24 July 2014

2014 - 16 Raya is around the corner

Hai,

Hari ni last aku bekerja. Yihaaa!!! Esok dah mula cuti raya. Hahaha saja amek cuti awal sebab nak siapkan kuih2 raya yang masih tak banyak tu. Tahun ni raya aku happy. In shaa Allah segalanya akan berjalan dengan lancar. In shaa Allah raya tahun ni tiada lagi cerita sedih. Tak sabar nak sambut raya tahun ni. Hehe.

Tapi persiapan tahun ni ala kadar je. Sebab tak dapat bonus dan duit raya pun dari company! huarghh!! Stress ahkak! Tapi takpe la. Terima jela. Beraya jela dengan apa yang ada. Ok la nak balik dah.Bye

Selamat Hari Raya Aidilfitri! 
Maaf zahir dan batin 
andai ada 
tersalah kata 
tersilap taip. 
Kosong-kosong ok? :)

01 July 2014

2014 - 15 First Time Kami Berjumpa

Hai. 

Nak sambung cerita cinta aku dan si dia. Cewahhh!! Hahaha. Tak syok la biar cerita tergantung je ye dak? Ok now nak masuk fasa kedua iaitu berjumpa face to face.

Lepas kitorang mesej2 tu and bergayut beberapa kali, Nina and Topek ada plan untuk keluar date and at the same time diorang nak mempertemukan la aku dan Mr. Bobot secara face to face. At first, Nina ajak keluar je suruh teman dia nak date dengan Topek and cakap Topek ada bawak kawan so nanti tak la aku sunyi. Masa tu aku tak tahu Topek tu kawan Mr. Bobot and kawan yang diorang maksudkan tu ialah Mr. Bobot. Aku masa tu memang mati2 ingat Mr. Bobot ni kawan Nina. So aku pun macam oh ok boleh je nak teman Nina. Lagipun cuti2 bosan duduk rumah. Oh ye, waktu tu aku tengah tunggu result kemasukan Degree Uitm. Kira aku baru habis Diploma la masa tu. So aku pun on je. Cakap dengan Mr. Bobot nanti aku keluar dengan Nina and kawan2 dia. Siap ajak dia sekali. Tapi dia menipu mula2 cakap dia tak dapat ikut tak dapat nak turun Melaka (Mr. Bobot orang Batu Pahat sama dengan si Topek) sebab ada kerja. Aku pun macam oh ok nevermind tapi dalam hati kuciwa jugak la sebab tak dapat jumpa lagi. Lepas tu, dia tak sampai hati nak tipu agaknya, dia cakap dia memang jadi datang. Stress aku dengan dia masa tu. Suka benor dia kenakan aku. Dah la loyar buruk and suka perli + sakat aku. Memang annoying la jugak layan dia dulu.

Tiba hari yang dinantikan masa tu cuti Awal Muharam tak silap. Owh entry ni ditulis selepas aku berjumpa dengan dia. Kitorang keluar berempat. Aku, Nina, Topek and Mr. Bobot. Naik kereta viva ayah Topek. Al maklum masa tu masing2 masih student and baru habis belajar so haruslah meminjam harta benda family. Hehe. Kitorang keluar round bandar Melaka, tengok wayang, lepak tepi pantai. Masa tu aku memang tunjuk kepala keras, hard core, ganas, dalam erti kata lain bukan perempuan lemah lembut la. Hehe memang sengaja buat begitu nak suruh Mr. Bobot jangan terpikat dengan aku ni. Tapi mungkin dah jodoh, Sekasar aku ni pun dia boleh terpikat. Hahaha. Dan aku pun dah ada terpikat sikit kat dia nak2 masa tu dia ada bukakkan pintu kereta untuk aku. Sungguh aku terharu sebab tak pernah ada lagi lelaki yang gentleman bukakkan pintu kereta untuk aku. Tapi bila dah lama bercinta ni memang tak la dapat merasa dia bukakkan pintu kereta untuk aku. Haha

Start dari hari tu, hubungan kitorang makin baik and bibit2 cinta mula tumbuh. (Amboiiii ayat gediks!) Aku dah boleh terima dia sikit2 and dah boleh lupakan crush aku dulu tu. Bila hubungan kitorang ni develop and jadi couple? Aku pun sebenarnya tak ingat tarikh sebenar dia propose untuk jadi girlfriend dia. Lepas je jumpa tu dia ada je bagi hint2 lepas tu panggil2 aku sayang la. Then 2 ke 3 hari before birthday aku kitorang dah start macam buat panggilan manja kanda dinda gitu. Lepas tu aku pun saja ajak dia wat in relationship kat FB tu and dia pun setuju je. Tu yang kitorang start rasa selesa dengan diri masing2 and develop sendiri rasa sayang tu. Yang lagi buat aku sayang dia sebab dia celebrate birthday aku which is korang boleh baca kat sini . Dia jugak lah lelaki pertama yang bagi aku teddy besar yang kitorang namakan Bobot. Yup dari situ la aku dapat idea nak panggil dia Mr. Bobot. Sebab dia yang bagi Bobot kat aku. nama Bobot tu pun idea dari dia. Kalau ikutkan aku ni aku panggil Teddy je. Hehe. Oh yang lagi sweet nye kat Bobot tu ada kad kecik tulis 'will you be my gf?' Hehe of course la sudi jadi kan.

But for the first 3 months tu aku still ada rasa ragu2 dengan diri aku and hubungan ni tapi dia banyak bagi sokongan and sabar menunggu aku. Aku takut macam rushing sangat and takut aku jadikan dia macam tempat rebound je. Yela sebab kitorang ni kenal pun tak lama, dalam sebulan je tak silap then terus couple. But Alhamdulilah sedar tak sedar dah nak masuk 4 tahun hubungan ni. We managed to get through it and we are going to make one little step closer to hubungan yang halal. Insya Allah semoga dipermudahkan.

Ni gambar masa first met dengan dia. Hiks!

Inilah bobot kesayangan aku. Dah kepam dah dia skang ni sebab hari2 tuan dia ni peluk. Hiks~