Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

16 December 2014

2014 - 26 Dugaan Nak Bertunang

Assalamualaikum,

Selalunya orang kata time dah tunang nanti macam-macam dugaan akan datang. Darah manis la katakan. Tapi aku sebelum tunang lagi dah dapat macam-macam dugaan. Gaduh dengan Mr. Bobot tu tak payah cakap. Every week mesti gaduh. Tapi tu aku tak heran sangat sebab tahu kitorang tetap akan baik walau gaduh teruk macam mana sekali pun. Huhu.

Yang aku risau dugaan yang terjadi pada mak aku. Mak aku dah dekat 3 minggu termengah-mengah bila jalan, buat kerja. Sesak nafas. Rupanya pergi check tyroid dia tinggi. Sebab tu degupan jantung dia laju and dia sentiasa rasa penat. Ya Allah betapa susahnya hati aku tengok keadaan dia macam tu. Rasa nak menangis tengok keadaan mak lemah sepanjang masa.Baru-baru ni kaki dia pulak bengkak. Hmm luluh hati tengok keadaan mak. Tak terkata macam mana sayunya hati aku tengok mak hari2 macam tu. Aku pulak dah 2 minggu kena balik lambat siapkan kerja yang berlambak. Dengan bos yang push nak kena setel before end of this month. Memang tekanan sangat. Mana nak siapkan hantaran, prepare untuk majlis, kerja opis, bisnes online lagi lepas tu nak tolong mak kat rumah lagi. Haishh memang banyak kerja aku. Dah macam tangan sotong aku rasa tangan aku ni.

Dekat seminggu aku lemah semangat. Serius moral aku down giler-giler. Mr. Bobot terpaksa hadap perangai aku time tu. Sorry sangat awak. Last-last pergi jumpa dia luahkan semua yang terbuku di hati siap pakej menangis tahap tak ingat dunia. Haha. Yes aku memang cembeng, kuat menangis. Huhu. Habis lepas menangis baru rasa lega sangat. Rupanya terlalu berat dah aku tanggung perasaan tu semua. Makan minum aku sendiri pun dah berterabur. Perut berkeroncong tapi aku tak isi pun sebab otak dah melayang macam takde dalam jasad.

Sekarang ni keadaan mak masih sama. Muntah-muntah lagi tapi kaki bengkak dah surut sikit. Kitorang adik beradik kongsi belikan mak supplemen Shaklee dari sepupu kitorang. Kurang-kurang usaha tu kenalah ada. Sembuh atau tidak itu kuasa Allah. Yang penting kami adik beradik ada usahakan sesuatu. Tapi memang aku tak sanggup tengok keadaan mak. Sampai satu tahap rasa nak cancel je majlis tunang aku 27/12 ni. Apakan daya bila difikirkan balik baik teruskan je. Sebab sedara-mara semua dah tahu. Mujur ramai kawan-kawan sudi hulurkan tangan untuk membantu nanti. Kawan-kawan sekolah and uitm ada yang dah sukarela nak membantu. Sekurangnya hari Jumaat nanti masa nak rewang memasak tu adalah tangan yang membantu dan kurang sikit bebanan aku.

Mesti korang yang baca akan suggest kan aku untuk tempah dengan katering je untuk makan-makan kan? Tapi family aku memang jenis suka masak sendiri untuk majlis kecik-kecik gini. Tapi entahlah kesian pulak tengok mak aku nanti. Aku still survey katering mana yg kosong sebagai backup plan.

Doakan untuk mak aku ye. Semoga mak aku cepat sihat dan semoga majlis pertunangan aku berjalan lancar nanti. Really need a shoulder. Luckily i have Mr. Bobot. Kalau takde dia aku rasa aku boleh jadi gila. Thanks awak tahan dengan perangai saya ni. Sorry sangat dah banyak lukakan hati awak.Semoga hubungan kita diberkati dan majlis kita berjalan lancar. Amin~

22 February 2014

2014-04 Pengalaman pertama

Assalammualaikum.
Lama gilos tak menaip kat blog ni weh. dah sebulan menyepi. Banyak benda nak cerita tapi nak menaip tu yang malas. Bulan 1 dan awal bulan 2 ni memang sibuk sikit. Baru2 ni nenek sebelah abah aku meninggal. Cukup 40hari dia sakit lepas tu dia pergi menghadap Ilahi. Sedih sangat. Dan masa arwah meninggal ni la kali pertama aku terlibat dalam sesi pengurusan jenazah dari awal sampai akhir. Alhamdulillah sempat lihat dia buat kali terakhir. Sebelum ni kebanyakan saudara terdekat yang meninggal aku tak dapat tengok. Sampai2 kampung mesti diorang dah tanam. Tapi kali ni aku bertuah sebab dapat lihat. Sungguh aku insaf masa menolong uruskan jenazah.

