26 April 2011

i am happy for u bro! :)

Joey =)

if you are happy i am also happy for you bro.
you deserve to live happily selepas apa yang kau lalui selama ni.
i pray for your happiness.

and please pray for my happiness too will ya? =)
we are bestfriend until we die. 
hope to hear good news from you soon. =)


25 April 2011

masa lampau : Mr. A

patut ke aku rasa bersalah sebab tak menunaikan janji yang aku buat pada diri sendiri?
yes aku rasa bersalah.
semua sebab duk tengok FB dia.
tiba2 teringat kenangan manis dengan dia.
tengok balik gambar2 yang kami duk tag komen2 terasa macam bersalah sangat.
tapi bukan aku yang bersalah kot. dia yang tak nak mengaku perasaan dia tu so aku move on jela.
itu dikira salah ke?dari tunggu benda yang tak pasti kan better aku move on je.
sampai bila aku nak tunggu pun.

ok. enough. semua ni perlu dihentikan la.
tak perlu rasa bersalah.
janji tu aku buat pada diri sendiri je pun.
jadi tak kira mungkir janji la kan? aku masih tak boleh lupakan dia ke? oh tidakkkk!!!

"wake up la. kau dah bahagia kot sekarang ni. takkan nak pandang belakang and jadi macam dulu? kau dah dapat apa yang kau cari selama ni kan? so kenapa nak pandang ke belakang lagi? biarkan je dia. dia mampu berdiri lagi tanpa kau. entah2 kau pun tak penting dalam hidup dia."

emm yup2. lupakan saja. act normal la beb. tak ada apa yang perlu disesalkan.
he deserved that. =_=!

*WOI! STUDY LAR!!! ASYIK ONLINE JE KEJE KAU! PERGI STUDY!!

mood : cuti! cuti! :(

Fast & Furious 5 - 5th May 2011
Kongsi - 12th May 2011
Nur Kasih The Movie - 19th May 2011
Pirates of The Carribean : On Stranger Tides - 19th May 2011
Kung Fu Panda : The Kaboom Doom - 26th May 2011

X-Men : First Class - 2nd June 2011
Transformers : Dark of The Moon - 30th June 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows : Part 2 - 14th July 2011

and on August ada Final Destination 5.

*semua ini adalah list WAJIB TENGOK masa cuti 4 bulan nanti. tapi kena cari kerja untuk dapatkan duit. bila ada duit barulah boleh berfoya-foya release tension tengok wayang and hang out with geng!
oh. sangat tak sabar nak cuti 4 bulan ni ok. haishh study la. update blog pulak budak ni. seriously kena cari semangat untuk study. mak! tolong! huhu. :(

ehsan dari GSC.

23 April 2011

exam time!

oh. lupa lupa. sudah ada di perak kembali.
hanya untuk 3 minggu lagi.
untuk tempuh final exam.
oh exam. tolong cepat2 habis. tapi tapi lepas habis exam kena stay kat perak lagi untuk konvo.
nak konvo dah aku ni. alhamdulilah. selamat habis diploma dah aku ni.
hmm tak sabar nak tunggu habis konvo.
sebab nanti boleh balik and cuti 4 bulan.
yeaaayyy!!! boleh duduk rumah makan free. pergi dating dengan kawan2 dan dia.
tak sabar tak sabar!!!! :D
tapi tapi kena study dulu untuk final ni ok. :(

jadual  exam yg macam harem!

whatever!

hopeless.

nothing.

hypocrite?me?hell!

concrete wall. u. me. oh?

what?understand?not?

whatever. don't care.

emo. not good.

happy2 sudah.

boleh blah kalau tak suka. :)

*tak paham?tak payah paham pun takpe kot. saja duk merepek sat sebab bosan nak study. :)

20 April 2011

pengajaran~

pengajaran :

1. jangan bercinta dengan kawan2 yang dalam kelompok kenalan kamu. kelak kamu juga yang akan susah dan sakit hati. sebab? sebab bila putus then kalau lepak keluar kekadang kamu mungkin akan terjumpa dengan dia dan ini mungkin akan menggamit kembali memori lama kamu itu. nak2 kalau ada memori buruk. rasa nak tampor2 je muka dia kan? kalau putus then cakap kita still kawan pastu lepak rileks2 leh gelak2 tu laen cerita la kan.

2. jangan bercinta dengan kawan kepada kawan kamu. kira macam kawan kamu kenal2 kan kawan mereka kat kamu la. sebab? sebab bila kamu putus nanti kamu juga akan sakit hati kalau ternampak si dia berinteraksi dengan kawan kamu tu. then kamu akan rasa macam nak menangis je bila tengok si dia gembira atau mungkin akan ada api dendam yang membara untuk membalas dendam ke kan.

3. jangan bercinta dengan orang yang kamu tak kenal. contohnya orang tu kamu kenal di laman sosial la. sebab? sebab kamu tak kenal siapa dia. kamu tak tahu dia baik atau tak. kebanyakan orang akan menyamar di laman sosial. dan kebanyakannya juga terbalik dengan sifat sebenar mereka di luar. jadi kamu mungkin akan ditipu.

4. jangan bercinta dengan jiran atau ang duduk setaman atau sekampung dengan kamu. sebab? ni kes sama dengan yang no. 1 and 2 tu la. pusing2 nanti jumpa jugak kat situ. yela dah kata setaman sekampung bagai kan. melainkan kalau kamu atau si dia yang berpindah. kalau kes pindah ni x payah cerita la kan.

hmm apa lagi ye? aku tak ada idea lagi. setakat ni tu jela kot yang aku rasa orang yang tak patut kita bercinta. tapi jangan la take it serious ea. ni semua dari pengalaman aku sendiri. kalau rasa diri sendiri boleh manage perasaan tu makanya dengan siapa kita bercinta takkan menjadi masalah. kalau tak dapat lupakan makhluk2 yang berlawanan jenis tu pun apa kata kita anggap ia sebagai satu pengalaman yang berharga ye tak?mungkin dengan cara itu kita tak la sakit sangat kalau teringat. think positive je people. jika positive maka semua benda akan menjadi senang. macam yang aku selalu buat. fikir positif sebelum fikir negatif.

