Showing posts with label impian. Show all posts
Showing posts with label impian. Show all posts

30 April 2014

2014-06 Cincin emas


Hai,
Lama gila tak hupdate blog. Nak kata busy sgt tu tak la. Tapi lebih kepada malas. Haha. Tapi start bulan Mei ni aku rasa hidup bersenang lenang aku akan berakhir. Huargh!! Eleh tapi dalam sibuk2 tu aku sempat je promote2 bisnes online aku. Hihi. Ok back to topic seperti tajuk yang tertera.

Cincin emas? Wahhh kalau cakap je pasal emas mata perempuan memang akan bling-bling. Perempuan dan barang kemas tak dapat dipisahkan. Sejak kebelakangan ni aku suka tengok barang kemas. Nak-nak bila dapat tahu harga emas tengah turun sekarang. Diorang cakap harga emas 916 sekarang RM125/gram. Dalam lingkungan RM120-RM130 per gram la dalam minggu ni. Memang murah. Tu yang masa sengkang aku isi dengan cuci mata tengok design-design cincin yang cantik-cantik. Hehe tengok je dulu. Saja survey2. Kalau murah rasanya nak rembat 1 kot buat simpanan dulu kot2 nanti dah nak merisik ke bertunang ke dah tak payah risau pasal cincin. Hiks! Emas ni kan berbaloi kalau dibuat pelaburan. Mr. Bobot pun kata boleh je nak survey2 supaya senang untuk buat rujukan di masa hadapan. Dia pun setuju je kalau murah nak beli and simpan dulu. Yelah sementara tengah murah ni baiklah beli ye dak? Tak rugi pun.

So semalam pergilah survey kat kedai emas Tomei dalam Aeon Bandaraya Melaka. Baik je budak perempuan tu layan kitorang. Kitorang 1st time pergi tengok emas2 ni. Sebelum pergi survey tu aku ada lah menuntut ilmu dengan yg lebih senior. Duk tanya-tanya la kawan2 rapat aku yg dah kahwin. Mintak pendapat and ilmu. Lepas tu duk tengok kat forum2 and blog2 orang pasal tips nak beli emas ni. Fuhh dapat lah kutip sikit. So semalam masa survey tu ada lah ilmu jugak. Takdelah tercengang ke apa time org tu explain. Cantik2 design. Harga pun takdelah mahal mana pun. Memang dalam lingkungan bajet la. Baru tengok 1 tempat je. Nanti cuti 1 Mei ni nak pergi kedai kat Padang Jawa and sekitar Bandar Melaka. Diorang kata kalau beli kat kedai2 gitu boleh dapat lagi murah. So setakat ni tempat yg aku nak survey yg ada dlm list aku ialah kedai2 di Padang Jawa, Bandar Melaka dan Kedai Emas GCP kat depan Aeon Bandar Melaka tu. Nak banding2 harga and design.

Aku tak nak pergi tempat branded sebab nya mahal sangat takut tak cukup bajet je kang. Hihi. tapi aku memang dah berkenan 1 design cincin belah rotan. Design dia simple je tapi cantik bagi aku. Aku suka yang simple2 je.


Design ni yang aku paling berkenan kat Tomei. Mr. Bobot pun suka yg ni. Simple je. Harga pun berpatutan,

Yg ni second aku suka. Tapi kosong sgt cepat calar nanti. and sgt padu so harga dia pun mahal sikit.


3rd design yg aku suka. Macam cincin mak aku yg aku tgh pakai sekarang.

Gambar semua ihsan google. Ok takat tu je la. Kang kalau citer panjang lebar pun tak guna. Esok nak pergi survey lagi. Yeayy!! Haha. Psssttt!! Masa pergi tengok semalam hati dia berdebar-debar. Hati aku pun berdebar-debar jugak sebenarnya. Macam tak percaya dah dewasa dah nak masuk fasa seterusnya. Doakan kami.

*Silalah follow instagram @eybiezafirah_crazychochauz untuk pelbagai coklat yg dibuat sendiri. Jangan segan klik je follow. Guna je hashtag #crazychochauz korang akan jumpa my ig. Tq! Hiks!

14 September 2010

IT'S ALL ABOUT FRIENDS....

sahabat sentiasa buat kita gembira...
sahabat yang memahami tidak akan bertanya apa-apa jika kita punya masalah...
sebaliknya mereka akan buat kita lupakan masalah itu dengan menggembirakan kita....
dengan hanya membaca bahasa tubuh kita mereka akan memahami kita....
dan sahabat seperti ini lah yang susah untuk dijumpai pada zaman sekarang....
bersyukurlah jika kita punya sahabat seperti ini...
kerana bukan semua orang punya sahabat yang benar-benar boleh dipanggil sahabat....

