28 August 2014

2014 - 21 E-day checklist

::E-DAY CHECKLIST::

Ok pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan September. Sekejap je rasa. Kitorang rancang nak tunang hujung tahun 2014 ni. Tapi tarikh masih tak confirm lagi. Dan aku merancang majlis pertunangan yang serba sederhana saja. Aku tak nak majlis yang terlalu gah. Cukup sekadar yang penting saja. So ini aku buat checklist untuk majlis pertunangan aku. Disebabkan majlis yang aku nak simple and modest, so checklist aku jugak haruslah sederhana saja. Dan aku akan pastikan everything yang boleh aku buat sendiri aku akan DIY. Yup cita-cita kena tinggi. Hahaha nanti kita tengoklah macam mana cita-cita aku ni berjaya ke tidak. 

*Updated 22/01/2015

EVENT DETAILS
1. Date : 27/12/2014
2. Venue : My house, Melaka
3. Time : 2.00 p.m
4. Guest Count :50-70 guests
5. Guest List : Family members, saudara mara, rakan rapat
6. Color Theme : Green

1 - 2 BULAN SEBELUM
1. Cincin Tunang - Done.
2. Barang Hantaran - Done
From me to him
    - Sirih junjung
    - Kain baju melayu untuk Nikah
    - Cupcake - Dah booking dekat junior sekolah dulu
    - Coklat and gula-gula
    - Buah-buahan
    - Kek buat sendiri
    - Samping
    - Jeli kakteh buah
    - Tuala bersulam akak sponsor

From him to me
    - Sireh junjung and bekas cincin
    - Kain baju kurung nikah
    - Tuala bersulam sponsor by my sister
    - Kek
    - Coklat
    - Telekung
    - Buah-buahan

3. Mini Pelamin - DIY
4. Make Up Artist - My cousin.
5. Invitation Cards - DIY (send by whatsapp only)
6. Baju Tunang - Recycle dress baju raya hari tu. Just add some lace and beads.
7. Shawl dan Veil - Shawl dah ada. Veil guna halfmoon
8. Tema Hantaran
    - Pihak perempuan (Green and cream)
    - Pihak lelaki (Green)
9. Tempah Katering - Masak sendiri
10. Tempah Khemah + kerusi + meja - Sewa kerusi and meja only
11. Book Photographer - My sister and cousin

2 MINGGU SEBELUM
1. Facial - Tak buat. Tunggu nak kahwin nanti.
2. Beli Barang-barang Goodies -Buat 60 bags only.
3. Cari Wakil sebelah pihak perempuan / pembaca doa - Paklong sebelah abah.
4. Buat full payment untuk cupcake hantaran - Done

1 MINGGU SEBELUM
1. Beli Contact Lens - Done
2. Siapkan hantaran mana yang tak siap - Done

2 - 3 HARI SEBELUM
1. Kemas / Hias rumah - Done
2. Make sure everything is ticked done.


credit to sikucenghitam untuk checklist ini.

19 August 2014

2014 - 20 Merisik

Assalamualaikum,

Alhamdulilah. 16/8/2014 ialah hari untuk satu langkah kecil bagi kami. Keluarga Mr. Bobot datang merisik aku. Semuanya berjalan lancar. Keluarga dia dan keluarga aku dah kenal2. In shaa Allah majlis pertunangan akan diadakan pada bulan Disember ini. Tarikh nya masih belum ditetapkan.

So ni nak cerita kejadian masa merisik. Memang berdebor la tunggu dirisik tu. Pada mulanya aku tak tahu macam mana keadaan merisik tu sebenarnya. Memang semua kakak-kakak aku dah kahwin tapi aku tak pernah terlibat atau tengok pun acara merisik tu. So aku memang zero pengetahuan pasal ni. Hahaha family dia lagi la tak tahu pape sebab dia anak sulung. Takde pengalaman. Tapi kitorang redah jela.

Al kisahnya 2 3 hari sebelum hari merisik tu pulak aku dengan dia ada la macam tak ngam sikit kirenye macam gaduh manja la. Sebab masing-masing penat dan sibuk yang amat minggu tu. Tapi nasib baik lah tak cancel. Hihihi.

Mr. Bobot no 2 dari kiri. Yang deret dia tu adik-adik dia. Dia datang bawak family dia je.


