19 May 2014

2014-09 My Superman

Assalammualaikum

Hai. Nak cerita perihal minggu lepas punya kejadian. Hari Isnin 12/5/2014 hari tu kan hujan lebat gila dari pukul 5 pagi tak silap sampailah pukul 7 pagi tak berhenti. So terpaksalah aku ni pergi kerja naik kereta. Aku ni selalu rempit jek naek tenggiling aku tu pergi kerja. Forever rempit. Haha. So kalau hujan jela baru naik kereta. Al maklum kereta tu walaupun aku bayar tapi lebih kepada kegunaan family. Takpelah bagi je bapak aku guna kan. Ok back to story. Nak dijadikan cerita la kan, pagi tu dengan hujan lebat aku pun redah lah untuk ke pejabat yang selalu makan masa 18 minit saja dari rumah aku. Tapi malangnya isnin itu betul2 dugaan untuk aku. Masa on the way tu aku lalu jalan Bukit Beruang. (Aku tinggal kat Padang Jambu, kerja kat Taman Tasik Utama Ayer Keroh - sila google kalau tak tahu. Haha) Jalan tu memang aku selalu jalan lah. Entah salah kat mana tayar aku macam ada buat bunyi pelik. Aku mulalah bawak slow and perlahankan volume radio aku. Then aku tak sedap hati terus cari tempat yang selamat untuk berhenti. 

Masa berhenti tu aku cek la tayar belakang kiri tapi tak nampak apa-apa pelik. Mungkin mata aku ni telah dirabuni kan yela time tu hujan so aku pun macam cek gitu2 je. Then teruskan je perjalanan balik. Lagi 5 minit je nak sampai opis dah tiba2 ada sorang hamba Allah ni mungkin student UTEM naik motor bagitahu aku punya tayar dah bocor. Ya ampun!! Aku memang dah cuak time tu. Aku pun cakaplah terima kasih then terus pusingkan kereta untuk parking kat Petronas situ. Nasib baiklah area opis tu ada Petronas. Orang memang ramai time tu. Semua nak isi minyak la pam tayar la. Nak masuk kerja kan. Agak busy la jalan tu. Lepasje parking aku terus call Mr. Bobot aku. Huhu patutnya call bapak aku tapi aku fikir hujan lebaat lagi kat area rumah aku kang bapak aku kena naik motor kena hujan kesian pulak lagipun orang dah tua lagi aku kesian so aku call je Mr. Bobot. Dia terus datang secepat mungkin. Wah time tu memang terasa dia macam Superman la. Hikhik. 

Dialah penyelamat aku. Tolong tukarkan tayar aku yang bocor tu guna tayar spare dulu. Rupanya jack tayar, spanar semua ada kat bonet aku je yang tak tahu. Hahaha time tu terasa alahai patut aku boleh je tukar sendiri. Tapi nak bukak tayar tu macam tak reti je. Haha takpelah lepas ni memang panggil Superman aku tu je kalau ada pape hal. Dia boleh buatkan semua. iols kan perempuan yg lemah giteww...Hahaha 

Yang tak bestnya dah la masuk opis lambat lepas tu sampai je opis pc aku buat hal. Hang sekejap. Rasa macam "eh pehal semua nak rosak hari Isnin ni? Tahulah esok (Selasa) cuti Hari Wesak.Grrrr" Aku restart balik barulah ok. Then lagi 1 bala dtg. Claim untuk sub-con yg aku buat boleh pulak kena reject dengan COO. Dia tak sign claim aku siap komen berjela. Eh sabar jela. Hari Isnin yang sangat mencabar untuk diriku. Haishhh...Balik kerja tu terus ajak Mr. Bobot cari kedai tayar tukar tayar. Beli 2nd hand punya tayar je. Al maklum la dah tengah bulan duit memang dah kering. Sobs! 

Ok tu jela ceritanya. Haha hakikatnya aku dah ada Mr. Clark Kent atau Mr. Superman aku sendiri. Dah la dia pakai spek sama macam Clark Kent. Memang lepas ni nak panggil dia Superman jela. Hikhik. *Gedik*  Terima kasih kamu! Muahh! love you! Hahaha


Nampak tak besi panjang tu? besi tu la yang buat onar kat tayar aku. Cess!

Close up sikit.


12 May 2014

2014-08 Thanks

Hai,

Lepas je aku post gambar cincin kat blog and IG aku, bertalu-talu pertanyaan diajukan pada aku. Tak kurang jugak yang ucapkan tahniah. Thanks pada kawan2 yang caring and concern pasal aku. Actually takde pape pun yang terjadi. Tiada risik, tiada jugak tunang. Semua masih normal. Aku cuma pergi tengok and survey harga sahaja. Gambar2 yang aku masukkan tu hanyalah gambar yang tidak memberi pape maksud. Semuanya ihsan Google. Hihihi. Jadi janganlah salah anggap ye kawan2 ku. Tiada pape yang terjadi. Kalau aku dah nak tunang ke apa ke aku akan beritahu nanti. Aku pasti akan buat entry dalam blog ni ok? ;)

Terima kasih doakan hubungan kitorang. I is terharu.