*dapat ilham tulis ini entry sebab TERnampak FB orang yg dulu2 yg pernah bikin hati aku panas. :)

19 April 2011

aoh sweetnya kamu!

fuhh dah berhabuk blog ni aku rasa. nak dekat seminggu lebih tak update. sibuk dengan assignment yang entah apa-apa la. belajar IT tapi kos yang diambil tak ada kaitan dan gunanya pun dengan IT ni. tapi alhamdulilah assignment berjaya disiapkan. :D

oh ok ok. sekarang ini aku berada di rumah. yeah!! memang best dan happy sangat2 la. dapat release tension sikit. lepak2 chill2 dengan teman2 rapat. cerita adu domba dengan diorang. kesian mereka dengar aku mengeluh je. and and benda paling best sekali dapat pergi dating! wee~ suka sangat2! terima kasih ye Mr. Bobot sebab sudi datang Melaka ni untuk dating dengan i. i appreciate sangat2. yang paling best tu bila jumpa je mesti bagi coklat. oh so sweet! :D ok saya mintak mahap sebab terlebih gedik. HAHA!

actually tak tahu nak merepek meraban apa dalam entry ni. bila hati senang tak tahu nak tulis apa sebenarnya padahal banyak je perkara yang berlaku yang boleh diceritakan. emm tapi nanti2 la aku tulis. sudah mahu tidur sebab sudah malam. penat baru balik dating ni. so goodnite.

*mahap entry sangat gedik u olls! :D

09 April 2011

tolong saya!

kenapa blog aku ni tak boleh nak upload gambar dari laptop aku ea?
pilih dah select gambar dari laptop pastu dia tak masuk kat tray picture tu.
sebelum ni ok je boleh je aku upload gambar.
kenapa kali ni tak boleh ea?
gambar aku tu memang dalam format yang boleh upload je pun. 
nak kata besar pun tak.
yang aku tak paham tu dia tak nak keluar kat tray select tu.
benda ni terjadi lepas aku format laptop aku.
kawan2 sesiapa boleh bantu saya?ada tak sesiapa yang tahu. emmmm

06 April 2011

ketidakpuasan hati

sport day dah habis.

dinner pun dah habis.

satu je aku tak puas hati.

kenapa mesti mainkan lagu2 korea?hampir setiap waktu mainkan lagu korea. bosan. bosan.

apa MALAYSIA ni dah takde lagu2 sendiri yang sedap untuk diputarkan ke?

dulu heboh dengan lagu indon yang mendayu2. sekarang ni lagu korea pulak?lepas tu nanti mula la heboh kata gerak tarian dia macam tarian gereja la, lirik lagu dia bawak maksud tak elok la. boleh tak sebelum suka dan addict sesuatu tu sila siasat dulu. tak de lah nanti nak menyesal. macam tarian poco-poco tu. sekarang ni dah haram pulak kat Perak. siapa yang perkenalkan tarian ni pun aku tak tahu la.

aku bukan anti-korea ke ape ke. aku mengaku aku juga tengok cerita korea siap meleleh leleh air mata. aku dengar juga lagu2 korea ni tapi aku tak la se'fanatik' mereka2 ini sehinggakan dalam semua majlis nak putar nak guna lagu korea nak tiru tarian korea. haish!

come on rakyat Malaysia. kamu perlu ada identiti sendiri. tak cukupkah dulu nenek moyang kita pernah terseksa dek jajahan orang2 luar ini? kamu semua mahu ulangi peristiwa2 lama kembali kah? sedarlah.

p/s : entry ni hanya menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap segelintir pihak yang terlalu taksub dengan korea2 ni. last2 dalam 4 5 tahun akan datang kau taksub pulak dengan muzik dari negara lain dan kau lupakan korea ni pula. dah macam lalang rakyat Malaysia ni. *mengeluh untuk yang kesekian kalinya*

01 April 2011

bukan gadis biasa

aku bukan seperti gadis lain yang pandai lentok sana sini dan beri kata-kata manis yang sedap didengar.

aku juga bukan seperti gadis lain yang sopan santun hanya di depan lelaki semata-mata untuk tarik perhatian mereka.

aku bukan seperti gadis lain yang bila berkata-kata hanya semut dan nyamuk saja yang dengar.

aku bukan seperti gadis lain yang lebih suka duduk di dapur.

aku bukan seperti gadis lain yang memakai kain batik di rumah mereka.

aku tidak seperti gadis lain yang terlalu menjaga kecantikan mereka sehingga mencacatkan muka sendiri.

aku bukan gadis biasa. namun jiwaku masih seperti gadis lain yang punya perasaan.

luaran ku saja yang tidak seperti mereka. mereka yang hanya mementingkan luaran.

aku juga ingin dibelai dan dicintai seperti gadis lain.
dan hanya kau yang memahami aku dan menerima aku.

maafkan kekasaran ku kerana ini sudah sebati dengan diriku.
ketahuilah aku masih lagi gadis cuma yang berbeza aku bukan gadis biasa. ye bukan gadis biasa dan istimewa.
suatu hari nanti mungkin aku akan bertukar menjadi gadis tetapi tidak seperti gadis lain. yang berubah hanya tiada lagi bukan biasa dan hanya tinggal gadis. mengertikah kamu?

*entry suka-suka kerana dapat mood jiwang balik.