30 July 2012

akur janji

Hari tu kan....kita gaduh.....sakit hati nye tak payah cakap lah....tapi kan tapi kan awak dah pujuk saya dengan cukup baik sekali. pandai awak pujuk saya. huhuhu saya terharu bila dengar lagu yang awak bagi kat saya ni. terus sejuk hati saya. huhu....ni lirik lagu tu...sayang awak.. :D
opppss!!! tergediks sudahhh!!! hahaha

Tajuk : Akur janji
Penyanyi : Edie & Wanie

Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta

Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu

Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu

Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Tercipatalah sebuah ikatan

Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui


27 July 2012

membebel

pelik la bila tengok ada anak tak berhati perut ni. sepatutnya anak lelaki yang kena menjaga ibu bapa and mendengar cakap ibu. and isteri kena dengar cakap suami. tapi sekarang dah terbalik. isteri @ anak perempuan pulak yang mendengar kata ibu and jaga ibu, yang suami dengar kata isteri pulak. apa nak jadi kan.

lagi satu bila ada anak2 yang tak mengenang budi. dah disediakan segala benda oleh si mak dan ayah. sampai dah beranak pinak pun masih mak ayah yang tanggung. macam mana tu? memang lah kerja tapi sesibuk mana pun kerja tu, sebagai isteri dan juga anak, patutnya kenalah masak untuk suami and mak tu. ni tak, terbalik pulak. mak pulak yang masak untuk anak siap bagi bekal bawak balik untuk anak tu makan satu family. kalau ada hulur duit tanggung mak tu takpe jugak. ni semuanya free. jaga cucu2 pun free, bagi makan pun free. bila mak tu bising boleh pulak si anak tu buat tak tahu je. tebal sungguh muka anak tu kan. sampai bila la benda ni nak berterusan. haishh! kesian insan yang bernama mak tu. si anak ni takde otak agaknya, tak boleh berfikir ke? buta hati betul la...

semoga la si anak tu sedar diri sebelum terlambat, sebelum menyesal macam dalam cerita tanah kubur tu kan. moga2 bakal anak aku takde yang macam tu. moga aku pun tak jadi macam tu jugak. amin~

25 July 2012

Kepada Kamu


Kepada Kamu…

Aku ingin Kamu Menjadi Imam Di Setiap Solatku..
Agar Solatku Lebih Bermakna Dan Terjaga Hendaknya…

Aku ingin Kamu Menjadi Penjaga Diri Dan Maruahku Agar Hidupku Lebih Tenang Dan Bahagia…

Aku ingin Kamu Menjadi Pendidik Hati Dan Jiwaku Agar Rohaniku Terisi Hikmahnya…Dan Akhlakku Terjaga Hendaknya…

Aku ingin Kamu Menjadi Pemerhati Setiap Gerak Dan Langkahku Agar Aku Tahu Mana Salah Dan Buruk Laku Ku…

Aku ingin Kamu Menjadi Peneman Dikala Suka Dan Duka Ku, Agar Satu Hari Jika Ujian Itu Datang Air Mataku Ada Yang Menghapuskan…

Aku ingin Kamu Menjadi Pembela Diriku Dan Agamaku Agar Aku Terus Berada Diatas Jalan Yang Benar…

Aku ingin Kamu Menjadi Penggerak Semangatku..Agar Bila Aku Kelesuan Kau Mampu Memberi Bantuan Walau Hanya Sekadar Senyuman

Aku ingin Kamu Menjadi Sahabat Buat Diriku..Mendengar Luahan Hatiku Agar Aku Boleh Berbicara Apa Saje Denganmu Tanpa Rasa Ragu…

Aku ingin Kamu menjadi Penghibur Tika Ku Kesunyian Agar Aku Boleh Ketawa Riang…

Dan Sudikah Kamu Menemani Hidupku Sepanjang Hayatku Didunia Ini Dan Menghargai Kehadiranku Disisimu…

*hee~ ayat ni macam kenal je kan. aku copy dari blog ini dan kemudian aku edit sikit. ^_^

23 July 2012

tak terluah


benda yang sama berlaku lagi. salah faham. salah faham. salah faham.
susah sangat ke nak faham apa yang aku nak ea? kenapa tak boleh nak menerima aku seadanya? aku ni terlalu buruk dan jahat sangat ke di mata orang? apa aku buat semuanya dirasakan macam salah. apa aku ni tak layak digelar perempuan ke hanya sebab perilaku aku agak kasar? perempuan semua mesti bersopan santun, lemah lembut, gelak tutup mulut je ke? ye aku tahu itu memang sepatutnya keadaan untuk seorang perempuan. tapi kalau dah aku ni memang dilahirkan macam ni, dah dilatih macam ni, dah dibesarkan dalam keadaan begini dan jadi macam ni salah ke?
kalau dilihat dari segi kelebihan, aku rasa perempuan yang lemah lembut ni semua senang dibuli senang dibelasah. tak ke patut bersyukur ada perempuan macam aku ni yang serba boleh buat macam2 benda2, yang mampu berdikari, yang kalau orang nak dajalkan aku pun orang tu akan fikir 5 6 kali.... tak ke?