Tu jela. Bye.

*coklat crispybar masih lagi dijual ye. Nak tempah boleh visit ig @eybiezafirah_crazychochauz atau whatsapp me at 013-4756651

03 May 2014

2014-07


hanya gambar. =)) 

30 April 2014

2014-06 Cincin emas


Hai,
Lama gila tak hupdate blog. Nak kata busy sgt tu tak la. Tapi lebih kepada malas. Haha. Tapi start bulan Mei ni aku rasa hidup bersenang lenang aku akan berakhir. Huargh!! Eleh tapi dalam sibuk2 tu aku sempat je promote2 bisnes online aku. Hihi. Ok back to topic seperti tajuk yang tertera.

Cincin emas? Wahhh kalau cakap je pasal emas mata perempuan memang akan bling-bling. Perempuan dan barang kemas tak dapat dipisahkan. Sejak kebelakangan ni aku suka tengok barang kemas. Nak-nak bila dapat tahu harga emas tengah turun sekarang. Diorang cakap harga emas 916 sekarang RM125/gram. Dalam lingkungan RM120-RM130 per gram la dalam minggu ni. Memang murah. Tu yang masa sengkang aku isi dengan cuci mata tengok design-design cincin yang cantik-cantik. Hehe tengok je dulu. Saja survey2. Kalau murah rasanya nak rembat 1 kot buat simpanan dulu kot2 nanti dah nak merisik ke bertunang ke dah tak payah risau pasal cincin. Hiks! Emas ni kan berbaloi kalau dibuat pelaburan. Mr. Bobot pun kata boleh je nak survey2 supaya senang untuk buat rujukan di masa hadapan. Dia pun setuju je kalau murah nak beli and simpan dulu. Yelah sementara tengah murah ni baiklah beli ye dak? Tak rugi pun.

So semalam pergilah survey kat kedai emas Tomei dalam Aeon Bandaraya Melaka. Baik je budak perempuan tu layan kitorang. Kitorang 1st time pergi tengok emas2 ni. Sebelum pergi survey tu aku ada lah menuntut ilmu dengan yg lebih senior. Duk tanya-tanya la kawan2 rapat aku yg dah kahwin. Mintak pendapat and ilmu. Lepas tu duk tengok kat forum2 and blog2 orang pasal tips nak beli emas ni. Fuhh dapat lah kutip sikit. So semalam masa survey tu ada lah ilmu jugak. Takdelah tercengang ke apa time org tu explain. Cantik2 design. Harga pun takdelah mahal mana pun. Memang dalam lingkungan bajet la. Baru tengok 1 tempat je. Nanti cuti 1 Mei ni nak pergi kedai kat Padang Jawa and sekitar Bandar Melaka. Diorang kata kalau beli kat kedai2 gitu boleh dapat lagi murah. So setakat ni tempat yg aku nak survey yg ada dlm list aku ialah kedai2 di Padang Jawa, Bandar Melaka dan Kedai Emas GCP kat depan Aeon Bandar Melaka tu. Nak banding2 harga and design.

Aku tak nak pergi tempat branded sebab nya mahal sangat takut tak cukup bajet je kang. Hihi. tapi aku memang dah berkenan 1 design cincin belah rotan. Design dia simple je tapi cantik bagi aku. Aku suka yang simple2 je.


Design ni yang aku paling berkenan kat Tomei. Mr. Bobot pun suka yg ni. Simple je. Harga pun berpatutan,

Yg ni second aku suka. Tapi kosong sgt cepat calar nanti. and sgt padu so harga dia pun mahal sikit.


3rd design yg aku suka. Macam cincin mak aku yg aku tgh pakai sekarang.

Gambar semua ihsan google. Ok takat tu je la. Kang kalau citer panjang lebar pun tak guna. Esok nak pergi survey lagi. Yeayy!! Haha. Psssttt!! Masa pergi tengok semalam hati dia berdebar-debar. Hati aku pun berdebar-debar jugak sebenarnya. Macam tak percaya dah dewasa dah nak masuk fasa seterusnya. Doakan kami.

*Silalah follow instagram @eybiezafirah_crazychochauz untuk pelbagai coklat yg dibuat sendiri. Jangan segan klik je follow. Guna je hashtag #crazychochauz korang akan jumpa my ig. Tq! Hiks!

12 March 2014

2014-05 Tempat Kerja Baru

Alhamdulillah things are getting better now. Dah pindah tempat kerja yang boleh dikatakan mampu menjamin masa depan yang lebih baik. Mudah mudahan lepas ni semuanya baik-baik saja. Mudah mudahan satu persatu impian aku akan tercapai dengan penghijrahan aku ni. Doakan saja yang terbaik. Itu saja aku mintak. Dapat update ni sikit je. Sebab curi2 masa time nak balik ni. K bye!