Ceritanya mula hari Isnin (10/2/2014) tengahari  sepupu2 aku dah inform kat group whatsapp kitorang yang atok mak (arwah nenek belah johor aku memang panggil atok mak) masuk hospital. Aku terus sms abah aku bagitahu. Balik kerja petang tu pukul 5 aku terus tanya abah macam mana atok? Nak balik kampung ke tak? Makteh aku dah telefon suruh semua balik rupanya sebab doktor dah cakap harapan memang dah takde. So petang tu pukul 6 lebih kitorang bertolak dari Melaka. Aku terus telefon senior QS aku bagitahu keesokannya aku terpaksa ambil EL. Then maghrib tu berhenti kat R&R Pagoh untuk sembahyang kejap. Masa nak bertolak balik tu mak aku bagitahu yang atok mak dah takde. Ya Allah aku memang tak sangka masa tu. Masa berhenti tu pun aku pergi beli nasi kejap dengan kakak aku sebab dari pagi 1 butir nasi pun tak masuk dalam perut aku. Laparnya jangan cakaplah. Lepas je dapat berita tu aku terus mati selera. Tak jadi nak makan. Jamah pun sikit je buat isi perut takut nanti perut berombak rindu pulak. Abah memang bawak kereta laju gila masa tu. Aku perhatikan je meter kereta. Huhu kecut perut pun ada jugak tapi alhamdulillah semua selamat.

Sampai2 je rumah makteh (atok duduk dengan makteh aku iaitu adik kepada abah) ada la sepupu2 yang dah sampai. Kakak2 aku kebanyakannya dah bertolak jugak dari tempat masing2. Nasib baik jugak sedara mara kitorang semua takdela duduk jauh2 sangat. Semuanya area2 selatan je so semua boleh sampai cepat. Masa tu jenazah belum sampai lagi. Nak dekat pukul 11 malam baru jenazah sampai tak silap. Jenazah sampai je aku tengok muka arwah, masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku seakan kata dalam diri sendiri yang atok mak tengah tidur, jangan kacau dia. Tapi bila tersedar rupanya rohnya dah berpisah dari jasadnya. Sungguh aku tak percaya. Aku tengok je muka dia. Malam tu abah mak temankan jenazah dengan bacaan Al-Quran. Aku tidur kat rumah kakak aku berdekatan area situ jugak la sebab rumah makteh dah penuh dengan sedara mara. Esok pagi tu lepas Subuh aku datang balik rumah makteh. Bacakan yasin untuk arwah. Pukul 10 pagi barulah dapat uruskan jenazah. Orang surau datang tolong mandikan siapkan semua. Tapi masa mandikan tu cucu2 dia ni semua tolong mandikan, pegangkan apa2 yang patut. Semua membantu. Yang tukang uruskan jenazah tu ialah mak mertua Ajak Shiro, hehe sempat jugak sepupu aku duk perkenalkan dia kat kitorang. Masa uruskan jenazah tu memang senang sangat. Dalam masa setengah jam je dah siap.

Then sampai la saat terakhir untuk tengok dan cium arwah. Aku masa tu memang dah mule menangis. Sebelum2 tu aku tak menangis sangat, menangis sekejap je. Tapi masa nak cium arwah tu aku menangis teruk sangat. Semua menangis. Cicit2 dia pun menangis. Yelah lepas ni arwah dah takde. Semua macam tak percaya arwah dah pergi. Sebelum cium arwah, aku kesat air mata kering2 sebab ustaz2 kata tak elok kenakan air mata pada jenazah. Sebab apa aku lupa. Sorang2 cium arwah. Masa cium tu aku ada rasa macam kena panah petir sebab muka arwah sejuk sangat. Aku tak pernah cium jenazah sebelum ni. Ni pengalaman pertama bagi aku sebab tu aku macam tak percaya dengan semua yang berlaku. Lepas tu jenazah disembahyangkan dan dibawak ke tanah perkuburan dan ditanam. Sedih sangat masa tu tak dapat digambarkan. Sungguh tak percaya atok mak dah takde lagi. Lepas ni balik kampung dah sunyi, dah takde orang nak membebel, nak suruh ambik buah la makanan la untuk bawak balik. Dah takde dengar loghat nogori sombilan pekat.

Atok, semoga atok tenang di sana. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

11 November 2012

my little precious

introducing my little precious. my little lovely prince and princess. maksu love them.

Ain safiyyah. anak sulung abang aku. she's pretty just like her mom. sangat lemah lembut orangnya. 

Aleesya safiyyah. 2nd daughter of my brother. second sister to ain safiyyah. sangat banyak kerenah ini budak. selalu menyakat kakak dia. perangai sangat serupa dengan abang aku.

this new born baby is the third daughter of my brother. Afrina safiyyah nama dia. ahli terbaru sekali dalam family kami.

ini pula nur aisyah athira atau kakak. cucu sulung dalam keluarga kami. anak sulung pada kak ngah aku. sangat penyabar orangnya melayan karenah adik2 dia. pandai dalam pelajaran juga. ramai orang sukakan dia sebab sikap dia yagn peramah.

nur aisyah amira sangat becok orangnye. anak kedua kak ngah aku. selalu kena marah dengan aku dan jugak kena sakat dengan aku. sangat bengang dengan aku sebab maksu dia ni jahat. hehe.

