24 September 2013

2013-11 Bubur nasi kasih sayang

Assalammualaikum,
Hari ni aku terasa macam nak kongsi 1 resepi yang sangat mudah. Sangat senang sampaikan aku rasa anak buah aku yang darjah 3 tu pun boleh masak la. Terasa diri ini sangat malu sebab tak expert lagi bab masak2 ni. Takpe slow-slow yang penting ada usaha. 

Ok ni aku nak kongsi cara buat bubur nasi. Resepi ni khas untuk perempuan-perempuan yang takut minyak terpercik kat tangan ke muka ke atau takut masak tak sedap ke sebab resepi aku ni gerenti sedap. *aku gerenti mesti jadi punya. Kalau tak jadi maknanya korang punya tangan kena ketuk tukar jadi sudip. Hihi* 

Actually bubur nasi ni Mr. Bobot ngidam masa dia demam hari tu. Nak update dari dulu lagi tapi malas nak transfer-transfer gambar dari hp. Yela kalau nak kongsi resepi takde gambar tak syoookkk r weh. Hehe. So ini hasil dia dari aku punya tangan khas untuk Mr. Bobot. Dia siap puji lagi "Sedap sayang masak. Nanti masak lagi ea" Hahahahaha terus hidung aku kembang kuncup kembang kuncup. Ok dah melalut lagi. Nah la tengok resepi ni and try ok. Nama bubur nasi aku "Bubur Nasi Kasih Sayang".

Bahan-bahan:
1 pot nasi (Ni pun banyak untuk sorang makan. Tapi disebabkan perut Mr. Bobot saya besar jadi saya bagi je 1 pot untuk dia sorang. Haha.)
3 cawan air (Boleh ditambah dari semasa ke semasa sebab nasi akan serap banyak air)
1 sudu kecil bawang putih dan bawang besar untuk tumis saja.
1 sudu kecil minyak (just untuk menumis bawang sikit untuk naik bau dan rasa)
Lobak merah (ikut korang nak banyak ke sikit and ikut nak potong bulat atau dadu. Aku suka potong bulat nipis2 sebab cepat empuk)
Kentang (ikut suka jugak nak banyak ke tak sama macam lobak)
Ayam (aku hiris 1 ketul bahagian dada. Cukuplah untuk sorang makan je)
1 sudu kecil Serbuk ayam Knorr 
Sikit ikan bilis untuk hiasan
Sayur-sayuran lain yang korang suka pun boleh letak

Cara-cara:
1. Mula-mula aku rebus kentang dulu sampai empuk supaya nanti bila dimasak dalam bubur tu cepat sikit dia empuk. Lepas kentang dah siap direbus ketepikan. Air rebusan kentang tu jangan buang sebab nanti boleh digunakan juga untuk tambah-tambah air dalam bubur nasi tu.
2. Tumis bawang putih dan merah dalam periuk. Bila dah naik bau, masukkan ayam. Kacau-kacau biar ayam masak sikit. 
3. Masukkan air rebusan kentang tadi (kentang jangan masuk dulu). Lepas tu masukkan beras. Kacau selalu supaya beras tu tak melekat bawah periuk.
3. Bila dah mula mendidih, ada buih-buih bolehlah masukkan sayur-sayuran tadi termasuk kentang sekali dan juga serbuk ayam Knorr.
4. Sekali sekala kena kacau supaya bubur tu masak sekata. Biar beras tu tak ada yang mentah. Perhatikan air. Kalau rasa macam bubur korang pekat sangat tambah air sikit-sikit sambil rasa-rasa masin ke tak. Oh lupa, aku dah tak masukkan garam sebab serbuk ayam Knorr tu dah cukup masin bagi aku. Kalau tambah garam nanti masin sangat pulak. Tunggu sampai kentang dan lobak betul-betul empuk (Kalau tak tahu kentang dah empuk macam mana meh aku hempuk kepala korang. Haha). 
5. Lepas tu tutup api dan hidang la. (Ni pun nak kena ajar ke? Grrr!! Haha. :p)
6. Goreng ikan bilis sikit kalau nak la then tabur je atas bubur tu. Dah siap!!

Dan hasil bubur aku seperti di bawah. Bubur nasi aku pekat sikit sebab aku nak Mr. Bobot rasa kenyang dan sihat. Sweet tak titew?? Auww!! Hahaha.


Bubur Nasi Kasih Sayang

Aku letak dalam bekas sebab buat delivery untuk Mr. Bobot. Sian dia masa tu demam. 

*Korang boleh ubah-ubah resepi ikut keselesaan dan kesesuaian. Bubur nasi nampak mudah tapi sebenarnya susah untuk maintain dia punya pekat atau cair. Selamat mencuba!

02 September 2013

2013-10 Jalan-jalan Melaka

Memang terbaik update blog sebulan sekali je. kesian kau ye blog tuan kau dah jarang nak muntahkan cerita gempak lagi sensasi kat kau. takpe2 yang penting blog masih di hati. Ada masa nanti kan ku update dikau selalu. aku dah cantikkan kau pun dah kira ok kan? Tu kira macam pembalasan la sebab dah lama tak update. Ok aku dah start mengarut.

Cuti MerdekaRaya dah habis dah. Bila dah puas bercuti rasa malas je nak naik kerja. pergi kerja mata kuyu je. Tu memang penyakit aku dari zaman sekolah lagi. Haha. Cuti 31 Ogos hari tu kawan aku dari JB ada datang Melaka katanya nak jalan2 kat sini. tapi dia bukan orang JB taw. Dia orang Kelate tapi bekerja di JB. Dia tak pernah berjalan kat Melaka katanya dan dia sangat terbakar hati bila aku duk api-apikan dia kata Melaka ni best Melaka tu best (padahal biasa2 je. haha). So akhirnya datang la jugak dia ke negeri Hang Tuah ni. Banyak tempat kitorang pergi. Semuanya atas jasa Mr. Bobot tersayang yang sudi jadi driver kami. Thanks sayang! Loveyoumuahmuah! *ok sila muntah sekarang* 

Yang penting hajat si mek kelate tu dah tercapai la. trip 2 hari 2 malam berbaloi. malas la nak taip banyak2. nah tengok la gambar tak seberapa ni. Gambar2 ni semua pun ihsan dari galaxy note 2 membe aku tu. Nak harapkan aku memang takde gambar la jawabnya.


Ni masa 1st night lepas membe aku tu sampai dia pakai maen snap je gambar.

Ni gambar dalam Masjid Selat

Wildlife Theatre Melaka tapi kitorang tak masuk pun

Coconut Shake Klebang. Terbaikkk wookk!!

Sila terliur!

Muzium kapal selam kat Klebang. Dulu tak boleh masuk dalam tapi sekarang ni dia dah open untuk orang tengok dalam kapal tu.

Tiket yang dah takde sebab orang jaga pintu kapal tu dah ambil.

Tu jela setakat ni. Nak masuk banyak2 tak larat nak tunggu. Broadband semakin lembab. Nanti2 aku rajin aku cerita lagi aku up gambar cantik2 sikit. Ni malas nak pilih and edit so main klik2 and letak je. 

*Thank you Mek dan "Abe" beliau sebab sudi datang lawat and dating kat Melaka ni. Nanti kite jalan2 lagi ok. Teha, takpe lain kali boleh join ok. Mr. Bobot you're the best! walaupun suke menyakat tapi awak tetap saya sayang. Terima kasih sudi jadi driver kami. Loveyouwithallmyheart!