22 February 2014

2014-04 Pengalaman pertama

Assalammualaikum.
Lama gilos tak menaip kat blog ni weh. dah sebulan menyepi. Banyak benda nak cerita tapi nak menaip tu yang malas. Bulan 1 dan awal bulan 2 ni memang sibuk sikit. Baru2 ni nenek sebelah abah aku meninggal. Cukup 40hari dia sakit lepas tu dia pergi menghadap Ilahi. Sedih sangat. Dan masa arwah meninggal ni la kali pertama aku terlibat dalam sesi pengurusan jenazah dari awal sampai akhir. Alhamdulillah sempat lihat dia buat kali terakhir. Sebelum ni kebanyakan saudara terdekat yang meninggal aku tak dapat tengok. Sampai2 kampung mesti diorang dah tanam. Tapi kali ni aku bertuah sebab dapat lihat. Sungguh aku insaf masa menolong uruskan jenazah.

Ceritanya mula hari Isnin (10/2/2014) tengahari  sepupu2 aku dah inform kat group whatsapp kitorang yang atok mak (arwah nenek belah johor aku memang panggil atok mak) masuk hospital. Aku terus sms abah aku bagitahu. Balik kerja petang tu pukul 5 aku terus tanya abah macam mana atok? Nak balik kampung ke tak? Makteh aku dah telefon suruh semua balik rupanya sebab doktor dah cakap harapan memang dah takde. So petang tu pukul 6 lebih kitorang bertolak dari Melaka. Aku terus telefon senior QS aku bagitahu keesokannya aku terpaksa ambil EL. Then maghrib tu berhenti kat R&R Pagoh untuk sembahyang kejap. Masa nak bertolak balik tu mak aku bagitahu yang atok mak dah takde. Ya Allah aku memang tak sangka masa tu. Masa berhenti tu pun aku pergi beli nasi kejap dengan kakak aku sebab dari pagi 1 butir nasi pun tak masuk dalam perut aku. Laparnya jangan cakaplah. Lepas je dapat berita tu aku terus mati selera. Tak jadi nak makan. Jamah pun sikit je buat isi perut takut nanti perut berombak rindu pulak. Abah memang bawak kereta laju gila masa tu. Aku perhatikan je meter kereta. Huhu kecut perut pun ada jugak tapi alhamdulillah semua selamat.

Sampai2 je rumah makteh (atok duduk dengan makteh aku iaitu adik kepada abah) ada la sepupu2 yang dah sampai. Kakak2 aku kebanyakannya dah bertolak jugak dari tempat masing2. Nasib baik jugak sedara mara kitorang semua takdela duduk jauh2 sangat. Semuanya area2 selatan je so semua boleh sampai cepat. Masa tu jenazah belum sampai lagi. Nak dekat pukul 11 malam baru jenazah sampai tak silap. Jenazah sampai je aku tengok muka arwah, masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku seakan kata dalam diri sendiri yang atok mak tengah tidur, jangan kacau dia. Tapi bila tersedar rupanya rohnya dah berpisah dari jasadnya. Sungguh aku tak percaya. Aku tengok je muka dia. Malam tu abah mak temankan jenazah dengan bacaan Al-Quran. Aku tidur kat rumah kakak aku berdekatan area situ jugak la sebab rumah makteh dah penuh dengan sedara mara. Esok pagi tu lepas Subuh aku datang balik rumah makteh. Bacakan yasin untuk arwah. Pukul 10 pagi barulah dapat uruskan jenazah. Orang surau datang tolong mandikan siapkan semua. Tapi masa mandikan tu cucu2 dia ni semua tolong mandikan, pegangkan apa2 yang patut. Semua membantu. Yang tukang uruskan jenazah tu ialah mak mertua Ajak Shiro, hehe sempat jugak sepupu aku duk perkenalkan dia kat kitorang. Masa uruskan jenazah tu memang senang sangat. Dalam masa setengah jam je dah siap.

Then sampai la saat terakhir untuk tengok dan cium arwah. Aku masa tu memang dah mule menangis. Sebelum2 tu aku tak menangis sangat, menangis sekejap je. Tapi masa nak cium arwah tu aku menangis teruk sangat. Semua menangis. Cicit2 dia pun menangis. Yelah lepas ni arwah dah takde. Semua macam tak percaya arwah dah pergi. Sebelum cium arwah, aku kesat air mata kering2 sebab ustaz2 kata tak elok kenakan air mata pada jenazah. Sebab apa aku lupa. Sorang2 cium arwah. Masa cium tu aku ada rasa macam kena panah petir sebab muka arwah sejuk sangat. Aku tak pernah cium jenazah sebelum ni. Ni pengalaman pertama bagi aku sebab tu aku macam tak percaya dengan semua yang berlaku. Lepas tu jenazah disembahyangkan dan dibawak ke tanah perkuburan dan ditanam. Sedih sangat masa tu tak dapat digambarkan. Sungguh tak percaya atok mak dah takde lagi. Lepas ni balik kampung dah sunyi, dah takde orang nak membebel, nak suruh ambik buah la makanan la untuk bawak balik. Dah takde dengar loghat nogori sombilan pekat.

Atok, semoga atok tenang di sana. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.