yang ini pula iqbal. anak ketiga kak ngah aku. sangat manja dengan mak dia. selalu jugak kena sakat dengan maksu dia ni.

nama dia amshar. anak sulung pada kak bad aku. dia ni dulu masa kecik2 sangatlah debab. bila dah besar kurus pulak. mengada ngada jugak ni. kalau datang rumah atuk dia selalu kena marah dengan maksu dia. haha. maksu sangat jahat ye anak2 buah ku.

yang ini memang faveret ramai orang. dia lelaki ye nama abbasy. anak kedua kak bad aku selepas amshar. time ni aku saja kenakan dia pakai cekak. boleh pulak tersengih tu. banyak buat lawak. jarang menangis. suka buat kami tergelak dengan keletah dia.

yang ni fareez adam. panggil adam je. anak sulung kakcik aku. he is a gangster ok. hehe tengok gambar pun dah gerun kan? sangat kasar dan ganas budak ni. tapi ada banyak kelemahan. takutkan lipas, gelap, dan macam2 lagi la. gansgster kecik johor ni. 

nazmi atau adik. anak kedua kakcik aku. selalu kena buli dengan abang dia si adam. manja dengan mak dia. minat awek2 cun je. kalau awek tak cun nak dukung dia tak mo layan. haha sangat gatal.

kanak2 ribena. sangat suka kalau diorang semua ni balik rumah atok time maksu ni ada. boleh sakat diorang. ye aku tahu aku maksu yang kurang baik sebab suka sakat budak2 kecik ni tapi aku sayang diorang sepenuh hati. tak sanggup nak hilang diorang ni. rindunya dengan budak2 kecik ni. anak2 buah maksu ni boleh tak jangan membesar. biar kecik je boleh maksu main2 sakat2 korang selalu. kalau dah besar nanti tak best dah. huhu.

28 August 2012

raya 2012

alhamdulilah raya yang boleh dikatakan disambut dengan sederhana. nak cerita pasal raya tahun ni.nasib baik 4 5 hari sebelum raya abah dapat keluar hospital kalau tak memang mak tak masak pape la jawabnya. so disebabkan abah dapat keluar hospital, aku dan mak pun menjalankan operasi mencari bahan mentah untuk dimasak di pagi raya. aku lah yang tolong membawa mak ke pasar di subuh hari. perghh! jadi anak yang solehah kejap. hihi. 

tiap2 tahun kitorang akan anyam ketupat sendiri taw. tapi ketupat biasa jela. ketupat palas tak reti lagipun orang selatan lebih suka makan ketupat biasa je. lepas dah beli daun ketupat kat pasar, acara menganyam pun bermula. buat la dalam 50 biji jek. then tahun ni dapat buat kuih 4 jenis je. yang lain2 ada la orang bagi. mak macam biasa akan masak rendang lodeh dan juga ayam goreng berempah. pagi2 raya itulah menu kami.  raya tahun ni kebetulan adik beradik aku semua ada kat rumah di pagi raya kecuali abang sulung aku jela sampai lambat sikit. 



lepas makan2 semua lepas zohor kitorang semua bertolak ke Klang kampung mak aku sebab adik beradik mak aku semua ada kat kampung. ramai tu kat sana. kitorang konvoi 5 kereta ke sana. dan aku membawa salah satu kereta disebabkan kaki abah bersimen kan. aku lah yang menjadi driver untuk 2 hari berjalan raya tu. sampai klang tu dalam pukul 6 petang. alhamdulilah jalan tak berapa nak jem sangat. nasib baik bawak kereta auto kalau manual mau kejang kaki aku. lepas ngok ngek ngok ngek borak2 kat rumah nenek, then kitorang gerak pergi rumah abang sulung aku kat Nilai. tidur sana sebab kat klang tu dah penuh takde tempat tidur. memang penat lah aku jadi driver hari tu. keesokan paginya gerak ramai2 (kecuali abang sulung aku tak ikut la) ke simpang pelangai. simpang pelangai ni kat sempadan negeri sembilan dan pahang. nak pergi sana dengan masa yang pendek dan cepat kena lalu jalan dalam yang berliku liku macam ular. mencabar jugak la bawak kereta kat jalan macam tu nak2 ada abah kat sebelah dah macam orang JPJ. huhu. nasib baik kereta auto bukan manual kalau tak lagi letih kaki aku. kat simpang pelangai tu kitorang pergi rumah mentua kakak aku yang no 3. saja berjalan beraya ramai2. seronok sebab konvoi. petang dalam pukul 6 lebih tu kitorang gerak balik ke Melaka balik untuk menamatkan konvoi berjalan beraya. balik melaka pun kena ikut jalan yang sama. lagi mencabar sebab dah malam tambahan pulak hujan lebat. banyak eksiden berlaku masa tu. bila eksiden makanya jalan jem la. sampai agak lambat jugak la. aku ni dah la rabun silau bila kena cahaya lampu kereta tu, perghhh!!! berpinar mata. aku pakai spec dan tahan jela yang mampu. last2 sampai rumah dalam pukul 11 malam. lambat pun sebab singgah masjid, singgah KFC untuk makan malam.

