang untuk buat rujukan di masa hadapan.
Dia pun setuju je kalau murah nak
beli and simpan dulu. Yelah sementara tengah murah ni baiklah beli ye dak? Tak
rugi pun.
So
semalam pergilah survey kat kedai emas Tomei dalam Aeon Bandaraya Melaka. Baik
je budak perempuan tu layan kitorang. Kitorang 1st time pergi tengok emas2 ni.
Sebelum pergi survey tu aku ada lah menuntut ilmu dengan yg lebih senior. Duk
tanya-tanya la kawan2 rapat aku yg dah kahwin. Mintak pendapat and ilmu. Lepas
tu duk tengok kat forum2 and blog2 orang pasal tips nak beli emas ni. Fuhh
dapat lah kutip sikit. So semalam masa survey tu ada lah ilmu jugak. Takdelah
tercengang ke apa time org tu explain. Cantik2 design. Harga pun takdelah mahal
mana pun. Memang dalam lingkungan bajet la. Baru tengok 1 tempat je. Nanti cuti
1 Mei ni nak pergi kedai kat Padang Jawa and sekitar Bandar Melaka. Diorang
kata kalau beli kat kedai2 gitu boleh dapat lagi murah. So setakat ni tempat yg
aku nak survey yg ada dlm list aku ialah kedai2 di Padang Jawa, Bandar Melaka
dan Kedai Emas GCP kat depan Aeon Bandar Melaka tu. Nak banding2 harga and
design.
Aku tak nak pergi tempat branded sebab nya mahal
sangat takut tak cukup bajet je kang. Hihi. tapi aku memang dah berkenan 1
design cincin belah rotan. Design dia simple je tapi cantik bagi aku. Aku suka
yang simple2 je.
Design ni yang aku paling berkenan kat Tomei. Mr. Bobot pun suka yg ni. Simple je. Harga pun berpatutan, |
Yg ni second aku suka. Tapi kosong sgt cepat calar nanti. and sgt padu so harga dia pun mahal sikit. |
|
Gambar semua ihsan google. Ok
takat tu je la. Kang kalau citer panjang lebar pun tak guna. Esok nak pergi
survey lagi. Yeayy!! Haha. Psssttt!! Masa pergi tengok semalam hati dia
berdebar-debar. Hati aku pun berdebar-debar jugak sebenarnya. Macam tak percaya
dah dewasa dah nak masuk fasa seterusnya. Doakan kami.
*Silalah
follow instagram @eybiezafirah_crazychochauz untuk pelbagai coklat yg dibuat
sendiri. Jangan segan klik je
follow. Guna je hashtag #crazychochauz korang akan jumpa my ig. Tq!
Hiks!
No comments:
Post a Comment