teruk ke perempuan kasar macam aku? walaupun aku ni kasar tapi itu semua luaran je. dalaman aku ni masih seorang perempuan yang memerlukan perhatian dari seorang lelaki yang aku sayang. aku masih bersifat ladies cumanya bukan ladies yang tipikal, yang biasa lemah lembut. sebab inilah aku tak suka perempuan yang lemah lembut sebab di mata orang, perempuan jenis ni baik, suci, tak buat jahat, bersih. tapi kebanyakan (BUKAN SEMUA) perempuan lembut yang aku kenal semuanya talam dua muka atau akan tikam kawan dari belakang hanya kerana lelaki. ini pengalaman yang aku dapat dari kawan2 dan juga pemerhatian yang aku buat la. sorry if i am wrong. ahhh apa la aku merepek dah ni...

kesimpulannya, salah ke sifat aku kasar sedikit? ye aku tahu boleh berubah dan kena berubah tapi aku rasa sifat aku tu tak memberi kesan negatif pada orang lain la KOT...kotttt la......tapi aku masih tahu jaga batas2 aku. aku terlebih kasar pun dengan perkataan mulut la selalunya. dah orang melaka nak buat macam mana kan. tapi batas aku berkawan masih ada. mungkin dulu ye aku tak fikir panjang suka2 hati bertepuk tampar sana sini tapi ITU DULU...itu semua dah menjadi SEJARAH. ITU SEMUA DULU...D.U.L.U..... dan aku cuba menjadi lebih baik. bukan aku tak berubah langsung. aku cuba berubah dan sikit2 aku berubah. macam orang selalu cakap la, nak berubah tak boleh secara drastik kena berubah sikit2, dan nak berubah tu pun banyak cabaran, kadang2 kena ada bimbingan dari orang tertentu juga. aku akan berubah sebab aku nak berubah. aku taknak berubah sebab orang nak ubah aku. kalau aku boleh terima kelemahannya kenapa dia tak boleh terima kelemahan aku. aku ni manusia biasa. manusia biasa memang ada kelemahan. dan kelemahan tu kadang2 susah nak dibuang. hmmm...

"if sekali itu kita dah decide untuk menyayangi seseorang itu, itu bermakna kita dah membuat keputusan untuk menerima baik dan buruknya dia. jika kita menyayangi seseorang itu, kita tak akan mempersoalkan kisah silam dia tapi menerimanya kerana kisah silam dan sekarang berbeza dan kisah silam itu tidak akan dapat dibetulkan lagi."

segala yang berlaku dulu memang salah aku sebab berfikiran mentah, buat semua benda tak fikir panjang yela jiwa remaja. tapi jangan cakap kau punya zaman remaja semuanya warna warni penuh ceria tak pernah buat salah atau buat jahat. aku mengaku kesilapan aku dan aku memang tak nak ulang zaman jahiliah aku tu lagi. sekian terima kasih.

*bukan senang aku nak sayang seseorang tu SEPENUH HATI aku dan menjadi setia. tapi bila aku dah sayang, aku sayang dengan serius. tapi bila hati aku dah jadi keras ia akan jadi sekeras batu dan aku mungkin boleh berubah menjadi diri aku yang lama yang mana aku elakkan sangat2.

entah apa aku merepek la ni. T__T

22 July 2012

puasa

perbezaan 2 Ramadhan tahun ni dan tahun lepas.

tahun lepas berbuka kat R&R Ayer Keroh sebab temankan bestfriend pergi interview kerja dia. kalau nak tahu apa jadi tahun lepas tu boleh baca sini >>> long journey
itu antara kenangan terbaik bagi aku.

tapi tahun ini puasa macam biasa berbuka di rumah bersama mak dan abah je. 
kakak2 dan abang aku semua dah kahwin jadinya tinggal la si maksu sorang ni berbuka dengan mak abah di rumah.

*tiba2 rindu kenangan tu. 

20 July 2012

my puding triffle

selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna...
untuk 1st day puasa ni aku ada buat special food untuk family aku. puding triffle. nyum3 sedap!!! 1st time buat sendiri taw. kalau nak resipi triffle ni boleh tengok kat blog ini >> puding triffle
sangat senang...esok berbuka nak makan triffle ni...sayangnya mr. bobot tak dapat nak rasa. takpe2 nanti i buat yang baru... :D



1st layer-cak swiss roll, 2nd layer-kastard, then susun buah peach, 3rd layer-crystal jelly