stokin menanti kepulangan kami. hihi

dan pada 5 syawal seorang lagi sahabat baik aku telah melangkah ke alam baru. dengan mengejut dia bagitahu aku dia nak bertunang. memang nak kena sekeh kepala budak lin ni taw. hmm.....lin dah bertunang, maya pulak dah kahwin dan tengah tunggu nak bersalin je ni. yg tinggal single aku sorang jela. eh2 single maksud aku masih belum ada ikatan yang sah. aku ada Mr. Bobot aku yang setia di sisi. cumanya nak melangkah satu tapak lagi ke depan tu lambat lagi. anyway, aku sangat happy untuk bff aku ni. semoga korang sentiasa bahagia di sisi orang tersayang dan doakan aku cepat2 kahwin ye. 

my bff sudah sah jadi tunangan orang.

*Mr. Bobot cepat2 kumpul duit taw. jangan nak gigil2 lutut je tapi tak kumpul duit. kalau tak saya ketuk lutut tu kang. hihihi. love youuuuu!! (dengan muncung) :p



14 August 2012

alhamdulilah

alhamdulilah akhirnya abah dah keluar hospital. kaki dia tak jadi operate. doktor bagi balik. just disimen kaki dia. kesian abah kena bertongkat kat rumah. beraya dengan kaki disimen la. bila keadaan abah macam ni aku rasa berat hati je nak tinggalkan abah dengan mak berdua kat rumah. rasa macam tak nak balik Perak balik. tapi aku kena balik sana nak habiskan lagi 1 semester je. hmm......hati ni berat sangat nak tinggalkan rumah. lepas ni siapa nak tolong mak kalau ada pape jadi, siapa nak tolong bawak mak pergi pasar, siapa nak tolong hantar mak and abah pergi kelas agama diorang nanti. memang la abah kata dia boleh bawak kereta sebab kereta auto ada. tapi aku tetap risau. hmmm macam mana lah nanti keadaan abah and mak.

*selamat hari raya aidilfitri. aku mohon maaf pada semua pembaca andai ada membuat anda termaki hamun bila baca blog ni. raya tahun ni macam tak seronok. :(

rindu Mr. Bobot. 

10 August 2012

abah.. =(

abah belum keluar hospital lagi. hari2 semakin sibuk. hari2 bawak mak pergi melawat abah tengah hari and petang. bangun pagi kena standby tengah hari untuk ambik anak2 buah dari sekolah. sejak abah masuk hospital ni aku la yang ambik alih tugas abah kat rumah. bawak mak pergi pasar beli barang, ambik budak2 balik sekolah, tolong pergi kedai la and banyak lagi la. senang cerita semua aku yang buat. dah aku je yang tinggal kat rumah dengan mak makanya aku la kena buat semua kerja. sibuk betul. FYP aku pun tak terbuat langsung. macam mana lah nasib aku sem depan ni.

nasib baik result aku sem 5 ok. dapat 3 pointer lebih la jugak. syukur alhamdulilah. then hari sabtu hari tu 2 hari lepas abah masuk hospital, semua adik beradik aku balik. abang, akak, kak bad, kakteh, kakcik and sepupu aku dari klang pun ada datang untuk tengok abah. pada mulanya memang kitorang nak buat makan besar sabtu, abah pun dah rancang nak kemas2 depan rumah, then tetiba abah jatuh pulak and masuk hospital plak terpaksa la berbuka puasa ramai2 tanpa abah. tapi meriah sampaikan kena berbuka depan rumah kat garaj kereta tu. kitorang susun meja buat macam buffet gitu. duduk bersila kat simen ramai2. bayangkan la dengan kanak2 yang ramai tu memang kecoh dibuatnya rumah aku tu. tapi tula ada kebaikan di sebalik ni semua. adik beradik aku semua dapat berkumpul ramai2 sama2. bukan senang nak kumpul ramai2 ni. masing2 sibuk bekerja kan. harap2 raya ni meriah jugak la macam berbuka hari tu.

dan aku harap abah cepat lah keluar hospital. bila lah doktor nak operate masukkan besi ke dalam tumit kaki dia ni. hmmm.....semoga abah cepat sembuh. jangan lah duduk hospital sampai raya ni abah. :(

happy iftar. =)


03 August 2012

abah semoga cepat sembuh!

