18 October 2013

2013-14 Cream caramel

Assalammualaikum.

Hari tu teringin sangat nak makan cream caramel. Ada sorang abang ni dia pandai buat. Gula dia tak rasa hangus, puding dia pun sedap tak keras sangat tak lembut sangat. Abang Hadi ni aku kenal masa aku kerja kat Restoran Dima MITC Melaka (Restoran Nasi Arab). So hari tu adalah pergi sana mintak makan puding dia. Lepas tu balik mintak resepi kat abang Hadi tapi abang Hadi taknak bagi. Dia suruh aku kerja sana balik baru dia bagi resepi tu kat aku. Ceh! kedekut sangat. Haha. Tapi takpe tak kisah pun. Last2 aku Google je resepi yang ada campur tengok2 buku resepi yang aku beli dulu. Then try la buat puding tu kat rumah. Nasib baik bahan dia tak banyak sangat. 1st try bagi aku kira menjadi jugaklah walaupun lembik sikit tapi yang penting mak aku makan sampai habis 1 loyang ok! Ko hado? Haha Mr. Bobot pun kata ok je sedap. (Padahal bagi dia memang semua dia kata sedap. Hehe ampun awak!) Tapi kan aku konfius sebab banyak versi cara buat dia. So ini cara aku buat masa 1st try.

Bahan-bahan :
Caramel
6 sudu besar gula halus
1 sudu air

Puding
3 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula halus

Cara-cara:
1. Mula-mula aku buat caramel dia. Aku buat caramel ni 3kali baru jadi. 1st try gula aku tak hancur sebab aku masuk gula terus masuk air. 2nd try cair sangat sebab aku masuk banyak sangat air. 3rd try barulah jadi. Korang kena letak gula tu semata-mata dalam non-stick fry pan dengan api sederhana. Jangan besarkan api sebab nanti gula tu cepat hangus.bila nampak gula tu dah start cair gaulkan dengan yang tak cair lagi. Kacau-kacau sebati. Bila dah agak-agak semua dah cair baru masukkan air 1 sudu. Kacau-kacau sampai dia tak berbiji. Nak buat caramel ni memang kena makan masa lama sikit. Lepas tu masa panas-panas terus tuang dalam bekas loyang. 


2. Lepas dah siap caramel dia, ambik periuk kukus, kukuskan air dulu biar periuk tu dah siap-siap panas la.
3. Pecahkan telur dan campur gula 1 sudu (kalau taknak capur gula pun takpe sebab nanti caramel dia dah cukup manis). Pukul telur dengan whisk tangan sampai hancur tapi jangan kuat-kuat sangat cukup sampai dia dah sebati gitu. (Macam nak buat telur goreng tu.
4. Masukkan susu dan air dan pukul sebati lagi.


5. Tapis dan masukkan dalam loyang yang ada caramel tadi. Tutup dengan aluminium foil supaya wap air tak masuk dalam loyang tu. Kukus selama 30-40 minit.


6. Dah siap tu sejukkan lepas tu masuk dalam peti ais. Kena tunggu sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang. 

Yang ni aku tak masuk peti ais dulu lepas je suam-suam kuku terus makan. Agak pecah-pecah
*Ini cara aku buat la. Agak menjadi jugak tapi still tak tahu cara yang sebenarnya sebab yang aku buat ni agak lembik dan berair. Aku nak yang keras sikit bila diterbalikkan dalam pinggan. Ada sape-sape tahu bolehlah kongsi-kongsi ea.






Happy Birthday Mr. Bobot!

Assalammualaikum.
Semalam 17hb Oktober 2013 ialah tarikh keramat untuk Mr. Bobot. Tarikh lahir beliau. Patutnya semalam aku post entry pasal birthday dia tapi terlupa + line internet yang semakin lembab makanya hari ni nak tak nak aku kena jugak update. Entry kali ni memang dedikasi khas untuk beliau.

