22 February 2012

kegembiraan berganda~

21/2/2012
buat kerja gila alam. pergi batu pahat untuk jumpa Mr. Bobot. pergi pun lepas dah bergaduh macam apa. yela sape tak hangin. kejap suruh datang kejap kata tak payah. last2 aku redah jugak naik bas pergi sana. dah gerak separuh jalan baru aku cakap aku dah on the way. hahaha padan muka. dan2 terus baik je dengan aku. dah tak marah2 lagi. masa aku nak balik pun lagi satu hal. elok2 aku dah beli terus tiket nak balik melaka pukul 6.15 p.m. lepas tu tengah jalan2 ni dia usulkan untuk hantar aku balik. haila! memang rasa nak sepuk pun ada jugak. aku dah beli tiket baru nak cakap. nasib baik la tiket murah je. aku malas nak suruh dia hantar sebab tak nak nyusahkan dia. but dia insist jugak nak hantar balik melaka so aku ikutkan jela. dan tiket tu aku rasa macam nak frame sebab 1st time beli tiket bas tapi tak jadi naik bas.then the rest is history.

22//2/2012
dada dup dap dup dap. result sudah keluar. and the result for me was okey la. suam2 kuku. nak gembira sangat pun tak boleh. what can i say is that i am grateful. thank you Allah. yang penting aku lulus semua subjek. dah tak payah pening2 kepala fikir nak repeat. dan result aku tu aku hadiahkan pada mak aku. kebetulan hari ni birthday mak aku. so here the speech for her :

"mak, orang tahu orang jarang buat mak bangga. orang tahu orang tak sepandai abang atau sepupu2 yang lain. orang tahu orang ni nakal. orang tahu orang banyak kali lawan cakap mak tak dengar cakap mak. tapi apa yang orang boleh janji orang akan belajar lagi kuat next semester. hajat mak untuk tengok orang dapat first class degree tu agak susah nak dicapai tapi insyaallah tiada yang mustahil. i'll try my best mak. you are the wonderful woman and mom to me. i love you more than everything. please do forgive me for all the sins i've done to you before. i'll be always be your youngest daughter. sorry tak dapat nak bagi hadiah. ingatkan nak beli purse untuk mak tapi bajet tak cukup. dapat belikan mak kek je.hehe. i love you mak! :-*"

*i only have one mom in this world and i love her even i didn't show it in front of everyone but believe me i love her so much. 
p/s : i love Mr. Bobot too! hee~ ;p

*terima kasih ya allah. semoga kegembiraan ini berkekalan. amin~ 

18 February 2012

currently~

terasa nak maki orang pulak dalam entry ni tapi tak baik. ish! positif! positif!

dari cuti 2hari aku terus dicutikan. chef tu macam apa jek. tak patut sungguh buat pekerja part time macam aku ni lagu ni. (sejak bila jadi orang utara?)
supposedly he called me on thursday to tell me what o'clock should i clocked in. but then aku tunggu punya tunggu takdak pun. akak aku kata chef tu yg cakap akan call. last2 sampai ke sudah takde pun. sampaikan abang faiz yg jaga aku tu mesej tanya aku merajuk ke tak masuk part time lagi. huh! inilah yang terjadi bila orang dah gila kuasa. chef tu baru dapat kuasa sementara sebab executive chef baru je berhenti. so dia dapat kuasa sementara menjadi pemangku executive chef. dan habis semua dia nak rombak. rasa nak fire atau starlight je dahi chef tu! duh!!

elok2 aku nak habiskan part time sampai 24th Feb ni dah terberhenti awal plak. kesian abg faiz takdak pembantu dah. hari ni dia mesej aku lagi tanya tak masuk part time lagi ke. haishh rasa bersalah pulak sebab dah janji dengan budak2 tu semua nak habis minggu depan. but then bila difikir balik ok jugak la habis awal. dapat rileks kat rumah. and takde kena prank dengan diorang. sebab aku dengar diorang dah plan nak prank aku masa last day aku kerja. hahaha aku memang bernasib baik la gamaknya. tapi rasanya before balik perak nak lepak dengan diorang kot. seriously kerja situ seronok bangat! the best work place kalau nak dibandingkan dengan tempat2 kerja aku sebelum2 ni. walaupun 3 minggu je kenal diorang but rasa macam dah 3 bulan je kerja situ. ada rasa rindu kat diorang especially abg faiz yang dah banyak sangat tunjuk ajar and tolong aku macam2. kalau ada rezeki aku akan kerja situ lagi kot next semester break. 


and now kat rumah tengah sibuk packing sumi utk doorgift wedding my beloved sister, Kakteh. dapatlah tolong sikit2 sebab takut tak dapat balik masa majlis dia nanti. hopefully dapatlah balik nanti. amin! 

*fyp tak berjalan2 langsung. mana entah semangat tu pergi. susah sebab kat rumah tengah sibuk duk bincang pasal wedding je. haish! terasa susah pulak nak kahwin ni. banyak duit nak guna. macam mana la turn aku nanti. hmmm.......