2/8/2012 bersamaan14 Ramadhan satu kemalangan telah berlaku kepada abah aku. ceritanya bermula petang tu tengah dia sibuk2 pasang lampu lip lap raya yang aku baru beli kat mydin lepas tu mak aku ngadu cakap air tangki kat belakang rumah tu meleleh. lepas habis tolong dia pasang lampu tu aku masuk ke bilik kejap duk telefon mr. bobot. habis telefon tu tiba2 aku dengar mak aku panggil jerit2 kat dapur. mak aku suruh hantar abah pergi hospital cepat abah dah jatuh. aku pun kelam kabut la dengan panik segalanya. nasib baik rumah aku rumah taman ada banyak lorong2 boleh masuk. aku ambik kereta bawak ke belakang tu then mak panggil jiran2 yang ada suruh tolong papah abah masuk ke kereta. masa tu aku macam nak nangis tengok abah. abah mengadu sakit2 macam nak patah. aku pun pergilah hospital bawak ke bahagian emergency daftar kan abah semua. aku tunggu berdua dengan abah sementara nak panggil nombor masuk tu. aku sorang jela yang tolong abah nak ke toilet la masa tu, tolong tolak dia sebab dia duduk atas kerusi roda.tunggu punya tunggu last2 abah kena tahan wad. lepas berbuka abah trasfer masuk wad. aku balik kejap mandi semua then malam lawat abah bawak mak sekali tengok.

oh lupa abah aku jatuh sebab apa. dia jatuh dari tangga aluminium tu, then dia salah landing kaki kot. kaki kiri dia bengkak gila. bila tengok x-ray tulang dalam tumit kaki kiri dia dah pecah bersepai. tu yang kena tahan wad terus.  lepas aku balik semalam abah hantar sms kat mak cakap kaki dia dah kena simen. and tengahari tadi pergi melawat kaki dia dah bersimen and kena tengok dalam masa 2 3 hari ni tulang dia cantum ke tak. kalau tak kena operate and masuk besi. tapi mintak2 tak payah operate la. nanti sakit ngilu pulak. abah tu dah lah umur 60 tahun takut dia tak boleh nak tahan je. dan sekarang ni kerja aku bawak mak pergi tengok abah hari2 la. nasib baik masa kejadian ni aku ada kat rumah. kalau aku takde tak tahu lah sape yang nak tolong bawak abah pergi hospital tu. 

aku berdoa semoga abah cepat baik. kesian abah kaki tak boleh bergerak sangat dah. tolong doakan abah aku sekali ye. =)

27 July 2012

membebel

pelik la bila tengok ada anak tak berhati perut ni. sepatutnya anak lelaki yang kena menjaga ibu bapa and mendengar cakap ibu. and isteri kena dengar cakap suami. tapi sekarang dah terbalik. isteri @ anak perempuan pulak yang mendengar kata ibu and jaga ibu, yang suami dengar kata isteri pulak. apa nak jadi kan.

lagi satu bila ada anak2 yang tak mengenang budi. dah disediakan segala benda oleh si mak dan ayah. sampai dah beranak pinak pun masih mak ayah yang tanggung. macam mana tu? memang lah kerja tapi sesibuk mana pun kerja tu, sebagai isteri dan juga anak, patutnya kenalah masak untuk suami and mak tu. ni tak, terbalik pulak. mak pulak yang masak untuk anak siap bagi bekal bawak balik untuk anak tu makan satu family. kalau ada hulur duit tanggung mak tu takpe jugak. ni semuanya free. jaga cucu2 pun free, bagi makan pun free. bila mak tu bising boleh pulak si anak tu buat tak tahu je. tebal sungguh muka anak tu kan. sampai bila la benda ni nak berterusan. haishh! kesian insan yang bernama mak tu. si anak ni takde otak agaknya, tak boleh berfikir ke? buta hati betul la...

semoga la si anak tu sedar diri sebelum terlambat, sebelum menyesal macam dalam cerita tanah kubur tu kan. moga2 bakal anak aku takde yang macam tu. moga aku pun tak jadi macam tu jugak. amin~

25 March 2012

Ayah, abah, daddy, bapak, papa, abi, baba

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah silalah share :)

sumber : facebook

*Saya sayang abah saya, baru sedar umur abah dah 60 tahun rupanya masuk tahun 2012 ni. =)

22 February 2012

kegembiraan berganda~

21/2/2012
buat kerja gila alam. pergi batu pahat untuk jumpa Mr. Bobot. pergi pun lepas dah bergaduh macam apa. yela sape tak hangin. kejap suruh datang kejap kata tak payah. last2 aku redah jugak naik bas pergi sana. dah gerak separuh jalan baru aku cakap aku dah on the way. hahaha padan muka. dan2 terus baik je dengan aku. dah tak marah2 lagi. masa aku nak balik pun lagi satu hal. elok2 aku dah beli terus tiket nak balik melaka pukul 6.15 p.m. lepas tu tengah jalan2 ni dia usulkan untuk hantar aku balik. haila! memang rasa nak sepuk pun ada jugak. aku dah beli tiket baru nak cakap. nasib baik la tiket murah je. aku malas nak suruh dia hantar sebab tak nak nyusahkan dia. but dia insist jugak nak hantar balik melaka so aku ikutkan jela. dan tiket tu aku rasa macam nak frame sebab 1st time beli tiket bas tapi tak jadi naik bas.then the rest is history.

