Showing posts with label global. Show all posts
Showing posts with label global. Show all posts

18 March 2012

Tuhan jagakan dia

tengah duk godek2 youtube semalam sekali terjumpa satu lagu ni. lirik dia best tapi lagu dia agak slow la. tapi dah nama pun jiwang kan so memang la slow. hehe dengar2 la lagu ni ye. dan lagu ini ditujukan khas kepada dia. :D


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh menyintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

*terkejut dapat tahu seorang sahabat aku dah meninggal dunia. dapat tahu pun lambat. al-fatihah untuk arwah Noramin Mohamad Nor bekas MPP UiTM Perak. semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. amin~

30 December 2011

welcome 2012!

hari ni 30hb Disember 2011. esok dah 31hb Disember 2011. makanya dah nak masuk tahun 2012 dah kita. sedar tak sedar dah habis dah tahun 2011 ni kan. aku rasa macam baru semalam je melangkah ke tahun 2011. macam baru semalam je aku celebrate birthday aku dengan Mr. Bobot kat pantai. macam baru semalam je celebrate the last day of 2010 dengan bff depan rumah. macam baru semalam je daftar masuk degree. dan kini tup tup dah nak habis dah tahun 2011. macam tak percaya masa dah berlalu meninggalkan kita denga pantas sekali. dan kini tahun baru bakal tiba. dan macam biasa jugak akan ada azam yang akan ditetapkan. so tetapkan azam baru dan cuba capai azam lama yang masih tak tercapai. selamat tahun baru! moga2 tahun baru ini akan membuka lembaran baru juga.~
 * * * * *

Pukul 4.00 pagi.

2011 masih duduk depan "peti bodoh" menyaksikan acara meraikan dirinya pergi, digantikan dengan sahabat yang seterusnya. Tersengih-sengih 2011 melihat 2012 di julang tinggi-tinggi diikuti sorakan lautan manusia. Teringat dirinya pernah dilakukan sedemekian rupa.  Dia meneguk air susu Anlene sambil mengunyah biskut kesihatan perisa tomato.

Pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu.

"Oiii, bukaklah!".

Dia melangkah malas, membuka pintu.

"Oh, kau rupanya" kata 2011.  Berkerut dahi 2011, sedikit hairan. Apa jadah dia buat kat sini malam-malam buta?.

" Aku mabuklah". kata sahabatnya sambil cuba berdiri tegak, tersenyum sumbing.

"Errrr, sepatutnya 2012 yang balik dalam keadaan mabuk, bukan kau".

"Eh, 2012 punya "turn" ke dulu?" kata sahabatnya itu.

"Yup, muktamad".

"Alamak, hik!, aku ingat aku punya hik!, "turn"lah, tak sabar-sabar nak hik!, bagi kiamat hik!, kat manusia" kata 2013 sambil  merangkak menuju ke sofa.

"Bodoh, mengalahkan manusia dia punya mabuk". gumam 2011. Dia pun lupa yang dia sendiri pernah mabuk macam tahun lepas.

2013 dah terbongkang mengangkang dan berdengkur sampai tak boleh dengar apa yang pengacara dalam "peti bodoh" katakan.

Selamat Tahun Baru!.

copy dan edit dari Selit dan Belit blog abang long aku. =)

*menantikan misi terbesar yang tak tahu pada tahun berapa akan dilaksanakan.

20 April 2011

pengajaran~

pengajaran :

1. jangan bercinta dengan kawan2 yang dalam kelompok kenalan kamu. kelak kamu juga yang akan susah dan sakit hati. sebab? sebab bila putus then kalau lepak keluar kekadang kamu mungkin akan terjumpa dengan dia dan ini mungkin akan menggamit kembali memori lama kamu itu. nak2 kalau ada memori buruk. rasa nak tampor2 je muka dia kan? kalau putus then cakap kita still kawan pastu lepak rileks2 leh gelak2 tu laen cerita la kan.

2. jangan bercinta dengan kawan kepada kawan kamu. kira macam kawan kamu kenal2 kan kawan mereka kat kamu la. sebab? sebab bila kamu putus nanti kamu juga akan sakit hati kalau ternampak si dia berinteraksi dengan kawan kamu tu. then kamu akan rasa macam nak menangis je bila tengok si dia gembira atau mungkin akan ada api dendam yang membara untuk membalas dendam ke kan.

3. jangan bercinta dengan orang yang kamu tak kenal. contohnya orang tu kamu kenal di laman sosial la. sebab? sebab kamu tak kenal siapa dia. kamu tak tahu dia baik atau tak. kebanyakan orang akan menyamar di laman sosial. dan kebanyakannya juga terbalik dengan sifat sebenar mereka di luar. jadi kamu mungkin akan ditipu.

