25 January 2012

anak2 buah yang comel

sepetang bersama budak kecik bernama Mohammad Abbasy. budak kecik ni umur dia baru je 11 bulan tapi otak dia punya ligat macam dah umur 2 tahun je. yang best nye dia ni happy je. always sengih2 macam kerang busuk. haha. ni gambar comel dia. masa main webcam dengan dia, dia gelak bukan main lagi. hee~ 

bulu mata gajah

abbasy dgn maksu transformer. :p
tembam kan si abbasy ni?kitorang panggil dia si tembikai sebab muka dia bulat macam tembikai. hahaha :D

then ada lagi satu perihal anak buah yg comel. ni pasal si kakak @ ecah. anak buah yang paling tua sekali. umur sekarang dah 8 tahun = darjah 2. dia ni memang sangat minat pada benda2 yang ada kaitan dengan seni lebih2 lagi kalau bab2 melukis and mewarna. nak dijadikan cerita, hari tu masa baru dapat baucer buku 1Malaysia tu (ala yg student IPTA/IPTS dapat baucer rm200 untuk beli buku tu) aku ada pergi beli stationeries. then aku belilah pen kaler2 jenama Faber Castell yg ada dua hujung tu. masa tu aku tersalah beli. aku beli yang 6 batang je (colour dia sikit and tak lawa) padahal aku nak yang 12 batang sebab banyak sikit dapat colour dia. kalau 12 batang, setiap batang ada 2 warna maka aku akan dapat la 24 batang kan. so disebabkan aku taknak aku decide nak bagi kat ecah. 
inilah kakak @ ecah

aku bagi dia masa aku balik hari tu la. dia bukan main suka. sehari lepas aku bagi hari tu akak aku datang bawak si adik @ amira (adik ecah) je datang rumah. yg lain tinggal kat rumah je dgn laki dia. datang2 si adik bagi aku satu kad and cakap macam ni "maksu, ni kakak suruh kita bagi maksu". then aku tengok ada kertas balut2. kertas kecik biasa2 je. haha. rupa2 nya si kakak buatkan aku kad kecik. aku fikir2 apasal la budak ni baik sangat nak bagi aku kad kan rupa2 nya sebab aku bagi dia pen kaler2 tu. haha. comel sungguh anak buah aku ni. walaupun tak secantik mana kad dia tapi terharu kot dapat kad dari budak kecik tu. comel je diorang ni taw. 

ni la kad yang aku cerita tu. 

*nasib ada anak2 buah yang tolong meng'happy'kan diri aku ni. serius happy bila dapat tengok muka budak2 ni. =)
*yeayy!! esok dah mula kerja. nervous la plak. hmm tapi baguslah at least boleh aku sibukkan diri dari pikir benda2 yang tak patut dipikir. =)

22 January 2012

musim tamatkan zaman bujang

apa sekarang ni memang musim orang nak tamatkan zaman bujang ke? terasa ramai pulak member2 yang dah ambil langkah nak tamatkan zaman bujang masing2. ni aku baru balik dari majlis pertunangan kawan sekolah aku. dalam masa yang sama sorang lagi bestfriend aku sudah dirisik oleh keluarga pasangannya. haishh! terasa macam diri ni dah semakin tua. memang dah tua pun. this year aku dah berumur 23 tahun. 23 tahun yaww!

mak aku kahwin masa umur dia 23 tahun. kakcik aku pun kahwin masa umur 23 tahun. hmm so agak2 kalau tanya mak, mak bagi dak aku kahwin sekarang? hahaha. ok saya dah gatal nak kahwin.

hari tu member baik dah kahwin. ni bulan 4 pulak kakteh aku kahwin. memang hidup aku sekarang ni dikelilingi orang nak kahwin jela. bila nak tiba masa aku pun tak tahu lagi. huhu. sabar jela. tunggu habis belajar dulu la. tak lama lagi dah ni. setahun lagi nak habis lepas tu kerja dulu setahun untuk kumpul duit then baru boleh pikir nak kahwin ke beranak ke ape ke. kesimpulannya aku nak cakap kat sini yang aku ni balik2 je dah ada orang ajak berjalan. hehe. best2 dapat keluar dengan member.

plan esok pulak akak2 aku ajak pergi pantai bawak budak2 kecik ni. aku jadi driver la kot. hmm tu jela. tengok la aktiviti apa je akan aku buat masa cuti ni.

