30 December 2011

welcome 2012!

hari ni 30hb Disember 2011. esok dah 31hb Disember 2011. makanya dah nak masuk tahun 2012 dah kita. sedar tak sedar dah habis dah tahun 2011 ni kan. aku rasa macam baru semalam je melangkah ke tahun 2011. macam baru semalam je aku celebrate birthday aku dengan Mr. Bobot kat pantai. macam baru semalam je celebrate the last day of 2010 dengan bff depan rumah. macam baru semalam je daftar masuk degree. dan kini tup tup dah nak habis dah tahun 2011. macam tak percaya masa dah berlalu meninggalkan kita denga pantas sekali. dan kini tahun baru bakal tiba. dan macam biasa jugak akan ada azam yang akan ditetapkan. so tetapkan azam baru dan cuba capai azam lama yang masih tak tercapai. selamat tahun baru! moga2 tahun baru ini akan membuka lembaran baru juga.~
 * * * * *

Pukul 4.00 pagi.

2011 masih duduk depan "peti bodoh" menyaksikan acara meraikan dirinya pergi, digantikan dengan sahabat yang seterusnya. Tersengih-sengih 2011 melihat 2012 di julang tinggi-tinggi diikuti sorakan lautan manusia. Teringat dirinya pernah dilakukan sedemekian rupa.  Dia meneguk air susu Anlene sambil mengunyah biskut kesihatan perisa tomato.

Pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu.

"Oiii, bukaklah!".

Dia melangkah malas, membuka pintu.

"Oh, kau rupanya" kata 2011.  Berkerut dahi 2011, sedikit hairan. Apa jadah dia buat kat sini malam-malam buta?.

" Aku mabuklah". kata sahabatnya sambil cuba berdiri tegak, tersenyum sumbing.

"Errrr, sepatutnya 2012 yang balik dalam keadaan mabuk, bukan kau".

"Eh, 2012 punya "turn" ke dulu?" kata sahabatnya itu.

"Yup, muktamad".

"Alamak, hik!, aku ingat aku punya hik!, "turn"lah, tak sabar-sabar nak hik!, bagi kiamat hik!, kat manusia" kata 2013 sambil  merangkak menuju ke sofa.

"Bodoh, mengalahkan manusia dia punya mabuk". gumam 2011. Dia pun lupa yang dia sendiri pernah mabuk macam tahun lepas.

2013 dah terbongkang mengangkang dan berdengkur sampai tak boleh dengar apa yang pengacara dalam "peti bodoh" katakan.

Selamat Tahun Baru!.

copy dan edit dari Selit dan Belit blog abang long aku. =)

*menantikan misi terbesar yang tak tahu pada tahun berapa akan dilaksanakan.

27 December 2011

cerita cuti

23/12/2011
pukul 10.45 pagi naik bas untuk pulang ke kampung. sepatutnya bas pukul 10.15 tapi macam biasalah bas datang lambat. tunggu punya tunggu nasib baik lah bas sampai. terima kasih kepada housemate terchenta kerana hantar aku ke medan gopeng. pukul 4.00 petang baru sampai melaka. tapi kira ok la. cepat jugak bas tu sebab tak banyak berhenti. lepas ni memang nak naik bas Seri Maju jela. dari petang sampai ke malam lepak kat rumah merehatkan diri.

