25 June 2010

mari belajar bahasa German!!

ok baru2 ni aku pun tak tahu kenapa aku minat sangat dengan German ni....sebab demam world cup mungkin...tapi kenapa aku pilih German pun aku tak tahu....serius tak tahu kenapa tiba2 aku cam jadi fanatik gila dengan German ni.....kalau nak tahu pape pasal German ni korang google jela ek sebab aku pun tengah buat research pasal German ni...haha siap buat research apa hal??entah....rajin sangat kot....

secara kebetulan pulak kawan aku ada yang belajar kat German tu (untung kan dapat belajar kat oversea ni) so aku pun suruh la dia ajar sikit2 bahasa German ni....aku skype je dengan dia....so ni ada la beberapa ayat yang aku belajar dari beliau....thanx to u acap sebab ajar aku....hehe

I = ich
saya = sie
kau = du
i love u = ich liebe dich
jom makan = isst du gern
betul tu @ right = genau
i see = ach so
i hate you = ich hasse dich
kejap = moment (ni betol german taw walau nampak cam english)
thank you = danke
welcome = bitte
you're so good = sie sehr gut
i used to love you = ich habe dich geliebt
bila nak datang masuk meminang = wann wilst du mich heiraten (haha yang ni akak aku suruh tanya kat kawan aku masa tu so aku masukkan jela sekali)
German above all = Deutschland ueber Alles 

*ini aje yang sempat aku belajar...kalau ada sape2 yang pandai dalam bahasa German ni boleh la tolong ajar aku lagi ek....nanti kalau ada aku dapat perkataan baru aku update ok.... ;D
*kalau nak tahu pasal negara diorang tu leh klik sini Germany
*pape pun MALAYSIA tetap di hatiku.....tak salah kan nak mendalami bahasa negara lain untuk kesenangan jugak mana lah tahu dapat ke sana suatu hari nanti....insyaallah amin~~

24 June 2010

tiada penghujung

kenapa kau seksa aku begini??
kenapa kau tidak letak tanda noktah pada hubungan kita??
kenapa kau layan aku begini??
kenapa kau buat begitu??
kenapa?? kenapa?? kenapa??

jangan di tanya kenapa tapi carilah bagaimana sesuatu itu terjadi....
jangan di tanya kenapa tapi lihatlah apa hikmah terjadi nya perkara itu....

tapi aku tetap ingin bertanya kenapa...kenapa kenapa kenapa...dan kenapa itu aku nak tanya pada kau sorang sebab kau je yang boleh jawab....huhu

11 June 2010

saya suke saya hepi...alhamdulilah.......

yahoooo!!!!!! alhamdulilah syukur yg sangat2.....
aku dapat pointer 4 flat utk sem ni.....yess!!! impian tercapai!!!
so aku kena la tunaikan nazar aku.....merasa la aku nak naek pentas amek anugerah dekan nanti...hehe
emm tapi2 sem ni praktikal je pun so memang lah senang nak dapat pointer gitu kan?
tapi ada jugak la yang tak dapat dekan....salah sorang dia kawan baik aku kat uitm tu....
kesian dia...dia sedih sangat sebab dapat 3 above je.....
mungkin tak ada rezeki dia la kot.....
baru ingat nak naek pentas sama2 amek dekan....huhu
tapi apa2 pun aku tetap syukur......
sem depan aku akan berusaha lebih lagi untuk kekalkan pointer ni kalau boleh la....
insyaallah.....doakan aku berjaya sem depan.....
terima kasih mak abah and family serta kawan2 aku yg banyak tolong and sokong aku....huhu dah macam menang anugerah ape pulak.....
hepi sesangat dah aku ni.....hehe.....dah tak macam jejak tanah dah ni.....
hahaha.....ok itu saja entri aku....mari2 kongsi kegembiraan dengan aku....hehehe

06 June 2010

::Melepaskan batuk di atas bukit::

semalam sabtu aku pergi joging(lebih kepada memanjat bukit) macam biasa tapi yang lainnya aku berjoging seorang diri tanpa sesiapa teman. Kalau sebelum ni aku ajak kawan aku teman tapi semalam terasa nak pergi seorang diri. Aku tak sangka aku berani pergi seorang diri.