*sedang ber'ym' dengan Mr. A. but i can tell that i have no more feelings towards him. dah lama berakhir kisah aku dan dia. hanya tegur sebagai kawan sebab tak nak putuskan persahabatan yang dah terjalin. smile. =)

20 January 2012

sem 4 dah berakhir!

semalam 19hb Januari final paper yang last untuk sem 4 ni. maka dengan itu saya  mengumumkan bahawa sem 4 saya sudah berakhir semalam. :D

hanya mampu berdoa moga2 semua subjek aku lulus. dah tak dapat fikir apa dah. ada paper yg tak cukup masa nak jawab. tu tak tambah lagi dengan yg memang tak boleh jawab. huu~ dah lah enough with this exam talk. dah berlalu dah tak boleh ubah apa2.

esok sabtu pagi aku akan bertolak ke melaka naik bas. kali ni terpaksa naik bas S.E. Super yg tak berapa best tu. Sri Maju tiketnya dah habis. haish bersedia la bontot ni untuk kebas sebab duduk dalam bas lama2. esok pagi nak balik tapi barang tak kemas lagi. rasa malas pulak. takpe2 aku kemas kejap je pun. hehe.

mari kita mengemas la ohoii!!

*pelangi dah muncul balik lepas hujan lebat turun. hee~ ;D

17 January 2012

pelangi di mana?

pelangi yang satu itu dah semakin pudar dan hilang.
pelangi yang memberi semangat itu semakin tak kelihatan.
pelangi yang mampu memberi senyuman di wajah semakin sukar dilihat.
pelangi itu tidak muncul2 lagi.
kerinduan terhadap pelangi semakin membuak-buak.
pelangi itulah satu-satunya penguat semangat.
tapi bila mana pelangi itu hilang, akan hilang juga kah semangat itu?

tetapkan semangat. kuatkan semangat. walau pelangi tu dah susah nak lihat, kena tetapkan semangat jugak and percaya bahawa pelangi itu akan muncul balik tak lama lagi. bersabar. bersabar. dan teruskan bersabar. tapi sampai bila nak bersabar? bersabar itu kan baik. bersabar itu kan separuh dari iman. percaya kepada ketentuan-Nya.

*ingin melihat sampai bila boleh bertahan kesabaran ini. jangan sampai bila sabar ni dah hilang, semuanya musnah dan hancur. imissyouverymuch!
*tinggal 1 je paper lagi. study dengan lebih gigih untuk mencapai result yang gempak cemerlang. semoga sem ini dapat menebus kegagalan sem lepas. amin~

15 January 2012

hujan?

langit tak selalu cerah.
awan mendung kelabu berarak membawa kandungan airnya.
hujan pasti turun.
pabila hujan turun ianya satu nikmat.
pabila hujan di luar turun, hujan dalam hati, hujan dari mata turut serta turun dengan lajunya.
di mana hujan sebenar?
hujan di luar nampak hujan dalam hati siapa yang tahu?

*hujan lebat selebatnya bakal turun tak lama lagi. tapi bila?

14 January 2012

7hari

lagi 7 hari nak balik.

baru habis paper building services petang tadi. so far ok la. cuma berharap lulus saja.

teruskan perjuangan untuk paper seterusnya!

12 January 2012

exam!

EXAM MOOD ----> ON!

3 PAPERS DOWN, 4 TO GO!

- building services, be nice to me please!
- construction economics, please give me an easy calculation ya!
- construction technology (repeat paper), do not repeat the same mistakes!
- construction technology IV, don't give me the same feeling as last semester!

GO GO CHAIYOK! i know i can do it! 
counting! 9 days left!

*study! study! bukan update blog! hehe :p


02 January 2012

i have died everyday waiting for you

1st day of 2012 - chaos - hectic - unstable emotion - 1001 rasa yang tak terungkap.

it would cost nothing if you raised down your ego for someone you love.


walau tak tengok lagi twillight breaking dawn tapi aku tetap jatuh cinta pada lagu ni. 
i have died everyday waiting for you~ :')