So, Happy birthday yang ke-24 Mr. Bobot. Saya tahu awak baca blog saya senyap2 kan? Heee~ Walaupun semalam 1 hari dah puas wish birthday dia sampai dia pun dah malas nak dengar tapi aku tetap nak wish jugak kat blog ni. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan didekatkan jodoh kita jika kita punya jodoh bersama. Semoga kekal sihat sentiasa dan sentiasa sayang saya. ~Amin. Haha gedik sangat ucapan aku kan. Eh biarlah tu pun doa apa. Ekekeke. :p

Dah celebrate birthday dia awal 4 hari sebenarnya sebab takut tak dapat celebrate on time lagipun dua2 sedang sibuk bekerja kan so hari yang senang nak celebrate ialah pada hari hujung minggu. Oh lupa, sorry sebab birthday celebration awak tak berapa menjadi dan sorry jugak sebab buat perangai nak majuk2 masa birthday awak. Huhuhu. Loveyoualways.

*Semoga hubungan kita akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan selama-lamanya. Amin. Tahun ni tak sempat nak buat kad ucapan sebab busy kerja. Ceh, macam la busy sangat aku ni kan. Haha.

Kek comel ni je dapat bagi. 

Gaya potong kek macam nak tetak orang. Sebenarnya ni kek aiskrim. Masa nak potong tu aiskrim tu keras sangat tu yang dia macam susah sangat nak potong.

Kenapalah aku tersesat dalam blog ni? Eh! Hai! Nama kita Comot. Ok bye!

06 October 2013

2013-12 Hujung minggu yang menyeronokkan

nak post cerita yang dah jadi seminggu lepas. ok aku tahu aku dah lambat nak cerita tapi aku tak kira aku nak taip jugak cerita tu. pedulik hape aku. ni blog aku kan. HAHAHAHA

minggu lepas 28hb and 29hb September 2013 adalah minggu yang menggembirakan aku. siap letak tarikh tu. sebab aku nak ingat buat kenangan. Hehe. Sebab apa aku kata minggu menggembirakan sebab aku ikut Mr. Bobot balik ke rumah dia kat Batu Pahat. Attention please rumah family dia ok bukan rumah bujang tahu? Before this dah selalu je follow dia balik Batu Pahat tapi selalu balik hari la. Pergi BP pagi then petang tu dah sampai Melaka balik. Tapi kali ni lain sebab aku tidur rumah family dia. Huhuhu 1st time ok tidur rumah family boyfriend. Sebelum2 ni mana pernah aku pergi jumpa family ex-ex aku. Sepanjang aku bercinta la kan ni la 1st time aku dibawa balik rumah dan jumpa family boyfriend. Terasa hubungan ni makin serius. Dalam otak aku ni macam ada satu setting iaitu bila mana lelaki-lelaki yang aku kenal bawa jumpa family maka itu petanda lelaki itu benar-benar mahu serius dengan kita. Makanya lelaki-lelaki yang aku kenal sebelum ni semuanya tak betul-betul serius la dengan aku sebab tak pernah bawak kenal dengan family diorang. Huhu serius terasa dihargai bila Mr. Bobot bawak aku balik jumpa family dia. Al maklum la aku ni namanya bercinta dah lama tapi tak pernah pun rasa bercinta yang betul serius. (err korang paham ke tak ea?Haha biarlah aku sorang je paham.)