Kelam kabut jugak la sebab semuanya kami yang decide sendiri. Mak abah kata semua nya kitorang yang kena duduk bincang sama-sama and tentukan segalanya. Orang tua hanya akan ikut saja. So bila tiba hari merisik tu aku ada la jugak debar sikit. Tapi buat rilek jela. Hehe. Pukul 1.40 petang gitu dia dan keluarga dia sampai. Sampai sampai kitorang jamu diorang makan tengahari dulu. Lepas tu jamu kuih raya sambil berbincang. Masa diorang berbincang tu aku memang duduk kat dapur jela. Mengemas dapur, basuh pinggan mangkuk semua. Sambil borak2 dengan kakak aku. Tengah syok basuh pinggan tu tetiba abah panggil. Aku dengan tangan basah2 lagi ni pergi la ke depan.

Ingatkan pergi depan ni ambik cincin lari masuk bilik terus tapi rupanya itu hanya angan2 aku sahaja. Huahuahua. Mama dia nak pulak sarungkan cincin kat jari aku ni ha. Aku dah tak senang duduk terus. Nasib baik time tu memang ingat nak duduk bersimpuh. Huhu tapi yang kelakarnya, aku berbaju t-shirt saja ok!!! Hahaha sangat kelakar. Bak kata abang aku rock pun agak2 la dik oi. Hahahahaha nak buat macam mana aku serius ingat takde adegan sarung cincin tu yang aku pakai je t-shirt buruk dengan seluar track. Aku malas nak pakai baju kurung sebab aku fikir nanti aku nak duduk dapur basuh pinggan mangkuk. Nanti kotor baju kurung so baik pakai t-shirt buruk je. Sekali hamek ko kan dah terkena. Hahaha semua orang duk gelakkan aku. Hentam lah labu, yang penting dah lepas. Lepas kejadian tu aku adalah jugak tanya Mr. Bobot.

"Mama takde kata pape ke ayang pakai t-shirt je aritu?" (Sila muntah sebab kena baca dialog ini)

"Takde. Tapi bagus pakai buruk-buruk gitu duk dapur buat kerja. Nampak rajin sikit" 
 Time dia cakap ni memang aku lepuk lengan dia. Kureng betul. Suka dia tengok aku buruk-buruk gitu. =_=!

Haha pape pun aku bersyukur sangat dapat kakak2 yang tolong aku and dapat bakal keluarga mertua yang sporting dan best. Ya Allah aku bersyukur atas nikmat yang diberikan.

HAHAHA time ni memang sumpah rasa nak sorok kepala kat belakang almari. =_=!


Dan lepas ni bermulalah fasa pening kepala. Fuhhh berpeluh peluh la aku ni ha. Adeh macam mana la majlis tunang nanti gamaknya. Doakan lah semuanya berjalan lancar ye. :)

Cincin risik aku. Cincin tunang nanti aku tayang time tunang nantilah. Boleh baca sini macam mana aku beli cincin ni.

*I'm going to be his fiancee. Me is so excited! Gonna make countdown starting from now. Hahaha :D

18 August 2014

2014 - 19 Cerita Cincin dan Merisik

Assalamualaikum,

Alhamdulilah. Langkah pertama dah pun kami ambil untuk ke alam perkahwinan. Tak sangka dah nak jadi bride to be (B2B). Actually kitorang memang dah lama sangat plan untuk berkahwin cuma masalah kewangan yang membantutkan usaha murni. Yela memang orang kata kalau fikir nak duit tu cukup memang sampai sudah tak pernah cukup. Tapi nak hidup sekarang ni semua guna duit. Nak kencing pun kena guna duit untuk bayar nak masuk tandas. Haha. So terpaksa la kami tangguhkan lama sikit. Kami ni bukanlah dari keluarga yang senang2 juga bukan dari keluarga yang susah. Cukuplah dikatakan sederhana saja dan cukup2 untuk keselesaan. Kami ni mengumpul duit bersama2. Ada perempuan serahkan pada lelaki sepenuhnya untuk mengumpul duit kan? Tapi aku tak. Bagi aku biarlah susah senang bersama. Biar rasa perit tu sesama. So kalau bergaduh ke apa nanti biar beringat yang kita sampai ke satu tempat tu atas usaha sama bukan usaha sorang je. Tapi depends la pada orang jugak. Terpulang pada individu kan. Oppss! Terlebih panjang pulak mukadimah ni. Hehehe.

So our first little step dimulakan dengan sesi mencari cincin beberapa bulan yang lalu. Aku la yang tukang survey2 harga emas. Mulanya tak rancang pun. Aku saja main2 cakap kat Mr. Bobot harga emas tengah murah la jom pergi beli la itu la ini la. Tak tahu pulak dia pun setuju je untuk pergi survey2 (Agaknya malas nak dengar aku rengek2 lagi. hahaha).

Dalam pergi survey2 tu kitorang dah berkenan tu yang terus sambar dua bentuk cincin. Hehe berbaloi2 la sebab masa kitorang beli tu harga emas RM136/g. Murah la jugak tu kan. Then dapat beli dua bentuk cincin yang sangat simple dengan harga RM590.00 sahaja. Yupp!! 2 bentuk taw bukan 1 taw. 1 aku pilih yang belah rotan untuk merisik and lagi 1 untuk tunang tapi takde batu cuma bentuk love sebab aku tak berapa suka design cincin batu dia masa tu. Lagipun takde size untuk jari ku yang comel bersaiz 12 ni. Tak kisah lah murah janji dalam lingkungan bajet kitorang. Kenapa beli yang murah sahaja? Kalau beli yang mahal pun bukan ada orang nak tolong bayarkan. So better kitorang kekalkan kesederhanaan and mengikut bajet kitorang betul tak? 

Then, pilih punya pilih dia pun berkenan aku pun berkenan terus beli and bayar. Kitorang tak pergi beli dekat kedai emas yang tersohor macam Habib, Poh Kong etc. tu. Kitorang beli dekat kedai emas dekat kg. Jawa Melaka. Aunty kedai tu peramah sangat. Tu yang semangat kitorang nak beli. Mulanya kami berdua tak nak masuk kedai tu sebab tengok ramai sangat orang, so kami ni pun jalan2 la dulu sepanjang lorong kat kg. jawa tu.

Then masuk 1 kedai lain ni sebab takde orang sangat tapi servis dia sangat tak ok. Tak berapa nak layan sangat. Kitorang pun terus tak jadi beli kat situ. Dah la Mr. Bobot ni cerewet kalau nak beli sesuatu. Kalau boleh biarlah dia puas hati dengan apa yang dibeli and servis yang salegirl bagi tu tiptop. So pergi la balik kedai yang first kitorang tak jadi nak masuk tu.

Masa tu kitorang tengok orang pun dah beransur sikit terus kitorang duduk tengok. Tak lama lepas tu aunty ni datang layan, peramah gila ok. Siap bagi suggestion bagai2. Suka la kita ni sebagai customer ye dak? Oh ye nama kedai tu Han Cheong Goldsmith. Takde gambar tempat tu la. Nanti aku update kalau ada ok?

So selesai beli cincin tu aku la yang jadi tukang simpan. Then masa cuti harijadi agong 7/6/2014 hari tu Mr. Bobot balik kampung dia. Time tu la dia cakap dengan mama untuk merisik aku masa raya nanti. And lucky me family dia sangat senang nak berurusan. Alhamdulilah mama and ayah terima dengan rancangan kitorang ni. Dan aku pulak yang nervous sebab kena cakap dengan mak abah pulak yang ada orang nak datang merisik.

Oh my!! Oh my!! I is nervous ok! Dalam hati dah dup dap dup dap dup dap camne nak cakap ni!! Disebabkan aku anak bongsu kan so aku pun mintak la nasihat dari pakar iaitu kakteh aku yang dah lepas fasa ni semua. Aku ni kalau nak cakap heart to heart aku suka cakap dengan kakteh je sebab dia macam memahami sikit and not judgemental. Hehe nasib baik ada kakteh yang membantu tapi tu pun puas lah kena bahan dengan dia dalam wechat and masa dia balik first day puasa hari tu. =_=! nasib badan dapat kakak yang sengal kan. Hahaha. Sabar jela. Hmm agak mengambil masa jugak la untuk aku cakap dengan mak pasal hubungan kitorang ni sebab mak abah aku ni jenis yang strict and tegas and garang. Diorang tak suka sangat anak2 dia ni couple2 lepas tu bawak keluar ke hulur hilir. Kalau boleh nak kena ada hubungan yang sah dulu atau at least ada ikatan tunang. So sebab tu aku merahsiakan hubungan kitorang. Actually tak rahsia sangat pun sebab raya tahun2 lepas ada je Mr. Bobot datang rumah solo tapi abah macam reject la. (Sedih kan?) So itu yang macam membuatkan aku lagi takut nak cakap pasal hubungan kitorang ni.

