23 January 2015

2015 - 3 Hari Pertunangan ku Part 2

Assalamualaikum,

Entry hari tu cerita pasal pre e-day kan. Ni nak cerita masa majlis and post e-day. hahaha e-day pun siap ada pre and post. Poyo sangat kan? :D

Majlis dirancang start lepas Zohor dalam pukul 2 petang macam tu. Alhamdulilah. Walaupun pihak lelaki datang lambat sikit tapi semuanya ok lagi. Pihak lelaki dari Batu Pahat separuh and dari KL separuh. KL tu sedara sebelah ayah MR. Bobot. So diorang rancang jumpa kat tol Ayer Keroh katanya. Dalam pukul 1 lebih yang dari Batu Pahat dah sampai kat homestay yang aku sewakan untuk diorang. (Sebab pihak lelaki cadang nak jenjalan Melaka hari Ahad keesokan hari tu). Lepas tu diorang tunggu yang dari KL sampai. Tunggu2 semua dah ada. Dalam pukul 2.30 diorang sampai rumah. Nasib baik lah homestay belakang rumah aku je. Hehe dekat sangat kan. Masa pukul 2 tu pun sedara mara aku dah duk tanya mana diorang tak sampai lagi ke. Abah pun dah duk tanya. Haishh masa tu aku hanya mampu bersabar jela. Mr. Bobot pun stress aku duk push je. Hee sorry awak! 

Ok pukul 2.30 camtu diorang sampai kat rumah aku abah terus suruh diorang makan dulu sebab takut diorang lapar. Nanti time bincang2 kang ada lak yang bunyi perut masing2. Hehe. Then masa perbincangan berjalan aku duk la dalam bilik je dengan kawan2 aku. MAsa ni abah tanya gak mana Mr. Bobot. Tak datang ke? Abah suruh dia datang je. Asalnya aku suruh dia datang lepas habis majlis tapi dah abah suruh dia datang aku pun mesej la suruh dia datang. Perbincangan tu sekejap je aku rasa. Tiba-tiba je kena panggil pergi depan dah. Time tu baru lah rasa berdebar semacam. Masa dalam bilik dah macam2 gaya aku buat. Melunjur, bersila, mencangkung, macam2 la. Haha kawan2 aku semua tegur kata aku ni gaya macam bukan orang nak bertunang. Hahaha mahapla! saya jenis tak reti duk diam and rock kapak. :D

Ok lepas je habis perbincangan aku pun dipanggil ke depan. Duduk kejap dengar diorang bincang sikit lagi lepas tu mama dia pun sarungkan cincin. Dan termeterai lah sudah ikatan antara kami. Alhamdulilah. 

mama :D
Lepas tu sesi bergambar je bersama keluarga masing-masing. Lepas hantar family dia balik aku pergi mencekik dengan kawan2 aku. Kawan2 aku tu semua mencekik untuk kali kedua jugak. hahaha macam ikan pirana betul memasing. Lepas habis makan pun sambung bergambar lagi. Semua buat selamba je depan family aku. Nasib baik la memang dah kenal family aku. Hihi and the rest was history. Bermulalah fasa hidup sebagai tunangan orang yang berdarah manis. hehe. Nah gambar lagi. Enjoy la ye.

antara family and sedara mara belah lelaki

family and sedara mara sebelah aku

kawan-kawan yg datang


dulang hantaran dari pihak dia

dulang hantaran dari pihak aku


Doorgift aku buat sendiri. Yang ni nanti aku review dalam entry lain.
Ok la tu je. Nanti aku review semuanya secara lebih details dengaan cost damage sekali ye. :)

22 January 2015

2015 - 2 I am Bride To Be 2015

Assalamualaikum,

Hai, Titew dah jadi B2B uols. Titew tak sangkew sangat tawww. Euuuwww apa guna titew titew ni. Dah macam budak tak habis sekolah. Hahaha. ok mahapkan hamba ye.