24/12/2011
bangun siap2 untuk ke Johor Bahru. tunggu kak Bad (kak lang) aku dan anak2 dia sampai and tunggu akak Nora aku balik kerja baru bertolak ke JB. pukul 4 baru bertolak. destinasi kami untuk ke rumah kakcik aku yg terletak di belakang Plaza Angsana. Kakteh aku tinggal bersama Kakcik aku jugak. Kakcik aku ni dah kahwin and ada 2 org anak yg nakal. Kakteh pulak satu2 nya kakak aku yang belum kahwin. pergi sana saja2 nak bawak abah dan mak jalan2. sampai rumah diorang pukul 7 lebih. 
malam tu pukul 10 aku, kakteh, kakcik, dan akak serta kanak2 ribena keluar nak cari kek. tapi dah malam kan mana la kedai kek yang bukak lagi. kitorang pergi TESCO Bukit Indah je. aku yang bawak kereta taw. kereta auto boleh la. tapi 1st time tu bawak kereta kat bandar JB tu. banyak kereta yg pemandu dia agak kurang ajar la. gerun jugak tapi nasib buat2 handal kan. hehe
tak dapat cari kek last2 kitorang beli keropok2 sikit and KFC je. kak bad yang belanja. dan malam tu kami 1 family makan kfc kat rumah kakcik. 
malam tu aku tidur lambat. sebab buat pillow talk dengan kakteh. aku dengan kakteh ni memang ngam. kalau dah tidur 1 bilik memang la tidur lambat jawabnya. cerita macam2 lah. last2 tidur pukul 4.30pagi. 

25/12/2011
pagi bangun mandi siap2 teman kakteh and abah pergi opis kakteh kejap untuk install software kat komputer dia. oh lupa nak bagitahu. 25/12/2011 ni adalah hari lahir aku yang ke-22. ye ye selamat hari jadi pada aku. sebab tu la malam semalam kitorang nak cari kek. tapi dapat so makan kfc pun jadilah. petang tu terus balik melaka. sampai melaka jalan jammed gila beb! hari cuti memang la melaka ni akan dipenuhi manusia2. sampai rumah lebih kurang pukul 5 jugak la. penat walaupun tak bawak kereta. penat sebab duk dalam kereta terlalu lama. malam tu aku rasa penat sangat. macam nak demam pun ada. biasala tu dah nak masuk umur baru mesti badan aku jadi tak sedap. ;p
anak2 buah tapi ni belum semua lagi. abaikan yg tgh tu. tu amah  mana entah sesat. ;p

ramai2 makan kepsi! hehe ;p

26/12/2011
rancang nak pergi lepak dengan kawan tapi malas. kawan aku tu pun takde kat melaka. melepas lagi nak rasa dia belanja. hahaha ;p
last2 keluar dengan kak bad and kanak2 ribena pergi jaya jusco. balik rumah dah penat. petang tu kak bad balik seremban ke rumah dia sebab dah nak mula kerja keesokan harinya. malam tu tak buat pape duk lepak depan tv je.
inilah dia kanak2 ribena

kanak2 ribena paling comel main kat fun zone kat Jusco

ada snow man bagi gula2 kat jusco

last2 tertidur dalam kereta akibat kepenatan

27/12/2011
hari ni petang pergi beli barang sikit kat TESCO pastu lepak kat karoke jap dengan Maya and umi dia. lepas tu balik rumah dan kemas apa yg patut. esok dah kena kembali ke sarang untuk study. final exam bakal menjelma. dan proposal untuk final year projek aku tak siap lagi. hmm...tajuk oh tajuk.

so itu ajelah cerita masa aku bercuti ni. ada sedih ada gembira. sedih sebab besday kali ni tak ada kek dan tak dapat hadiah langsung dan juga cuti kali ni tak dapat jumpa Mr. Bobot langsung sebab dia sibuk bekerja mencari duit untuk kahwin katanya. :p
gembira sebab besday kali ni 1 family sambut sekali and dapat makan kfc dengan family. dah lama tak rasa makan besar dengan family sendiri. tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. so tetapkan azam dan menuju ke puncak lah kita selepas ni. :p

*ade peristiwa sedih berlaku pada 25/12/2011. :(
*happy 1st year anniversary to us Mr. Bobot. sgt sedih sbb tak dapat celebrate sama2. tp takpelah sy phm anda mencari duit. :D always love you! 

