24 September 2013

2013-11 Bubur nasi kasih sayang

Assalammualaikum,
Hari ni aku terasa macam nak kongsi 1 resepi yang sangat mudah. Sangat senang sampaikan aku rasa anak buah aku yang darjah 3 tu pun boleh masak la. Terasa diri ini sangat malu sebab tak expert lagi bab masak2 ni. Takpe slow-slow yang penting ada usaha. 

Ok ni aku nak kongsi cara buat bubur nasi. Resepi ni khas untuk perempuan-perempuan yang takut minyak terpercik kat tangan ke muka ke atau takut masak tak sedap ke sebab resepi aku ni gerenti sedap. *aku gerenti mesti jadi punya. Kalau tak jadi maknanya korang punya tangan kena ketuk tukar jadi sudip. Hihi* 

Actually bubur nasi ni Mr. Bobot ngidam masa dia demam hari tu. Nak update dari dulu lagi tapi malas nak transfer-transfer gambar dari hp. Yela kalau nak kongsi resepi takde gambar tak syoookkk r weh. Hehe. So ini hasil dia dari aku punya tangan khas untuk Mr. Bobot. Dia siap puji lagi "Sedap sayang masak. Nanti masak lagi ea" Hahahahaha terus hidung aku kembang kuncup kembang kuncup. Ok dah melalut lagi. Nah la tengok resepi ni and try ok. Nama bubur nasi aku "Bubur Nasi Kasih Sayang".

Bahan-bahan:
1 pot nasi (Ni pun banyak untuk sorang makan. Tapi disebabkan perut Mr. Bobot saya besar jadi saya bagi je 1 pot untuk dia sorang. Haha.)
3 cawan air (Boleh ditambah dari semasa ke semasa sebab nasi akan serap banyak air)
1 sudu kecil bawang putih dan bawang besar untuk tumis saja.
1 sudu kecil minyak (just untuk menumis bawang sikit untuk naik bau dan rasa)
Lobak merah (ikut korang nak banyak ke sikit and ikut nak potong bulat atau dadu. Aku suka potong bulat nipis2 sebab cepat empuk)
Kentang (ikut suka jugak nak banyak ke tak sama macam lobak)
Ayam (aku hiris 1 ketul bahagian dada. Cukuplah untuk sorang makan je)
1 sudu kecil Serbuk ayam Knorr 
Sikit ikan bilis untuk hiasan
Sayur-sayuran lain yang korang suka pun boleh letak

Cara-cara:
1. Mula-mula aku rebus kentang dulu sampai empuk supaya nanti bila dimasak dalam bubur tu cepat sikit dia empuk. Lepas kentang dah siap direbus ketepikan. Air rebusan kentang tu jangan buang sebab nanti boleh digunakan juga untuk tambah-tambah air dalam bubur nasi tu.
2. Tumis bawang putih dan merah dalam periuk. Bila dah naik bau, masukkan ayam. Kacau-kacau biar ayam masak sikit. 
3. Masukkan air rebusan kentang tadi (kentang jangan masuk dulu). Lepas tu masukkan beras. Kacau selalu supaya beras tu tak melekat bawah periuk.
3. Bila dah mula mendidih, ada buih-buih bolehlah masukkan sayur-sayuran tadi termasuk kentang sekali dan juga serbuk ayam Knorr.
4. Sekali sekala kena kacau supaya bubur tu masak sekata. Biar beras tu tak ada yang mentah. Perhatikan air. Kalau rasa macam bubur korang pekat sangat tambah air sikit-sikit sambil rasa-rasa masin ke tak. Oh lupa, aku dah tak masukkan garam sebab serbuk ayam Knorr tu dah cukup masin bagi aku. Kalau tambah garam nanti masin sangat pulak. Tunggu sampai kentang dan lobak betul-betul empuk (Kalau tak tahu kentang dah empuk macam mana meh aku hempuk kepala korang. Haha). 
5. Lepas tu tutup api dan hidang la. (Ni pun nak kena ajar ke? Grrr!! Haha. :p)
6. Goreng ikan bilis sikit kalau nak la then tabur je atas bubur tu. Dah siap!!

Dan hasil bubur aku seperti di bawah. Bubur nasi aku pekat sikit sebab aku nak Mr. Bobot rasa kenyang dan sihat. Sweet tak titew?? Auww!! Hahaha.


Bubur Nasi Kasih Sayang

Aku letak dalam bekas sebab buat delivery untuk Mr. Bobot. Sian dia masa tu demam. 

*Korang boleh ubah-ubah resepi ikut keselesaan dan kesesuaian. Bubur nasi nampak mudah tapi sebenarnya susah untuk maintain dia punya pekat atau cair. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment