27 June 2012

exam menjelma

28/6/2012
first paper examination for semester 5 in bachelor degree of quantity surveying (hon.). 
subject : building services
belajar tentang lift, escalator, air-conditioning, gas supply.
doakan aku berjaya menjawab esok dan juga paper2 yang mendatang.
selepas esok 5 paper lagi bakal diduduki. pray for me people! =)



*tak sabar nak balik dah sebenarnya. rindu sangat. :(

04 June 2012

my hobby

korang ada hobi tak? mestilah ada kan? kalau masa sekolah dulu mesti ada tanya pasal hobi kan? kalau dulu aku selalu jawab hobi aku berbasikal walaupun la aku takde basikal masa tu. tapi bila dah besar2 ni hobi aku dah bertukar. aku suka mengumpul tiket2 sekarang ni. tak kira lah tiket bas ke tiket wayang ke tiket masuk ke tempat2 menarik ke semua aku simpan. tapi tiket2 yang aku simpan hanyalah tiket2 yang aku pernah pergi dan tiket bas yang aku pernah naik jela. kalau pergi ramai2 selalu diorang taknak simpan kan makanya aku lah yang amik simpan. tiket wayang aku mula simpan dari pertama kali aku pergi tengok wayang. masa tu aku sekolah lagi. aku pergi tengok dengan kawan aku. walaupun sebelum2 tu ada pernah masuk wayang tapi masa tu aku kecik lagi and aku pergi dengan adik beradik aku je so yang itu tak kira la. aku kira yang pertama masa aku pergi sendiri dengan kawan aku. masa tu aku tengok cerita salon. ala yang raja farah mula2 berlakon tu. dan sampai sekarang kalau pergi tengok wayang aku akan simpan. 

tiket bas pulak aku start kumpul sebab aku masuk uitm. masuk uitm aku mula belajar naik bas dari perak ke melaka. tiket bas ni aku kumpul hanya tiket yang merentas negeri ye. kalau macam tiket bas yang antara bandar tu setakat 50 sen ke rm1 tu aku tak simpan. aku jarang naik bas antara bandar tu. aku kumpul tiket tu mula2 saja nak tengok 1 sem berapa ringgit aku habis kat tiket bas je. dah lama2 rasa seronok pulak kumpul. sampai sekarang aku masih simpan tiket2 tu. dan tiket2 untuk entrance ke tempat2 menarik2 tu pun aku kumpul jugak tapi tak banyak sangat la. aku kumpul sebab aku rasa ia ada nilai memori sendiri. bila aku selak balik tiket2 tu aku teringat memori2 dulu and boleh buat gelak la. yang penting tu semua kenangan. dan hobi ni aku tak tahu la sampai bila akan aku teruskan. nah ni gambar2 untuk korang yang tak percaya. hehe.

antara tiket2 yang dikumpul

masih tak banyak lagi. 

antara tiket2 wayang yang dikumpul. nampak tak banyak sebab aku tak larat nak bukak semua susun cantik2.

tiket wayang

*ini hobi aku. korang macam mana pulak?