23 December 2011

hello melaka!

i'm going back to my hometown this morning at 10.15 a.m.
tapi waktu sekarang dah jam 2.20 pagi.
tak tidur lagi sebab kena siapkan tutorial project management.
ini last assignment sebelum berlepas pulang ke kampung.
sepatutnya tak boleh balik sebab ni cuti study week.
bila kata study week tu maksudnya kena lah study kan tapi nak buat macam mana dah diri aku ni memang jenis kena balik rumah bila ada cuti panjang. yela sebelum ni pun aku jarang balik rumah so fair la kan kalau ni aku balik rumah.
lagipun kepala dah sakit sangat nak hadap macam2 masalah kat perak ni.
aku perlu some fresh air dari melaka untuk teruskan belajar. kalau tak aku boleh jadi gila and ada yang tak pasal2 makan maki aku je.
so better aku rest kan otak dekat melaka untuk hadap final exam nanti.

lagi dua hari aku bakal bertambah umur.
tak rasa excited sebab aku rasa takde sape nak celebrate kan dengan aku.
bestfriend aku tak dapat cuti. mr. bobot pulak dah makin sibuk kerja sampai takde masa nak jumpa aku katanya. takpela kenalah faham orang berkerjaya ni. akhir tahun memang semua orang berkerjaya ni akan sibuk. yang penting aku dapat duduk rumah masa birthday aku tu.

akan ku luangkan masa ku di rumah dengan sebaik mungkin.
hmmm.....kepala sangat serabut dengan segala macam benda.
nak buat macam mana kan, apa2 pun hidup ni perlu diteruskan.
"bila mana kita merasa susah akan ada lagi orang yang lagi susah dari kita. dan bila mana kita merasa diri kita sangat senang, kita perlu ingat pada orang yang susah dari kita. "
itu kata2 yang aku pegang yang buatkan aku bersabar dengan kerenah sekeliling.

*serius tak sabar nak sampai rumah. rindu bilik sendiri. rindu kucing2. rindu anak2 buah. dan rindu nak tengok muka mak dan abah. =)
*dapat rasa yang birthday aku tahun ni macam tak best. imissyouverymuch!

18 December 2011

stress!!!

stress asyik kena menghadap benda yang sama hari2.
stress sampai tak sempat nak hupdate encik blog ni.
stress sampai berat dah turun lagi. (ok yang ni suke)
stress sampai kitaran bulan mengambang dah tak betul.
stress sampai rasa nak hentak kepala kat dinding.
stress sampai tak tahu nak taip apa sebenarnya.

*haishh banyak benor stress nya. :(  saya rindu dia.

11 December 2011

minggu

minggu yang mencabar.
minggu yang mendera mental dan fizikal.
minggu yang penuh dugaan.
minggu yang penuh suka dan duka.

itu minggu lepas.

minggu yang tak diketahui apa akan jadi.
tinggal lagi dua minggu.
dua minggu yang terpaksa ditempuh sama ada nak atau tidak.

itu minggu hadapan.

*semua orang tak sempurna. begitu juga aku.

03 December 2011

renungan #2

kita takkan boleh cakap yang kita pernah rasa apa yang orang lain rasa kalau kita sendiri tak pernah berada di tempat orang lain tu. kalau dah pernah alaminya sendiri barulah kita boleh cakap kita tahu apa perasaan dia. dan itu berlaku pada aku. sebelum ni kalau kawan2 susah aku bagi nasihat teruskan bersabar dan teruskan apa yang dah dibuat tu. jangan biarkan separuh jalan. dan kawan2 akan jawab susah. rasa nak give up tapi kita sebagai kawan tentu tak bagi kawan kita give up betul tak?

kita tak bagi dia give up sebab kita rasa benda tu dia boleh buat. tapi sebenarnya kita tak tahu kemampuan dia. kita tak tahu sebetulnya apa yang dia sedang rasa. dan itu berlaku pada aku. orang sekeliling nasihat jangan give up teruskan hidup tapi adakah mereka tahu atau pernah rasa apa yang aku rasa? ya mungkin pernah melaluinya tapi mungkin agak berbeza. 

