02 August 2011

long journey

assalammualaikum...
fuhh lama betol aku menghilang dari dunia online ni. blog ni pun dah macam blog terbiar je. macam biasa la alasan aku masih sama iaitu laptop ku nyawa nyawa ikan. time dia elok memang elok tapi bila datang mood nak rosak dia tu la yang aku malas nak online. 1st of all selamat berpuasa semua. tak sangka betul dah bulan Ramadhan balik kan.

ok kali ni just nak cerita apa yang jadi hari ni iaitu 2hb Ogos 2011. cewahh terus taip ni lepas terjadi peristiwa ni. hari ni 1 hari aku berjalan sebab hari ni aku off day. sepatutnya aku off day khamis tapi disebabkan bff aku ada interview di cyberjaya dan ayah dia tak dapat nak hantar, dia suruh aku temankan dia ke sana. mak aku pun bagi green light so tu yang aku mintak cuti hari selasa. plan asal kami nak pergi berdua tapi macam biasa kalau aku nak pergi jalan2 mana2 aku mesti bagitahu Mr. Bobot aku. itu harus sebab itu peraturan kami supaya masing2 tahu di mana dan itu jugak untuk kejujuran. so bila aku dah bagitahu dia aku nak pergi cyberjaya dia pun macam risau la jugak. sweet nya kamu kan. ok saya sangat gedik! lalu dia pun offer la diri dia untuk ikut dan melindungi kami, cewahh!! (padahal aku yang buat ayat ala2 gedik manja tanya "awak tak nak teman ke?") hahaha ayat habis gedik di situ ye.
lepas sesi gaduh2 manja sambil keluarkan ayat2 berbisa yang habis sentap akhirnya dia jadi teman kami berdua. aku mintak dia teman pun sebab aku taknak la tercongok sorang2 nanti time bff aku tu interview lagi 1 supaya at least kami rasa selamat sebab ada lelaki. tapi kami gerak asing. dia dari kampung halaman batu pahat menaiki kereta beliau dan kami pulak naik bas dan kami jumpa kat KL. ada sebab kami pergi asing2 ni tapi malas la nak cerita. lepas jumpa tu kami gerak la sama2 and the rest was history.

journey aku and bff aku : Melaka >> TBS >> Cyberjaya >> Putrajaya >> Melaka
journey Mr. Bobot aku : Batu Pahat >> TBS >> Cyberjaya >> Putrajaya >> Melaka >> Batu Pahat

*his journey was more tiring than us. buke puasa bersama yang 1st untuk kita dan ianya unik. sorry Mr. Bobot susahkan awak. tapi saya suka awak buat semua tu untuk saya. saya sayang awak lebih la. huhu mekaceh buat saya happy and sanggup layan kerenah saya ea awak. :D

3 comments:

  1. so sweet ..sy pon nk jgk hehe

    ReplyDelete
  2. Lama tak lepak kat blog yang satu ni....cerita menarik...Semuga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat Fira.....

    ReplyDelete