Huargh tak percaya aku dah jadi bride to be. 2015 bakal menjadi tahun bermakna aku. Aku bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun 2015 gitu. Tak percaya sangat. Heee. Alhamdulilah dah sampai jodoh. Ok so sempena aku menjadi B2B ni aku ada buat badge sendiri. Hiks! Aku guna monogram maker and photgrid apps dalam handphone android aku je. Tak la cantik mana pun but aku puas hati je. Hehe nah aku tempek sini je ea. Tak nak tengok  takpe pangkah je browser korang tu. Mihmihmih

Badge ni jugak aku gunakan untuk muka depan buku wedding planner aku. Sekarang ni kalau boleh semua benda nak DIY walaupun tak berapa kreatif janji aku puas hati sebab tak keluar duit banyak. Hahaha ye sy kedekut orangnya. Ok la tu je. Bye! :D


21 January 2015

2015 - 1 Hari Pertunangan ku Part 1

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2015 pun kan. Tak sempat nak buat entry mengenang memori 2014. Hihi takpelah nanti aku ada mood nak recap aku buat ok. Entry kali ni nak cerita pasal hari pertunangan aku. Alhamdulilah 27 Disember 2014 tercatat lagi satu sejarah dalam hidup aku. I am officially engaged bak kata omputih kan. Hihi Alhamdulilah majlis sederhana je seperti yang aku rancang.Tapi nampak havoc dalam gambar sebab geng gila-gila aku datang ditambah pulak sepupu-sepupu yang havoc. Alhamdulilah.

Ok so nak cerita sikit lah masa majlis tu. Alhamdulilah majlis aku berjalan lancar walaupun la masa tu ada la jugak gaduh sikit, marah sikit, salah paham sikit dengan semua orang tapi biasa la tu kan dah tertekan semua keluar. Huhu 

So meh aku review sikit..

So pasal meja and kerusi itu semua abah aku setelkan. Mulanya aku ingat nak pasang khemah sekali abah kata tak payah la sebab sedara belah mak aku semua tak datang. So dia sewa meja dan kerusi saja. Luckily tak sewa khemah sebab petang lepas majlis habis tiba-tiba hujan lebat turun. Kalau sewa khemah confirm kena tempias yg bawah khemah tu. Meja and kerusi abah just susun kat porch kereta je. Untunglah porch kereta kat rumah ruang mencukupi cuma agak sempit sikit jela but aku rasa it's ok sebab tetamu tak delah ramai mana pun.

Baju tunang pulak aku recycle je dari baju raya aku. Kebetulan baju raya aku dress kosong so aku just tambah lace sikit and manik je sikit. Ok baju ni pun ada kerja last minute buat. Hahaha aku semua benda nak buat last minute. Asalnya baju tu aku tak cadang nak jahit lace kat tengah bahagian pinggang pun. Aku just jahit kat hujung tangan and tambah manik je tapi bila kawan2 aku datang semua complain cakap baju nampak kosong sangat. Lepas tu salah seorang offer untuk jahitkan lace tu. Barang semua memang aku ada je cuma nak jahit tu aku tak berapa reti takut tak cantik. So bila dia dah offer aku pun terima jela. Hahaha memang kelakar masa tu. Macam-macam kejadian berlaku. Hihi Thank you to my friends geng fir. Geng fir geng kelas aku dari zaman sekolah menengah dulu. Memang havoc diorang ni. 

Nampak lace kat tangan and kat pinggang aku tu.
Shawl pulak aku beli shawl kosong dari ig shop. Veil pulak aku guna halfmoon kosong warna cream pun beli online. Asalnya nak buat veil ada manik2 and lace tapi disebabkan tangan aku yang tak kreatif dan keras ni niat tu tergendala. Aku tunggu akak aku balik bawak set manik dia and suruh dia jahitkan. Tapi tapi akak aku sampai je kat rumah terus sibuk memasak. Dia ambil alih jadi chef sekejap gantikan mak aku yang masih kurang sihat masa tu. So dia dah takde masa nak tolong aku jahit manik tu. Sedih taw! Nasib baik kawan2 aku tu ada. So dia just bawakkan aksesori kepala je untuk lekatkan kat veil aku tu. Aku tak tahu apa nama aksesori tu. Tapi memang ngam and cantik kena pulak dengan pakaian aku masa tu.

