27 May 2014

2014-11 Badak Berendam

Hai, 

Dah lama aku tak kongsi resepi kan? Sejak2 dah duduk dengan mak ni memang dah jarang main masak2 sangat. Kalau duk rumah sewa time study dulu bolehlah rajin main masak2 ni. Hehe alasan je semua ni. 

Ok tadi belek2 blog sendiri lepas tu tengok tab masak2 aku tu ada resepi yg aku berhutang rupanya. Resepi badak berendam. Tak ber update dari dulu lagi. Maaflah kadang2 aku busy dan terus lupa. Sila tinggalkan komen kalau nak tanya pape ye.Nah resepi untuk pembaca sekalian. tak kisah lah silent reader ke public ke kan. Silalah cuba nanti ye.

Bahan-bahan 1 (Si badak berendam) :
a) 2 cawan tepung pulut (Dapat dalam 20 - 30 biji jugak)
b) Daun pandan (optional - boleh jugak guna 1 sudu kecil perasa pandan)
c) 1/2 sudu kecil garam
d) 1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
e) 1 cawan air
f) Gula Melaka secukupnya (Dipotong dadu2 kecil)

Bahan-bahan 2 (Kolam air untuk si badak tadi) :
a) 1 kotak kecik santan
b) 2 sudu tepung beras
c) 1/2 sudu kecil garam
d) 2 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara-cara :
1. Mula-mula uli tepung pulut tadi dengan air, perasa pandan, garam, pewarna. Uli sampai jadi doh yang lembut and senang dibulat2 kan. 
2. Ambil doh lepas tu bulat2 kan dia. Lepas tu tekan tengah2 and letak gula melaka yang dah dipotong kecik2.  Jangan letak banyak sangat nanti si badak pecah and gula tu akan cair dan bocor.
3. Bulatkan sampai habis adunan and ketepikan dia.
4. Masukkan santan dan air dan biar sampai didih. Masukkan garam, daun pandan, tepung beras sikit dan biar dia memekat dan kacau selalu. Bila dah pekat masukkan si badak-badak tadi.
5. Bila si badak-badak tadi dah terapung semuanya tunggu seminit dua dulu, lepas tu bolehlah ditutup api dan dihidang. Siaplah badak yang berendam dalam kuah santan kita. Silalah makan.

Ini cara aku. Ada orang inti dia letak kelapa tapi aku lagi suka gula melaka sebab senang dan tak leceh. Ada orang suka simpan dalam peti sejuk dulu baru makan sebab dia suka kuah tu sejuk2 tapi aku lagi suka makan panas2. Nikmatnya bila gula tu pecah dalam mulut kita. Yummy! Sluurpp!! Meleleh air liur aku! Hahaha selamat mencuba. 

26 May 2014

2014-10 Earnings dari akaun Nuffnang ku

Salam semua,

Actually aku tak tahu nak post pasal apa. Tercari-cari nak buat entry pasal apa. Nak post entry tapi macam blur nak cerita pasal apa. So far tak ada yang menarik sangat berlaku dalam hidup aku seminggu dua ni. So dalam tak tahu nak post apa tu aku blogwalking kat banyak blog. Best je tengok blog diorang ramai visitor. Lepas tu terbaca pasal Nuffnang. Diorang dapat duit dari Nuffnang. Kat blog aku ni pun aku letak iklan Nuffnang tapi aku macam buat tak endah je pada dia. Kiranya macam penambah layout je. Haha kesian Nuffnang ku. Aku dah lama gila tak buka akaun Nuffnang aku taw. Last aku bukak duit dalam akaun aku ada RM0.05 je tak silap. Tu pun aku cek tahun bila entah. Masa aku study kat Perak lagi rasanya. 

Tadi ni aku try la bukak balik akaun aku, nasib baik aku ingat password lagi. Kihkihkih. Then tiba2 aku macam wahhhh!!! amazed gila sebab duit aku dah bertambah. Walau tak banyak tapi bagi aku tu pun dah banyak. Mungkin bagi blogger2 hebat akan pandang enteng saja pada jumlah duit aku tu. HAHAHA why border?? Why border?? (Gaya Azwan Ali sikit) 



Jumlah baru RM5.95. Sikit je tapi ni pun aku dah macam tak percaya.

Hehe janji ada jugak duit dalam akaun Nuffnang aku kan. Tiba2 rasa macam semangat pulak nak menaikkan traffic blog aku ni. Hahaha dasar mata duitan ko ni weh! Ok tu jela nak kongsi. Terima kasih pada unique visitors ku yang menyumbang pada Nuffnang ku ini. 

