12 March 2015

2015 - 6 Review photo props bertunang

Assalamualaikum,

Hari ni nak review pasal photo props tunang pulak. Photo props aku buat sendiri. Aku design guna microsoft excel je. Takde la cantik sangat pun just basic2 and biasa je. Aku curi2 buat masa waktu kerja. Hahahaha sila jangan tiru aksi ku. And then masa nak print pun aku print curi2 kat office ni. Lagi sekali jangan tiru aksi ku. Hehe

Aku print atas kertas recycle kat office ni. So takde la membazir kertas company pun kan. :p
Lepas dah print tu aku gunting and tampal atas kertas keras macam kat bawah ni. Kertas ni aku beli kat Mydin jugak. RM6.90 tak silap harga dia. Dalam dia ada 10 helai campur2 warna.



Lepas dah tampal macam kat gambar bawah ni. Aku potong la ikut corak dia. Amalan berjimat-cermat kena ada ye. Tampal tu biar kalau boleh tu ruang kosong dia biar sedikit so tak membazir.



Lepas dah potong tampal la lidi belakang dia. Ala guna je lidi sate yang ada. Aku guna lidi sate recycle sebab kitorang kat rumah kalau beli sate mesti akan basuh lidi tu bersih2 and simpan. So kat situ dah lagi jimat. Hehe



Dan hias ikut sesuka hati korang. :D


*Kalau ada sesiapa nak template photo props ni bolehlah tinggalkan emel kat bawah atau emel je aku dulu kat cornhelius123@gmail.com
**warghh aku baru perasan yg emel address aku slh rupanya sebelum ni. Ok takpe aku dah betulkan balik so jangan segan silu emel je k.


10 March 2015

2015 - 5 Review Baju Bertunang

Assalamualaikum,

Amboi siap ada review2 lagi. Kerlass kau jah! Hahaha. Saje je nak membanyakkan post dalam blog ni. Al maklum la 2014 sikit je entry aku kan. So kalau boleh 2015 ni nak post banyak2 sikit. (Cita-cita nak kena tinggi. HAHAHA)

Ok so mari review baju bertunang aku hari tu. Lepas ni banyak la entry mengenai persiapan perkahwinan atau pun review2 majlis bertunang aku ye. Tujuan review untuk bagi guideline kat kawan-kawan yang bakal jadi B2B nanti. Aku akan review berserta cost nya sekali kalau aku masih ingat la cost yang terlibat. Al maklum la aku kan QS, memang bab costing ni dalam bidang aku. Hehe Dan costing aku memang kaw-kaw punya bajet. Semua aku bantai dalam bajet yang murah je. So mana-mana B2B yang nak jadi pengantin bajet macam aku meh follow aku. (Bajet ada org nak follow ke? Haha)

Baju tunang seperti aku mention dalam post sebelum ni aku recycle je baju raya tahun 2014 hari tu. Kebetulan beli dress masa raya tu and pakai pun sekali je masa raya pertama so aku decide untuk recycle je balik tapi buat penambahbaikan sikit. So kat sini cost untuk baju tu dah kurang sikit. Kalau beli baju siap kat luar pun mau makan RM100 - RM400 kan. Baju aku ni aku cuma beli lace sikit, batu-batu and manik-manik sikit untuk jahit.

TOTAL LOST UNTUK BAJU BERTUNANG + SHAWL + VEIL :
1. LACE : RM43.50 untuk 1.5meter (RM29/semeter) - beli kat kedai PCB ayer keroh melaka
2. MANIK-MANIK & BATU-BATU : RM2.90 + RM3.90 = RM6.80 - beli kat Mydin
3. SHAWL HIJAU : RM21.00 include postage
4. HALFMOON UNTUK JADI VEIL : RM24.00 include postage
TOTAL = RM95.30

So murah ke tak ye? Lace tu je yang mahal sikit dan aku tak gunakan pun semua. Ada baki lagi dalam setengah meter kawan-kawan aku jadikan hiasan kat sampin atas dulang hantaran. So semuanya digunakan sebaik mungkin.

Bawah ni gambar baju bertunang aku tu. :D









*Rasa best bila banyak buat DIY sekurangnya kalau tak cantik kita marah diri sendiri jela dan tak libatkan orang lain. Hehe