Ni lah aksesori tu.

Mekap aku pulak disponsor oleh sepupu ku. Sponsor la sangat. Barang mekap pakai main cekup je sepupu2 and kakak2 aku punya then sepupu aku tolong mekapkan. Btw, sepupu aku tu lelaki so jangan tanya dia memang keje pak andam ke tak sebab jawapannya tidak. Dia hanya mekapkan sepupu2 perempuan dia sahaja. Kalau orang luar dia tak berani sebab bukan muhrim katanya, Hihi

Dulang hantaran pulak semua aku buat sendiri. Gigihlah google sana sini and mintak pendapat kawan2 semua. Haha tapi last2 kawan2 aku jugak yang tolong modified sikit mana yang tak cantik tu. Terharu dapat kawan2 camni. Haha


Inilah dulang hantaran aku kepada dia. 7 berbalas 9 dulang

Mini pelamin. Haa kan asalnya dalam checklist aku tu aku tulis tak nak ada pelamin kan sebab membazir tapi akhirnya aku buat jugak mini pelamin tu. Sebab sepupu aku yg mekapkan tula yang suruh buat. Dia kata nanti dia buatkan just prepare kain je. Hahaha aku pun ok asal tak keluarkan duit ok lah on je. Hehe. Ada 1 kain ela tu kak lang aku belikan siap hantar p jahit tepi. Baik sungguh. :p   

Hihi mini pelamin DIY oleh sepupu dan makcik ku

Then kakteh aku pulak ada lebihan kain langsir kat rumah. Dia pun bawak untuk dijadikan backdrop pelamin nanti. Take note, kain langsir tersebut juga digunakan oleh kakteh aku untuk jahit sarung bantal untuk aku duduk masa sarung cincin nanti. Haha So dalam gambar bantal dengan kain pelamin sama jangan ditanya. :p  Ok alas bawah tempat duduk tu aku tinggikan sikit dengan letak kayu katil yang berpalang tu then aku alas dengan kain langsir mak aku. Kain langsir ni aku jumpa pukul 9 pagi lebih kurang sebelum majlis. hahaha so korang boleh bayangkan tak betapa kelam kabutnya aku. Tolong jangan tiru aksi ini. Hihi. Lepas tu hias2 bunga tu semua makcik and sepupu aku buat. Sorry la gambar kayu bawah alas tu aku tak ambik masa tu sebab dah kelam kabut semua lupa.

Ok apa lagi? Oh photo props aku buat sendiri semua. Just guna microsoft excel. Gigih buat time opismate kuar lunch aku sanggup duk kat opis buat benda alah tu. Lepas tu print curi2. Ok sila jangan tiru aksi ni lagi. Muahahaha. Oh kalau ada yang berkenan tengok photo props aku ni bolehlah tinggalkan emel korang kat ruang komen ok. Cuma jangan expect too much la. Aku buat yang biasa2 je. 


Makanan pulak family aku yang masak. Just masak lauk kampung je. Buat nasi serai, sup ayam, ayam goreng berempah, kuah lemak ayam, ulam-ulaman dan sambal belacan sikit. And then air koktel buah-buahan campuran. Sedap kot. Aku makan dua kali. Buruk perangai kan? Hihihi. 

Eh terpanjang pulak entry. Rasa macam dah review details pulak. Hahaha maapkan saya. Saya terlalu eksaited! :D Ok la ok la nanti aku sambung next entry sekitar apa yang berlaku pada majlis pulak. Ni entry cerita pasal pre majlis ni. Hihi Nanti aku cerita post majlis pulak. :p

Mihmihmih :p

 

Me and my fiancee
Ok la ni je dulu gambar. Nanti gambar lain kat next entry.