*Jangan lupa follow instagram aku @eybiezafirah_crazychochauz dan jugak like FB page aku Crazychochauz seperti yg tertera di side bar tu. Terima kasih! :)

19 May 2014

2014-09 My Superman

Assalammualaikum

Hai. Nak cerita perihal minggu lepas punya kejadian. Hari Isnin 12/5/2014 hari tu kan hujan lebat gila dari pukul 5 pagi tak silap sampailah pukul 7 pagi tak berhenti. So terpaksalah aku ni pergi kerja naik kereta. Aku ni selalu rempit jek naek tenggiling aku tu pergi kerja. Forever rempit. Haha. So kalau hujan jela baru naik kereta. Al maklum kereta tu walaupun aku bayar tapi lebih kepada kegunaan family. Takpelah bagi je bapak aku guna kan. Ok back to story. Nak dijadikan cerita la kan, pagi tu dengan hujan lebat aku pun redah lah untuk ke pejabat yang selalu makan masa 18 minit saja dari rumah aku. Tapi malangnya isnin itu betul2 dugaan untuk aku. Masa on the way tu aku lalu jalan Bukit Beruang. (Aku tinggal kat Padang Jambu, kerja kat Taman Tasik Utama Ayer Keroh - sila google kalau tak tahu. Haha) Jalan tu memang aku selalu jalan lah. Entah salah kat mana tayar aku macam ada buat bunyi pelik. Aku mulalah bawak slow and perlahankan volume radio aku. Then aku tak sedap hati terus cari tempat yang selamat untuk berhenti. 

Masa berhenti tu aku cek la tayar belakang kiri tapi tak nampak apa-apa pelik. Mungkin mata aku ni telah dirabuni kan yela time tu hujan so aku pun macam cek gitu2 je. Then teruskan je perjalanan balik. Lagi 5 minit je nak sampai opis dah tiba2 ada sorang hamba Allah ni mungkin student UTEM naik motor bagitahu aku punya tayar dah bocor. Ya ampun!! Aku memang dah cuak time tu. Aku pun cakaplah terima kasih then terus pusingkan kereta untuk parking kat Petronas situ. Nasib baiklah area opis tu ada Petronas. Orang memang ramai time tu. Semua nak isi minyak la pam tayar la. Nak masuk kerja kan. Agak busy la jalan tu. Lepasje parking aku terus call Mr. Bobot aku. Huhu patutnya call bapak aku tapi aku fikir hujan lebaat lagi kat area rumah aku kang bapak aku kena naik motor kena hujan kesian pulak lagipun orang dah tua lagi aku kesian so aku call je Mr. Bobot. Dia terus datang secepat mungkin. Wah time tu memang terasa dia macam Superman la. Hikhik. 

Dialah penyelamat aku. Tolong tukarkan tayar aku yang bocor tu guna tayar spare dulu. Rupanya jack tayar, spanar semua ada kat bonet aku je yang tak tahu. Hahaha time tu terasa alahai patut aku boleh je tukar sendiri. Tapi nak bukak tayar tu macam tak reti je. Haha takpelah lepas ni memang panggil Superman aku tu je kalau ada pape hal. Dia boleh buatkan semua. iols kan perempuan yg lemah giteww...Hahaha 

Yang tak bestnya dah la masuk opis lambat lepas tu sampai je opis pc aku buat hal. Hang sekejap. Rasa macam "eh pehal semua nak rosak hari Isnin ni? Tahulah esok (Selasa) cuti Hari Wesak.Grrrr" Aku restart balik barulah ok. Then lagi 1 bala dtg. Claim untuk sub-con yg aku buat boleh pulak kena reject dengan COO. Dia tak sign claim aku siap komen berjela. Eh sabar jela. Hari Isnin yang sangat mencabar untuk diriku. Haishhh...Balik kerja tu terus ajak Mr. Bobot cari kedai tayar tukar tayar. Beli 2nd hand punya tayar je. Al maklum la dah tengah bulan duit memang dah kering. Sobs! 

Ok tu jela ceritanya. Haha hakikatnya aku dah ada Mr. Clark Kent atau Mr. Superman aku sendiri. Dah la dia pakai spek sama macam Clark Kent. Memang lepas ni nak panggil dia Superman jela. Hikhik. *Gedik*  Terima kasih kamu! Muahh! love you! Hahaha


Nampak tak besi panjang tu? besi tu la yang buat onar kat tayar aku. Cess!

Close up sikit.


12 May 2014

2014-08 Thanks

Hai,

Lepas je aku post gambar cincin kat blog and IG aku, bertalu-talu pertanyaan diajukan pada aku. Tak kurang jugak yang ucapkan tahniah. Thanks pada kawan2 yang caring and concern pasal aku. Actually takde pape pun yang terjadi. Tiada risik, tiada jugak tunang. Semua masih normal. Aku cuma pergi tengok and survey harga sahaja. Gambar2 yang aku masukkan tu hanyalah gambar yang tidak memberi pape maksud. Semuanya ihsan Google. Hihihi. Jadi janganlah salah anggap ye kawan2 ku. Tiada pape yang terjadi. Kalau aku dah nak tunang ke apa ke aku akan beritahu nanti. Aku pasti akan buat entry dalam blog ni ok? ;)

Terima kasih doakan hubungan kitorang. I is terharu.

Tu jela. Bye.

*coklat crispybar masih lagi dijual ye. Nak tempah boleh visit ig @eybiezafirah_crazychochauz atau whatsapp me at 013-4756651

03 May 2014

2014-07


hanya gambar. =))