10 March 2013

2013-3 Random

assalamualaikum..ini baru entry aku yang ketiga untuk tahun 2013 ini. aku dapat rasakan yang blog aku pada tahun ini tidak akan jadi semeriah dulu masa zaman belajar. dah bekerja ni jadi extra malas untuk bukak laptop online update blog semata. yang aku rajin ialah bukak laptop online tengok fb sana sini sikit kemudian tutup. dah takde masa nak stalker2 orang lagi dah (ok kantoi selalu stalker orang.. :p)

syukur kepada Allah perjalanan hidup aku boleh dikatakan mengikut jalannya. dan aku memang jenis yang mengikut saja bak kata orang putih just go with the flow.

tapi macam biasa langit tak selalu cerah, tiba2 je boleh hujan. macam tu lah kehidupan seharian kita. dan aku tak lari dari lalui itu. sekarang ni boleh dikatakan fasa hidup berada di kemuncaknya. nak tak nak aku perlu bertahan dengan masalah yang ada. kalau aku tersalah langkah aku mungkin boleh tersungkur jadi macam orang yang tiada tuhan tiada agama. nauzubillah! mintak dijauhkan. tidak2! aku takkan jadi sampai begitu sekali. moga2 aku akan menjadi seorang insan yang lebih tabah selepas ini. yup. moga2. sabar itu indah. sabar itu ada hadiah yang manis pada masa akan datang. jadi aku perlu bersabar banyak2. Allah itu maha kaya. walau banyak mana pun masalah yang datang aku akan terus senyum di hadapan semua. :)