31 May 2013

Emosi

Assalammualaikum.

Rasa dah lama sangat tak menaip mencurahkan isi hati dalam blog ni. Sejak melangkah ke alam dewasa alam pekerjaan, hati jadi kering nak berblog. Tipu kalau aku kata aku takde cerita. Terlalu banyak cerita nak ditaip sampai tak tahu nak mula dari mana. Nak taip cerita yang dah lepas rasa macam dah basi la pulak. Tapi yang penting aku dah tamat fasa belajar. Dah dapat segulung ijazah dalam tangan. Alhamdulilah syukur pada Allah. Dan sekarang dah masuk fasa bekerja-yang-dah-takde-life-and -fun. Hari2 pergi dan balik kerja. kalau rajin tak penat badan ni memang akan menyinggah mana2 untuk berjalan tenangkan jiwa dan raga atau pergi makan dengan Mr. Bobot. 

Sejak dah mula bekerja ni sebenarnya banyak sangat cabarannya dari belajar. Lagi banyak benda nak kena fikir nak kena tanggung. Bukan sebelum ni aku tak pernah bekerja. macam2 kerja dah aku buat. Jadi pencacai, kuli semua aku dah merasa. Tapi ni tak sama macam dulu. Sekarang ni ada gaji yang tetap yang dah ada potongan KWSP/EPF. Dah nama pun pekerjaan tetap bukan lagi pekerjaan sambilan yang dapat duit boleh habis enjoy terus. Dah banyak aku kena fikirkan kena tanggung sampaikan aku kena tanggung benda yang bukan dalam list tanggungan aku. 

Okey aku bukan merungut tapi dah cukup penat nak cuba puaskan hati semua orang keliling aku. Memang kita takkan dapat puaskan hati semua orang. Tapi cukup bagi aku untuk puaskan hati mak dan abah aku saja bukan orang lain. Apa yang aku buat sekarang ni semuanya hanya kerana mak aku. Aku sayang mak sangat2. Segalanya aku telan perit dan pahit kerana mak. Tengok muka mak yang happy dah cukup bagi aku. dah cukup dia sengsara selama ni jaga anak2 dia sampai besar dan dah kahwin. Tiba masa untuk aku balas jasa dia selama 24 tahun dia menjaga aku dengan sangat baik. Biarlah mak happy tengok muka aku. Biarlah aku berkorban kebahagiaan aku demi kebahagiaan mak. Biarlah orang nak cakap aku ni terlalu ikut cakap keluarga sampai diri sendiri tak berapa nak bahagia biarlah. Kadang2 rasa fedup sangat sebab orang keliling ada yang masih tak reti nak jaga hati mak sedangkan mak berusaha jaga hati anak2. Rasa sakit hati tapi bila ingat mak semuanya jadi luntur dan hanya boleh kata bersabar pada diri sendiri. 

Takpelah, aku akan bertahan selagi mampu. Aku akan hantar orang tua aku ke Mekah suatu hari nanti mudah-mudahan. Semoga segalanya baik2 selepas ni. Enough with dramas since high school, then to uni life sampai lah ke dalam keluarga sendiri. Enough said. No more dramas please. Banyak lagi nak kena fikir banyak lagi nak kena corak nak kena atur dalam hidup ni. Perjalanan aku masih lagi jauh. Semoga perjalanan aku akan dipermudahkan. 

okey, ini betul2 dah jadi entry luahan hati panjang berjela. Dah lama tak menaip, bila sekali angin nak berblog datang hamek kau berjela aku menaip. It's just from the very bottom of my tiny heart (English pun dah berkarat). HAPPY BELATED MOTHER'S DAY MAK! Even kita tak celebrate tapi ketahuilah yang anak bongsu mak ni sayang sangat kat mak. Anak mak ni akan teman mak sampai ke hujung hayat. Insya Allah.