*nanti nak buat lagi untuk hantar ke rumah mr. bobot. :D

16 July 2012

cokelat~

satu benda yang boleh buat aku gembira ialah coklat. kadang2 aiskrim. tapi coklat lagi best kot. dan sangat best bila dapat si dia yang memahami kehendak ini. tiap kali jumpa mesti dapat 1 bar coklat tak kira la besar atau kecil. (walaupun la kadang2 tu dia lupa) tapi kadang2 aku tuntut jugak. hahahaha. aku memang gf yang kejam. :D

dan setiap kali dia bagi aku mesti simpan pembalut coklat tu. dan hasilnya seperti di gambar bawah. nampak sikit sebab tak selalu jumpa disebabkan jarak yang jauh dan susah nak jumpa. yang penting setiap kali dapat coklat ni mesti aku simpan dulu and makan sikit2. sayang nak habiskan semua sekaligus. :D


*terima kasih ye awak! teruskan tradisi bagi coklat ni ea.. hee~ :D

15 July 2012

cuti sem

14/7/2012

AWESOME DAY!!!
sangat2 awesome n best.
dapat balik rumah untuk cuti 2 bulan.
puasa dan raya di rumah lagi tahun ni.
sangat best bila ada kat rumah sendiri.

dan paling penting memori perjalana dari ipoh sangat best.
memori semalam takkan dilupakan.
thanks a lot!

dan sekarang bermulalah permainan bersama kanak2 kecil di rumah.
keseronokan di rumah bermula sekarang.
tapi tak boleh seronok sangat sebab fyp menanti untuk dibuat.

*rindu terubat. =)

10 July 2012

7o^e

bila mana hati tengah marah
semua rasa yang terpendam terluah
segala kata makian dihambur keluar
bukan betul marah
tapi bila marah rasional hilang
hilang menjadi orang yang tak berotak
cakap apa yang hati rasa
hati bila mula mengawal emosi
segala jadi binasa
jadi sengsara
jadi gaduh
boleh cerai berai
boleh bertumbuk
boleh terasa dengan kata2
marah itu bukan perkara baik
bila semua dah terjadi baru nak menyesal
tapi luka masih ada
luka akan menjadi parut
parut meninggalkan memori
memori yang membuatkan kita sentiasa berjaga di masa hadapan
langkah berjaga2 yang kadangkala merimaskan

*sorry. i am very sorry. mungkin ini adalah yang terbaik untuk masa ni.

09 July 2012

roti bakar atas kuali

pernah try tak buat roti bakar tapi bukan bakar pakai toaster? bakar guna apa? hehe ni yang nak bagitahu ni. bakar guna kuali yang dipanaskan atas dapur. tak pernah try? kena try sebab dia sedap rangup2 gitu. tapi kena makan time dia panas2 baru sedap.

aku dapat idea ni sebab duk rumah sewa yang takde toaster. almaklum la student kan. nak bawak dari rumah toaster tu malas jadinya kuali la jadi toaster aku. disebabkan tengah exam week perut asyik meragam minta diisi aku pun beli roti. mulanya nak makan bodoh2 macam biasa sapu marjerin and tabur gula. instead buat macam biasa tu aku dapat idea why not aku try bakar guna kuali. budak2 rumah pun bagi suggestion jugak. so aku try la. memang sedap la.

cara dia senang je. ambil roti kosong tak kisah la jenama high 5 ke gardenia ke tapi aku lebih suka gardenia. then korang sapu marjerin atas roti tu. lepas tu baru layurkan dia atas kuali yang dah panas. dalam kuali tu jangan letak minyak atau apa2 pun. biar je kosong. layurkan bahagian yang korang sapu marjerin tu dalam kuali and tekan2 sikit nak kasi garing. biar ada hitam2 sikit baru sedap and rangup. then kalau nak lagi sedap tabur gula atas roti yang dah dibakar tu and siaplah roti bakar atas kuali. hehe.


05 July 2012

renungan #5

hidup.
macam2 boleh berlaku.
dari suka boleh menjadi tak suka.
dari tak suka boleh menjadi suka.
selagi hidup selagi tu semua boleh berubah.

jangan rasa diri tu hebat sangat,
sebab ada yang lebih hebat lebih mengetahui segalanya.
jangan rasa diri tu baik sangat,
sebab ada yang lebih mulia.
jangan rasa diri tu berkuasa hingga semua orang dipaksa untuk mendengar kata,
sebab ada yang lebih berkuasa lebih hebat.

mesti kena sesuaikan diri ikut keadaan.
jangan masuk kandang kambing masih nak buat lagak lembu.
ikut keadaan biar semua orang selesa.

kalau sorang je yang tak suka kita mungkin la orang tu yang bermasalah.
tapi dah kalau setiap tempat kita pergi tu ada je orang tak suka dan kuantiti orang tu lebih dari satu mungkin kita patut berhenti sejenak and renung diri kita balik.
mungkin kita yang bermasalah hingga orang tak suka. 
tak salah pun kalau sesekali mengalah sesekali renung diri sendiri.
malah itu cara terbaik untuk biar diri sendiri berada di landasan yang betul.

*and again ini bukan tinta untuk menuding jari pada sesiapa. ini sekadar renungan untuk diri sendiri dan juga orang sekeliling. just stop for a while and think what had we done wrong. it will not cost you. :)
semoga aku sentiasa beringat.