29 November 2011

rindu

err macam mana nak cakap ni ea.
errr......saya............
saya rindukan family saya sebenarnya.
rindu kucing2. 
dan juga saya rindukan dia Mr. Bobot saya.

i miss you like crazy! =(
hmmmm..............

28 November 2011

mudah-mudahan

hope that everything would be fine for them.
ya Allah please save him.
may Allah will always with them.
it's for his own good.
i'm praying from here for their safety and all of the suffer will be ended soon.
soon, hope to hear the good news and all things will be back to its place as before.
soon, sooner or later the situations would be as before. i'm hoping.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

insyaallah, semuanya akan kembali normal selepas ini. 
bezanya ia tak senormal dahulu lagi mungkin.
persetan itu semua, sebelum ini pernah terjadi dan segalanya seperti biasa kembali.
kita mampu tempuh ini sekali lagi. 
anggap ini dugaan dari Allah.
jangan pernah merungut atau mencaci.
kita insan terpilih kerana sering diduga-Nya. 
10 tahun dahulu begini dan 10 tahun selepas itu juga terjadi lagi begini. 
ye perkara ini terjadi lagi bezanya bukan pada orang yang sama.
ada sesuatu yang ingin ditunjukkan mungkin. hanya Dia yang maha mengetahui.
kita mampu laluinya bersama lagi. 
kita takkan runtuh.
ye kita takkan berpecah belah.
kita harus terus bersama sehingga terpisah roh dari jasad.
sehingga bertemu semula di akhirat.
seburuk buruk kita, kita perlu menerima kerana hanya kita yang tahu apa yang kita lalui.
kita takkan tunduk pada mainan iblis dan syaitan.
jahanamlah kau wahai pengikut iblis dan syaitan.
jahanamlah kau kerana telah menduakan Allah.
semoga Allah membalas perbuatan kamu itu.

*pesanan untuk "KITA"

26 November 2011

salam maal hijrah

hari ni hari terakhir untuk tahun 1432 hijrah.
esok dah 1 Muharram 1433 hijrah.

pagi2 lagi dah dapat SMS dari emak kesayangan. mak aku pandai SMS ok. ko hado?haha berikut adalah butir2 SMS antara aku dan mak. huhu

mak : ade kelas ke?
aku : takde.
mak : boleh sembahyang tak?
aku : boleh.
mak : jangan lupa dalam pukul 6 petang standby kat tv baca doa akhir tahun dengan awal tahun lepas tu baca yassin dan doa biar lulus periksa. jangan merayau2 hari ni.
aku : ye tahu.
mak : ye tahu tapi lepas tu tak buat, terlupalah macam2 alasan, jangan lupa!
aku : ye tak lupa.

then mak tak reply lagi dah. lepas mesej terakhir tu aku dah macam =_=!
haha mak sempat bebel dalam SMS tu. terima jela. mak sendiri. tapi pape pun mekaceh mak! sebab ingatkan anak mu yang jauh di rantau orang ini (ceh macam jauh sangat je gayanya!)

so, salam maal hijrah to all bloggers and readers. may this new year brings new hope and goods to all of us and also that our sins would be forgiven by ALLAH SWT.

*sesungguhnya aku seorang hamba yang telah banyak berdosa. mari tutup buku lama dan buka buku baru serta kumpul pahala sebanyak mungkin. InsyaAllah. =)

25 November 2011

teka teki


comel ke tak budak ni? bagi aku dia sangat comel dan tembam. baru umur dua tahun dah pandai pakai jam tapi tak tahu la dia pandai tengok jam ke tak masa tu. tapi ini gambar lama. sila lihat tarikh pada gambar ye. siapa ni? ok tu tak boleh dijawab. biarlah rahsia. yang penting budak ni bukanlah gambar tuan punya blog ni. hahaha :D

*this is my future son. boleh tak nak cakap gitu? hehe. (mood tengah ok) =D

21 November 2011

susah sangat susah~

another sad story.
lepas satu satu benda menimpa.
lepas satu satu masalah yang datang.
dulu dah pernah jadi sekarang jadi lagi tapi orang lain pulak yang buat hal.
kenapa korang ni suka sangat menyusahkan mak bapak korang?
patutnya mak bapak korang tu dah tua korang dah tak boleh kacau dah.
biar je dorang hidup main dengan cucu2 kecil mereka.
bagi dorang masa untuk rehat untuk sedia pergi ke tanah suci je.
tolonglah bagi kesenangan pada dorang.
tolonglah jangan susahkan lagi dorang tu.
hati tua tu dah penat.
cukup penat nak handle anak2 yang dah besar panjang ni.
cukuplah weh! hentikan perangai korang yang macam apa tu!!!
tak kesian kat mak ko ke? tak kesian kat bapak ko ke?
mana dorang nak hidup kalau lepas ni pape jadi?
aku ni masih tak boleh nak tanggung dorang.
kalau aku ni dah kerja aku yang akan tanggung dorang.
tolonglah. hentikan. itu je yang aku mintak.