15 February 2012

kerja lagi

15 jam di kitchen hotel.
7 jam atas katil.
2 jam lagi untuk bersiap etc.
keluar rumah nampak bulan.
balik rumah pun nampak bulan.
aku dah tak nampak matahari.
kerja dah macam orang nepal.

badan sakit buat kerja berat. 
nasib la aku jenis perempuan yang memang dah biasa buat kerja berat ni. 
tapi risau jugak ni sebab perempuan mana boleh buat kerja kuat sangat. 
tapi takpe insyaallah tiada apa yang buruk akan berlaku.
semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik pada aku.

hasilnya berbaloi baloi. alhamdulilah cukup untuk menampung diri sendiri.
dan disebabkan diorang tengok aku kerja kuat sangat, chef tu bagi aku cuti 2hari.
2hari habis kat rumah dengan tidur. 

*susah nak melawan diri sendiri. insyaallah akan berjaya. dalam proses.

10 February 2012

la la la la kerja!

penat teramat. bila bekerja di tempat yang tak cukup pekerja budak part time macam aku ni memang dipergunakan sehabisnya. tapi takpe. dapat duit banyak. berbaloi2 beb. dapat shopping barang2 keperluan yang dah habis. biasalah perempuan macam2 kena ada. apa2 pun aku bangga sebab aku beli segala yang aku nak guna duit hasil titik peluh sendiri. siap boleh belanja makan mak dengan abah sekali (KFC je pun). 


keluar rumah pukul 6.30 pagi balik rumah pukul 10.30 malam. nak dekat 15 jam aku habiskan masa kat kitchen hotel tu. naik lenguh pinggang and sendi2 aku. tapi entah aku rasa best. sebab every minute ada kerja and surrounding tempat kerja pun ok. cuma ada a few la yang bajet2 bagus tu. but overall aku happy. yang penting dapat duit tu. masyukkkkk!!!! hahaha

ok la. dah penat and mengantuk. esok perlu kerja lagi. nitezzz!

*bila la nak dapat pergi dating ni. dua2 busy kerja je.

02 February 2012

mencari sesuap nasi~

wee~ dah masuk bulan February rupanya.
tak sedar sebab aku sibuk bekerja. fuhh! penat beb! yela orang lain time cuti semester mungkin boleh duduk bersenang lenang di rumah tapi aku tidak. aku kena cari duit untuk buat duit poket masa untuk semester akan datang. nak harap duit PTPTN memang lah tak cukup. nak bayar duit sewa rumah lagi, duit makan lagi, duit beli buku, fotostat, etc. and for your information aku tak mendapat bantuan kewangan dari ibu bapa aku sebab family aku pun sederhana je. bukanlah miskin sangat or takde duit langsung cumanya lebih kepada berjimat cermat dan aku lebih suka berdikari tanpa mahu menyusahkan ibu bapa. baik kan saya? *wink2*

kerja macam mana? hmm...setakat ni ok. termasuk hari ni dah genap la aku kerja seminggu. aku kerja part time je kat hotel kat bandar melaka. itu pun hasil pertolongan kakak aku la. dia yang offer kerja. hotel tu tak cukup staff katanya. aku kerja bahagian kitchen. ye bahagian dapur. WHAT?? anak dara sorang ni yang tak berapa nak pandai masak sangat ni boleh kerja kat kitchen? oh yeah! 1st day dah cuak takut kena masak ke apa ke. luckily tak kena masak lagi la. ada je kena suruh masak tapi aku tak nak sebab takut tak sedap and tak jadi lagi pun aku bukan expert dalam bab masak2 ni. so aku buat kerja2 biasa je. tolong kemas2 kitchen tu. tolong potong bahan2. tolong jaga kat dalam coffeehouse. overall memang best. staff and chef situ kebanyakannya sporting.

hee~ tapi satu je aku tak berapa nak gemar sikit ialah situ ramai staff and chef lelaki. dalam kitchen tu perempuan cuma ada 3 orang je. yang lain lelaki. yang lain tu adalah lebih dari 8 orang. kitchen tu terbahagi kepada beberapa bahagian; 
1-main kitchen (masak2 menu utama), 
2-tempat2 buat air and buah buahan (tak tahu nama dia), and 
3-pastry (tempat buat kek2, dessert, roti). 

aku ditempatkan kat main kitchen. agak besar jugak la kawasan dia. tapi kalau takde kerja aku tolong2 jugak bahagian lain. tapi bila ada kerja memang macam nak tercabut kaki. balik je confirm aku tidur. lagipun aku masuk kerja pukul 7 pagi. lagi satu cabaran sebab kena bangun pagi2 buta. tapi terpaksa jua menempuh demi sesuap nasi. hewhewhew. :p

dan untuk masa sebulan ni aku akan jarang online. kalau online pun hanya sekejap. ok sekarang ni aku dah penat dan sangat mengantuk. goodbye~

*keadaan kembali normal selepas sesi luahan hati secara face to face dari jam 12.00 a.m. - 3.00 a.m. =) iloveyousomuch!