21 April 2013

2013-4 Dugaan

fuhhhh!!! fuhhh!!! tiup sawang2 yang ada dalam blog ni dulu. lama betul aku tak menaip. sebulan sekali jela aku menaip. betul2 busy dah. bukan busy apa pun cuma penat bekerja. isnin ke jumaat 8pagi sampai 5petang kerja lepas tu balik kerja jumpa Mr. Bobot kejap teman dia makan. sampai rumah dah pukul 7malam macam tu. mandi2 lepas tu kemas dapur tengok tv ke buat kerja sikit then 11malam mata dah ajak naik katil. sabtu pun aku kerja tapi half day sampai pukul 1petang jela. balik rumah online2 golek2 tidur sementara tunggu si dia balik kerja. lepas tu tolong2 mak basuh baju ke kemas2 rumah ke. then hari ahad mesti la nak dating. hihi dating mesti lama. balik rumah mesti dah malam. (ok aku anak dara teruk!) hahaha. dah balik dating mesti dah mengantuk, bila ngantuk terus masuk bilik tidur la. so takde masa nak hupdate blog ni. (ok nampak tiou ke'busy'an aku kat situ. busy dengan si dia jela memanjang. hehe dah dekat kan.) 

tapi sekarang ni aku punya masalah besar. aku tak sangka aku akan hadapi perkara ini. aku mungkin masih boleh bergelak ketawa seperti biasa depan orang ramai tapi dalam hati aku hanya Allah yang tahu. jujur aku masih trauma dengan kejadian itu. aku masih teringat akan peristiwa itu. setiap masa aku terbayang. tapi aku kuatkan diri aku hadapi dugaan ini. mungkin ini balasan atas segala dosa2 aku buat sebelum ni. aku terima dengan redha. dan aku yakin jika aku sabar pasti akan ada ganjarannya. hanya bersabar saje yang aku mampu buat sekarang ni.semoga permasalahan ini akan aku lupakan juga suatu hari nanti.