29 September 2011

in a relationship with.......

kebiasaannya bila sesuatu hubungan tu dah terlalu lama, susah untuk maintain happy je. so ini ada checklist untuk better relationship and to get a long last relationship. untuk yang baru2 terjebak dalam hubungan pun boleh apply jugak. ini based on my own experience. cewahhhh!!

1. Turunkan ego korang.
jangan sesekali nak cuba ego dengan pasangan korang. ego tu memang bagus tapi kalau selalu ego pun tak bagus. sekali sekala tu cuba rendahkan ego tu sikit. tak rugi pun malahan akan mendapat kebahagiaan. cewaahh! jangan nak merajuk selalu dan sesekali tu cuba la jadi pemujuk instead of jadi si perajuk.

2. Always trust your partner.
yang ni SELALU bermasalah pada si perempuan dan sering berlaku pada hubungan jarak jauh. lelaki pun ada jugak yang kurang nak percaya tapi jarang la. perempuan ni complicated sikit. kalau boleh semua benda dia nak tahu and bila dah dapat tahu main tuduh2 pulak. nampak sangat tak percaya kat partner sendiri. lebih baik tanamkan sikap percaya pada diri pasangan masing2 barulah harmoni sikit hubungan tu. tapi jaga2 jugak jangan TERLALU percaya pada pasangan. a bit curious is okay.

3. Bersikap jujur and berterus terang terhadap satu sama lain.
bila dalam hubungan tu memang la sikap jujur ni penting. jangan sesekali tipu pasangan korang. bila selalu tipu tu yang boleh menimbulkan sikap ketidakpercayaan terhadap anda. bila dah tak percaya ni mudah lah nak bergaduh. kan tak elok tu. apa kata korang jujur je. kalau dia still nak marah ke apa ke at least dia akan berfikir 2 kali sebab anda dah jujur dengan dia. at least dalam fikiran dia akan cakap "emm kalau dia nak curang dengan aku takkan la dia nak bagitahu semua ni" hah betul dak??

4. Bertolak ansur dan memahami pasangan masing2.
ni pun salah satu principle untuk good relationship. kaum hawa ni kadang2 susah sikit nak bertolak ansur dalam bab duit ni. betul tak kaum adam?? haha bukan nak kondem cuma ni yang aku dapat la dari observation. kebanyakan perempuan ni suka kikis duit lelaki tu. nak kikis tu boleh ye adik2 kakak2 tapi beragak la sis jangan lah sampai orang tu dah takde duit pun paksa suruh beli barang2 branded. lama2 partner korang tu akan bosan and say goodbye je. tak salah pun kalau bertolak ansur kan? lagi satu cuba la faham partner korang sikit. kalau salah sorang tengah busy ke ada kerja apa ke jangan la mengada suruh buat itu ini suruh teman shopping la apa la. bila korang faham dia gerenti dia akan respect and memahami korang balik. kalau tak percaya boleh cuba.

5. Jangan jadi seorang yang suka mengongkong.
yang ni aku paling lah tak suka. nak pergi mana2 tak boleh. ada kes tu nak pergi makan dengan kawan2 pun tak boleh sebab apa? sebab jeles je. jangan buat gitu ye kawan2. biarlah dia bergerak bebas. yang penting suruh partner korang tu bagitahu kalau nak ke mana so takde la risau sangat kan. semua orang tak suka disekat kebebasan dia. cuba kalau partner korang tu pulak yang kongkong korang tak bagi pergi mana2. korang suka?tak suka kan? jadi treat him/her as what you want to be treat. 

emm banyak lagi sebenarnya tapi ni jela yang mampu aku senaraikan. nak senarai banyak2 pun rasanya korang dah tahu apa yang bagus and apa yang tak bagus. mana2 yang suka merajuk tak tentu pasal tu harap ubah la perangai. lelaki tak suka perempuan yang gedik mengada-ngada sebenarnya. perempuan pulak tak suka lelaki yang bajet macho and hensem. cukuplah korang caring and understanding terhadap parrtner masing2. 

You need time to heal between relationships. There is nothing cute about baggage. Deal with your issues before pursuing a new relationship. You should never look for someone to complete you. A relationship consists of two whole individuals. Look for someone complimentary not supplementary.

*they say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them, and an entire life to forget them.





