11 November 2012

my little precious

introducing my little precious. my little lovely prince and princess. maksu love them.

Ain safiyyah. anak sulung abang aku. she's pretty just like her mom. sangat lemah lembut orangnya. 

Aleesya safiyyah. 2nd daughter of my brother. second sister to ain safiyyah. sangat banyak kerenah ini budak. selalu menyakat kakak dia. perangai sangat serupa dengan abang aku.

this new born baby is the third daughter of my brother. Afrina safiyyah nama dia. ahli terbaru sekali dalam family kami.

ini pula nur aisyah athira atau kakak. cucu sulung dalam keluarga kami. anak sulung pada kak ngah aku. sangat penyabar orangnya melayan karenah adik2 dia. pandai dalam pelajaran juga. ramai orang sukakan dia sebab sikap dia yagn peramah.

nur aisyah amira sangat becok orangnye. anak kedua kak ngah aku. selalu kena marah dengan aku dan jugak kena sakat dengan aku. sangat bengang dengan aku sebab maksu dia ni jahat. hehe.

yang ini pula iqbal. anak ketiga kak ngah aku. sangat manja dengan mak dia. selalu jugak kena sakat dengan maksu dia ni.

nama dia amshar. anak sulung pada kak bad aku. dia ni dulu masa kecik2 sangatlah debab. bila dah besar kurus pulak. mengada ngada jugak ni. kalau datang rumah atuk dia selalu kena marah dengan maksu dia. haha. maksu sangat jahat ye anak2 buah ku.

yang ini memang faveret ramai orang. dia lelaki ye nama abbasy. anak kedua kak bad aku selepas amshar. time ni aku saja kenakan dia pakai cekak. boleh pulak tersengih tu. banyak buat lawak. jarang menangis. suka buat kami tergelak dengan keletah dia.

yang ni fareez adam. panggil adam je. anak sulung kakcik aku. he is a gangster ok. hehe tengok gambar pun dah gerun kan? sangat kasar dan ganas budak ni. tapi ada banyak kelemahan. takutkan lipas, gelap, dan macam2 lagi la. gansgster kecik johor ni. 

nazmi atau adik. anak kedua kakcik aku. selalu kena buli dengan abang dia si adam. manja dengan mak dia. minat awek2 cun je. kalau awek tak cun nak dukung dia tak mo layan. haha sangat gatal.

kanak2 ribena. sangat suka kalau diorang semua ni balik rumah atok time maksu ni ada. boleh sakat diorang. ye aku tahu aku maksu yang kurang baik sebab suka sakat budak2 kecik ni tapi aku sayang diorang sepenuh hati. tak sanggup nak hilang diorang ni. rindunya dengan budak2 kecik ni. anak2 buah maksu ni boleh tak jangan membesar. biar kecik je boleh maksu main2 sakat2 korang selalu. kalau dah besar nanti tak best dah. huhu.

10 November 2012

musim mengawan

sekarang musim hujan musim sejuk.

musim sejuk ni musim mengawan.

sebab apa musim mengawan sebab ramai orang kahwin la tunang la merisik la dan sewaktu dengannya.

musim sejuk jugak menyebabkan mengantuk dan lapar.

conclusion dia, kena pergi jemputan orang kahwin supaya dapat hilangkan lapar tu nanti dan dapat tengok orang mengawan (posing dalam gambar) atas pelamin. bila dah setel semua barulah senang dan selesa untuk tidur. cewah! ayat dah macam buat tesis pulak. huh! tesis tak siap lagi!

*rasa nak mengawan jugak boleh tak? ok fine aku gatal!