IT'S THE MOST MEMORABLE MOMENT IN MY LIFE !! FRENS 4 EVA !!
dengan kamu semua aku begitu gembira...
dengan kamu semua banyak impian aku sudah tercapai...
bila kita bersama semua perkara yang gila-gila kita buat...
bila kita bersama kita semua jadi spontan dan redah segalanya tanpa hiraukan sekeliling...
aku gembira....aku sangat gembira...kerna kamu semua buat aku lupa segala masalah aku...

*thanks guys for the best moment...aku tahu korang takkan baca blog ni tapi jika suatu hari korang jumpa blog aku ni, aku nak korang tahu yang aku betol2 enjoy bila bersama korang... ^_^
*hepi besday to u my bff, N....

11 June 2010

saya suke saya hepi...alhamdulilah.......

yahoooo!!!!!! alhamdulilah syukur yg sangat2.....
aku dapat pointer 4 flat utk sem ni.....yess!!! impian tercapai!!!
so aku kena la tunaikan nazar aku.....merasa la aku nak naek pentas amek anugerah dekan nanti...hehe
emm tapi2 sem ni praktikal je pun so memang lah senang nak dapat pointer gitu kan?
tapi ada jugak la yang tak dapat dekan....salah sorang dia kawan baik aku kat uitm tu....
kesian dia...dia sedih sangat sebab dapat 3 above je.....
mungkin tak ada rezeki dia la kot.....
baru ingat nak naek pentas sama2 amek dekan....huhu
tapi apa2 pun aku tetap syukur......
sem depan aku akan berusaha lebih lagi untuk kekalkan pointer ni kalau boleh la....
insyaallah.....doakan aku berjaya sem depan.....
terima kasih mak abah and family serta kawan2 aku yg banyak tolong and sokong aku....huhu dah macam menang anugerah ape pulak.....
hepi sesangat dah aku ni.....hehe.....dah tak macam jejak tanah dah ni.....
hahaha.....ok itu saja entri aku....mari2 kongsi kegembiraan dengan aku....hehehe

06 June 2010

::Melepaskan batuk di atas bukit::

semalam sabtu aku pergi joging(lebih kepada memanjat bukit) macam biasa tapi yang lainnya aku berjoging seorang diri tanpa sesiapa teman. Kalau sebelum ni aku ajak kawan aku teman tapi semalam terasa nak pergi seorang diri. Aku tak sangka aku berani pergi seorang diri.


ok ini sedikit deskripsi tempat aku joging tu. Tempat tu sebenarnya bukit la and ramai la jugak yang datang berjoging, berjalan sambil makan angin di situ. Bukit dia agak tinggi dan curam la jugak. Memang tak letih nak panjat bukit tu sampai ke puncak. Tapi the best part dia ialah di atas bukit tu kita boleh nampak pemandangan bandar MELAKA. Itulah pemandangan yang aku cari selama aku hidup ni. Dan semalam pengalaman yang best sebab impian aku untuk melihat pemandangan dari atas bukit seorang diri dah tercapai.


Aku pergi petang2 dalam pukul 6 macam tu dan masa tu orang ramai tak ramai sangat la but at least ada la orang jugak kan so tak ada la aku takut sangat nak berjalan sorang2. Tengok pemandangan tu semalam memang tenang je fikiran aku walaupun termengah mengah sebab baru panjat bukit tu kan tapi bila tengok je scenery tu memang lupa segala penat. Betapa ALLAH maha besar. Pemandangan yang sangat cantik. Aku turun awal semalam sebab aku sorang2 kalau aku pergi dengan kawan aku tu memang kitorang akan tunggu sampai matahari terbenam. Lagipun tempat tu banyak saudara mara binatang kegemaran korang iaitu monyet...hahaha


Ini ada souvenir untuk korang tengok. Dapat capture sikit je pic sebab fon aku tak ada memory card. Pape pun aku memang enjoy duk termenung sorang2 atas tu semalam.

Pemandangan bandar Melaka dari atas bukit di belakang SJKC Bukit Beruang

ok abaikan kaki aku tu...hahahaha
aku buat kaki macam tu sebagai tanda aku dan dia suatu hari nanti..kan best kalau aku dan dia dapat tengok scenery macam ni berdua..bila la nak tercapai impian aku ni..hmmm...

*si dia??sejak bila aku ada si dia??itu hanya impian aku....semoga impian aku yang satu lg tu akan tercapai...semoga aku jumpa dia yang memang ditakdirkan untuk aku.....aminnn.... (^_^)