12 March 2015

2015 - 6 Review photo props bertunang

Assalamualaikum,

Hari ni nak review pasal photo props tunang pulak. Photo props aku buat sendiri. Aku design guna microsoft excel je. Takde la cantik sangat pun just basic2 and biasa je. Aku curi2 buat masa waktu kerja. Hahahaha sila jangan tiru aksi ku. And then masa nak print pun aku print curi2 kat office ni. Lagi sekali jangan tiru aksi ku. Hehe

Aku print atas kertas recycle kat office ni. So takde la membazir kertas company pun kan. :p
Lepas dah print tu aku gunting and tampal atas kertas keras macam kat bawah ni. Kertas ni aku beli kat Mydin jugak. RM6.90 tak silap harga dia. Dalam dia ada 10 helai campur2 warna.



Lepas dah tampal macam kat gambar bawah ni. Aku potong la ikut corak dia. Amalan berjimat-cermat kena ada ye. Tampal tu biar kalau boleh tu ruang kosong dia biar sedikit so tak membazir.



Lepas dah potong tampal la lidi belakang dia. Ala guna je lidi sate yang ada. Aku guna lidi sate recycle sebab kitorang kat rumah kalau beli sate mesti akan basuh lidi tu bersih2 and simpan. So kat situ dah lagi jimat. Hehe



Dan hias ikut sesuka hati korang. :D


*Kalau ada sesiapa nak template photo props ni bolehlah tinggalkan emel kat bawah atau emel je aku dulu kat cornhelius123@gmail.com
**warghh aku baru perasan yg emel address aku slh rupanya sebelum ni. Ok takpe aku dah betulkan balik so jangan segan silu emel je k.


3 comments:

  1. sy mahu sis !^^ ni emel saya ctjulianaramli5692@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Jimat kan bila dapat diy sndiri :)

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2015/07/wedding-review-diy-kad-kahwin.html

    ReplyDelete
  3. sis.. bole email saya x..
    zarulfarhanamatakhir@gmail.com

    ReplyDelete