*i am crying inside. and i am too tired this week sebab asyik menangis je. :'(

20 November 2011

berubah?

bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap tuhan.

*semoga aku dan dia mendapat keampunan dari Yang Maha Esa. semoga aku mampu untuk menjadi lebih baik. mudah mudahan. :)

tak susah

ada orang lagi susah dari aku tapi tak pernah mengeluh pun.
jadi takyah nak risau sangat.
susah sekejap je ni.

ada orang lagi susah dari aku.




ada orang lagi susah dari aku.







ada orang lagi susah dari aku.







ada orang lagi susah dari aku.








ada orang lagi susah dari aku.















ada orang lagi susah dari aku.
ingat ni dalam kepala sendiri.

SESUSAH MANA PUN AKU,
ADA ORANG LAGI SUSAH DARI AKU.
tolong ingat benda ni wahai otak ku.


*susah kita orang takkan pernah tahu. senang kita orang sentiasa nak tahu. peringatan untuk diri sendiri.

19 November 2011

emosi tak stabil

assignment yang berlambak minta disiapkan dihiraukan begitu saja.
terlalu banyak hingga tak tahu mana nak buat dulu.
terlalu banyak hingga sakit2 aku dibuatnya.
kepala asyik berfikir tentang assignment.
makan fikir assignment.
minum fikir assignment.
tidur fikir assignment.
tengok tv pun fikir assignment.
keluar berjalan pun lagi la fikir assignment.
mana tak penat otak aku ni?
penat berfikir tu yang last2 jatuh sakit tak menentu.
badan kejap panas kejap sejuk. kejap ok kejap tak ok.
macam magic pun ada aku rasa badan aku ni.
serius tak tahu apa dah jadi dengan badan sendiri.
dengan emosi sekarang yang mudah sensitif atas perkara2 kecil.
serius tak tahu apa dah jadi pada diri sendiri.
yang aku tahu aku cuma mahukan semua ini berakhir.
terlalu penat. i am so damn tired.
tinggal lagi 5 minggu je lagi untuk kuliah and then cuti and then final exam. kena berfikir untuk final exam pulak nanti. dan itu sebenarnya lebih menakutkan dari assignment kena reject.

*bilakah semua masalah akan selesai?rasa nak lari balik rumah knci diri dalam bilik duk sorang2. :(

12 November 2011

11/11/2011

11/11/2011

tarikh memang cantik. ramai orang pilih tarikh ni untuk bernikah. termasuk sepupu aku and bestfriend aku dari sekolah. tapi sayang aku tak boleh hadirkan diri di 2 tempat pada masa yang sama. dan seperti biasa keluarga harus diutamakan. pape pun FAMILY FIRST. terpaksa la melepaskan sahabat baik aku tu. hanya sempat singgah rumah dia tengah hari tu sampai kan kata2 and sedikit hadiah je. tu je yang termampu. kenduri sepupu tu pada 12/11/2011 so memang join la kan. habis semua makanan aku tibai la. manakala majlis sahabat aku tu pada 20/11/2011. lagi satu tarikh cantik. tapi lagi sekali majlis dia tu aku tak dapat nak pergi sebab 19/11 tu aku ade test MUET kat Perak. memang tak sempat la kot nak balik Melaka terchenta ni.

apa-apa pun selamat pengantin baru kepada sepupuku dan sahabatku. semoga bahagia hingga ke anak cucu korang. tunggu giliran aku pulak nanti. hehe :p

*dah nak balik perak balik dah. cuti dah habis!!! setereesss!!! taknak balik sambung study lagi boleh tak?hmmm..... :(

DIA

dia penguat semangat aku.
dia banyak membantu aku.
dia hargai aku.
dia memahami aku.
dia penasihat aku.
dia pembantu aku.
dia segalanya.

kerana dia aku kuatkan semangat.
kerana dia aku berhenti menangis.
kerana dia aku rasa disayangi.
kerana dia aku rasa dihargai.
kerana dia aku belajar bersabar.
kerana dia aku kenal erti kepayahan.
kerana dia segalanya bagi aku.