ok ini sedikit deskripsi tempat aku joging tu. Tempat tu sebenarnya bukit la and ramai la jugak yang datang berjoging, berjalan sambil makan angin di situ. Bukit dia agak tinggi dan curam la jugak. Memang tak letih nak panjat bukit tu sampai ke puncak. Tapi the best part dia ialah di atas bukit tu kita boleh nampak pemandangan bandar MELAKA. Itulah pemandangan yang aku cari selama aku hidup ni. Dan semalam pengalaman yang best sebab impian aku untuk melihat pemandangan dari atas bukit seorang diri dah tercapai.


Aku pergi petang2 dalam pukul 6 macam tu dan masa tu orang ramai tak ramai sangat la but at least ada la orang jugak kan so tak ada la aku takut sangat nak berjalan sorang2. Tengok pemandangan tu semalam memang tenang je fikiran aku walaupun termengah mengah sebab baru panjat bukit tu kan tapi bila tengok je scenery tu memang lupa segala penat. Betapa ALLAH maha besar. Pemandangan yang sangat cantik. Aku turun awal semalam sebab aku sorang2 kalau aku pergi dengan kawan aku tu memang kitorang akan tunggu sampai matahari terbenam. Lagipun tempat tu banyak saudara mara binatang kegemaran korang iaitu monyet...hahaha


Ini ada souvenir untuk korang tengok. Dapat capture sikit je pic sebab fon aku tak ada memory card. Pape pun aku memang enjoy duk termenung sorang2 atas tu semalam.

Pemandangan bandar Melaka dari atas bukit di belakang SJKC Bukit Beruang

ok abaikan kaki aku tu...hahahaha
aku buat kaki macam tu sebagai tanda aku dan dia suatu hari nanti..kan best kalau aku dan dia dapat tengok scenery macam ni berdua..bila la nak tercapai impian aku ni..hmmm...

*si dia??sejak bila aku ada si dia??itu hanya impian aku....semoga impian aku yang satu lg tu akan tercapai...semoga aku jumpa dia yang memang ditakdirkan untuk aku.....aminnn.... (^_^)

05 June 2010

hatiku yang sebenar

Kau takkan pernah mengerti diriku ini...

Hanya aku yg mengerti diriku...

Kau hanya lihat sisi luaran ku yg penuh pura2...

Pura2 gembira bersama kau....

Sedangkan dalam diriku ini menderita sakit yang perit...

Menanggung derita yg hanya tunggu masanya....

Semua ini ku lakukan hanya untuk lihat kau gembira....

Hanya untuk aku tumpang gembira bersama kau...

Niat ku hanya untuk lihat kau gembira...

Dan biar lah hatiku yg tanggung derita perit itu...

Namun hatiku semakin perit pabila kau cuba rahsiakan gembira mu itu...

Kau rahsiakan dari ku dan berkongsi gembira itu bersama orang lain...

Kenapa kau semakin melupakan aku....

Aku derita menunggu perkhabaran gembira dari kau...

Ku buat itu semua hanya la kerana...

Aku sayang kamu....

04 June 2010

kebahagiaan milikmu

kau telah temui kebahagiaan kau...

aku tumpang gembira walau dlm hatiku pedih utk ku terima...

aku sangka kau adalah kebahagiaan ku..

namun kau telah pun temui kebahagiaan itu...

aku harap kau tidak akan lupakan aku setelah bahagia nanti...

namun kau telah mula tinggalkan aku....

kini aku keseorangan tanpa kau ade di sisi aku lagi spt dulu...

aku akan pergi tinggalkan kau jika itu yg terbaik utk kau dan kebahagiaan kau...

aku akan melihat kau dari langit tanpa mengganggu kau...

namun jika kau perlukan aku dongak lah ke langit...

dan kau akan lihat aku di situ menanti kau yg dulu kembali...

semoga kau bahagia bersama kebahagiaan itu...

inilah doa terakhir ku buat kau...

kini aku akan pergi dari sisi kau...

terima kasih kerna pernah hadir di sisi aku walau seketika....

selamat tinggal wahai kau.....