31 October 2014

2014 - 23 Car Boot Sale di Melaka

Assalamualaikum,

Lama tak menaip hah. Tiup sawang sikit, Hihi. Sorry agak sibuk dengan kerja di opis dan bisnes sampingan serta persiapan pertunangan aku. Haaa tengok betapa banyaknya kerja aku. terasa macam superwoman dah. Hehe

Ok tengok tajuk pun dah tahu apa aku nak cerita kan? Kat Melaka ni sebenarnya dah lama ada Car Boot Sale ni cuma atas sebab2 tertentu ia terpaksa dihentikan sementara. Sebelum ni yg aku pernah tahu ia diadakan di depan UTC di bandar Melaka berdepan Stadium Kubu tu. Tapi atas sebab2 tertentu penganjur terpaksa hentikan. Ni semua penganjur yg cerita lah.

Baru-baru ni penganjur dah dapat tempat baru untuk diadakan car boot sale ni atau bahasa melayu dia Jualan Bonet la kan. Penganjur berusaha untuk merealisasikan impian sesetengah peniaga yg berminat untuk join car boot sale ni. Dan akhirnya berita gembira dari penganjur car boot sale ni akan diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 5.00 petang hingga 12.00 malam sahaja bertempat di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Car boot sale akan bermula pada 31/10/2014 ni dan akan diteruskan setiap minggu jika tiada aral. Pendaftaran untuk peniaga2 yg nak join telah pun diadakan pada awal bulan Oktober hari tu dan aku salah sorang peniaga yg join. Hehe.

Bagi aku tempat yg dipilih ni memang strategik dan best sebab hujung minggu memang ramai org datang ke dataran ni untuk rehatkan minda. Yelah boleh parking kereta tepi2 jalan tu lepas tu boleh pergi main2 air kat gigi air pantai tu. Ada banyak kedai makan jugak and ada macam2 aktiviti boleh dibuat kat sana macam main layang-layang, menunggang kuda, menunggang KTV and macam2. Best lah senang cerita.

Yg penting yuran utk join car boot sale melaka ni cuma RM30 sehari saja. Murah sangat. Sebab tu aku join. Dan syarat-syarat dia pun tak lah ketat mana. Aku join pun sebab nak jual produk coklat and baju-baju mana yg dah tak nak pakai or tak muat tu je. Nak cari duit tepi. Hehe. So kalau korang2 datang Melaka hujung minggu ni jangan lupa singgah car boot sale Melaka ni kat Dataran 1 Malaysia Klebang ni ok? Nak tahu apa aku jual boleh cari booth Crazychochauz. Hehe tak sabar nak meniaga kat sana. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn.