16 December 2014

2014 - 26 Dugaan Nak Bertunang

Assalamualaikum,

Selalunya orang kata time dah tunang nanti macam-macam dugaan akan datang. Darah manis la katakan. Tapi aku sebelum tunang lagi dah dapat macam-macam dugaan. Gaduh dengan Mr. Bobot tu tak payah cakap. Every week mesti gaduh. Tapi tu aku tak heran sangat sebab tahu kitorang tetap akan baik walau gaduh teruk macam mana sekali pun. Huhu.

Yang aku risau dugaan yang terjadi pada mak aku. Mak aku dah dekat 3 minggu termengah-mengah bila jalan, buat kerja. Sesak nafas. Rupanya pergi check tyroid dia tinggi. Sebab tu degupan jantung dia laju and dia sentiasa rasa penat. Ya Allah betapa susahnya hati aku tengok keadaan dia macam tu. Rasa nak menangis tengok keadaan mak lemah sepanjang masa.Baru-baru ni kaki dia pulak bengkak. Hmm luluh hati tengok keadaan mak. Tak terkata macam mana sayunya hati aku tengok mak hari2 macam tu. Aku pulak dah 2 minggu kena balik lambat siapkan kerja yang berlambak. Dengan bos yang push nak kena setel before end of this month. Memang tekanan sangat. Mana nak siapkan hantaran, prepare untuk majlis, kerja opis, bisnes online lagi lepas tu nak tolong mak kat rumah lagi. Haishh memang banyak kerja aku. Dah macam tangan sotong aku rasa tangan aku ni.

Dekat seminggu aku lemah semangat. Serius moral aku down giler-giler. Mr. Bobot terpaksa hadap perangai aku time tu. Sorry sangat awak. Last-last pergi jumpa dia luahkan semua yang terbuku di hati siap pakej menangis tahap tak ingat dunia. Haha. Yes aku memang cembeng, kuat menangis. Huhu. Habis lepas menangis baru rasa lega sangat. Rupanya terlalu berat dah aku tanggung perasaan tu semua. Makan minum aku sendiri pun dah berterabur. Perut berkeroncong tapi aku tak isi pun sebab otak dah melayang macam takde dalam jasad.

Sekarang ni keadaan mak masih sama. Muntah-muntah lagi tapi kaki bengkak dah surut sikit. Kitorang adik beradik kongsi belikan mak supplemen Shaklee dari sepupu kitorang. Kurang-kurang usaha tu kenalah ada. Sembuh atau tidak itu kuasa Allah. Yang penting kami adik beradik ada usahakan sesuatu. Tapi memang aku tak sanggup tengok keadaan mak. Sampai satu tahap rasa nak cancel je majlis tunang aku 27/12 ni. Apakan daya bila difikirkan balik baik teruskan je. Sebab sedara-mara semua dah tahu. Mujur ramai kawan-kawan sudi hulurkan tangan untuk membantu nanti. Kawan-kawan sekolah and uitm ada yang dah sukarela nak membantu. Sekurangnya hari Jumaat nanti masa nak rewang memasak tu adalah tangan yang membantu dan kurang sikit bebanan aku.

Mesti korang yang baca akan suggest kan aku untuk tempah dengan katering je untuk makan-makan kan? Tapi family aku memang jenis suka masak sendiri untuk majlis kecik-kecik gini. Tapi entahlah kesian pulak tengok mak aku nanti. Aku still survey katering mana yg kosong sebagai backup plan.

Doakan untuk mak aku ye. Semoga mak aku cepat sihat dan semoga majlis pertunangan aku berjalan lancar nanti. Really need a shoulder. Luckily i have Mr. Bobot. Kalau takde dia aku rasa aku boleh jadi gila. Thanks awak tahan dengan perangai saya ni. Sorry sangat dah banyak lukakan hati awak.Semoga hubungan kita diberkati dan majlis kita berjalan lancar. Amin~