Ok dah melalut. Sambung balik cerita aku ke Batu Pahat ok. Benda ni sebenarnya kitorang dah rancang 1minggu tu tapi aku ni je yang gedik ngada-ngada kejap cakap nak kejap cakap tak nak. Sebab aku segan dengan family dia. adik beradik dia dah la semua lelaki nasib baik la mama dia ada. Aku segan nak tidur rumah dia sebab tak pernah tidur rumah orang yang bukan sedara mara. Dia ajak pun sebab dekat kampung dia tengah musim durian. Aku ni bab-bab buah nak-nak durian memang aku boleh jadi hilang akal. So dalam nak tak nak pergi tu akhirnya aku pergi jugak lepas balik kerja hari Sabtu tu. Nasib baik Sabtu kerja half day je. Mr. Bobot pulak dah siap-siap mintak cuti Sabtu tu sebab nak rehat tidur dulu sementara aku kerja. Hari Sabtu dia kerja sampai pukul 5 aku je setengah hari. Last-last dia amek je cuti sebab cuti dia pun ada banyak lagi. Masa on the way nak pergi BP tu hati ni dupdapdupdap manjang. nervous uolss!! Sampai je BP singgah pergi kebun durian terus tengok ada buah ke tak. Ada la 3 4 biji tapi isi dia keras sikit tapi aku bedal jek sebab durian fresh tu. Mr. Bobot tak makan sebab isi keras. Yela dia ada kebun boleh la memilih. aku ni yang orang bandar ni memang tak memilih la sebab susah kot nak dapat durian. Lepas tu singgah kedai makan mama kerja. Kat situ memang lama la. Mr. Bobot ni kalau dah jumpa orang kampung dia memang borak tak ingat aku dah. Masa kat kebun tu pun dia ada borak dengan pakcik yang jaga kebun tu. sampai berbintat tangan and kaki aku kena gigit nyamuk dek kerana tunggu dia berborak lama. Nak buat macam mana dah orang femes kat kampung kan. Huhu. 

Inilah rupa kebun durian dia.

cuba zoom tengok ada nampak durian tak?

Duduk rumah dia mama memang layan baik sangat. Adik-adik dia pun sama. Terasa macam puteri la sebab dikelilingi lelaki. Hahaha. Pagi-pagi ahad pukul 5 aku dah terjaga. Yela duduk rumah orang mestilah kena tunjuk baik. takkan nak tunjuk anak dara ni bangun lambat kan. Bangun pagi pergilah tengok dan tolong apa patut kat dapur. Tapi aku boleh cakap mama memang tak reti duduk diam. Ada je makanan dibuatnya. mungkin sebab anak-anak semua lelaki kuat makan pulak tu jadinya memang kena ada makanan je selalu. lepas tu pukul 7 lebih pergi dusun lagi sekali. Adalah dapat 10biji kali ni. sebab malam tu hujan lebat so buah pun banyak gugur. tapi tu pun kira sikit sebab atas pokok memang buah sangatlah lebat. Masa cari durian tu memang rasa seronok sangat. 1st time cari durian sendiri. Dulu kat kampung abah aku kat Negeri Sembilan ada je pokok durian tapi masa tu kecik lagi so orang dewasa tak bagi masuk kebun takut apa-apa jadi. so kiranya ni pengalaman pertama aku la. sedih kan? terasa orang bandar sangat aku ni. Hahaha. balik tu adik-adik dia kupaskan durian bagi aku makan. sorang-sorang bagi aku. "kak nah durian" "kak duduk je kak makan durian ni" Hihi macam puteri uolls!! Lepas tu nak balik tengah hari tu Mr. Bobot kaitkan buah mangga depan rumah dia. bukan mangga biasa ok. Mangga besar punya baka. sayangnya aku lupa nak amek gambar. Tapi memang puas makan buah-buahan dia. Wahh!! terasa macam nak duduk je kat kampung dia tu. Rambutan dengan pulasan je tak menjadi lagi. Dapat makan durian pun ok dah bagi aku. Hehe.




Pulasan muda

Ini kerja tupai.

Hasil tangkapan. 

Ni makan kat D'Tanjung Cafe Batu Pahat sambil layan bola malam Sabtu tu. Fries dia serius sedap.

Dan yang paling penting layanan memang best dari diorang. Aku langsung tak rasa macam bukan family aku. Terasa macam aku salah sorang ahli keluarga diorang. Seronok sangat. Maka tamatlah cerita hujung minggu saya yang menyeronokkan. Dah macam tajuk karangan pulak kan? Haha.