13 January 2014

2014-03 Caramel sauce

Assalammualaikum.
Korang pernah try buat caramel sauce sendiri tak? Ala yg macam pretzel auntie's anne punya caramel tu. Hehe hari tu aku try buat dan nasib baik menjadi. Serius sedap weh. Sangat senang buat dia. Resepi dia aku amek kat blog skybluekitchen tapi macam biasa la aku akan olah sikit. Ni cara aku buat lak ok.

Bahan-bahan:
1 cawan brown sugar
1 kotak kecil (200ml) whipping cream
1/2 Ketul butter.

Cara-cara:
1. Guna periuk yg tinggi sikit, masukkan gula perang. Aku suka guna brown sugar sebab lebih cepat cair. Cairkan dia sampai warna keperangan. Jangan masukkan air langsung.
2. Masukkan butter dan kacau guna whisk tangan. Adunan akan berketul. Time ni kecikkan api sikit.
3. Masukkan whipping krim yg dah dibiarkan pada suhu bilik. Teruskan kacau sampai hilang ketulan2 gula and sampai capai kepekatan.
4. Simpan dalam peti ais. Caramel ni boleh disimpan lama kalau betul cara buatnya. Bila simpan dalam peti ais kepekatan dia akan bertambah and kalau nak guna aku nasihatkan keluarkan dari peti ais awal dan dibiarkan pada suhu bilik dalam 1/2 jam.

1 adunan ni boleh dapat 1botol jem kecik macam dalam gambar aku bawah ni.
b







Selamat mencuba!
posted from Bloggeroid

06 January 2014

2014-02 CrazyChocHauz

Fuhhh!! Buzy yg amat minggu ni. Terima kasih pada yang order crispy bar aku tu. Hari2 ada je org order. Alhamdulillah ada rezeki. So pada yg x cuba lagi jom cuba. Boleh komen atau like page crazy choc hauz kat sblh kanan blog ni.





posted from Bloggeroid

01 January 2014

2014-01 My Birthday Celebration

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni 1 Januari 2014. This is the first entry for year 2014. Agak lama tak update blog. Cerita pasal Hari jadi sendiri pun tak berupdate. Selalunya besday diri sendiri aku akan update punya tapi tahun ni eh salah tahun lepas macam malas nak update on the time. So aku wrapkan sekali la update2 yang aku malas nak update tu. (jahanam tatabahasa). Sedih tahu tak bila mana umur baru nak cecah 24 tahun tiba2 kena tukar jadi 25 tahun sebab dah masuk tahun baru. Besday aku 25/12 hari tu. Baru je genap seminggu aku masuk 24 tiba2 hari ni kena tukar status 25 tahun pulak dah. Hoooo Emmmm Jiiiiiii!!!! Hahahaha terover pulak ahkak! Dah termerepek lagi haaa...

Terus ke cerita besday aku. Pada 24hb Disember 2013 hari tu ada kejutan untuk aku. First, opismate buat pre-besday celebration untuk aku. Serius aku terharu. Tak pernah sambut besday kat tempat keje tahu tak? Inilah tahun pertama aku bekerja dan kali pertama jugak besday aku disambut di opis. Opismate belikan kek kecik tapi walaupun kecik aku bersyukur sangat. Dah la semua opismate aku tu cina, aku sorang je melayu ok dan sebab tu aku tak sangka diorang nak celebrate besday aku. Balik2 dari lunch tengok ada kek atas meja. Rupa-rupanya tu kek besday aku. Hehe tak sangka dorang ingat. Serius terharu.

First time letak gambar sendiri kat blog ni. I is malu! 
Then the second surprise dari Mr. Bobot. Balik keje tu ingat nak jumpa dia sekejap bagi makanan beli kat pasar malam (nak jadi bakal bini solehah cenggini la, makan minum dia aku yang belikan. Haha). Tapi rupanya dia ada surprise. Masuk2 je kereta dia, dia suruh tutup mata dulu. Lepas tu bukak mata, taraaaaa!!! sejambak bunga ros depan mata aku. Terharuuuuuu!!!!!! Serius terharu. First time dapat bunga dalam hidup aku, first time jugak Mr. Bobot bagi bunga selalu dia bagi cekelat je. hehe habis 1 hari tu aku tersenyum je. Dah macam orang gila aku rasa. Haha umpama kera mendapat bunga. Eh? Hahahaha. Dia bagi 3 kuntum bunga ros. Katanya 3 kuntum mewakili 3 tahun hubungan kitorang. Yela tarikh besday aku tu sama dengan tarikh anniversary kitorang jugak so kira hadiah bunga ros tu mewakili besday dan anniversary gift la. Kesian dia dah la time tu tengah pokai sebab gaji tak masuk lagi tapi dia usaha jugak nak bagi hadiah kat aku. So sweet! Heee~ Sayang lebih!

Lagi sekali termsukkan gambar sendiri. =_=!
2 hari sebelum besday aku tu aku cuba gak untuk buat kek besday sendiri. Saja nak mengasah bakat membuat kek. Nak buat kek pelangi. Tapi tak berapa nak menjadi sangat. Buttercream tu gula dia tak berapa hancur dan telah menyebabkan kek aku terlalu manis ya amat sampai aku sendiri tak boleh nak makan. Makan kek dia je. Tu pun semua orang tak habis makan. Tapi aku paksa Mr. Bobot makan jugak and dia kata habis dia makan. Hahahaha kesian dia jadi tikus makmal aku. Mana tak gemuk dan sihat asyik aku suapkan makanan je. Takpela buncit itu seksi. Hahaha. Nah tengokla gambar kek pelangi aku yang tak jadi tu. Nanti2 aku try buat kek lain pulak. 

Tapi overall aku puas hati sebab sekurangnya aku dah mencuba.
Tu jela nak update. Nak ucap selamat tahun baru pun macam malas je sebab mood tahun baru macam takde. Yang aku harapkan semoga impian aku untuk membuka kedai bakeri tercapai satu hari nanti. Ok bye!