30 June 2013

si gadis dan si lelaki

assalamualaikum w.b.t.

ada 1 cerita tentang seorang gadis yang usianya lingkungan 20-an. umur yang dah boleh kahwin. dan bila sebut hal kahwin, gadis itu pasti pening kepala. al-kisahnya apabila suatu hari di bulan aidilfitri si gadis jemput si pasangannya untuk datang ke rumah beliau dengan niat untuk memperkenalkan lelaki yang bakal menjadi suaminya kepada keluarganya. tapi lain yang diharap lain pula yang terjadi. bapa si gadis tidak berapa suka akan si lelaki itu dengan alasan dia anak sulung banyak tanggungjawab dan perlu kesian pada dia kerana perlu menanggung keluarganya nanti. bapa si gadis sebenarnya takut si gadis yang berpelajaran tinggi itu yang akan menanggung si lelaki bila mereka kahwin nanti. si lelaki walau tidak berpelajaran tinggi, tiada harta yang banyak namun dia sangat bertanggungjawab. bapa si gadis sering membandingkan lelaki itu dengan abang2 ipar si gadis. bapa si gadis fikir yang lelaki itu pasti sama perangainya nanti dengan salah seorang abang iparnya yang tidak bertanggungjawab. selepas kejadian itu, lelaki itu tidak lagi datang ke rumah gadis itu kerana sedih dia ditolak kerana harta. tetapi hubungan mereka masih berjalan seperti biasa cumanya ia menjadi rahsia daripada keluarga si gadis.

mereka berusaha untuk membuatkan bapa si gadis membuka mata untuk menerima lelaki itu kelak. lelaki itu mula serius. mula mencari kerja2 yang mampu membuatkan bapa si gadis buka mata. si gadis pula banyak berdoa supaya hubungan mereka akan diterima dan direstui. si gadis sanggup berkorban menanggung perbelanjaan keluarganya juga anak2 buahnya walaupun mereka masih punya ibu bapa walaupun ketika itu si gadis baru saja mula kerja dengan gaji yang tidaklah sebesar mana. si gadis sanggup menurut kata2 ibu bapanya. tapi malangnya segala usaha itu seperti sia-sia di mata mereka. mereka seperti tidak nampak apa yang dikorbankan gadis itu. bapa si gadis mula mencari jodoh untuk gadis tersebut. anak kepada kawan baiknya yang masih bujang tetapi sudah terlajak usia menjadi calonnya. sehinggakan bapa si gadis sanggup menipu si gadis kata untuk pulang ke kampung mereka ke klang untuk berjumpa pak long atas urusan keluarga. dan seperti biasa si gadis hanya akan menurut kerana dia fikir dia boleh menjadi co-driver nanti. rupa-rupanya sebelum sampai ke kampung, bapanya singgah ke rumah kawan baiknya dulu. si gadis tertanya-tanya dalam hati kenapa si bapa beria-ia nak ke sana. sesudah balik dari rumah kawan baiknya, barulah si bapa membuka cerita yang sebenarnya isteri kawan baiknya itu teringin untuk berjumpa si gadis kerana tak pernah dapat berjumpa sebelum ni. memang sebelum ni mereka sekeluarga ada datang ke rumah si gadis tapi si gadis kerap tiada di rumah. makcik tersbut juga sempat bertanya pada si gadis sama ada si gadis sudah berpunya atau tidak. kalau masih tidak berpunya si makcik ingin mencuba nasib untuk anak sulungnya. wah! si bapa memang terus laju katakan tak ada. si gadis hanya diam dan berlalu ke kereta. dia tidak mahu bersikap kurang ajar pada orang tua. dia masih tahu hormat orang tua. tapi akhirnya si gadis yang tersepit.

si gadis benar2 rasa terpempan dan menahan rasa dalam hati. bila sampai di kampung, dia lihat mereka semua tiada buat apa. bila orang kampung tanya kenapa balik mereka hanya menjawab saja terasa ingin balik. baru lah si gadis tahu yang sebenarnya tujuan utama ibu bapanya hanyalah untuk ke rumah kawan baiknya saja. sepanjang malam si gadis menangis sehingga sembab mukanya. si lelaki diberitahu tentang hal ini dan si lelaki sangat kecewa dengan tindakan bapa si gadis. nasib mereka masih tidak diketahui sehingga kini. semoga si lelaki dan si gadis tabah menghadapi dugaan. semoga hati mereka kuat. semoga jodoh mereka kuat. 

si gadis kini hanya mampu menangis dan berdoa. si gadis teramat sayang si lelaki sama juga si lelaki. dan kini si gadis ingin mengeraskan hatinya. sudah terlalu lama dia berlembut. kini tiba masanya dia berkeras. bukan niatnya ingin melawan keluarga tapi yang ingin berkahwin dan hidup bersama pasangannya ialah dia bukan bapanya. sangat tidak adil bagi dia kerana kakak2 dan abangnya dapat memilih pasangan sendiri tapi kenapa bila tiba giliran dia si bongsu perlu diatur sebegini rupa?