pokok pangkal segalanya dari diri kita sendiri jugak. nak berubah..bukan orang yang ubahkan kita tapi kita sendiri yang perlu berusaha merubah diri kita. nak naikkan semangat dan buat segalanya seperti biasa...bukan orang lain yang boleh tolong buat mereka hanya memberi kata2 semangat yang entah kita dengar atau tidak. kita sendiri yang kena tanamkan segala kata2 semangat dalam diri dan motivate diri sendiri. segalanya adalah dari diri sendiri dan bukan orang lain.

dan bila kita mahu menghukum seseorang itu dengan tindakan yang dilakukan. sebelum itu kita perlu lihat diri sendiri adakah kita juga sempurna hinggakan kita mahu menghukum orang itu? bukankah kerja menghukum itu milik tuhan? dan bila kita mahu mengasari seseorang itu. kita perlu bertanya pada diri sendiri adakah kita juga suka dikasari dan disakiti? apakah yang akan kita rasa jika orang lain buat sesuatu yang kita sendiri tidak suka?

hidup ini semuanya berbalik kepada diri sendiri juga suatu hari. mungkin kita tidak kena pada hari ini tapi mungkin kita akan dapat balasannya di esok hari, lusa, atau mungkin bulan berikutnya atau tahun berikutnya. karma itu pasti.

lihat sekeliling, analisa sekeliling, berfikir sebelum bertindak dan jangan menyesal selepas bertindak. tiada manusia yang sempurna. kau tidak sempurna, dia tidak sempurna, aku juga tidak sempurna dan kita semua tidak sempurna. hanya Allah saja yang sempurna. jangan terus2 menghukum dan berkata apa yang kita tidak suka. berfikir berfikir dan analisa sebelum bertindak. 

*berkatalah kamu sehingga orang lain tidak terkata tapi jangan kamu diam tak terkata bila orang lain mengata benda yang dikata oleh kamu. selamat petang. 

02 December 2011

renungan

if..i say if..if i am guilty then i would admit it and apologize.
but if it is not my fault so why should i say sorry?
if you are brave enough come and say the word straight to my face.
i just don't get it what have i done that make people angry with me.
if i had done wrong please tell me and i would hear it.
but the question is what have i done wrong to you people?
i have be patient for quite a time.

aku rasa aku tak bersalah tapi aku tetap mintak maaf sebab ingatkan akan ada balasan maaf tu juga but tak ada. until today tak ada juga. don't you feel guilty at all?
dah lama aku simpan dan tunggu perkataan 'i'm sorry' tu.
jangan jadi muka tembok yang ketebalannya tak boleh diukur.
sometimes we need to hear, think and consider about others feeling too.
we live in a world with others. so we do need look at others too.
nak selfish tu boleh tapi ikut situation. jangan lah terlalu confident dengan diri sendiri hingga selfish melampau sangat.
tengok orang sekeliling dengar apa orang cakap timbang mana baik mana buruk.
bukan boleh langgar je semua orang. kalau hidup seorang diri bolehlah nak buat macam tu.
orang lain ada perasaan juga. i am not a robot. i am a human.
jangan terlalu bangga dengan sifat "tidak kisah dengan pandangan orang lain".
macam mana kalau orang lain "tidak kisah dengan pendapat anda". apa rasa dia?
put yourself in others shoes and ask yourself "what will i feel if people do the same things to me?"

*it's time to explode i think. orang yang banyak bercakap boleh membuka keaiban sendiri dan menunjukkan kebodohan sendiri. but then bila senyap kepala pula yang dipijak sehingga lumat. so amacam?
*jangan dijolok sarang tebuan, jangan dikacau busut di tanah kalau tak nak merana diri. renungan bersama dan untuk diri sendiri juga. :)