24 July 2011

tak tahu apa tajuk

dah lama tak update blog. ok aku sibuk sangat. actually tak sibuk mana pun kot cuma malas nak bukak laptop yang dah makin uzur ni. asal bukak je kang tiba2 tup dia padam sendiri.
aku pun pagi2 dah pergi kerja balik malam. dah balik malas nak bukak laptop nak online ke apa ke sebab mata dah sangat mengantuk. ada macam2 cerita nak cerita sebenarnya tapi nanti la aku cerita. tengah takde mood nak update panjang2 sebab keadaan laptop begini. mungkin aku akan cari laptop baru kat pc expo 29, 30, 31 julai ni kat mitc melaka nanti. mungkin......yela poket tengah kering. gaji tak dapat lagi.
kita tengok jela apa jadi nanti.

*pergaduhan mematangkan kita. :)

06 July 2011

bantal busuk!

ini cerita seronok bagi aku tapi annoying kot bagi orang lain.
nak tahu apa?hihihi
kisahnya begini. aku ada bantal busuk (ok aku tahu mesti semua akan kata eeuuww! haha) tapi tak la busuk mana cuma bau masam2 je. HAHA 
sarung bantal dia dah sangat luntur warnanya and sangat la pekam bentuknya.
budak2 rumah aku smua geli nak pegang. HAHAHA. 
so balik rumah aku ngadu dengan mak cakap dorang semua perli2. lepas tu mak kata "nanti kita cari kain buat sarung baru" hah tak ke seronok tu. HAHAHA
mak aku memang suka layan aku dengan benda2 gini. kitorang pergi cari kain kat kota fesyen melaka. beli kain ela. mak siap suruh pilih dua warna. katanya "pilih dua warna nanti boleh buat dua sarung. boleh ganti2 nanti kalau basuh satu sarung tu."
lalu aku pun pilih la. mak yang tanggung semua kos tau. memang sayang mak la! lepas tu baru semalam mak tolong potong kain tu bentukkan jadi sarung bantal. aku tukang jahit sebab mata mak dah tak berapa nak clear bab2 menjahit ni sebab tu aku yang kena jahit menggunakan mesin jahit. dan akhirnya terbentuk la sarung bantal busuk ku yang baru.

*hihihi tak sangka mak boleh layan anak mak sorang ni punya kepala. bantal busuk tu mak oi. kalau bantal kepala ok la kan. hahaha tapi terima kasih la mak sebab tolong anak mak ni. sayang mak lebih la! :D
**yeayy!!! dah ada sarung baru!!! tapi dah tak bau busuk sangat la. xsyok sangat nak peluk. mungkin aku perlu buat seseuatu untuk masamkan dia balik. HAHAHAHA

ini sarung bantal baru. taknak tunjuk yg lama sebab confirm akan ada yg muntah nanti. haha

ini bantal busuk aku yg telah dibalut 1 lapisan sebelum sarung baru disarung.. ni kain  perca lama mak gunakan untuk balut sebab mak kata kalau bantal tu bogel memang ramai yang akan muntah bila tengoknya. haha

04 July 2011

lalalalala kerja!!

kerja kerja kerja kerja....
hari tu dah kerja promoter tapi 2 minggu je sebab sale tu 2 minggu je. dorang nak guna untuk sale tu je so aku kerja 2 minggu jela. the worst is aku tak dapat lagi gaji hari tu. dah nak masuk sebulan dah aku habis kerja tu. memang sakit hati. dah telefon tanya and orang tu kata tengah bulan 7 ni nanti dia telefon. kalau tak dapat jugak memang aku buat aduan kat pejabat buruh. huh!

sekarang ni aku kerja balik as a promoter jugak tapi kat tempat lain. kerja sampai raya nanti. nak cari duit lebih untuk raya. mintak2 kali ni ok la tempat kerja tu. cuma tempat ni agak ketat tak boleh nak bawak handphone langsung masuk tempat kerja. kalau bawak kena tinggalkan kat loker. memang boring. tapi takpela ada budak2 laen boleh la layan borak2 nanti.

tak sabar nak puasa and raya. hahaha. tapi baju raya takde pun. pakai baju konvo hari tu je. malas nak beli baru. tahun depan la beli baru.

*entry sebelum ni sangat sedih sebab menangis. tapi tu sekejap je. haha sekarang ni dah happy balik. i love you Mr. Bobot. i won't do it again. :D

01 July 2011

sedang menangis~

please stop crying..



stop crying!!!




i must stop crying!!!



























I CAN'T STOP CRYING! WHY OH WHY?
BE STRONG HEART!! :'(