22//2/2012
dada dup dap dup dap. result sudah keluar. and the result for me was okey la. suam2 kuku. nak gembira sangat pun tak boleh. what can i say is that i am grateful. thank you Allah. yang penting aku lulus semua subjek. dah tak payah pening2 kepala fikir nak repeat. dan result aku tu aku hadiahkan pada mak aku. kebetulan hari ni birthday mak aku. so here the speech for her :

"mak, orang tahu orang jarang buat mak bangga. orang tahu orang tak sepandai abang atau sepupu2 yang lain. orang tahu orang ni nakal. orang tahu orang banyak kali lawan cakap mak tak dengar cakap mak. tapi apa yang orang boleh janji orang akan belajar lagi kuat next semester. hajat mak untuk tengok orang dapat first class degree tu agak susah nak dicapai tapi insyaallah tiada yang mustahil. i'll try my best mak. you are the wonderful woman and mom to me. i love you more than everything. please do forgive me for all the sins i've done to you before. i'll be always be your youngest daughter. sorry tak dapat nak bagi hadiah. ingatkan nak beli purse untuk mak tapi bajet tak cukup. dapat belikan mak kek je.hehe. i love you mak! :-*"

*i only have one mom in this world and i love her even i didn't show it in front of everyone but believe me i love her so much. 
p/s : i love Mr. Bobot too! hee~ ;p

*terima kasih ya allah. semoga kegembiraan ini berkekalan. amin~ 

25 January 2012

anak2 buah yang comel

sepetang bersama budak kecik bernama Mohammad Abbasy. budak kecik ni umur dia baru je 11 bulan tapi otak dia punya ligat macam dah umur 2 tahun je. yang best nye dia ni happy je. always sengih2 macam kerang busuk. haha. ni gambar comel dia. masa main webcam dengan dia, dia gelak bukan main lagi. hee~ 

bulu mata gajah

abbasy dgn maksu transformer. :p
tembam kan si abbasy ni?kitorang panggil dia si tembikai sebab muka dia bulat macam tembikai. hahaha :D

then ada lagi satu perihal anak buah yg comel. ni pasal si kakak @ ecah. anak buah yang paling tua sekali. umur sekarang dah 8 tahun = darjah 2. dia ni memang sangat minat pada benda2 yang ada kaitan dengan seni lebih2 lagi kalau bab2 melukis and mewarna. nak dijadikan cerita, hari tu masa baru dapat baucer buku 1Malaysia tu (ala yg student IPTA/IPTS dapat baucer rm200 untuk beli buku tu) aku ada pergi beli stationeries. then aku belilah pen kaler2 jenama Faber Castell yg ada dua hujung tu. masa tu aku tersalah beli. aku beli yang 6 batang je (colour dia sikit and tak lawa) padahal aku nak yang 12 batang sebab banyak sikit dapat colour dia. kalau 12 batang, setiap batang ada 2 warna maka aku akan dapat la 24 batang kan. so disebabkan aku taknak aku decide nak bagi kat ecah. 
inilah kakak @ ecah

aku bagi dia masa aku balik hari tu la. dia bukan main suka. sehari lepas aku bagi hari tu akak aku datang bawak si adik @ amira (adik ecah) je datang rumah. yg lain tinggal kat rumah je dgn laki dia. datang2 si adik bagi aku satu kad and cakap macam ni "maksu, ni kakak suruh kita bagi maksu". then aku tengok ada kertas balut2. kertas kecik biasa2 je. haha. rupa2 nya si kakak buatkan aku kad kecik. aku fikir2 apasal la budak ni baik sangat nak bagi aku kad kan rupa2 nya sebab aku bagi dia pen kaler2 tu. haha. comel sungguh anak buah aku ni. walaupun tak secantik mana kad dia tapi terharu kot dapat kad dari budak kecik tu. comel je diorang ni taw. 

ni la kad yang aku cerita tu. 

*nasib ada anak2 buah yang tolong meng'happy'kan diri aku ni. serius happy bila dapat tengok muka budak2 ni. =)
*yeayy!! esok dah mula kerja. nervous la plak. hmm tapi baguslah at least boleh aku sibukkan diri dari pikir benda2 yang tak patut dipikir. =)

27 December 2011

cerita cuti

23/12/2011
pukul 10.45 pagi naik bas untuk pulang ke kampung. sepatutnya bas pukul 10.15 tapi macam biasalah bas datang lambat. tunggu punya tunggu nasib baik lah bas sampai. terima kasih kepada housemate terchenta kerana hantar aku ke medan gopeng. pukul 4.00 petang baru sampai melaka. tapi kira ok la. cepat jugak bas tu sebab tak banyak berhenti. lepas ni memang nak naik bas Seri Maju jela. dari petang sampai ke malam lepak kat rumah merehatkan diri.