4. jangan bercinta dengan jiran atau ang duduk setaman atau sekampung dengan kamu. sebab? ni kes sama dengan yang no. 1 and 2 tu la. pusing2 nanti jumpa jugak kat situ. yela dah kata setaman sekampung bagai kan. melainkan kalau kamu atau si dia yang berpindah. kalau kes pindah ni x payah cerita la kan.

hmm apa lagi ye? aku tak ada idea lagi. setakat ni tu jela kot yang aku rasa orang yang tak patut kita bercinta. tapi jangan la take it serious ea. ni semua dari pengalaman aku sendiri. kalau rasa diri sendiri boleh manage perasaan tu makanya dengan siapa kita bercinta takkan menjadi masalah. kalau tak dapat lupakan makhluk2 yang berlawanan jenis tu pun apa kata kita anggap ia sebagai satu pengalaman yang berharga ye tak?mungkin dengan cara itu kita tak la sakit sangat kalau teringat. think positive je people. jika positive maka semua benda akan menjadi senang. macam yang aku selalu buat. fikir positif sebelum fikir negatif.

*dapat ilham tulis ini entry sebab TERnampak FB orang yg dulu2 yg pernah bikin hati aku panas. :)

06 April 2011

ketidakpuasan hati

sport day dah habis.

dinner pun dah habis.

satu je aku tak puas hati.

kenapa mesti mainkan lagu2 korea?hampir setiap waktu mainkan lagu korea. bosan. bosan.

apa MALAYSIA ni dah takde lagu2 sendiri yang sedap untuk diputarkan ke?

dulu heboh dengan lagu indon yang mendayu2. sekarang ni lagu korea pulak?lepas tu nanti mula la heboh kata gerak tarian dia macam tarian gereja la, lirik lagu dia bawak maksud tak elok la. boleh tak sebelum suka dan addict sesuatu tu sila siasat dulu. tak de lah nanti nak menyesal. macam tarian poco-poco tu. sekarang ni dah haram pulak kat Perak. siapa yang perkenalkan tarian ni pun aku tak tahu la.

aku bukan anti-korea ke ape ke. aku mengaku aku juga tengok cerita korea siap meleleh leleh air mata. aku dengar juga lagu2 korea ni tapi aku tak la se'fanatik' mereka2 ini sehinggakan dalam semua majlis nak putar nak guna lagu korea nak tiru tarian korea. haish!

come on rakyat Malaysia. kamu perlu ada identiti sendiri. tak cukupkah dulu nenek moyang kita pernah terseksa dek jajahan orang2 luar ini? kamu semua mahu ulangi peristiwa2 lama kembali kah? sedarlah.

p/s : entry ni hanya menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap segelintir pihak yang terlalu taksub dengan korea2 ni. last2 dalam 4 5 tahun akan datang kau taksub pulak dengan muzik dari negara lain dan kau lupakan korea ni pula. dah macam lalang rakyat Malaysia ni. *mengeluh untuk yang kesekian kalinya*

16 March 2011

kehidupan

dah lama tak update. sebab encik laptop rosak. sebab banyak sangat encik assignment yang datang. sebab tak ada mood nak taip. sebab tak ada idea nak tulis. sebab? berapa banyak sebab daa.

tapi itu lah hakikatnya yang sedang aku lalui sekarang. itu semua sebab mengapa aku tidak kelihatan sangat di alam maya ni. (ceh ayat nak poyo je kan)

encik laptop saya sudah rosak teruk. mula-mula hanya kena jangkitan windows cetak rompak namun apabila dihantar ke hospital kedai untuk dibaiki encik laptop ku didapati sudah kritikal dan memang tinggal nyawa-nyawa ikan saja. kini aku masih tak tahu apa nasib dia di hospital kedai tu. abang yang repair tu kata motherboard dah rosak teruk. skrin dah tak boleh bukak terus. dia nasihatkan supaya beli saja laptop baru. wah! kaya aku nak beli laptop baru dalam masa seminggu ni. mana aku nak dapat duit oi! korek tabung?tabung pun tak ada macam mana nak korek. haish encik laptop ni asyik rosak je dari dulu lagi. dah la tengah banyak assignment nak kena buat. macam mana aku update entry ni?aku terpaksa la buat muka comel dan tak tahu malu menagih simpati rakan baik aku. nasib baik la dia tak guna sangat laptop dia. maka aku pinjam sementara untuk buat entry blog assignment aku.

oh dan minggu ni sangat penuh dengan berita sedih. kawan aku accident, kakak ipar kawan aku sakit, pakcik kawan aku meninggal.dan paling sedih ibu kawan aku meninggal. semoga dia tabah hadapi semua ini. semoga rohnya dicucuri rahmat. AL-Fatihah.

*Jepun dilanda tsunami dan gempa bumi juga berlaku dalam minggu ini. semoga rakyat negara kita di sana selamat. sama-sama kita renung adakah dunia sudah semakin hampir ke hujung nya?ini semua peringatan untuk manusia. sedarlah manusia.