Showing posts with label crazychochauz. Show all posts
Showing posts with label crazychochauz. Show all posts

31 October 2014

2014 - 23 Car Boot Sale di Melaka

Assalamualaikum,

Lama tak menaip hah. Tiup sawang sikit, Hihi. Sorry agak sibuk dengan kerja di opis dan bisnes sampingan serta persiapan pertunangan aku. Haaa tengok betapa banyaknya kerja aku. terasa macam superwoman dah. Hehe

Ok tengok tajuk pun dah tahu apa aku nak cerita kan? Kat Melaka ni sebenarnya dah lama ada Car Boot Sale ni cuma atas sebab2 tertentu ia terpaksa dihentikan sementara. Sebelum ni yg aku pernah tahu ia diadakan di depan UTC di bandar Melaka berdepan Stadium Kubu tu. Tapi atas sebab2 tertentu penganjur terpaksa hentikan. Ni semua penganjur yg cerita lah.

Baru-baru ni penganjur dah dapat tempat baru untuk diadakan car boot sale ni atau bahasa melayu dia Jualan Bonet la kan. Penganjur berusaha untuk merealisasikan impian sesetengah peniaga yg berminat untuk join car boot sale ni. Dan akhirnya berita gembira dari penganjur car boot sale ni akan diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 5.00 petang hingga 12.00 malam sahaja bertempat di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Car boot sale akan bermula pada 31/10/2014 ni dan akan diteruskan setiap minggu jika tiada aral. Pendaftaran untuk peniaga2 yg nak join telah pun diadakan pada awal bulan Oktober hari tu dan aku salah sorang peniaga yg join. Hehe.

Bagi aku tempat yg dipilih ni memang strategik dan best sebab hujung minggu memang ramai org datang ke dataran ni untuk rehatkan minda. Yelah boleh parking kereta tepi2 jalan tu lepas tu boleh pergi main2 air kat gigi air pantai tu. Ada banyak kedai makan jugak and ada macam2 aktiviti boleh dibuat kat sana macam main layang-layang, menunggang kuda, menunggang KTV and macam2. Best lah senang cerita.

Yg penting yuran utk join car boot sale melaka ni cuma RM30 sehari saja. Murah sangat. Sebab tu aku join. Dan syarat-syarat dia pun tak lah ketat mana. Aku join pun sebab nak jual produk coklat and baju-baju mana yg dah tak nak pakai or tak muat tu je. Nak cari duit tepi. Hehe. So kalau korang2 datang Melaka hujung minggu ni jangan lupa singgah car boot sale Melaka ni kat Dataran 1 Malaysia Klebang ni ok? Nak tahu apa aku jual boleh cari booth Crazychochauz. Hehe tak sabar nak meniaga kat sana. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn.



06 January 2014

2014-02 CrazyChocHauz

Fuhhh!! Buzy yg amat minggu ni. Terima kasih pada yang order crispy bar aku tu. Hari2 ada je org order. Alhamdulillah ada rezeki. So pada yg x cuba lagi jom cuba. Boleh komen atau like page crazy choc hauz kat sblh kanan blog ni.





posted from Bloggeroid

22 December 2013

2013-17 Cream Caramel Versi 2

Assalammualaikum.

Hai lama sungguh tak menaip di blog ni. Agak busy sikit kebelakangan ni. Nak handle bisnes dan juga kerjaan di siang hari. Penat jugak rupanya buat dua kerja ni. Tapi aku seronok. dalam sibuk2 ni jugak aku sempat main masak-masak. Kali ni aku main masak-masak puding caramel. Hari tu tak puas hati sebab tak berapa menjadi sangat. So kali ni aku try buat ikut resepi yang tak menggunakan telur seperti di blog Fatin Liyana. Alhamdulillah menjadi jugak la tapi terlebih keras sikit sebab mungkin terkurang air. Rasa pun sedap. Yang penting takde rasa telur. Aku ni tak berapa gemar rasa telur sangat kalau dalam kek. Boleh rasa muak. So bawah ni hasil yang aku dapat dan juga resepi yang aku copy paste.


Bahan-bahan :

For Caramel Sauce
2 senduk gula (aku guna gula perang lebih cepat cair)
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air

Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula perang dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!


Jangan lupa like page Crazy Choc Hauz (dulu guna nama Afani Shoppe) untuk order Crispy bar yang sedap. Crispy bar ni boleh dipos taw. Jangan risau sebab semua customer berjaya dapatkan nya dalam masa 1 hari je dan keadaan coklat tu jugak dalam keadaan yang elok. 