24/12/2011
bangun siap2 untuk ke Johor Bahru. tunggu kak Bad (kak lang) aku dan anak2 dia sampai and tunggu akak Nora aku balik kerja baru bertolak ke JB. pukul 4 baru bertolak. destinasi kami untuk ke rumah kakcik aku yg terletak di belakang Plaza Angsana. Kakteh aku tinggal bersama Kakcik aku jugak. Kakcik aku ni dah kahwin and ada 2 org anak yg nakal. Kakteh pulak satu2 nya kakak aku yang belum kahwin. pergi sana saja2 nak bawak abah dan mak jalan2. sampai rumah diorang pukul 7 lebih. 
malam tu pukul 10 aku, kakteh, kakcik, dan akak serta kanak2 ribena keluar nak cari kek. tapi dah malam kan mana la kedai kek yang bukak lagi. kitorang pergi TESCO Bukit Indah je. aku yang bawak kereta taw. kereta auto boleh la. tapi 1st time tu bawak kereta kat bandar JB tu. banyak kereta yg pemandu dia agak kurang ajar la. gerun jugak tapi nasib buat2 handal kan. hehe
tak dapat cari kek last2 kitorang beli keropok2 sikit and KFC je. kak bad yang belanja. dan malam tu kami 1 family makan kfc kat rumah kakcik. 
malam tu aku tidur lambat. sebab buat pillow talk dengan kakteh. aku dengan kakteh ni memang ngam. kalau dah tidur 1 bilik memang la tidur lambat jawabnya. cerita macam2 lah. last2 tidur pukul 4.30pagi. 

25/12/2011
pagi bangun mandi siap2 teman kakteh and abah pergi opis kakteh kejap untuk install software kat komputer dia. oh lupa nak bagitahu. 25/12/2011 ni adalah hari lahir aku yang ke-22. ye ye selamat hari jadi pada aku. sebab tu la malam semalam kitorang nak cari kek. tapi dapat so makan kfc pun jadilah. petang tu terus balik melaka. sampai melaka jalan jammed gila beb! hari cuti memang la melaka ni akan dipenuhi manusia2. sampai rumah lebih kurang pukul 5 jugak la. penat walaupun tak bawak kereta. penat sebab duk dalam kereta terlalu lama. malam tu aku rasa penat sangat. macam nak demam pun ada. biasala tu dah nak masuk umur baru mesti badan aku jadi tak sedap. ;p
anak2 buah tapi ni belum semua lagi. abaikan yg tgh tu. tu amah  mana entah sesat. ;p

ramai2 makan kepsi! hehe ;p

26/12/2011
rancang nak pergi lepak dengan kawan tapi malas. kawan aku tu pun takde kat melaka. melepas lagi nak rasa dia belanja. hahaha ;p
last2 keluar dengan kak bad and kanak2 ribena pergi jaya jusco. balik rumah dah penat. petang tu kak bad balik seremban ke rumah dia sebab dah nak mula kerja keesokan harinya. malam tu tak buat pape duk lepak depan tv je.
inilah dia kanak2 ribena

kanak2 ribena paling comel main kat fun zone kat Jusco

ada snow man bagi gula2 kat jusco

last2 tertidur dalam kereta akibat kepenatan

27/12/2011
hari ni petang pergi beli barang sikit kat TESCO pastu lepak kat karoke jap dengan Maya and umi dia. lepas tu balik rumah dan kemas apa yg patut. esok dah kena kembali ke sarang untuk study. final exam bakal menjelma. dan proposal untuk final year projek aku tak siap lagi. hmm...tajuk oh tajuk.

so itu ajelah cerita masa aku bercuti ni. ada sedih ada gembira. sedih sebab besday kali ni tak ada kek dan tak dapat hadiah langsung dan juga cuti kali ni tak dapat jumpa Mr. Bobot langsung sebab dia sibuk bekerja mencari duit untuk kahwin katanya. :p
gembira sebab besday kali ni 1 family sambut sekali and dapat makan kfc dengan family. dah lama tak rasa makan besar dengan family sendiri. tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. so tetapkan azam dan menuju ke puncak lah kita selepas ni. :p

*ade peristiwa sedih berlaku pada 25/12/2011. :(
*happy 1st year anniversary to us Mr. Bobot. sgt sedih sbb tak dapat celebrate sama2. tp takpelah sy phm anda mencari duit. :D always love you! 

23 December 2011

hello melaka!

i'm going back to my hometown this morning at 10.15 a.m.
tapi waktu sekarang dah jam 2.20 pagi.
tak tidur lagi sebab kena siapkan tutorial project management.
ini last assignment sebelum berlepas pulang ke kampung.
sepatutnya tak boleh balik sebab ni cuti study week.
bila kata study week tu maksudnya kena lah study kan tapi nak buat macam mana dah diri aku ni memang jenis kena balik rumah bila ada cuti panjang. yela sebelum ni pun aku jarang balik rumah so fair la kan kalau ni aku balik rumah.
lagipun kepala dah sakit sangat nak hadap macam2 masalah kat perak ni.
aku perlu some fresh air dari melaka untuk teruskan belajar. kalau tak aku boleh jadi gila and ada yang tak pasal2 makan maki aku je.
so better aku rest kan otak dekat melaka untuk hadap final exam nanti.

lagi dua hari aku bakal bertambah umur.
tak rasa excited sebab aku rasa takde sape nak celebrate kan dengan aku.
bestfriend aku tak dapat cuti. mr. bobot pulak dah makin sibuk kerja sampai takde masa nak jumpa aku katanya. takpela kenalah faham orang berkerjaya ni. akhir tahun memang semua orang berkerjaya ni akan sibuk. yang penting aku dapat duduk rumah masa birthday aku tu.

akan ku luangkan masa ku di rumah dengan sebaik mungkin.
hmmm.....kepala sangat serabut dengan segala macam benda.
nak buat macam mana kan, apa2 pun hidup ni perlu diteruskan.
"bila mana kita merasa susah akan ada lagi orang yang lagi susah dari kita. dan bila mana kita merasa diri kita sangat senang, kita perlu ingat pada orang yang susah dari kita. "
itu kata2 yang aku pegang yang buatkan aku bersabar dengan kerenah sekeliling.

