12 August 2011

AFANI SHOPPE

terima kasih pada siapa2 yang duk view blog yang tak seberapa ni....kalau korang perasan aku ada letak 1 link baru atau gadget kat tepi kanan tu. namanya afani shoppe. ok itu bisnes orang tapi aku cuma tolong sikit2 la. actually tu bisnes akak aku. kami baru nak menceburkan diri dalam bidang bisnes ni. so pada korang2 yang ada FB tu silalah klik like and boleh road tour page tu. kalau berminat nak tempah boleh komen kat photo atau PM je kat page AFANI SHOPPE tu ok.

coming soon kami akan tambah produk2 lain la. but untuk sekarang ni kami jual produk2 home deco yang berasaskan kayu je dulu. esok2 dah ada modal lain kami tambah lagi ok. enjoy ye.

ni ada gambar produk tu sikit. :)

ni untuk kategori kitchen. 

this if for bathroom and toilet.

this is for bedroom.


ini pun utk bedroom jugak

this one is for living room.




11 August 2011

hati ini penat

assalammualaikum.....

location : seremban, negeri sembilan
task : temankan kakak aku di rumah beliau

hurmm.....susah betul nak puaskan hati semua orang kan?aku rasa kerja aku asyik menjaga hati orang je. tapi ada diorang pernah fikir hati aku ni?susah la nak cakap. semua orang asyik nak pentingkan diri sendiri je. aku ni bukan hamba bukan juga orang gaji bukan juga orang yang senang dipijak. aku hanya ikut cakap mak aku sebab dia orang yang paling aku sayang.

aku tak pernah nak berlaku tidak adil pada siapa2. kalau boleh aku nak berlaku adil je pada semua orang. biar semua orang happy walaupun hati aku ni tak happy. tapi nak buat macam mana dah itu pekerjaan tetap aku dari dulu iaitu membuat orang sekeliling yang aku sayang happy walau aku terpaksa mengorbankan macam2 termasuk hati aku ni.

bukan nak mengungkit tapi hanya luahan. luahan yang takde sape pun akan dengar. yang takde sape pun akan ambil peduli. kalau aku boleh belah diri aku ni dan bagi pada semua orang dan itu boleh buat semua orang happy dah lama aku buat.

aku dah penat asyik nak jaga perasaan and hati orang lain.

aku dah penat asyik menjadi budak yang boleh disuruh2 buat apa saja.

aku dah penat untuk mengalah dalam setiap perbalahan.

aku dah penat tersenyum dan ketawa di luaran.

aku dah penat sembunyikan air mata dalam hati aku.

aku dah penat nak layan kerenah setiap seorang yang hanya tahu mementingkan diri saja.

aku dah penat asyik minta maaf untuk kesalahan yang tak aku buat.

i'm damn tired. really really tired and exhausted.

sorry pada mereka yang telah aku kasari secara tak sengaja. sorry pada mereka yang telah aku tunjukkan sikap mementingkan diri aku. sorry sorry sorry. itu semua aku buat demi diri aku. mungkin sudah tiba masa untuk aku fikirkan tentang diri aku sendiri.

*Mr. Bobot plz do help me. plz be nice to me. there is no other person could make me feel better except u.
**aku tahu ALLAH sentiasa ada. insyaallah ALLAH tahu yang terbaik untuk diri aku. tunjukkan aku jalan yang benar Ya Allah......
***aku dah cakap aku bukan lah anak bongsu yang tipikal but i am an extraordinary. i am way to different from other youngest child. i am not a spoil brat. told ya! :(

02 August 2011

long journey

assalammualaikum...
fuhh lama betol aku menghilang dari dunia online ni. blog ni pun dah macam blog terbiar je. macam biasa la alasan aku masih sama iaitu laptop ku nyawa nyawa ikan. time dia elok memang elok tapi bila datang mood nak rosak dia tu la yang aku malas nak online. 1st of all selamat berpuasa semua. tak sangka betul dah bulan Ramadhan balik kan.

ok kali ni just nak cerita apa yang jadi hari ni iaitu 2hb Ogos 2011. cewahh terus taip ni lepas terjadi peristiwa ni. hari ni 1 hari aku berjalan sebab hari ni aku off day. sepatutnya aku off day khamis tapi disebabkan bff aku ada interview di cyberjaya dan ayah dia tak dapat nak hantar, dia suruh aku temankan dia ke sana. mak aku pun bagi green light so tu yang aku mintak cuti hari selasa. plan asal kami nak pergi berdua tapi macam biasa kalau aku nak pergi jalan2 mana2 aku mesti bagitahu Mr. Bobot aku. itu harus sebab itu peraturan kami supaya masing2 tahu di mana dan itu jugak untuk kejujuran. so bila aku dah bagitahu dia aku nak pergi cyberjaya dia pun macam risau la jugak. sweet nya kamu kan. ok saya sangat gedik! lalu dia pun offer la diri dia untuk ikut dan melindungi kami, cewahh!! (padahal aku yang buat ayat ala2 gedik manja tanya "awak tak nak teman ke?") hahaha ayat habis gedik di situ ye.
lepas sesi gaduh2 manja sambil keluarkan ayat2 berbisa yang habis sentap akhirnya dia jadi teman kami berdua. aku mintak dia teman pun sebab aku taknak la tercongok sorang2 nanti time bff aku tu interview lagi 1 supaya at least kami rasa selamat sebab ada lelaki. tapi kami gerak asing. dia dari kampung halaman batu pahat menaiki kereta beliau dan kami pulak naik bas dan kami jumpa kat KL. ada sebab kami pergi asing2 ni tapi malas la nak cerita. lepas jumpa tu kami gerak la sama2 and the rest was history.

journey aku and bff aku : Melaka >> TBS >> Cyberjaya >> Putrajaya >> Melaka
journey Mr. Bobot aku : Batu Pahat >> TBS >> Cyberjaya >> Putrajaya >> Melaka >> Batu Pahat

*his journey was more tiring than us. buke puasa bersama yang 1st untuk kita dan ianya unik. sorry Mr. Bobot susahkan awak. tapi saya suka awak buat semua tu untuk saya. saya sayang awak lebih la. huhu mekaceh buat saya happy and sanggup layan kerenah saya ea awak. :D