22 February 2014

2014-04 Pengalaman pertama

Assalammualaikum.
Lama gilos tak menaip kat blog ni weh. dah sebulan menyepi. Banyak benda nak cerita tapi nak menaip tu yang malas. Bulan 1 dan awal bulan 2 ni memang sibuk sikit. Baru2 ni nenek sebelah abah aku meninggal. Cukup 40hari dia sakit lepas tu dia pergi menghadap Ilahi. Sedih sangat. Dan masa arwah meninggal ni la kali pertama aku terlibat dalam sesi pengurusan jenazah dari awal sampai akhir. Alhamdulillah sempat lihat dia buat kali terakhir. Sebelum ni kebanyakan saudara terdekat yang meninggal aku tak dapat tengok. Sampai2 kampung mesti diorang dah tanam. Tapi kali ni aku bertuah sebab dapat lihat. Sungguh aku insaf masa menolong uruskan jenazah.

Ceritanya mula hari Isnin (10/2/2014) tengahari  sepupu2 aku dah inform kat group whatsapp kitorang yang atok mak (arwah nenek belah johor aku memang panggil atok mak) masuk hospital. Aku terus sms abah aku bagitahu. Balik kerja petang tu pukul 5 aku terus tanya abah macam mana atok? Nak balik kampung ke tak? Makteh aku dah telefon suruh semua balik rupanya sebab doktor dah cakap harapan memang dah takde. So petang tu pukul 6 lebih kitorang bertolak dari Melaka. Aku terus telefon senior QS aku bagitahu keesokannya aku terpaksa ambil EL. Then maghrib tu berhenti kat R&R Pagoh untuk sembahyang kejap. Masa nak bertolak balik tu mak aku bagitahu yang atok mak dah takde. Ya Allah aku memang tak sangka masa tu. Masa berhenti tu pun aku pergi beli nasi kejap dengan kakak aku sebab dari pagi 1 butir nasi pun tak masuk dalam perut aku. Laparnya jangan cakaplah. Lepas je dapat berita tu aku terus mati selera. Tak jadi nak makan. Jamah pun sikit je buat isi perut takut nanti perut berombak rindu pulak. Abah memang bawak kereta laju gila masa tu. Aku perhatikan je meter kereta. Huhu kecut perut pun ada jugak tapi alhamdulillah semua selamat.

Sampai2 je rumah makteh (atok duduk dengan makteh aku iaitu adik kepada abah) ada la sepupu2 yang dah sampai. Kakak2 aku kebanyakannya dah bertolak jugak dari tempat masing2. Nasib baik jugak sedara mara kitorang semua takdela duduk jauh2 sangat. Semuanya area2 selatan je so semua boleh sampai cepat. Masa tu jenazah belum sampai lagi. Nak dekat pukul 11 malam baru jenazah sampai tak silap. Jenazah sampai je aku tengok muka arwah, masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku seakan kata dalam diri sendiri yang atok mak tengah tidur, jangan kacau dia. Tapi bila tersedar rupanya rohnya dah berpisah dari jasadnya. Sungguh aku tak percaya. Aku tengok je muka dia. Malam tu abah mak temankan jenazah dengan bacaan Al-Quran. Aku tidur kat rumah kakak aku berdekatan area situ jugak la sebab rumah makteh dah penuh dengan sedara mara. Esok pagi tu lepas Subuh aku datang balik rumah makteh. Bacakan yasin untuk arwah. Pukul 10 pagi barulah dapat uruskan jenazah. Orang surau datang tolong mandikan siapkan semua. Tapi masa mandikan tu cucu2 dia ni semua tolong mandikan, pegangkan apa2 yang patut. Semua membantu. Yang tukang uruskan jenazah tu ialah mak mertua Ajak Shiro, hehe sempat jugak sepupu aku duk perkenalkan dia kat kitorang. Masa uruskan jenazah tu memang senang sangat. Dalam masa setengah jam je dah siap.

Then sampai la saat terakhir untuk tengok dan cium arwah. Aku masa tu memang dah mule menangis. Sebelum2 tu aku tak menangis sangat, menangis sekejap je. Tapi masa nak cium arwah tu aku menangis teruk sangat. Semua menangis. Cicit2 dia pun menangis. Yelah lepas ni arwah dah takde. Semua macam tak percaya arwah dah pergi. Sebelum cium arwah, aku kesat air mata kering2 sebab ustaz2 kata tak elok kenakan air mata pada jenazah. Sebab apa aku lupa. Sorang2 cium arwah. Masa cium tu aku ada rasa macam kena panah petir sebab muka arwah sejuk sangat. Aku tak pernah cium jenazah sebelum ni. Ni pengalaman pertama bagi aku sebab tu aku macam tak percaya dengan semua yang berlaku. Lepas tu jenazah disembahyangkan dan dibawak ke tanah perkuburan dan ditanam. Sedih sangat masa tu tak dapat digambarkan. Sungguh tak percaya atok mak dah takde lagi. Lepas ni balik kampung dah sunyi, dah takde orang nak membebel, nak suruh ambik buah la makanan la untuk bawak balik. Dah takde dengar loghat nogori sombilan pekat.

Atok, semoga atok tenang di sana. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.