*serius tak sabar nak sampai rumah. rindu bilik sendiri. rindu kucing2. rindu anak2 buah. dan rindu nak tengok muka mak dan abah. =)
*dapat rasa yang birthday aku tahun ni macam tak best. imissyouverymuch!

28 November 2011

mudah-mudahan

hope that everything would be fine for them.
ya Allah please save him.
may Allah will always with them.
it's for his own good.
i'm praying from here for their safety and all of the suffer will be ended soon.
soon, hope to hear the good news and all things will be back to its place as before.
soon, sooner or later the situations would be as before. i'm hoping.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

insyaallah, semuanya akan kembali normal selepas ini. 
bezanya ia tak senormal dahulu lagi mungkin.
persetan itu semua, sebelum ini pernah terjadi dan segalanya seperti biasa kembali.
kita mampu tempuh ini sekali lagi. 
anggap ini dugaan dari Allah.
jangan pernah merungut atau mencaci.
kita insan terpilih kerana sering diduga-Nya. 
10 tahun dahulu begini dan 10 tahun selepas itu juga terjadi lagi begini. 
ye perkara ini terjadi lagi bezanya bukan pada orang yang sama.
ada sesuatu yang ingin ditunjukkan mungkin. hanya Dia yang maha mengetahui.
kita mampu laluinya bersama lagi. 
kita takkan runtuh.
ye kita takkan berpecah belah.
kita harus terus bersama sehingga terpisah roh dari jasad.
sehingga bertemu semula di akhirat.
seburuk buruk kita, kita perlu menerima kerana hanya kita yang tahu apa yang kita lalui.
kita takkan tunduk pada mainan iblis dan syaitan.
jahanamlah kau wahai pengikut iblis dan syaitan.
jahanamlah kau kerana telah menduakan Allah.
semoga Allah membalas perbuatan kamu itu.

*pesanan untuk "KITA"

26 November 2011

salam maal hijrah

hari ni hari terakhir untuk tahun 1432 hijrah.
esok dah 1 Muharram 1433 hijrah.

pagi2 lagi dah dapat SMS dari emak kesayangan. mak aku pandai SMS ok. ko hado?haha berikut adalah butir2 SMS antara aku dan mak. huhu

mak : ade kelas ke?
aku : takde.
mak : boleh sembahyang tak?
aku : boleh.
mak : jangan lupa dalam pukul 6 petang standby kat tv baca doa akhir tahun dengan awal tahun lepas tu baca yassin dan doa biar lulus periksa. jangan merayau2 hari ni.
aku : ye tahu.
mak : ye tahu tapi lepas tu tak buat, terlupalah macam2 alasan, jangan lupa!
aku : ye tak lupa.

then mak tak reply lagi dah. lepas mesej terakhir tu aku dah macam =_=!
haha mak sempat bebel dalam SMS tu. terima jela. mak sendiri. tapi pape pun mekaceh mak! sebab ingatkan anak mu yang jauh di rantau orang ini (ceh macam jauh sangat je gayanya!)

so, salam maal hijrah to all bloggers and readers. may this new year brings new hope and goods to all of us and also that our sins would be forgiven by ALLAH SWT.

*sesungguhnya aku seorang hamba yang telah banyak berdosa. mari tutup buku lama dan buka buku baru serta kumpul pahala sebanyak mungkin. InsyaAllah. =)

21 November 2011

susah sangat susah~

another sad story.
lepas satu satu benda menimpa.
lepas satu satu masalah yang datang.
dulu dah pernah jadi sekarang jadi lagi tapi orang lain pulak yang buat hal.
kenapa korang ni suka sangat menyusahkan mak bapak korang?
patutnya mak bapak korang tu dah tua korang dah tak boleh kacau dah.
biar je dorang hidup main dengan cucu2 kecil mereka.
bagi dorang masa untuk rehat untuk sedia pergi ke tanah suci je.
tolonglah bagi kesenangan pada dorang.
tolonglah jangan susahkan lagi dorang tu.
hati tua tu dah penat.
cukup penat nak handle anak2 yang dah besar panjang ni.
cukuplah weh! hentikan perangai korang yang macam apa tu!!!
tak kesian kat mak ko ke? tak kesian kat bapak ko ke?
mana dorang nak hidup kalau lepas ni pape jadi?
aku ni masih tak boleh nak tanggung dorang.
kalau aku ni dah kerja aku yang akan tanggung dorang.
tolonglah. hentikan. itu je yang aku mintak.

*i am crying inside. and i am too tired this week sebab asyik menangis je. :'(