*terima kasih tak terhingga.

10 November 2011

otak aku nak pecah!

orang lain balik cuti ke rumah boleh rilek2 lagi tapi aku tetap tak boleh rilek sebab ada banyak assignment menanti. setiap subjek ada submission naik cuti ni. gila memang gila. tapi aku tak buat langsung assignment aku. satu pun aku tak sentuh lagi. nak buat research pun tak berbuat. patutnya time2 cuti ni la bagi student rilek2 rehat2 bersama family. ni lagi diorang bagi macam2 assignment. tensen aku !!!! arghhhhh!!!

aku kat rumah ni bukan boleh duduk bersenang lenang macam orang lain. banyak lagi komitmen yang aku kena buat. baru duduk kejap kang mak dah panggil suruh tolong itu ini. baru duduk kejap kang dah anak2 buah aku datang kacau. baru nak rest 1 hari kang boyfriend ajak dating. tak pergi dating kang mula rindu lak pastu bila lagi nak pergi dating kalau tak masa cuti2 kan. haishhh! macam mana la aku nak buat kerja aku. lepas tu dengan masalah2 orang sekeliling lagi. memang la masalah orang lain tapi jap lagi effect nya tempiasnya kena kat aku jugak. so baiklah aku tolong fikirkan jalan penyelesaian untuk masalah dorang tu sebelum tempiasnya kene pada aku.

serius aku dah tak ada semangat nak belajar. aku tak tahu kenapa. dengan keadaan sekeliling yang cuba push aku, aku rasa sangat tertekan. aku rasa macam robot pun ada jugak. tunggu masa robot ni nak habis bateri je. hmm....penat la penat nak hadap semua benda dalam satu masa sekali gus. masalah diri, masalah family, masalah kawan2, masalah assignment, semua tu buat aku rasa macam nak pecah kepala. dapat ke aku bertahan???!! macam mana aku nak bertahan???!! aku tahu kalau aku rasa susah tapi akan ada orang yang lagi susah dari aku. aku tahu tu. aku tahu sangat2 tapi otak aku dah tak boleh nak terima semua ni. sampai bila aku mampu bertahan??!! (T__T)

09 November 2011

untuk kau~

"Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!"

pernah terbaca tak ayat di atas? yup dari novel karya Syud - Untuk Awak Teja Aulia.
ni bukan nak review novel tu yep. just a piece of a story from my experience.
tapi apa2 pun novel ni memang best la. masa baca tu aku rasa sedih sebab teringat wonder times with my BFF. hampir kesemua (hampir ye bukan semua - take note plz!) adegan dalam novel ini pernah aku rasakan dulu.


terasa nak balik ke zaman kegemilangan bersama bestfriend bila baca novel ni. masa baca novel ni dalam kepala hotak aku Adil tu macam bestfriend aku J. Aulia tu of course la aku anggap macam aku kan. but still ada differences antara mereka and kami la. tapi serius baca novel tu betul2 buat aku menghayati watak diorang. we tell each other. we share anything each other. and that time it was a wonderful time for me. dia dan aku akrab bagai adik beradik lagaknya. tapi satu perbezaan besar antara watak itu dan kami ialah kami tak pernah 'tergelincir'. the feeling inside us was just like a brother and a sister. itu aku boleh jamin.

entry ni bukan lah sebab aku dah tergelincir or whatsoever tapi just nak remebering the good old days masa kami rapat dulu and i am missing him. bunyi macam aku dah tergelincir?no! no! no! ia cuma rindu untuk berbual bercerita seperti dulu kala. 

ye aku tahu kita masing2 dah ada hidup masing2 and aku tak menyesal dengan apa yang dah jadi semua ni malahan aku bangga sebab kita pernah bersahabat dulu and aku bangga sebab kita dah jadi manusia yang betul2 manusia dan manusia yang boleh digunapakai untuk negara ni. :)

*aku rindu kau, kita dan aku yang dulu. jangan risau ia hanya perasaan rindu terhadap sahabat sahaja.
**apa yang dikatakan dalam novel Syud ni bagi aku tak betul untuk kes aku yang ni la. bagi kes lain mungkin ada yang betul.