27 September 2011

i am a loser!

dalam hati takde orang tahu apa yang difikirkan.
luaran mungkin ok tapi dalaman ok ke?
serius dah takde semangat.
macam2 difikirkan. macam2 diambil kira.
aku ni memang lemah semangat orangnya.
entah la.
otak ni duk berfikir macam2.
susah sangat nak serasi dengan situation sekarang ni.
tak tahu kenapa aku boleh jadi lemah sangat sampai macam ni.
sangat terasa lemah semangat. SANGAT~

26 September 2011

hilang~

aku di sini tapi aku tak ada di sini.

aku di sini tapi aku tak suka di sini.

aku di sini tapi aku terasing.

aku di sini tapi aku bagai makhluk asing.

aku di sini tapi aku hilang.

aku di sini tapi aku sesat.

aku tak tahu apa yang aku rasa.

yang aku tahu aku tak mahu ini semua.

aku cuba tapi aku gagal.

aku cuba tapi aku tak mampu.

aku cuba tapi aku tak gagah.

aku hanya mampu berpura-pura.

*semangat yang belum sampai tak tahu bila akan sampai.
**tak suka susahkan orang lain tapi kalau tak susahkan orang lain diri sendiri pulak yang susah. 

25 September 2011

journey to the Ipoh. :D

weehoo~
nak cerita pasal semalam sikit iaitu 24 september 2011.
aku tinggal dengan housemate aku 2 orang je semalam sebab yang lain2 ada hal masing2 and tiada di rumah.
so kami pun rancang la nak keluar pergi ipoh. pagi2 dah bangun ni bersemangat nak pergi ipoh naik bas sebab sangat bosan duduk di rumah. tiba2 semangat tu rasa nak hilang sebab kunci pagar depan tak ada kat aku. aku dah terpikir nak panjat je pagar. nasib baik la ada kunci untuk pintu belakang. kitorang pun ikut la pintu belakang.macam ada gaya pencuri pun ye jugak. dah setel tu jalan la pergi bustop untuk tunggu bas. kitorang terpaksa la naik bas sebab kitorang berdua tak bawak kenderaan. nak pinjam kereta housemate lain tu macam tak sedap pulak. takpela sesekali bersusah and rasa naik bas pulak kan. dah lama ni kitorang tak naik bas sebab sebelum2 ni asyik naik kereta je. huhu

dan akhirnya kitorang pun sampai la ke destinasi iaitu Jusco Ipoh. tujuan utama nak tengok movie secara maraton. tapi last2 dapat tengok 1 movie je sebab yang lain banyak dah sold out. kitorang tengok fright night. best jugak la cerita tu. nak tengok johny english reborn tapi dah sold out. next time la kot pergi tengok.

sementara nak tunggu masuk panggung kitorang pergi la jalan2 cari barang2 sikit. dah habis tengok wayang pun kitorang pergi jalan2 lagi keliling jusco tu. ingat nak pergi karok tapi masa tak mengizinkan. yela kitorang naik bas kalau naik kereta boleh je sebab ikut time sendiri. ni naik bas kena ikut time bas sebab tak tahu bas ada pukul berapa kan. keluar dari jusco pukul 5 tapi sampai rumah pukul 8. padahal jarak ipoh ke rumah sewa aku tu sejam je pun. naik bas punya pasal jadi berjam jam. sebab bas nak ke rumah sewa kitorang tu ada pukul 7 je.

dah sampai area rumah sewa kitorang terus pergi kedai makan sebab dah lapar sangat. nasib baik kedai makan depan rumah sewa ada. nak masuk rumah kena la lagi sekali kitorang ikut pintu belakang. dah la gelap memang kali ni macam pencuri la kitorang. huhu masuk je rumah memang lepak habis la.

masa naik bas tu macam2 benda pelik la kitorang jumpa. macam2 gaya orang kitorang jumpa jugak. rupanya masih ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ni. kalau tak ada bas mungkin diorang tak ada kenderaan untuk bergerak. aku bersyukur sebab kehidupan aku sederhana dan selesa. hmm sampai sini jela kot. tak tahu nak tulis ape lagi.

*jika tulang 4 kerat masih mampu digerakkan rasanya tak munasabah untuk menjadi peminta sedekah dengan menggunakan alasan hidup miskin.
**bersyukur hidup aku tak terlalu susah dan tak terlalu senang. lebih selesa hidup serba sederhana. :)

19 September 2011

penghujung cintaku

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri


Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

*special entry for you my only love. :D

nak kahwin jugak boleh?