Masa puasa ke-6 aku gagahkan diri untuk cakap dengan mak. Masa tu semua orang takde kat rumah. Abah keluar. Tinggal aku, mak and anak2 buah aku je. So aku jadi berani untuk cakap. Aku ni jenis suka cakap dengan mak sahaja kalau ada pape yang penting. Takut nak cakap dengan abah sebab abah garang dan tegas. Al maklum la polis pencen. Huhu. Lagi 1 kalau cakap dengan abah ni nanti abah pasti akan pusing balik kenakan atau nasihat yang panjang lebar yang aku tak mahu dengar. Hahaha. Kalau cakap dengan mak senang je. Cakap main point then kena la jugak sedas dua ke soal siasat atau bahasa2 pedas dari mak then lepas tu ok setel mak akan cakapkan dengan abah. Mungkin dah sifat anak perempuan lebih selesa dengan mak. Alhamdulilah setel cakap dengan mak memang legaaaaaaaaaa!!! Fuhhh!! Tapi masa tu aku frustrated sikit sebab mak macam takde respon pape. Mak diam je. But then ada ada 1 hari tu lepas abah balik terawih abah tanya aku. Masa tu aku serius tak prepared pun untuk bersoal jawab dengan abah. Sebab masa tu tengah tengok tv cerita best. Haha. Tapi terpaksa la jawab apa yang abah tanya.

"Mak kata kawan kau nak datang merisik raya ni. Budak mana? Budak hari tu ke?"

"A'ah yang dulu tu"

"Budak Batu Pahat tu? Dia kerja apa sekarang?"

"Dia dah kerja dengan kontraktor buat kerja jalan dengan bangunan kat Melaka ni"

"Dia dah duduk Melaka?" Sambil muka rileks tapi aku tahu dia terkejut tu. Haha
 "Habis tu hantaran berapa?"

"Ikut abah la"

"Kalau ikut abah, abah mintak 30k 40k kang. Barang dah makin mahal." Time ni aku dah gulp! 30k?
"Korang bincang, bagitahu siap2. Bila datang nanti dah senang terus cakap. Takde balik nanti malu ke apa ke. Abah tak nak la camtu. Tanya dia berapa dia boleh dan mampu."

"Ha. Ok"

And the rest was history. Alhamdulilah aku bersyukur diorang terima. After so many years, akhirnya hubungan kitorang diterima. Before this hubungan kitorang ni banyak sangat dugaan and cabaran. Tapi semuanya rasa terbalas lepas apa yang terjadi. We are really getting married. Alhamdulilah. I am very grateful. Hanya Allah saja tahu apa perasaan kami berdua di saat ini.

Ok cerita hari merisik akan aku update di entry lain. ^_^

13 August 2014

2014 - 18 Rumah Terbuka Nuffnang

Assalammualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Walaupun raya dah nak hujung2 ni tapi raya tetap raya. Raya sebulan kot! Open house pun masih diadakan di sana sini. Termasuklah Nuffnang. Nuffnang buat open house?? Apaaa? Nuffnang? Buat open house? Yeeeee korang. Nuffnang baik hati ni nak buat open house. Kalau nak join boleh je tapi tapi tapi ada syarat dia. Nuffnang hanya akan menjemput 120 orang yang bertuah je. Yup 120 orang je. Open house ni akan diadakan di:

#NNRaya Open House 2014
Date: 23 August 2014 (Saturday)
Time: 3pm – 8pm
Place: Wanaka the Bungalow, Damansara Heights 

Jangan tanya aku katne sebab aku sendiri tak tahu duduk sebenar wanaka bungalow tu. Korang waze je la senang ye. semua ada smartphone dah kan? Muahaha ;D


So kalau nak join cepat2 ikut langkah yang akan aku senaraikan di bawah.

