29 April 2012

dunia

Jiwa tidak pernah kosong
tapi manusia itu sendiri yang sengaja biarkan ia kosong
Jiwa tidak pernah kosong
kerana di dalamnya ada nama sang pencipta
Bukan niat untuk menunjuk diri
sekadar tinta untuk muhasabah diri
Tidak terniat menyakitkan hati
sekadar berkongsi luahan hati.

Terlalu banyak provokasi
Terlalu banyak modenisasi
yang tidak perlu diberi publisiti
yang diperlukan hanyalah improvisasi
Hentikan penipuan terhadap diri sendiri
kerana yang diperlukan kebenaran hakiki
Kebebnaran hakiki dalam realiti
Tak perlu lagi ditabur janji
jika tiada niat untuk dipenuhi
kelak timbul sifat munafik dalam diri.

*manusia ini bijak sebenarnya jika mereka berhenti sejenak untuk berfikir.

No comments:

Post a Comment