wee~ sorang lagi kawan aku dah selamat menjadi Puan. dia dah kahwin tu weh. umur 22 tahun dah kahwin. best giler kahwin awal ni kan. (ok mood gatal dah sampai).
yang lagi best nya aku dapat pergi kedah sebab rumah membe aku ni kat kedah. ok masa sampai rumah dia malam dah tak nampak pape. tapi esok paginye tu teman dia pergi mekap kat butik kat Kangar terasa jakun pulak sebab nampak sawah padi banyak sangat. sayangnya bukan masa padi menguning la masa tu. so padi tu nampak tak lawa and sawah tu macam dah dibajak (betul ke dibajak?aku tak tahu specific word untuk dia)

tapi teruja la jugak tengok padi2 tu semua. dan bila kita sebut je kerja kahwin mestilah sangat2 penat dik oii. memang penat weh. 2 malam turut2 tidoq pukul 3 4 pagi. (tiba2 nak ada loghat kedah naa) tapi seronok. nak2 rumah dia kat kampung. masih ada semangat and kerjasama antara penduduk kampung taw. siap ada orang pakatan duk tolong memasak. kalau kat bandar dah tak jumpa aku rasa. mana tak nya semua pakai catering je. takde dah penanggah2 ni semua. serius aku rindu hidup kat kampung macam tu. nanti aku kahwin nak suruh orang2 taman aku buat gitu boleh tak?memang booo je la aku akan dapat.

3hari 2malam kat alor setar kedah memang pengalaman yang best. tak terkata. and actually ke kedah tu pun aku anggap sebagai satu vacation untuk aku tenangkan jiwa hati dan raga ni sebelum kelas bermula. tapi silap sikit je sebab ke Kedah membuatkan aku teringat Mr. A. Kedah tu hometown dia. haishh memang silap la kot. (sori Mr. Bobot) nasib baik la memang busy tolong kenduri kat sana so takdela teringat sangat. hati ni masih kuat. hati ni dah takde nama dia dah. so Mr. Bobot don't worry ok. anda masih di hati. cewahhhh!!! gedik semacam je entry aku. nak letak gambar pengantin tapi gambar takde kat aku. nanti la aku letak kalau ada masa.

*susah jugak kalau ada orang yang tak tahu malu masih menagih kasih sayang keluarga orang yang dah tiada kena mengena dengan dia. rasa macam nak bagi penampar je pun ada.
**air mata senang mengalir untuk dia. tak tahu kenapa. pantang dapat berita sedih dari dia je mesti nak meleleh. gua ni rock dari luar tapi dalam macam tisu der. huhu

15 September 2011

To My Hati~

~Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu~
terbukak balik gambar2 lama. belek2 gambar2 lama.
tiba2 terbukak folder gambar si Mr. A dan Mr. B dulu.
Mr. B tu tak berapa nak ada perasaan lagi dah sebab kes dah lama tutup tapi Mr. A tu yang sangat tak boleh terima.
tiba2 hati rasa macam ada kejutan elektrik.
dan secara kebetulan jugak tiba2 dia muncul balik dalam FB aku berkomen2 bagai.
haishhhh hati tolonglah jangan buat hal.

dear HATI,
tolonglah kuat menghadapi dugaan ini.
aku dan dia mungkin nampak biasa tapi hanya tuhan yang tahu hati aku dan dia bagaimana.
serius hati aku rasa macam tak kuat bila hadap dia.
tapi aku still nak hadap buat macam tarapapa yang berlaku konon nak tunjuk yang dia tarak bagi effect apa2 pun dalam hidup aku.
hati silalah tolong aku. tolong sokong aku and tolong bertahan serta tolonglah hantar isyarat ke otak aku ingatkan pasal Mr. Bobot ok?aku merayu padamu wahai hati.

Yang ikhlas,
Tuan Punya Hati.

*aku memang nampak biasa melayan je dia. tapi hati aku rasa lain macam. kenapa ea hati ni macam ni??
**Mr. Bobot - i'm sorry sebab tiba2 berperasaan macam ni. tula lain kali temankan saya mesej hingga saya tidur. tak pasal2 tangan saya ni gatal bukak benda bukan2 bila awak tak mesej saya taw. huhu
***you are still the best Mr. Bobot. :)

12 September 2011

apa dia?

tajuk tu xde kena mengena dengan entry ok.
cuba teka aku kat mana sekarang? cubalah teka.....haishhh!!!! malas la nak cakap tulis aku kat mana. kat akhir entry ni nanti aku tulis aku kat mana.

yg penting sekarang ni aku nak bagitahu yang aku teramat la takde mood. mood melayang entah ke mana. macam2 ada dalam otak ni. macam2 yang nak difikirkan. dan aku sangat la malas untuk study. serius malas. dengan ada subjek kena repeat tu lagi la pening kepala otak weh.

but apa2 pun aku akan berusaha keras untuk sem ni. aku nak cover balik sem lepas punya yang aku main2 tu. start sem ni dah tak boleh main2 dah. kesian kat abah dengan mak nanti kalau aku kecewakan diorang. dah banyak yang diorang korbankan untuk aku. dan jugak aku tak nak hampakan juga harapan si dia.

