29 April 2012

dunia

Jiwa tidak pernah kosong
tapi manusia itu sendiri yang sengaja biarkan ia kosong
Jiwa tidak pernah kosong
kerana di dalamnya ada nama sang pencipta
Bukan niat untuk menunjuk diri
sekadar tinta untuk muhasabah diri
Tidak terniat menyakitkan hati
sekadar berkongsi luahan hati.

Terlalu banyak provokasi
Terlalu banyak modenisasi
yang tidak perlu diberi publisiti
yang diperlukan hanyalah improvisasi
Hentikan penipuan terhadap diri sendiri
kerana yang diperlukan kebenaran hakiki
Kebebnaran hakiki dalam realiti
Tak perlu lagi ditabur janji
jika tiada niat untuk dipenuhi
kelak timbul sifat munafik dalam diri.

*manusia ini bijak sebenarnya jika mereka berhenti sejenak untuk berfikir.

26 April 2012

renungan #4

maaf aku ucap dulu kalau entry aku ni akan menyebabkan orang sakit hati atau fikir aku ni bagus. kalau rasa menyampah jangan baca terus je klik close ok? no heart feelings! :)

first of all, aku nak cerita sikit la. manusia ni kadang2 eh bukan kadang2 tapi selalunya la kan salah orang  memang nampak tapi salah sendiri jarang nampak. cakap itu ini pung pang pung pang tapi tak sedar diri sendiri yang buat benda tu. ape? kata2 aku kasar ke? eh tengok dulu kata2 siapa yang kasar. aku ni kalau orang tak mulakan aku pun takkan mulakan. kalau sekali orang dah buat taik dengan aku selamanya aku akan ingat dan aku akan balas balik apa yang dibuat. aku akan balas tak kira la buat baik atau  jahat tapi aku akan membalas. maaflah aku ni memang jenis suka membalas. kalau nak aku balas baik buatlah baik dengan aku. kalau nak tengok aku balas jahat buatlah jahat dengan aku.

eh aku cakap orang tapi aku pun sama? hmm ye aku tahu kadang2 aku ni pun ada menyakitkan hati orang sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. tapi sekurangnya aku minta maaf dengan orang tu. dan aku tidaklah setebal muka orang2 yang dah buat salah tapi pretend macam tak buat salah. jangan fikirkan diri sendiri sangat. kita hidup dalam dunia dengan orang ramai. kadang2 kita kena jugak ambil berat tentang apa yang orang sekeliling kata. jangan ambil yang negatif tu tapi jadikan ia positif. sekurangnya fikir dulu sebelum menghembus segala benda kat orang. jaga hati orang lain kalau nak hati kita dijaga. fikir positif je. fikir apa pahala yang kita akan dapat kalau kita buat sesuatu. dengan tu kita akan jadi lebih rela untuk berbuat sesuatu. aku bukan nak kata aku ni baik. tak sama sekali. aku cuma nak ingatkan je. ni untuk aku sendiri jugak. just think before you speak.

*pentingkan diri itu perlu tapi jika terlalu pentingkan diri itu sangat tidak bagus. tengok situasi kalau nak pentingkan diri pun.
*dah lama tak berblog. tiba2 je keluar entry marah gini kan. apa nak buat. dunia.