Untuk pos, Crispy bar akan dibalut cantik-cantik dan elok supaya tiada apa yang buruk akan terjadi. :)

Kek batik berkeju juga ada dijual. :)

Produk akan datang yang akan dikeluarkan ialah kek batik berkeju. Kalau like page Crazy Choc Hauz tu anda akan dapat tahu semua update tentang produk ni. Thanks again pada semua yang order dan menyokong bisnes baru aku ni. :) (ter'promote' lebih pulak. Hiks!)

28 November 2013

2013-16 Crispy Bar lagi

Assalamualaikum.
niat hati aku nak update pasal cerita outing dengan budak sekolah tapi cerita tu macam dah basi pulak. gambar pun tak dapat lagi makanya mood nak cerita tu tak sampai.
So aku update jela pasal produk baru aku ye. aku ni baru je berjinak2 dalam bidang perniagaan. tak sangka dapat sambutan yang best dari kawan2 and family aku. ramai dah kawan duk order nak rasa Crispy bar tu. Semua meleleh air liur nak rasa la. Haha ok tipu takde sampai meleleh kot. Tapi semua yang beli kata sedap. Sape2 yang nak kahwin ke tunang ke pun boleh order untuk letak dalam hantaran. Dah kalau tak tahu kan nak letak apa dalam hantaran tu meh order je dengan aku, aku akan buatkan cantik2 bekas dia biar semua orang terpegun tengok hantaran kau yang cantik dan orang mesti akan tertanya tanya "eh apa tu?Coklat ke kek ke biskut?Mana kau beli?Sedap la" Masa tu korang mesti kembang kempis sebab orang duk puji korang pandai pilih barang2 untuk dijadikan hantaran. Hahaha ok aku berangan lebih. Apa2 pun tak rugi taw order Crispy bar ni. Meh la order. Like je page Afani Shoppe ni and click album Crispy Bar ni untuk tengok pilihan yang ada..Baca details taw. Kalau tak paham boleh je pm atau whatsapp 013-4756651.

*Crispy akan dijual dalam pelbagai saiz akan datang.

20 November 2013

2013-15 Crispy Bars

Assalamualaikum. 

Dah sebulan takde post entry. Banyak cerita sebenarnya tapi takde masa nak update sebab line broadband aku semakin lembab. Ni pun update curi2 kat office. Hehe. Ok post kali ni nak tulis pasal bisnes baru ku bersama kakak2 aku. Nama produk kitorang ialah Cripsy Bar. Crispy Bar ni tergolong dalam energy bar sebab dia coklat campur bijirin. Aku dah terangkan ni makanan ni apa dia jangan ada lagi duk tanya apa tu energy bar pulak memang aku jawab kalau nak tahu mai cuba beli crispy bar aku ni. Dijamin sedap. Sangat sweet tooth. Ok tak nak bebel banyak. Korang mesti teruja nak tengok apa rupa dia. So aku bagi gambar serta description bawah gambar tu nanti ok.


Crispy bars chocolate mousse with strawberries and triple extra chocolate. Harga - RM25.00

Cripsy bars chocolate mousse with two colour choc chip. Harga - RM15.00

Crispy bars chocolate french vanilla with almonds. Harga - RM15.00

Crispy bars chocolate french vanilla with topping choc chip. Harga - RM15.00

Crispy bars chocolate french vanilla with topping raisins. Harga - RM15.00

 Special size crispy bars chocolate french vanilla with topping choc chip and almond nuts. Harga - RM30






Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum COD. COD hanya untuk area Melaka dan Johor Bahru. Boleh juga dipos ke seluruh Malaysia dengan hanya menambah RM10 untuk kos postage. Sila pm untuk sebarang tempahan. Tq.

Pilihan chocolate untuk topping layer atas :
1. French vanilla
2. Chocolate mousse
3. Almond & nuts
4. Black forest
5. Dairy milk
6. Mixed nuts

Pilihan topping hiasan (free tanpa kos tambahan) :
1. Choc chip
2. Chocolate rice (rainbow/choc)
3. Almond nut
4. Kismis

Pilihan topping hiasan tambahan :
1. Strawberry (add RM5)
2. Marshmellow (add RM3)
3. Cadbury yogurt chocolate (RM2)
4. M&M chocolate (RM4)
5. Extra chocolate (RM5)

Mesej atau whatsapp 013-4756651 untuk tempahan. Juga boleh like page Afani Shoppe untuk maklumat lanjut.  :)