hee~ alhamdulilah aku ada laptop dah. itu pun belas ehsan dari kakak aku. dia jual kat aku rm400 je laptop dia dah la aku cilok sekali mp3 player dia. huhu jahat betol aku ni.tq ye kakak ku. haishhh tak tahu nak update apa sebenarnya ni. ok la saya melaporkan dari Seri Iskandar Perak. <----- aku dah kat Perak ok. dah masuk sekolah balik dah. serius malas nak ke kelas beb. ~~

07 September 2011

nothing special! :D

6 syawal = 4 september

muntah2 + sakit + badan sangat panas = gembira! 
hah gembira??! yupp....hee~ :D amazing experience.
but still ada sikit selisih faham but overall we enjoyed it right? :)

SPEECHLESS!!

*i am very sure that we are meant for each other. insyaallah. amin~ 

03 September 2011

kemaafan

manusia tak pernah sempurna. setiap manusia sentiasa buat kesilapan. tiada seorang pun yang sempurna. hanya Allah sahaja yang sempurna.

ye aku juga manusia.
mereka juga manusia.
kau juga manusia.
manusia yang sering buat kesilapan.
kesilapan yang kadang kala boleh buat manusia lain sakit hati dengan kita.
aku tak sempurna begitu juga manusia lain.
dan mereka juga manusia. punya hati dan perasaan.
mereka juga buat salah.
maafkan mereka.
maafkan aku.

*mengapakah manusia itu tidak mahu memaafkan sedangkan memberi kemaafaan itu kan suatu perkara yang dituntut?
**semoga mereka saling memaafi dan ingat akan keluarga yang akan dibentuk dan anak2 yang bakal membesar.
***Facebook memberi kesan buruk pada aku. asal aku gatal sangat jadi stalker terhebat ni. dah sakit hati susah hati sendiri lak dah. haishh!! nak pasang niat lepas kahwin nak delete FB boleh tak agak2 ea?? huhu

01 September 2011

selamat hari raya

assalammualaikum....
firstly aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam yang membaca blog ni. maafkan aku jika sepanjang korang baca blog ni aku ada buat korang tercarut termaki kan (memang ada pun. huhu). tak terlambat kan aku wish raya ni?ala raya sebulan kan kan. semoga semuanya selamat pergi dan pulang ke kampung halaman.

fuhh...agak lama tak update blog ni. gila busy aku ni kan. walaupun dah lama berhenti kerja as part time tu tapi aku busy kat rumah lagi2 laptop rosak so aku cari la aktiviti lain untuk dibuat untuk mengisi masa lapang aku. bulan puasa hari tu aku buat kuih raya dengan anak2 buah aku. 1st time taw buat kuih raya sorang2 tanpa bantuan mak. dari menguli sampai la ke bakar semua aku je yang buat sorang2. nak2 akak2 aku semua dah duk jauh dari rumah so aku la yang sangat rajin ni tolong buat kuih raya. dan alhamdulilah kuih raya tu semua sedap bak kata anak buah aku "sedap la kuih maksu buat ni." hahaha ok tipu sikit je takpe kan kan, hihihi.

actually masa bulan ramadhan tu banyak benda berlaku tapi disebabkan aku malas dan tiada masa nak taip makanya aku simpan sorang2 jela. yang penting aku sangat gembira masa bulan puasa hari tu. hee~ :D

ok pasal raya pulak. hmm raya pertama a bit boring la bagi aku sebab adik beradik aku semua beraya kat rumah mentua diorang. yang ada pun aku dengan kakteh aku yang belum kahwin and kak ngah aku anak beranak je raya kat rumah abah ni. disebabkan boring abah pun ajak balik kampung belah mak kat klang petang raya tu sekejap. dan hari ni kitorang dah ada kat rumah dah sebab akak2 aku nak balik dah bawak anak2 diorang. dan malam tadi je dah kecoh riuh dengan suara budak2 kecik ni main bunga api. macam ni la baru seronok.

plan raya ni nak konvoi raya lagi dengan budak2 sekolah menengah aku tapi tak sure lagi bila sebab macam biasa la aku yang kena jadi planner set time and venue semua. just wait and see jela. hopefully tahun ni jadi la lagi macam tahun2 lepas. ok la dah terpanjang lak entry kali ni. nanti2 aku update lagi.

*thanks Mr. Bobot sebab sanggup teman kita buka puasa walaupun terpaksa buka dalam kereta. hee~ but i really enjoyed it.
**susah jugak bila ada isteri yang queen control and bergaji besar dari suami. suami pun boleh lari merajuk taw. haish macam2. semoga berbaik semula kalian demi anak2 yang comel.
***tak sabar nak beraya kat batu pahat weekend ni. ahaks!! ;D