28 June 2011

mimpi lagi?

malam tadi dapat mimpi lagi. mimpi yg sama macam hari tu dalam mimpi sang pelangi lama 
aku tak tahu kenapa mesti dia yg muncul dalam mimpi aku lagi sekali.
ye lagi sekali. lain orang yg aku nak mimpi lain orang pulak yg masuk mimpi aku.
serius aku tak tahu kenapa aku senang sangat nak mimpi dia ni.
haish..tengah hari pagi tadi bangun je dah serabut kepala aku dok ingat mimpi tu.
adehh harap2 jangan la mimpi dia lagi. dah cukup sakit dah dulu2.
kepala and hati ni perlu dikunci la rasanya dari perasaan2 entah apa2 tu.
dream is just a dream. hurmmm....

*masih terasa dengan penangan result yg teruk yg siap ade kena repeat 1 paper. ok fine aku rileks je sebab sendiri punya salah. so just go on je la kan. macam motto hidup aku "berani terima kenyataan dan hidup mesti diteruskan" :D

26 June 2011

1 minggu down, 1 minggu happy!

woohoo sudah bersawang blog aku ni. tiada masa kerana sibuk dan juga laptop yg buat hal dan juga kerana berukband ku tak berbayar. cewaahh mcm2 la alasan aku kan.
dan sepanjang aku menyepikan diri mcm2 la peristiwa aku lalui. result exam pun dah keluar dan result aku sangat la tidak memberangsangkan. aku down gila 1 munggu tu sebab result yg teruk.
selepas 1 minggu yg sangat down tu then aku buat keputusan utk melarikan diri membawa hati yg duka ke Johor Bharu. cewaahh hatu yg duka la sgt. padahal ade agenda pergi sana. HAHAHA
aku pergi JB lepak rumah kakcik aku sambil main2 dengan anak2 buah aku yg comel. lepas tu kakteh punya tunang pulak rajin dengan rela hati volunteer bawak aku pergi jalan2. padahal aku takde duit pun. HAHAHA
duduk JB memang di sponsor habis. asyik pergi makan je la kerja aku. ye memang berat aku makin naik.

tapi kan yang paling best sekali ialah acara kemuncak pada hari jumaat iaitu hari untuk aku pulang semula ke rumah. oh lupa, aku pergi JB 5 hari je sebab mak aku tak bagi duduk sana lama2. almaklum la aku kan anak mak. HUHU
ok2 balik pada acara kemuncak tu, nak tahu sebelum aku balik ke rumah aku singgah ke mana? jeng jeng jeng! aku ke rumah Mr. Bobot di Batu Pahat. dia bawak aku pergi jumpa family dia. gila nervous la gua cakap. 1st time kot aku dibawa pergi jumpa dengan orang tua pasangan aku. sebelum2 ni aku kapel tak pernah2 la dorang2 bawak aku balik rumah jumpa family. ni yg 1st time la. memang pengalaman baru bagi aku. nasib baik mama and ayah dia sporting. best la. mama dia siap suruh aku panggil mama je. mana tak happy. dan Mr. Bobot aku yg jeles akhirnya sebab mama dah suka kat aku. HAHA

macam biasa la bila dah ada kat rumah dia aku la yg kena buli. memang tak patut betol Mr. Bobot ni taw. tapi takpe yg penting kami berdua happy. :D
then petang tu aku balik melaka balik dengan selamatnya menaiki bas. overall i have wonderful week after a week yg penuh dengan rasa down.

*i am glad to get to know you my dear love. i really love you. my heart belong to you now. :D sarang hae!

01 June 2011

ceritera

wooohoo blog dah berhabuk beb.
ok2 lama x update sbb busy + laptop rosak + broadband yg sgt lembab.

first of all, aku sudah lepas berkonvo. yeehaa! aku dah bergelar graduan diploma.
masa konvo tu mak abah n kakteh je yg datang.
sedih jgk sebab ramai family aku tak datang tapi nak buat macam mana kan.
nanti degree la baru angkut 1 lori. haha.
emm rasa hepi tapi still rasa biasa2. mungkin aku ni memang hati kering kot. haha. :p
mak buatkan bunga untuk aku. tak payah nak beli2. jimat kan? cantik je taw bunga mak buat tu. time kasih mak!
dah habis konvo tu aku terpaksa balik malam tu jugak. rancang nak balik sok pagi nye tapi disebabkan anak buah aku demam panas sampai kejang kami semua terpaksa la balik malam tu jugak.
bayangkan pukul 12 mlm tu kitorang bertolak. sampai seremban pukul 4 pagi. balik seremban singgah rumah akak aku tu untuk tukar balik kereta. sangat panjang cerita ni. aku malas nak cerita panjang2.

and now aku bekerja sementara kat parkson sementara tengah sale ni kan. diorang nak pakai banyak pekerja. so aku amek la peluang ni. pasni tak tahu la nak keje apa. kita tengok jela pasni aku keje apa ea.

so long sampai sini je la ea.. :p