1. Kalau korang belum follow instagram Nuffnang Malaysia pergilah follow cepat2 ye.
2. Lepas tu cari poster macam kat gambar atas ni and repost berserta caption "Mari Beraya ke Rumah Terbuka Aidilfitri Nuffnang!"
3. Sertakan sekali sebab kenapa korang nak join rumah terbuka nuffnang. Jangan lupa tag @Nuffnang dan #NNRaya.
120 instagram post caption yang menarik bakal memenangi a pair of invitation ke #NNRaya Open House 2014.
4. Isi borang dalam blog Nuffnang. Ni link dia. (Aku tahu memasing malas nak tekan sana sini cari kan :p) Jangan lupa copy permalink gambar instagram yang korang post tu. Contoh macam aku punya :
http://instagram.com/p/rn9JGjHBiw/?modal=true (Pandai2 la korang cari jalan nak copy permalink tu)
5. Submit sebelum 17hb Ogos 2014. Kalau lepas 17hb baru hegeh2 nak submit jangan salahkan aku atau Nuffnang kalau diorang dah tak nak terima ye. Aku dah tulis tu sebelum 17hb Ogos 2014 (Ahad).

Lastly, lepas dah buat kesemua steps di atas korang boleh duduk diam-diam buat macam biasa tunggu nanti pihak Nuffnang emel invitation kat korang kalau korang berjaya.

Official partners : Ambi Pur and U Mobile.
Last but not least, jom tengok video Nuffnang Raya

Harapnya dapat jumpa korang di #NNRaya Open House 2014 nanti ye. :)

07 August 2014

2014 - 17 Biskut Kacang (Biskut Mazola)

Hai,

Tajuk kuih raya. Hihi ye aku tahu raya dah berlalu. Tapi raya ada kan sebulan. So mana-mana yang kuih raya dah nak habis tu boleh lah buat biskut kacang ni. Semudah abc jek. Serius weh. Aku ni tiap-tiap tahun memang akan buat biskut kacang ni sebab faveret Mr. Bobot. Dia mesti request tiap-tiap tahun. Alhamdulilah raya tahun ni dapat bagi sebotol pada mama dia. And family dia puji sedap.Dia apatah lagi. Sebelum raya dah habis dia makan. Sabar jela. Lepas tu dok request nak lagi buat ngunyah2 depan tv. Nasib badan la dapat boyfriend kuat makan. Hahaha. Ok jom tengok resepi.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tapung jagung
Secubit garam
2 cawan kacang kisar (kacang tanah lagi sedap berbanding peanut butter)
1 cawan gula castor 
1 cawan minyak jagung mazola (kalau rasa adunan masih berterabur tak melekat boleh tambah minyak lagi sampailah adunan tu boleh dikepal2 dan dibentuk)
Kuning telur untuk hiasan
Badam keping untuk hiasan (optional)

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan garam.
2. Masukkan tepung, lepas tu campurkan gula castor dan kacang kisar.
3. Masukkan sikit demi sikit minyak jagung dan gaul dengan menggunakan tangan. Sila basuh tangan dulu ye kalau tak nanti keracunan makanan. Hehe
4. Gaul adunan sampai dia boleh dibentuk, tak berderai. Maksudnya bila kita bentukkan nantik dia tak pecah. Kalau rasa berderai tambah sikit2 minyak jagung sampai korang puas hati dengan texture adunan dia.
5. Buat bulat kecil dan letak atas dulang pembakar. Sapu mentega sikit dulu atas dulang pembakar supaya dia tak melekat. 
6. Sapu kuning telur atas adunan. Letak badam kalau suka. Aku jarang letak sebab malas. Haha.
7. Bakar dalam oven selama 15 ke 20 minit pada 180 darjah celcius. (Atau sampai telur kuning masak)


Lepas tu makan la apa lagi. Hihi. Selamat mencuba.
*Gambar aku akan update kemudian. Sekarang ni agak malas nak transfer file dari hp ke komputer. :)

04 August 2014

Our Love Story




Part 9 - Hari Pernikahan

Part 10 - Hari Bersanding